Tuesday, November 30, 2010

Kalau Allah izinkan...

segala yang rumit menjadi mudah..


betul kan?



Kalau Allah tak izinkan..



yang mudah pun tak menjadi jugak.



Insiden 1 :

Hari ni aku perlu uruskan dan selesaikan beberapa perkara penting berkaitan adik-adik aku di beberapa Jabatan Kerajaan di Putrajaya. Aku ni memang lemah sikit kalau bab-bab nak cari tempat. Sorang-sorang lagi. Lagi pulak aku tak tahu kemana perlu dituju. Tapi alhamdulillah.. Khawlah and Eapul banyak membantu aku. Semuanya di permudahkan. Semua urusan dapat diselesaikan dalam masa dua jam lebih. Kalau aku keseorangan memang mustahil nak siap semuanya..Semuanya dengan izin Allah..Alhamdulillah..aku sangat-sangat bersyukur..



Kadang-kadang apa yang kita rancang dan mahu tak semua boleh di capai..walau sehebat mana kita berusaha kalau Allah tak izinkan ianya untuk terjadi, maka ianya tidak akan terjadi..



sama juga dengan jodoh..



kalau sudah dia jodoh kamu, berlarilah hingga ke hujung dunia, tetap akan bersama.. Tapi kalau Allah dah tentukan yang dia bukan jodoh kamu, cuba la macam mana pun tetap tak kan bersama....


Tetapi, apa yang Allah dah beri pada kita bukan la untuk kita riak dan menunjuk-nunjuk. Sebab setiap apa yang diberi hanya pinjaman semata-mata.



Insiden 2:

seseorang mengatakan yang kelahiran anaknya memberikan kemenangan kepadanya sebagai wanita normal..





Dan aku tertanya-tanya...apakah wanita yang masih tak dapat melahirkan baby tu tak normal?? walaupun dah buat ujian semuanya..tapi kalau dah Allah belum nak beri rezeki lagi kan..so kira tak normal???


Bukan ke Allah yang beri anak tu, yang beri rezeki tu...



Macam mana kita cuba pun kalau Allah belum izinkan..memang tak kan jadi.



semua tu beyond our control..



Apapun...



Hanya Allah tahu yang terbaik buat kita..





Monday, November 29, 2010

mertua vs menantu II



okay kita masuk part dua pulak. Part I boleh baca kat entry lepas. ;)


On friday..



Lepas subuh aku terus masuk ke dapur. Bermula lagi sesi bersilat kungfu laa di dapur. Dah dapurku ini kecik comel makanya aku tak suka orang lain kaco. wah! statement riak disitu. hahaha..kecik la weh..sempit kalau ramai-ramai masuk. Aku pulak jenis buat kerja nak cepat je.. ;). Lagi pun aku dah haramkan mak and MIL aku kaco aku masak. hahahaha..dah depa suma jadi guest aku kan.. tuan rumah la kena layan.. hehehe




Menunya..nasi goreng kampong, mee goreng basah, kentang goreng, etc. Memang macam-macam lauk sampaikan tengahari aku tak yah masak. Dalam kul 8 lebih my parents keluar terus menghala ke N9 melawak adik bongsu aku di skolah. Nak SPM ni dok sibuk mengidam nak makan KFC la ape suma.. hubby and adik aku yat suruh dia fly panjat pagar..hampeh kan abang-abang dia nih..xleh pakai katanya. hahaha..so parents aku kesana la membawa KFC tuk dia..




After my parents pegi, kami ingat nak keluar tapi sebab fikir hari jumaat so better kua lepas solat jumaat..




Dah katanya MIL aku datang kejap je kan, so cuba padatkan dengan aktiviti jenjalan. Nasib baik MIL aku suka jenjalan dan sporting. Senang ku hangkut kesana sini. Husband pun cuti on friday tu. Pepagi kami hanya lepak di rumah..hubby and BIL pi mandi swimming pool. Aku tertido bersama MIL depan tv. hahahaha..hokay ape?? tido bersama buleh mengeratkan hubungan korang dengan MIL. Tak caya cuba try test. ;)





Husband bawak kami semua ke M.A.H.A yang hanya 5min je dari rumahku. Dekat sesangat. Orang kata belakang umah je lah..kebetulan baru hari pertama, jadi memang meriah juga la..




macam-macam ada ko...........








longgar la gak lutut nak berjalan walaupun dalam tu disediakan tram, bas suma..memang tersangat la besar dan luas. Berbeza masa pertama kali M.A.H.A di anjurkan dulu..




Aku sangat geram dengan bunga-bunga yang ada tu. Niat hati nak beli tapi tengok rege cam mahal sangaaat je. Aku selalu gak belikan mak bunga kat sungai buloh tu tapi idok ler semahal itu. Maka, hanya cuci mata aje laaa ;)




MIL beli buah-buahan dan aku beli buku resepi choc. hehehehe..Pastu kami lepak makan petang kat foodcourt dia. makananannya memang wallla! nyummmmyyyyy! walaupun harganya agak mahal. huhuhuhuuu...





lepas habiskan sepetang di MAHA, kami gerak ke KL pulak. Husband bawak ke SOGO. Nak shopping sakan. hehehe..husband belikan diorang macam-macam.. seronok je tengok.. hehe..memang tengah sale kaw kaw punya laahhh.. tapi yang hairan bin ajaibnya...aku tak beli ape-ape pun...huhuhu..till now rasa pelik. ;) buleh jadi alasan nak datang lagi tu.. hahaha





Lepas habis skru lutut kaki dah longgar, kami ke uptown pulak. Sambung shopping lagik di situ. hahaha.. memang jalan dan shopping sakan!




end up aku masih tak beli ape-ape lagik. hummmm.... ;)




pas habis shopping pi pekena nasi lemak mali's corner. tapi as usual, aku makan char kueteownya lah.. nyummy!




sampai rumah jam 1 pagi lebih. memasing terus kebabommm tido..




part 3 nanti aku sambung ye..




..............................................................



skg tengah nak menyiapkan album story board customer nih..huuu





Sunday, November 28, 2010

marriage is NOT only bout LOVE

Big YES to that!


marriage is not only bout love. it needs more than that. orang dolu-dolu kahwin pun tak pernah kenal atau bercinta tapi boleh kekal BAHAGIA hingga ke akhir hayat. betul kan? tak caya cuba tanya mak pak kita. atok nenek ka. apa rahsia hubungan mereka.. ;)




kahwin memerlukan ILMU. ilmu tu perlu dipelajari. sebab tu sebelum kahwin kena pergi kursus dulu kan?




marriage is challenging. memerlukan KESABARAN yang tinggi. Husband and wife kena tahu TANGGUNGJAWAB masing-masing. Kena BERTOLAK-ANSUR antara satu sama lain. Masing-masing dibesarkan dalam dua buah keluarga yang berbeza. Jadi cara hidup mesti berbeza antara satu sama lain..




MASA BERCINTA hanya lebih kepada kepura-puraan. Yela, control cun@macho la kan depan awek/pakwe memasing. Takkan nak main hambur je nanti kene rejek plak kan. hehehe..




Ada sorang ustaz ni kata masa dalam program 'TANYALAH USTAZ', beritahu yang masa bercinta hanya penuh dengan pura-pura dan lebih 60% hanya tipu belaka. The real thing nampak masa dah sah bergelar suami isteri..




Aku setuju dengan semua tu. Masa belum kahwin, memang tak nampak langsung semua tu. Fikir kepala cuma nak kahwin. Rasa macam dah cukup bersedia dah.. Aku tak bercinta lama pun dengan husband. Kami kenal SANGAT SEKEJAP. Kami memilih untuk bercinta lepas kahwin. ;)




beshnya jangan cakapla. hahaha..gaduh-gaduh tu adat bercinta kan..hehe




Aku buat entry ni sebab baru lepas tengok drama 'dalil cinta' kat tv3. Tak reti masak dan kemas rumah tapi dah sibuk nak kahwin. okla part tu. Tapi tang bohong mak mertua kata reti masak tu yang tak leh blah..kena marah dengan mak mertua pun tak serik-serik. haish..jauhkan laaa aku dari sikap macamtu..si isteri sangat pemalas dengan rumah sangat sepah. aiseh...ada gak ke yang macamtu?? huuu..kalau sama-sama kerja dan penat..ape salahnya sama-sama buat. dua-dua juga kena bertanggungjawab kan?



paling sedih part mak mertua dah marah-marah pun si isteri buleh buat derk ja. siap tengking mak mertua nya balik. huaaa....!!! ;(




Keluarga mertua pun sama macam keluarga sendiri. tak baik buat mcmtu..huhu






ntahlah..




Aku tak cakap yang aku hebat menjadi isteri. Hebat memasak atau buat kerja rumah. NOPE. aku juga ada kelemahan dan masih belajar tuk perbaiki mana yang lemah. Tapi bab pemalas @ pengotor @ penyepah tu memang tak gemau laaa.. tak reti masak buleh belajar lagi. Semua tu nak atau tak. tu ja..




teringat plak insiden masa hari pertama aku menjadi isteri. hehe..husband sibuk-sibuk dah nak gerak ke tempat kerja. Masa tu masih di kampung aku. Kul 6 pagi kot husband dah gerak-gerak aku mintak salam. aku salam terus sambung tido balik! hehehe..




Balik kerja husband cakap..dia sarapan kat kedai mamak tak jauh dari rumah aku. gulp! terkedu siot aku. huuuu..husband kata nak laa rasa aku buat sarapan..tapi aku dah tido plak. hahaha..sengal kan?? ;)



Sejak dari tu aku akan pastikan husband 'isi perut' dulu sebelum keluar ke tempat kerja. ;)




ha..lagi satu ni..bila isteri dah merajuk, si suami WAJIB pujuk. Kalau tak nanti bernanaaah je dalam hati tu kang. Habis di ungkit-ungkit. Tak pun muncung makin berdepa-depa. hahahaha..




alaaa...bukan susah pun nak pujuk kan??? yang susah selalunya NAK RENDAHKAN EGO tu.... ;)




Tapi tak rugi pun kan? rendahkan ego untuk isteri bukan nak bagi isteri pijak kepala suami...tapi nak mendamaikan rumahtangga...bila hati isteri sejuk dan happy, husband pun jadi happy juga. nanti si isteri buleh buat macam-macam kan? time dia tengah happy buleh laa husband request macam-macam..


sayang, tolong buatkan kopi ya..


Nanti bukan kopi ja dia buat, siap dengan kuih kek bagai!



hahahaha...





Tapi sebagai manusia yang lemah dan tak tak sempurna tidak lari dari buat silap. Yang penting, cuba betulkan mana yang salah, mana yang kurang di tambah, yang baik di tambah baikkan lagi..


;)







Friday, November 26, 2010

mertua vs menantu I

sementara tunggu husband ambik mak dan adik-adiknya di LCCT, aku di rumah sibuk memasak for late supper. sian my MIL tak makan lagi. my parents sudah selamat kebabommm! tido! ;) mereka memang tak leh tido lewat. kul 10malam tu dah kira lewat da..



menu for supper


udang besar masak lomak cili api

kangkung goreng belacan

ikan selar digoreng garing


hehehe..nyummmy!


for dessert plak, blueberry cheesecake. ada resepi kat previous entry.


terharu MIL tengok menantu kesayangan dia nih masak macam-macam walaupun dah pagi buta! hahahaha..tetengah malam aku dok ketuk lesung batu tu ha..sian my parents tido tak lena. hehehe

pukul 2 baru la MIL n adik-adik husband selamat sampai dirumah. flight adik delay dari KK. biasalah airasia nih. kalau hujan sikit terus delay. takpe..yang penting mereka selamat sampai.


kalau ikutkan plan MIL, dia nak stay semalam je. jumaat malam dah nak balik ke kangar semula. sebab banyak jemputan kenduri semua. Tapi aku dan husband pujuk suruh stay sampai ahad. tapi tak dapat. sabtu malam mak dah balik. kira okaylaa kan..hehe


apa aktiviti kami on friday and thursday???


besh wo!


will story bout it later k!


happy weekend peeps!

Thursday, November 25, 2010

H.A.P.P.E.N.N.I.N.G!!!



