Tuesday, July 24, 2012

mari memasak di dapoq masterchef!

Assalamualaikum,

hari keberapa puasa?dari dulu sampai sekarang, itu tak aku kira.tup-tup dah nak habis puasa. huhu..


alhamdulillah, pertama kali selepas dua tahun dapat berbuka puasa bersama-sama hubby dari hari pertama dan insyaallah sampai ke penghujungnya nanti. hehe..sebelum ni dia sibuk kerja kat opis. dah kerja kat 'state' ni jarang balik sampai malam.


okay, sebenarnya nak cerita tentang cara memasak yang pantas ibarat memasak di dapoq masterchef tu. kan ada timingnya. 30minutes or 45minutes. kat rumah jarang kita dapat masak secepat itu kan? hehe..sebab tu dorang yang kat masterchef suma kelam kabut masak macam puting beliung.


aku tak lah hebat mana masak. cuma aku suka masak. suka berada kat dapur. boleh berdiri berejam kat dapor semata-mata nak masak. sekarang ni hari-hari masak. masak tuk sikecik, masak menu berbuka dan sahur, buat cake lagi. phew~


ada beberapa cara yang aku gunakan untuk jimatkan masa memasak;


1- aku akan buat stok cili blend untuk jangka masa yang lama. me and hubby hantu sambal. hari-hari mesti kena ada sambal. haha..sambal ayam, sambal daging, sambal ikan, sambal telur, sambal ikan bilis, name it! haha..so aku perlukan stok cili blend yang banyak. ini aku belajar dari my mom yang simpan stok cili dalam peti ais untuk memudahkan cara memasak. cili kering tu gunting halus. ikutla nak berapa banyak. ku buat 100gm pun dah banyak tahan untuk stok 2-3minggu. depends pada kegunaanla ye. ada orang tak campur dengan bawang tapi aku campur siap-siap senang kerja nanti. bawang merah dan bawang putih kena agak-agakla.aku lupa berapa gram. biasanya cili mesti lagi banyak dari bawang. bila kita campurkan tu kena cili lebih banyak kalau tak nanti tak pedas. tapi jangan terlebih banyak pulak. sebabtu aku kata agak-agak.hehehe..kalau nak masak asam pedas pun dah senang, tinggal tambah kunyit dan halia tumbuk saja.


2-siang siap-siap bahan basah macam ikan, udang, sotong, ayam dan sebagainya. aku beli terus siang dan simpan.walaupun ada yang kata tak fresh tapi semua ni memudahkan kerjaku didapur. bukan ada sapa yang boleh tolong siangkan betul tak? benda yang paling aku tak suka ialah siang benda2 ni lah. benci betul tapi kena la buat. kalau kat kampungku, abah yang akan siang siap-siap.hehehe..


3- kopek bawang merah dan putih untuk stok seminggu dua dan simpan dalam peti ais. kalau nak menumis sayur ke hape ada dah bawang yang siap dikopek. kalau kat pasar pun ada jual bawang siap kopek kan?kerja-kerja ni biasanya aku buat malam-malam.hehe..but make sure jangan basuh bawang tu.dah kopek terus simpan dan elakkan kena air.kalau tak nanti cepat busuk.


4- defrost ayam rasanya lambat kan?biasanya kalau aku nak pakai cepat, ku rendam dengan air panas.hehe.. tak pun keluarkan malamnya dan letak dibahagian sejuk dingin tu. so tak la keras. esok pagi dah boleh masak.


ha..tu jela kot teknik yang biasa aku guna pakai. kalau memasak, aku tak suka dapur bersepah. even dapur sekarang kecik (standard la umah sewa kan..) tapi aku make sure tak bersepah. sakit mata. even tengah memasak pun.hehe..so let say aku dah siap masak sayur, dan tengah tumis cili, sambil tunggu cili tu betul-betul masak dan pecah minyak, aku akan basuh siap-siap kuali/periuk yang dipakai masa masak sayur. macamtu la contohnya. yelah, space limited nak letak semua benda kotor kat sinki kan?



i guess that's all la kot. ;)





maaf la takde gambar. next time maybe.







selamat memasak!





ps: esok misi nak menyiapkan 4 jenis cake--> red velvet cake, cheese cake, carrot cake, moist choc cake. hopefully ada tenaga dan menjadi sedap la semuanya.. esok malam juge nak balik kampungku! yay!! ;)

Sunday, July 22, 2012

cake and cupcake

Assalamualaikum..

jarang dah berupdate sekarang. been busy kat dapoq kecil ku ini. Hari-hari kena buat cake or cupcake. Kalau ada order lah..alhamdulillah rezeki kan?

ni tengah tunggu moist choc cakes kukus. nyum nyum..buat around 16. MIL request suh aku buat cake tuk dia bwk jual kt school. hubby pun mcm suka je sbb dia bukan jenis suka makan kek. bila tgk dia dok suap je makan kek tu rasa happy. hehehe

seronok buat benda yg kita suka. cuma letihlah jugak ;)

oklah. tu je nak cite. selamat berpuasa!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 20, 2012

ramadhan tiba lagi


Assalamualaikum,


selamat menyambut puasa untuk semua muslimin muslimat. ku pohon ampun maaf untuk semua salah silap. sama-sama kita tambahkan amal ibadat dibulan barakah ini.. =)



Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday (v.34)

Assalamualaikum,


beberapa pic ku jumpa dalam FB yang sangat menarik! ;)


menguji kesabaran. kihkih




oh please, perempuan/wanita memang sensitif cakap pasal bentuk badan. gemok ke kurus ke pleaseeeee NOOOO!! ;)






hahaha..yeke?





hahahaha so true!





muahahahaha! oleh itu tak yah nak 'up' sangat dgn partner anda! kihkih




ku pernah berfikir juga nak baling pda tunangku (time tu lah) sbb dok asyik belek benda tu tak henti2. dalam hati jelah kan. hahaha




hehehe.. macam betol jek. ;)




oh tidak! selalu terjadi padaku. muahahahaha!!




hahahaha..penah jugak terjadi. hahahaha..adoi adoi sakit perut gelak ingat balik. Ada satu ketika tu sampai aku sanggup tido dalam kereta semata-mata nak bg hubby tengok bola kat kedai. ku tak sanggup nak teman sama kat kedai, teman kat dalam kereta boleh la. hahahaha




kihkih the rock the rock..



hahahahah memang betul pon!




kan kan??!





Monday, July 16, 2012

Random Thoughts (v.3)

Assalamualaikum,


1- kenapa belum lagi puasa tapi ramai orang berpusu-pusu, kecoh sana kecoh sini membuat persiapan menyambut raya?? hmm...



2- orang 'atasan' selalunya tidak dapat rasa 'susah payah' rakyat jelata ni. paling mudah, kalau kita kena bersesak-sesak dengan jalan jam disebabkan sistem lampu traffic dan laluan jalan yang tidak betul. Mereka berdesup laju walaupun jalan sesak, 'pengiring' kan ada?lepas tu kata 'dahulukan rakyat'?? hmm...



3- manusia ni bila orang buat kesilapan sekali sampai mati tak boleh lupa, sejuta kebaikan terus lenyap bila buat satu kesilapan. mana ada manusia yang sempurna. hmm..



4- hidup ni ibarat roda. berpusing. kejap kita diatas, kejap kita dibawah. jangan sesekali mengaibkan orang, nanti kamu pulak diaibkan. Allah 'bayar' cash. Walaupun seseorang itu bersalah, buat silap, bukan kamu yang perlu 'judge' orang itu. Kamu juga manusia. Tapi kita semua selalu lupa tentang hal itu. hmm...



5- ada ibubapa jenis yang suka bangga dengan anak-anak. even perkara kecil yang anak-anak buat, dihebahkan satu kampung sebab bangganya dengan anak-anak. ada pula ibubapa yang suka jaja keburukan anak-anak. salah sikit anak dicanangnya satu dunia. hopefully, aku tidak menjadi kedua-dua jenis 'parent' diatas. biarla kita hargai anak tu tanpa perlu hebohkan pada semua orang. bukan apa, nanti timbul rasa riak dan takbur pulak kan? buruk anak tu kira aib dia. bantu dia untuk perbaiki bukan canangkan pada orang. yang penting, tunjukan pada anak yang kita hargai dia, sayang dia. tunjuk pada orang lain buat apa? betul tak?



selamat hari Isnin! ;)

Friday, July 13, 2012

tazkirah jumaat


Assalamualaikum,


Antara pic yang ku jumpa di fb. dishare oleh kawan-kawan. meh tengok meh..


betul la..dalam hidup ni jangan sombong.





Allahuakbar!





semuanya milik Allah. rezeki apa yang kita dapat semua Allah yang beri. Dia boleh tarik bila-bila masa. oleh itu jangan riak, jangan takbur.



banyakkan sedekah dan amal jariah, rezeki jadi berkat.



hah ini lagi satu. dulu aku pun pernah buat tapi dah lama tak buat benda-benda ni. merepek dan rupanya berdosa. nauzubillah..berhenti main games macam ni ye..



salam jumaat.

Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday (v.33)

Assalamualaikum..

my homemade pizza. tak tahu rasanya mcmana. hubby yg makan dulu.im fasting. the whole pizza tu tuk dia. hehe..

nyum nyum!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wordless Wednesday (v.32)


;)



Monday, July 9, 2012

si lasak






Assalamualaikum,


betul ke? mungkin kebanyakan parents sekarang terlalu sibuk cari rezeki untuk keluarga sehingga terlupa nak melayan anak-anak dirumah.




even aku yang dirumah ni pun teramat letih buat kerja. lagi-lagi dah duduk rumah sendiri. bangun pagi-pagi dah pung pang pung pang buat kerja. ada aja benda yang perlu dibuat. kalau anak dah bangun kena layan dia. jadi sementara dia belum bangun tu kena la macam lipas kudung buat kerja.




hari ni dahi aisy berdarah sikit terhantuk kat meja solek dalam bilik. masa tu aku tengah jemur baju diluar. tak dengar pun dia bangun. tau-tau dah nangis sekuat hati. aduh..sedih hati tengok dia luka macamtu. kalau boleh transfer luka tu kat aku, dah ku buat begitu dah. hari tu telinga dia melecet nape tah. sebelum tu kat kepala berdarah terhantuk dinding. huaa!!




aktif sangat. siapa penah jumpa aisy sure tahu macamana aktifnya dia. the moment dia bukak mata terus mula aktif. panjat sana panjat sini. tak boleh duduk diam. tdo pun lasak. aku kena lebih berhati-hati lepas ni. sekarang ni tengah pujuk dan latih dia 'berumah' dalam playpen dia lebih lama. dulu kejap je letak dah bising-bising satu kampong suh kuarkan dia. now tengah latih dia tidur dalam tu. makanya, dengan aku skali masuk tdo. hahaha..



macam-macam laa anakku ini~



semoga kejadian berdarah ni tak berulang lagi. huhu..







Saturday, July 7, 2012

manusia-manusia gila




Assalamualaikum,


hmm..baca paper HM hari ni? bila dapat tau kes ini semalam. aku macam tak percaya cerita begini terjadi kat Msia. Ingatkan kat US saja ada cerita begini. Ya rabbi..



entah apa nak jadi la manusia sekarang ni. tak tahu nak kata apa sebenarnya. Semoga mereka bertaubat dan kita semua dilindungi dari perkara gila sebegini. nauzubillah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers