Saturday, August 28, 2010
Udang Sanggul
Nampak ada udang sanggul..so td dapatla beli udang tu..seketui singgit no! Tak sabar nak rasa..hehehe
Sent from my BlackBerry® smartphone
wowowowoww balik kampongggg!!!
By the time entry ini publish, aku on the way balik ke kampong suami di Kangar, Perlis.
Im so excited!!!
Sebelum balik sana, kami akan singgah sebentar di kampong aku dulu. Kejap je kot. Cadangnya nak berbuka disana tapi kemungkinan besar husband tak sempat nak balik awal. Keje reporter memang la cenggitu kan..tak boleh nak balik awal. Sepanjang bulan puasa ni aku rasa hanya dua kali je kot kami dapat berbuka sama. Sekali dirumah kami sini dan sekali di kampong aku.
Takpe..okay je walaupun kadang-kadang rasa macam sedih.
okay.okay.mood sekarang tengah sonok. Tak mo kill kill die die mood itu. ;)
Kalau ikutkan husband dah ubah plan tak nak balik perlis this week sebab nanti dia cuti 4 hari untuk raya. dua hari sebelum raya sampai raya ke dua. so sempatla lagi kalau nak berbuka di Perlis.
But knowing me memang tak suka kalau orang lain tetiba kena tukar plan. Esp kalau plan yang jalan-jalan cari makan menyeronokkan..hehehe..so aku pun pujuk pujuk bodek bodek mengada ngada merajuk rajuk hentak kaki sambil nangis cket..husband kata.. okaylaaaa..kita balik perlisssss....!!
ramai yang cuti sampai hari selasa kan kannn?? besh la korang ye..ape2 pun happy holiday and take care..berhati-hati dijalanraya..
yippieee!!!!
.......................................
Friday, August 27, 2010
Jumaat Istimewa
Hari ini merupakan 17 ramadhan, dan hari ini juga merupakan hari nuzul al-qur'an yang membawa seribu erti kepada kita..
Mari kita sama-sama baca artikel yang ditulis oleh Dr. Samsu Adabi Mamat
Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
....................................................
sementara hayat masih ada, sementara tenaga masih kuat, sementara masih mampu bernafas, marilah kita sama-sama merebut segala ganjaran dan pahala yang Allah akan berikan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. Moga-moga kita masih diizinkanNya untuk bertemu lagi di ramadhan akan datang..
Wednesday, August 25, 2010
Selamat Hari Wanita!
Tadi on the way balik rumah dari upm, terdengar DJ ni tanya.. apa 3 benda yang kamu nak beli kepada wanita (gf@wife) jika ada RM10,000 ?
owh..kalau aku ada 10k..
aku nak beli apa?
mungkin pegi bercuti ke Europe ataupun bershopping sakan kat sini.
hehehe..
Wanita hari ini semakin maju dan seiring dengan kaum lelaki. Tidak lagi seperti dahulu, hak dan kepentingan wanita tidak disanjung atau hargai. Wanita-wanita dikatakan hanya layak duduk didapur. Yeah, aku bersetuju bahawa setinggi mana pun pelajaran wanita itu, dia mesti juga tahu memasak. Tapi tak bermakna, wanita tiada hak untuk diberi pengiktirafan atau tiada hak untuk lebih maju.
Sekarang, di sekolah, universiti, kebanyakannya dimonopoli oleh kaum wanita. Di sektor pekerjaan juga. walaupun kadar dan jurangnya tidak jauh beza dengan kaum lelaki. Mungkin di sesetengah bidang masih dikuasai oleh kaum lelaki. Owh, aku tidak mengatakan yang wanita lebih hebat atau lebih bagus dari lelaki. Tetapi, wanita juga punya kelebihan dan kekuatan yang mungkin tidak disangka...
so, jangan la nak pandang rendah pada wanita.
"tangan yang menggoncang buaian...juga mampu menggoncang dunia!!"
SELAMAT HARI WANITA!
........................................
my toll gate girls!!!!!! ;)Tuesday, August 24, 2010
Idea..Idea..Idea...datanglah kau!! fuhhh!!!
Tak tahulah sebab selsema yang tengah melanda nih atau sebab kepala semak dengan fikir yang macam-macam.
Aku nak balik kampong!!! huaaaa...Asyik ingat kat mak je nih. ;( Bukanlah jauh mana..tapi tak dapat nak balik selalu.
hmmm.....
Takde semangat langsung.
Lemah je.
Perlukan idea..banyak assignment tak siap lagi.
wish me luck.
Monday, August 23, 2010
Budak umur 12 tahun di tangkap berkhalwat dengan 2 orang lelaki. Dah gila ke hape???!!
fuh fuh fuh!!
sakit jantung den dibueknyo.
Terbaca di Harian Metro tentang BUDAK DARJAH 6 ditangkap berkhawlat dengan 2 orang lelaki. baca disini
Aduhai.. hape nak jadi nih. Baru darjah 6. Baru je nak baligh. Dah pandai buat seks. Bukan dengan seorang tapi dua orang lelaki. Apa punca semua nih? siapa yang harus dipersalahkan??
(pic from google)Budak-budak sekarang makin cerdik, makin advance. Tapi makin bebal dan makin sengal. One of my friend cakap, budak-budak sekarang dah takde moral value. Makin biadap dan kurang ajar esp dengan yang lebih tua. Sebab tu banyak sangat dah kes pukul cikgu, bunuh belasah mak bapak.
Yang perempuannya jadi makin berani. Jadi tak reti malu.
(pic from google)Akal dah serupa takde fungsi bila nafsu setan mempengaruhi. Agama dan iman dicampak ketepi. Bila dah terbunting baru la menggelabah sana sini. Pastu buang bayi dah macam buang bangkai. Takde langsung rasa bersalah. Dah buat dosa berzina tambah lagi dosa membunuh.
Mana mak bapak yang sepatutnya melindungi dan mendidik anak-anak. Mungkin disebabkan desakan hidup, ibubapa sibuk bekerja hingga lupa beri perhatian pada anak-anak. Dah jadi macamni baru nak mengamuk sana sini.
TV, Internet dan media cetak semuanya beri pengaruh yang besar. Kalau tiada kawalan dari ibubapa...macam-macam boleh jadi.
Yang paling aku menyampah iklan PAD yang terang-terangan ada kat TV. Yeah, maybe motif company tu nak bagi tau yang tak perlu malu kalau sebut pasal period@datang bulan. Everyone should know.
Tapi ada fikir kesannya?
Dahlah iklan tu diberitahu sejelas-jelasnya. Bentuk nya laa...cara pakai nya laa..size laaa.. gila ke hape korang nih??? Banyak lagi cara lain nak tunjuk ajar. Dulu, kalau nak beli pad kat kedai, tokey tu siap balut lagi dengan paper tau!
Kalau kat sekolah, ada lah beberapa company datang bagi talk dan pamplet. Masa tu nak sebut pad pun malu. Tah macam-macam nama gelaran pakai supaya kaum adam tak tahu.
Makin canggih zaman sekarang ni makin banyak kita kehilangan benda yang berharga. Sungguh mencabar mendidik anak-anak zaman sekarang. Ibubapa memang tak boleh lepa sedikit pun..
Pastu sibuk la sana sini buang bayi. Manusia dah takde harga diri. Lebih teruk dari binatang. Perikemanusiaan entah dimana..agama dan keimanan memang dah takde. Wujudla manusia-manusia yang sibuk nak cipta kitab dan agama sendiri. Tak malu-malu menayang pada dunia betapa jahilnya diri sendiri. Manusia-manusia ni patut direjam disula sampai mati.
hmm..hape nak jadi la dunia hari ini.
Sunday, August 22, 2010
Allah selamatkan kamu!

22 August 2010.
Si tinggi lampai Si kaki panjang ni dah masuk 24 tahun. Baru habis belajar dan juga baru sebulan bekerja.
Orang kuat masa wedding aku.
He's so cool. Belajar di Universiti yang sama dengan aku. Degree yang sama tapi majoring lain. result SPM pon lebeh kurang. Sapa suruh sama-sama malas belajar.
Malang untuk dia sebab dapat kakak yang suka paw. Tak banyak cekadak tapi suka buat hal sendiri. Owh, kegemaran dia adalah tidur dan tidur. Kalau tak cukup tidur mula nak mengamuk macam singa kebulur tak makan sebulan.
Suka makan. Pastu tak reti beza makanan tu dah basi ke tak. Bantai sampai dah sakit perut baru perasan makanan tu dah basi.
Doakan semoga murah rezeki dan panjang umur untuk kamu. Jadi anak yang soleh dan taat. Moga-moga dapat kerja yang cool dan besh. So bleh paw kamu pun besh besh. ;)
Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kamu!
satu saja pesanan untuk kamu:
hei budak! balik cepat rumah sini. Bosan dah kena tinggal sorang hari-hari ni.
Saturday, August 21, 2010
Aku cemburu! Aku cemburu!!!hati ku bengkak!!
sakit hati.
cemburu.
membara-bara membakar dalam hati.
oit. oit.
ini bukan kisah rumahtangga.
aku cemburu, sakit hati sebab tengok flickr seorang sahabat.
Baru sahaja berjinak dalam dunia fotografi seperti aku. Tapi hasil karyanya buat hati ku cemburu. Kesemua gambar-gambarnya cantik-cantik belaka. Aku? arghh...belum kukira sampai tahap begitu.
Dia sungguh berbakat.
Hmmm.
Aku perlu lebih berusaha. Supaya hasil ku akan hebat seperti dia juga.
Argghhh..tidak lena tidur dibuatnya..
Friday, August 20, 2010
musim kecelakaan?
Bulan puasa ni semua orang berpusu-pusu serbu jalan nak balik rumah, berbuka puasa bersama dengan keluarga. Saat yang sangat bahagia dapat bersama-sama berbuka puasa (sob sob sob sedih xdapat blk kg).
Bila dah semua orang serbu jalanraya serentak, sesak makin bertambah. Peratus kemalangan makin meningkat. Semua orang jadi tak sabar tambah pulak dengan keadaan lapar memburukkan keadaan. Sebenarnya itu semua ujian sebab puasa kan untuk menguji ketahanan kita..
Tapi itu bukan bermakna, boleh memandu sesuka hati macam orang gila b*b*.
Potong Q selamba laanndd tak pandang kanan dan kiri.
Bukan hanya bahayakan nyawa sendiri.
Orang sekeliling terlibat sekali nanti.
Langgar lampu merah sesuka hati.
Buat orang lain rasa macam nak maki-maki ( tapi tak boleh sebab hilang pahala posa..).
(Aik. Dah jadi macam gurindam pulak)
Apa-apa pun jaga keselamatan diri.
Bawak kereta berhati-hati jangan ikut nafsu setan dalam hati.
Kelak merana diri.
Nyawa bukan boleh dijual beli.
Time raya nanti lagi la kena lebih berjaga-jaga. Memang ajal maut ditangan Tuhan. Tapi bukan bermakna boleh bawak kereta macam nak bunuh diri.
Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang malapetaka dan sentiasa dalam lindungan Yang Esa. ameeennn!!!
on the way balik tadi ternampak accident ni. Di pintu belakang UPM. Terkuzut aku. Memang kat sini kerap sangat ada accident. Sebab simpang empat ni takde traffic lite dan orang main jalan je tak tengok kanan kiri. Tak pasti ape punca kereta ni leh terbalik macamni. Aku agak lady driver sebab nampak sorang perempuan bertudung tengah menangis dan diusap-usap rakannya. Rasanya takde yang cedera. Syukur.hati-hati!
kemalangan tidak berbau! (badan sendiri yang berbau..)
(^_^)