Sibuk lagi minggu ni. Sejak cuti sem ni makin sibuk aku dibuatnya. hehe..nasib baik tak keje lagi. Kalau keje, aduhhhh..mesti tercungap-cungap. Now i wonder camne wanita yang bekerjaya..nak urus suami..anak-anak lagi. huhuhu..memang hebat kalian semua!


baru laaaa sekarang ni ada masa nak buat entry. huhuhu..dari pagi tadi non stop buat kerja. dengan tempahan chocolates yg datang last minute. huhuhu..kemas rumah sehabis-habis nya..my mom in law nak datang uuu!!!!


mesti laa kena super duper bersih kan..ha
haha ;)


plus my parents are here!


now husband pick up MIL and his siblings at LCCT. me at home w
ith my parents. sesambil makan cheese cake yg aku buat petang tadi. sempat lagi tuuu! ;) hahahaha..


pakai bb je sempat snap..huuu..


actually ni first time buat baked cheese cake.


tadi ke kedai bakery aku main ambik je semua bahan yang aku rasa perlu. takde resepi lagi time tu. dalam kepala nak buat blueberry cheese cake. hehehe..


taddaaaa!!!!






hehehe..habis semua blueberry aku tuangkan. nyum nyummm!!!


tapi tu belum siap lagi haaa..blum bubuh whipping cream



haaa...ni da siap. takla cantik sangat kannn.. budak baru belajar la katakan.. ;). aku buh mocha whipping cream kat kek tu..hahaha..saja gatal nak buat mocha punya perisa..hehehehe..


pastu tadi suh my dad n mom makan..


memula my dad cam tanak since dia kenyang and on diet.. tapi bila da rasa sepotong, terus nak lagiii!!!!!!!!!


serius beb! hahahahaha


pastu siap cakap.. SEDAAAAPPPPPPPP!!!! berkali-kali ulangggg..



hahahaha..abahku sangat kedekut wehhh dengan pujiaannn.. MAHAL dowh pujian dia. tak caya tanya my mOm. hahahaha..tu maknanya memang sedaaapppp!!


memang rasa cheeeese!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


sapa nak???


hehehe



aku bagi bahan-bahannya ja la ya.. ;)


cream cheese (aku letak dalam 500gm)


200ml full cream milk


100ml whipping cream


120gm gula


telur 3 biji


5sudu tepung gandum


2sudu kecil perahan lemon (aku xde lemon so bantai buh sanquick! hahaha)


pukul semua bahan atas tu sampai kembang.. ;)


pastu tuang dalam loyang..


cara bakarnya pulak, letak loyang yang nak dibakar tu dalam loyang lain yg lebih besar dan isikan air.. mcm double boil tu la.. ;)


hehe..


aku bakar dalam 40mins ja..tu pun rs cam agak lama gak..


tgk agak-agak dah masak tu ok la kan..


resepi ni aku ubah ikut taste tekak aku. ala, ikut suka la nak tokok tambah ape..haha..


pas siap bakar, jangan terus kuarkan dr loyang..biarkan sejuk dulu dalam oven tu..eh, aku bakar dalam microwave ja.. ;)


then, tuangkan semua blueberry paste atas tu..then buh whipping cream yang dah dipukul dalam 10mins

masukkan dalam peti ais dulu kek tu..baru sedap makan!!!



selamat berhujung minggu!


;)

Wednesday, November 24, 2010

my choc+im sick!




huhuhu..masih belum dapat 'kudrat' lagi nak mengarang cerita. huhu..moOd masih tak ok. physically tired, emotionally broken. aiseh. tunggu gua pulih dulu ya! ;)


sementara tu..layan laa pic pic chocolates ku ini..

hehehe..

comel x? sedap itu pasti!! ;)



ini nak tunjuk gambar choc ke gambar pasu bungatu?? ;)



feel free to add me at facebook Shes Chocoholic / sheschocoholic@gmail.com




or click here

Monday, November 22, 2010

a year older

ive been busy lately..usually kalau sesibuk mana mesti sempat juga update tru bb tapi ni memang tak sempat langsung.



will update later what happened last weekend. ;)



today my birthday...not-so-happy-day actually. gloomy sesangat. huhuhu



rasanya birthday kali ini adalah yang aku cuba lupakan sepanjang hayat. woaah! cam tragik je bunyi nya.



biasanya tiap kali birthday, memang aku akan rasa happy sesangat but not for today. im struggling to control my emotional, my feelings. try to be tough.



my friend ajak lepak at the curve so i just agreed. memang dari aritu plan nak beli new handbag. tengok handbag COACH my mum sangat cantik! terus rasa cam nak beli satu. tapi belom mampu lagik. ;( one day maybe.



so today kira shopping as a treat for myself la. takde sape dah nak bagi hadiah..so beli sendiri jelah kan..jalan masuk sana masuk sini. rasa macam semua benda nak beli. shopping is a good therapy! ;)



my dear lily banje makan kek chocolate. hehe..jadi la kan. tahun lepas rasanya memang xde kek for my birthday..entah. hehe..nanti aku update cerita-cerita menarik yg terjadi setiap kali my birthday..nanti ada anak cucu leh suruh diorang baca blog mummy@nenda diorang ni. hehehe..amenn...! (mesti best rasanya bila ada anak panggil mummy@mama nanti..huuuu)



btw, perkara yang buat aku sangat terharu ialah ucapan dan doa dari family and friends. itu yang rasa macam sebak je baca. dari tengah malam tak henti-henti bb berbunyi notification..dah tengah hari baru aku reply satu persatu..



tq so much! semoga doa kalian semua dimakbulkan Allah..dan juga mengharapkan dan berdoa yang terbaik untuk kalian semua.. ameennn!




Friday, November 19, 2010

My all alone dinner

Simple garlic breaddd!!!

Yeahh.. Bagus tuk orang yang nak diet n buang angin. Hehe..

Just potong roti panjang tu. Ikutla berapa banyak nak. Pastu sapukan mentega@butter,buh garlic n taburkan black papper. Aku tambah cheese cket. Hahaha.. Sikit je ye! ;)

Then bakarla for 5mins. Pastu dah leh ngap! Lagi sedap makan dengan sup campbell. Tapi aku amat MALAS nk buat walaupun just panaskan je yg dalam tin tu. Hehe..

Still sedap makan gitu garlic bread ni. Tak caya cuba buat! :D

I'm craving sumthing yg crunchy lately ni. Kata nak diet tapi haraaaammmm! Hampeh. Pas makan garlic bread tu pi bantai makan koko krunch dgn fresh milk lagik. Huuuu...

Camnilaa bila moOd tak stabil. Keje nak makaaaaaannnn jek! Nasib baik tak makan orang. ;) hehe


Sent from my BlackBerry® smartphone

HOW TO INSTALL A HUSBAND????!!

actually i want to upload my choc pic. hehehe..but i found this note from my bestfriend's fb. i think it's funny and maybe a lil bit true.. ;)


happy friday!


..........................................................

Dear Tech Support,


Last year I upgraded from Boyfriend5.0 to Husband 1.0 and noticed a distinct slow down in overall system performance - particularly in the flower and jewellery applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0


In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5 and then installed undesirable programs such as EPL (English PremierLeague) 5.0, The Ashes 3.0, Wrestling 5.6 and Golf Clubs 4.1.


Conversation 8.0 no longer runs, and Housecleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.


What can I do?


Signed,

Desperate Housewive



....................................................................



Dear Desperate Housewive:



First keep in mind, Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an Operating System.


Please enter the command: "http: I Thought You Loved Me.html" and try to download Tears 6.2 and don't forget to install the Guilt 3.0 update. If that application works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.



But remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5,HappyHour 7.0 or Beer 6.1.



Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta.


Whatever you do, DO NOT install Mother-in-law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources).


Also, do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. These are unsupported applications and will crash Husband 1.0.


In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider buying additional software to improve memory and performance.


We recommend Food 3.0 and Hot Lingerie7.7.



Good Luck,

Tech Support


...............................................


heheheheheheh ;)



Thursday, November 18, 2010

Slow lagik!

Bila internet di perlukan dengan segera masa tulaaaaa dia nak buat problem tau!

Customer ramai order last minute for this week. Aku ada lebih 5 gift set tuk dibuat.alhamdulillah siap dan sumanya gojes2 belaka. Ahahaha..puji sendiri plaks. ;) yupp based on pujian org laaa..

Biasanya lepas aku buat, ambik gambar,edit n buh watermark baru upload kat fb. Then tag sape yang berkaitan. Takut plak nak tag sembarangan orang..huhu

aku nak upload gambar kat fb punyaaaalaaa berjangggut baru siap apetah lagi nak update entry blog-blog.

Tengok gambar tu, still loading lagi.


Aku upload then tertido for few hours. Barulaaa setel. Punya melampau tahap slownya. Kura-kura or siput tuuuuuttt tu pun xmcmni tau!

Barula aku paham org duk hangin dengan berokband ni. Yela, dulu dok kg pakai streamyx jek. Jarang buat hal. Skg ni baru merasa hangaat hati dengan jalur lebar ni.

Oklah, once da ok aku upload lagi nanti. Nk letak gambar cun-cun cket. Hehe
Sent from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers