Thursday, August 11, 2011

"10 perkara memeranjatkan di dalam perkahwinan"

aku terbaca artikel ini dan rasa menarik juga untuk dikongsi bersama. Terutama untuk pasangan yang baru berkahwin seperti aku ni. Baru ke?? baru laa..setahun lebih. :D


Ada perkara yang memang boleh dijangka. Takde la terperanjat, cuma bila diri sendiri dah hadapi kadang-kadang blurr je camne nak handle kan? lagi la takde pengalaman.. Cuma sikap dan kematangan diri yang boleh menyelesaikan masalah dalam rumah tangga ni.. :)


Meh kita baca sesama..


Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa
keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”


hukhukhuk..betullah..dah kawen tak semestinya kena berkepit 24jam kan? masing-masing perlukan ruang untuk diri sendir. Tapi jangan pulak sampai abaikan pasangan. ye dak? hee


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


iya dong! cinta itu seperti pokok bunga, jika tidak disiram dan dibajai, habis layu dan mati la ia.. :D makanya, sangat perlu untuk tunjukkan kasih sayang secara verbal dan juga perbuatan kepada pasangan. Tunjuk kat pasangan je yang penting. Tak yah nak show off kat public sangat nanti orang menyampah! hehe



3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”


wahhh!!! suweet jek kan kalau camtu. hik hik hik (gelak gatai). betul la kan..kena laa buat sesuatu untuk menceriakan dan menghangatkan hubungan lagi. Pasangan bukan lah sekadar teman sebilik atau teman serumah..atau pun bibik anda!!! ingat tu ye! hehehe


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”


iyaaa..kalau tengah baik, happy, memang laaa seronok kan. cuba kalau tengah gado ke tak puas hati ke..masa tu menyampah gila tengok pasangan sendirik kan kannnn? hehehehe..no laa..kidding! marriage is fun kalau masing-masing tahu untuk menggembirakan antara satu sama lain... :D tapi memang menyengeh je la kalau dapat msg romantik ni kan.. ;)


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”


humm...kebiasaannya macamtu lah kot. Isteri yang banyak berkorban. Tapi suami jugak ada banyak berkorban kan? dependsla..huhuhu


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.


betol betol! dulu sblm kawen kurus, dah kawen ada anak cam dugung da badannya..huahuahua..kena terima pasangan seadanya...betul tak?


7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


hehehe...biasalah tuuu..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula laki bini.kihkih..sokong ajela ape yang dia nak. (But yang relevan ye!) dah dia yang kerja pepenat kan kann?? hehe..dapat paw sikit jadiklaaaa :D hehehe


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.


yelah, dah lama kenal pasangan seharusnya begitu..makin matang menghadapi masalah..ye dak? :)


9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.


hehehehe......mood mesti mau bagus maaa.... ;)


10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?


waduuhhhhhh!!! bab ego ni memang masalah utama betul la kan??? dengan degilnya..keras kepalanya...egonya...hish hishhh...saya?? mana adaaaaaaa...saya isteri yang baik apeee ;D




sumber dari sini
......................................................................



Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday (v.2)









ketagih main game nih.. ;D

Tuesday, August 9, 2011

~short & sweet~

short & sweet merujuk kepada Elia Jejariruncing


Kebanyakan kita sudah mengetahui kisah putus tunang mereka yang dipaparkan di muka depan surat khabar dan juga blog-blog gossip. Yelah, putus tunang diberitahu melalui surat khabar, apa kes???


entry terbaru elia tentang peritnya dugaan yang terpaksa diharungi dan ketabahan beliau menghadapinya. Sedih memang sedih.. Rasanya tak ramai boleh faham. Yes, putus tunang @ putus cinta masing-masing ada merasainya. Aku pun sama. Tapi bila putus tunang melalui surat khabar, dengan orang yang terkenal, it's different. Sebab kena terima juga fitnah, makian, kata-kata kesat dan keji yang turut sama dilemparkan..





Lagi pulak rata-rata menyalahkan sikap elia yang terlalu over expose tentang kisah cintanya. Dan juga cerita dia melepaskan amarah di facebook. Tapi bila keluar pulak bukti gambar khairul fahmi berpegangan tangan @ dating dengan skandalnya tu, masing-masing tak pulak hamburkan makian ke apa. Semuanya kata, "tak ape lah..takde jodoh.."





tak adil betul.






hanya sebab yang curang itu dari pihak lelaki, dan terkenal pulak dengan bakatnya bermain bola..maka, yang salah hanya dipihak perempuan? dan okay pulak? cuba kalau pihak perempuan yang macam tu, sure dah macam-macam makian keluar kan?





Yes, of course ada salah dari dua-dua pihak. Bukan apa, tak perlu laa nak maki, hina, kutuk ke apa. Tak kesah la dia over expose ke. Lantak dia. hanya sebab ex tunang dia orang terkenal..makanya itu yang jadi masalah. Cuba kalau orang biasa, ada orang pedulik?? takde kan??





apa pun, aku turut simpati pada elia. kesian. rasanya tak tertanggung dugaan ni. Walau setabah mana pun cuba menerima, sedikit sebanyak hancur remuk jugak la hati tu.. Tak kesah la salah sapa pun, tapi tak perlu nak kutuk-kutuk or maki-maki.



Tak baik..cuba kalau kena kat diri sendiri..camne??




Lagi satu, aku memang pantaaaangg betul kalau bab curang-curang nih. Tak kira baik lelaki mahupun perempuan. CURANG tu memang satu perkara yang tak boleh dimaafkan! (huhuu...). Yelah, dah sayang sangatkan, pastu pasangan curang pulak, siapa boleh sabar??








haih, entahlah.







emo betul aku bila baca kisah diorang nih. emo sebab tengok orang-orang yang meroyan mengutuk tak tentu hala... Tapi yelah, perangai manusia ni macam-macam. Kadang-kadang dah tak macam manusia pun iya jugak.





apa pun, semoga elia semakin kuat dan tabah harungi dugaan ini. Aku tak rasa dia baca pun blog aku nih.. hehehe.. but aku doakan dari jauh. ameen..insyaallah.






Monday, August 8, 2011

scan baby

last saturday, we went to clinic kat taman melati, gombak tuk scan baby 4D. Klinik Medina ni antara yang termurah la untuk scan kat area KL nih. Yang mahalnya kalau ambik ubat-ubat. beratus-ratus jadiknya. huhuhu.. Pergi klinik hari sabtu so memang laa ramai orang kan. Menunggu tu dekat 3 jam lebih kot! me and husband siap tido terlentok-lentok lagi. Dari tidur terjaga tidur balik pun tak setel-setel. Last-last kami di panggil dalam jam 7 petang. huhu..



Demi nak tengok anak dalam perut ni kan..sanggup laaa tahan. huhu..



but i never told my mom pasal nak scan nih. Dia tak suka kalau aku scan. dunno why maybe ada alasan tersendiri kot. tak kesahlah.. hehe



then, bila scan tu cam blur jek. sebab baby sangat aktif. Dia memang macamtu. Kalau nurse check perut, habis dia tendang-tendang nurse tu. Notti betol!



Jenuh doktor nak tengok jantina baby. Padahal kami dah tahu jantinanya.. haha..bila doktor cakap maybe gegirl jugak, aku pun terkejut..biar betol?? aritu scan boy.. then, lepas aku cakap camtu, terus baby tunjuk 'anu' dia tu. hahaha..memang notti!



asyik tendang dan gerak kaki tangan susah betul nak tengok muka dia. hehe..memang sangat aktif. alhamdulillah... baby aktif ni menunjukkan dia sihat kan? Kepala baby dah kat bawah. dan semuanya okay. Takde problem pape pun. Insyaallah boleh deliver secara normal. pastu bila doktor cakap berat dia 2.5 kg, menjerit aku. biar betull!!!!???? masih ada 6++weeks lagi to EDD. bape laaa berat anak aku time lahir nih. Mau lebih 3kg. huk huk huk



husband cakap.. "tu laaa...mummynya makan banyak.."




hahaha..ada ke cenggitu..





doktor kata sebab genetik gak nih. Ikut mummynya yang tinggi dan besar. muahahaha... memang agak panjang size baby aku nih. tak kesahlah janji dia sihat..





pastu, bila doktor dapat tangkap muka dia....aku dan husband cam terdiam. blurrr... Awat tembam benor pipi budak nih????????sampai terpenyek-penyek mata dia dek sebab pipi yang tembam. huahahaha



"ni ikut mummynyaa ni doktor..pipi tembaaaammmm!"




lagi sekali mummynyaaa yang kena..hahaha..husband pipi kurus. hehehe..aku jugak yang diikutnya. Tapi nampak gaya tang idung cam mancung ikut husband. hehehe.. ;)




According to scan, aku dah 34 minggu lebih. Dan ada kemungkinan akan beranak awal. so kena prepare siap-siap time last check up nanti. Kot-kot dah terbukak 5cm ke kan.. hehe




nervous nervous. my first time experience!




..........................................


gambar later k!


Sunday, August 7, 2011

currypuff or karipaaappp


gegedik laak nak currypuff. karipap sudahhh ;)


aku memang sangat-sangat suka makan kuih nih. Tapi kan, nak cari yang bebetul sedap, rapuh @ rangup tu memang la payah. Selalu makan karipap mesti liat. Inti plak kedekut betul nak isi banyak-banyak. Orang meniaga biasalah kan..





Alkisahnya masa awal pregnant tu aku teringin sangat nak makan karipap pusing inti keledek. Nak cari kat seri kembangan time tu tak tahu plak kat mana ada jual. last-last dapat beli masa bulan puasa ni. Jenjalan kat bazaar dengan husband tu baru beli. Dapat makan dua ketul tapi cam tak puas. Tak berapa sedap lak dengan tekak aku. huhu..





Then google laaa kat tenet ni camne nak buat karipap pusing nih.. aduhh..tengok cam senang jek. Duk tengok resepi tu, khatamkan cara dan resepinya. Pastu fikir-fikir, nak buat ke tak, nak buat ke taakkk nihhh.. tapi kan tekak mak buyong ni ko jangan memainla...kalau tak dapat memang haru je rasanya.. hehe






makanya, lepas solat terawih tadi (sebab buat sendiri kat rumah, makanya habis dulu laa dari orang-orang kat masjid kan.. hehehe)





terus beroperasi kung kang laa kat dapur. adoiii....memang mencabar betul bab menguli nih. lenguh tau! huhuhuuu...





After almost one hour, baru laaa siap. Tapi aku just goreng beberapa ketul jek. Bahan-bahan tu simpan. Esok baru nak buat bebanyak tuk berbuka. Yelah, baru first time buat..kot tak sedap ke kan. Sekali tu, ya ampuuunnnnn!!! sedaaaaaapppp!!! hahahaha..gilo puji diri sendiri. Tapi betol..sedap sangat. puas hati laa berpeluh-peluh kat dapur. huhuhu.. inti keledek tu aku siap buh daging lagi. Yang terbaiknya kulit tu jadi sangaaaat rapuh. Tak liat langsung even dah sejuk. nyum nyummmmm!!






tapi bab nak kelim tu memang fail! ni mak aku belum tengok lagi. Sure kena gegelak nanti. Huduh betul kelim aku buat. hahaha..xkesah la..janji sedaaappp..








nyum nyummmm..rasa nak makan atas katil sambil layan cite ketika cinta bertasbih ni syokkk!!




nyum nyumm..simpan cket bagi mak abah rasa. hehehe..kalau tak mau semua selamat masuk perut aku. huhahuahaha..






okay, kalau nak try buat sila click disini. memang step by step diajar camna nak buat. simple and delicious! :)





tapi aku tak sukat pakai timbang pon. main agak agak jek. penimbang udah rosak. kihkih





tengok pasal karipap je punya panjang entry nih. memang hantu karipap betol..



..............................................................


updated: 1141pm

kena buat second round plak. adik aku abis baham yang memula buat tadi. my mom siap tanya camna aku buat..pakai ape suma..kihkih..pastu mak makan 3 ketul. abah pon sama..bukti betapa sedaaaaappp karipap aku tu.. muahahaha..sonok sonok.. ;)



esok berbuka kena buat bape puluh ketul ek??


(^,*)

surprise!! cont...

continue from previous entry.




Actually, my friend ada yang boleh agak apakah surprisenya tu. hehe..



Hari Jumaat lepas sahur, terus tido. then my mom kejutkan tuk subuh. Few seconds after mak ketuk dan bukak pintu, terdengar orang bukak pintu bilik dan samar-samar ternampak bayang-bayang seorang lelaki. Sebab tersangat la lalok masa tu. Sekali tu husband sendiri daaa... Memula ingatkan mimpi, sambung tido balik. Hahaha...



Memang terkejut!!!




Then my mom pun siap menjerit-jerit punyalah terkejut. huhu..



Yelah, apa lagi yang boleh buatkan hati gembira bila suami ada disisi.. ye tak?? hehe


So my husband la surprise nya!



Memang tak tahu langsung dia akan balik sini. Before that ada jugak message tapi balas pun ringkas so i guess dia busy sangat. Malas nak berdrama so i just ignore. hehe..tak sangka dia nak balik sini. Tak cakap pun cuti dua hari.. Nampak exhausted. Drive sensorang dari kangar, just for me. sob sob sob..terharu siuttt ..he's so sweet!



Memang spend time 24hours laa.. nak melekaaat je. haha..seronok btul. Dapat request macam-macam, i meant tang makan ye. hehehe..



Then mulutku tak henti-henti membebel. Banyak sangat benda nak cerita...husband sesengih jek dengar. haha....




Alhamdulillah...walaupun just 2days one night tapi sangat bermakna.. i kept on smiling jek. Tapi yang sedih of course time nak berpisah kan..siap mengigau terdengar suara husband lagi. adoi..parah betul. haha..


not sure bila lagi dia nak balik. Dah cuti tak tentu kan..hopefully before raya ni dapat la jumpa lagi.. :)



tengkiu myHunnybunny! (^o^)


Friday, August 5, 2011

surprise!!

nasib baik tengah lalok. Kalau tak mau kena heart attack (na'uzubillah..) terkejut yang teramat. i got surprise after sahur tadi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
apa yang surprise nya??






jeng jeng jenggg.... ;)






nanti aku update lain. hehehe...tengah enjoy dengan 'surprise' tu.. hihihi





sangat-sangat happy lor! (^o^)



Thursday, August 4, 2011

@ 33weeks ++


FETAL DEVELOPMENT @ 33 weeks



Your baby now weighs about 4.2 pounds / 2 kilograms and measures approximately 17 inches / 44 centimetres from head to toe. Your baby should already be getting ready for birth by turning upside-down - his head should be pointing down.
Your doctor will be paying careful attention to your baby's position in the coming weeks - some babies do decide to turn back round again.

Your baby's skull is still quite pliable and not completely joined, so he can ease out of the relatively narrow birth canal. But the bones in the rest of his body are hardening. Your baby's skin is also gradually becoming less red and wrinkled.

If you're a first-time mother, your child's head may move into the pelvis this week and press firmly against your cervix. (This happens for about half of all first-time mothers.) If you're a second-time mum, you can expect this to happen a week before labour - and for some this won't happen until the start of labour.

Hoping to manage your labour naturally? Here's all you need to know about natural pain relief. You may notice that your feet and ankles are quite swollen by the end of the day. Water retention, also known as oedema, is often worse in warm weather and late in the day. Surprisingly, keeping hydrated helps reduce water retention. Your body - particularly your kidneys - and your baby need plenty of fluids, so drink up.

If you suddenly feel swollen or puffy in your hands or face, however, call your doctor - it may be a sign of pre-eclampsia. • Note: Experts say every baby develops differently - even in utero. These fetal development pages are designed to give a general idea of how a fetus grows in the womb.


................................................................

memang tetiap minggu, aku akan dapat info tentang fetal development ni tru my email. Segala info yang penting akan diemailkan. Jadi senang untuk aku merujuk.


Semalam routine check up kat klinik kesihatan tg karang. Satu peristiwa yang sangat horror terjadi yang tak mungkin aku lupa seumur hidup. apa yang terjadi tu aku tanak rekod kat sini sebab sebolehnya memang tanak ingat. Tapi sebab check up tu dah buatkan aku batal puasa..balik-balik rumah terus goreng mee..hehe.. My mom sesengih tanya, "ohhh...tak posa ehhh..". Aku explain la yang bukan tanak puasa tapi dah batal sebab check up tadi. Padahal my mom dah kata kalau tak larat tak yah posa. huhuhu... (dalam hati sonok gak dapat makan nih..kihkihkih)


So far, semuanya okay. Nurse bagitahu kepala baby dah kat bawah. Aku pulak yang macam tak percaya and kept asking nurse tu betul ke tak. Nurse kata if betul nak confirm kena scan. Honestly, aku memang nak scan 4D lagi. Tapi jauh betul nak drive ke kl tu. Kat area sini rasanya takde. haih, sedih la bila ingat part macam nih. Semua benda kena buat sendiri.


Then, baby sangat lasak. Maybe sebab puasa, kalau lapar macam petang-petang memang dia akan kuat menendang-nendang. Sesenget perut aku dibuatnya. hehe..Plus time tetengah malam. By the time aku cuba nak lelap, baby akan mula bergerak dan tendang non stop dalam satu jangka masa yang agak lama. Memang menyenakkan perut jugak la.huhuhu...


Jadi, malam memang aku sangat susah nak tido. Pusing kiri tak leh, pusing kanan tak selesa. Telentang lagi la. Camno nih?Rasanya dah lama tak dapat tidur malam yang lena. Especially sejak puasa nih. Dapat lena sejam dua pastu dah kena bangun untuk sahur. Then dapat tidur siang aje la. Tapi kan tak elok tdo siang. My mom pun memang tak kejut dah kalau aku lena tidur siang. Coz i told her memalam memang tak boleh tidur langsung. Aku memang tak mampu nak avoid lagi dari tak tidur siang. huhu..Baby semakin aktif waktu malam, jadi aku kena 'layan' dan 'teman' kan baby 'bermain'... it's a practice for me agaknya. Nanti dia lahir sure makin lasak dan aktif. huhuuuu...


Bab berat, aduhai..timbang kat rumah rasanya naik dalam 1kg aje. Tapi bila ke klinik naik sampai 4kg. aduh aduhhh.. tapi nurse cakap tak leh nak kira sebab bertukar tempat timbang. so memang akan lari. aku duk ingat ayat ni jela nak sedapkan hati. Macamana nak buat? tak makan aku lapar, its not that aku makan sampai 3 pinggan ke hape.. Memang tak banyak pun makan. Cuma kerap. Aku memang kerap lapar. Kalau tak diisi, at least minum susu or makan koko krunch aku akan makin sakit. Muntah-muntah, perut kembung dengan angin, kepala sakit. So nak tanak kena makan.



Hopefully, puasa ni berat tak naik banyak la..huhuhu..risau risau. dah 15kg naik ni tau. still have 7/6 more weeks to go.



Apa pun aku berharap dipermudahkan bersalin nanti..ameen..


Teringin nak bersalin kat hospital lain. Fobia betul dah nak masuk hospital yang sama ni. huhu..Plus nyampah tengok nurse-nurse yang tak best. huhu..Tapi sebab husband's not around, dan siankan parentsku yang akan kelam kabut nanti so beranak jelaaaaa kat spital sini. ;( huhuhuhuuuuuuuuu...


Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday (v.1)









(second batch of my beef lasagna.)





sebelum korang rasa nak melempang...










lariikkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, August 2, 2011

baju baru

nope nope. bukan baju raya ye..


amacam layout baru ni?okay ka?hehe..saja gatal tukar. rasanya aku nak tukar lagi sampai puas hati.. cam da busan lak tgk layout sama je hari-hari..


;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers