Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Random Thoughts (v.4)

Assalamualaikum..


1- beberapa hari saja lagi nak masuk new semester. final semester. nervous coz at the end of semester kena ambil CE. lulus atau gagal. fuhh!! hopefully boleh lepas dengan baik. Alhamdulillah, last semester result dapat 4. first time, jakuuunn! huuu~



2- but at the same time, risau pasal kerjaya. dah kena mula kemas kini resume dan hantar kemana yang patut. kerjaya ni pun satu issue jugak. hubby kerja pindah randah, kalau naik pangkat lah. aku kena cari kerja di Perlis. haih! bab ni memang berat sangat hati. tapi nak duduk jauh dari hubby pun berat juga. :( kalau boleh, aku mahu kerja industri. cuba applykan apa yang aku belajar. tapi kemungkinan besar kena jadi lecturer kot. entah. bergantung pada rezeki la agaknya...



3- tiba-tiba teringin nak mengandung lagi. nak baby girl pulak. hehehe~



4- tengah planning nak buat open house this saturday together with birthday party aisy and his daddy. anak beranak sama birthday, maknya pening kepala nak buat kek ape. hopefully menjadi la program ni.



5- masa on the way balik perlis dari selangor last wednesday, sempat singgah Bertam jumpa kawan lama. bestfriend dari matrik sampailah habis degree. fuhh! rindu betul kat dia. nak jumpa lagi sorang kat kuala kangsar tapi dia takde balik ganu pulak. huhuhu..rindu kawan-kawan belajar..



6- dah dua bulan menetap di perlis. menyewa sendiri. oklah tapi seriously agak boring la kat sini. aku takde kawan nak melepak bergosip merayau. kat selangor dulu ada la juga kawan nak ajak jumpa lepak gosip sesekali. huhu..nak jalan pun takat padang besar, wang kelian, cmart. takde JJ ke..IKEA ke..boring aahhh! (hehe..) kalau kua lepak pun kat uma mak cik hubby. pot pet pot pet sampai kering ayaq liur.



7- dulu masa awal-awal kawen, aku memang blur je kalau mak pak mertua cakap. 'hah?'- ni la yang selalu aku cakap bila dorang tanya itu ini. memang kurang paham. lagi-lagi kalau cakap lelaju. hehe..sebab dorang selalu cakap 'bahasa' utara yang aku memang tatau. dulu, aku tatau ape itu gerek, nat, etc. haha..sekarang sikit-sikit boleh la paham. jangan cakap lelaju dah lah. sound problem pun iye gak kot. hihi kalau dorang cakap siam lagi la satu habuk aku tak pahaaamm.. ni yang nak cakap jawa nih.



that's all.



=)


Monday, July 30, 2012

fuh! fuh!

Assalamualaikum,


erm, macam lama je tak berupdate. bila nak update tak tahu nak cerita apa pula. ish ish..


macamana puasa? hope takde yang ponteng tanpa sebab la ye.. last year puasa ku ponteng dua hari walaupun sepatutnya boleh puasa penuh. Yela time tu sarat sangat mengandung dah kan. sehari ponteng sebab dah tak tahan sangat. second sebab kena 'seluk'. doktor kata batal puasa. huhu.. ;(



sebenarnya aku berharap dapat la lost weight bulan puasa kali ni. rasa macam ada beberapa kilo yang payaaaah sangat nak turun this time. haih. tapi bila timbang aritu macam tak berubah je. hadoi..macamana ni? ramai kawan-kawan update kat fb yang dah hilang sampai 5kg la.huuu..jelesnya! rasanya memang kena tolak ketepi nasi la.. payah sikit sebab hubby nak berbuka mesti dengan nasi. sahur pun nasi. jadi aku selalu 'tumpang sekaki' makan sekali nasi tu. hahaha.. parah betul.



oklah hope dua minggu ni boleh la berazam turun berat lagi. =)



aku agak sibuk sebenarnya kat dapur ni. buat kek je hari-hari. eh, almost everyday lah. asalnya buat upon request. Tapi bila MIL suh buat tuk bawak ke sekolah dia, terus jadi kena buat banyak. aku pun buatla beberapa kek dan cupcake yang agak jarang jumpa di kedai kek disini macam carrot cake, red velvet cupcake, rainbow cupcake. ni tengah nak buat kek strawberry, blueberry, kiwi, mocha dan macam-macam lagi? haha..kalau mampu laaa.. buatnya tunggu anak lena baru bleh bancuh bahan2.huhuhu..



oklah. tu je nak membebel. bye!

Monday, July 9, 2012

si lasak






Assalamualaikum,


betul ke? mungkin kebanyakan parents sekarang terlalu sibuk cari rezeki untuk keluarga sehingga terlupa nak melayan anak-anak dirumah.




even aku yang dirumah ni pun teramat letih buat kerja. lagi-lagi dah duduk rumah sendiri. bangun pagi-pagi dah pung pang pung pang buat kerja. ada aja benda yang perlu dibuat. kalau anak dah bangun kena layan dia. jadi sementara dia belum bangun tu kena la macam lipas kudung buat kerja.




hari ni dahi aisy berdarah sikit terhantuk kat meja solek dalam bilik. masa tu aku tengah jemur baju diluar. tak dengar pun dia bangun. tau-tau dah nangis sekuat hati. aduh..sedih hati tengok dia luka macamtu. kalau boleh transfer luka tu kat aku, dah ku buat begitu dah. hari tu telinga dia melecet nape tah. sebelum tu kat kepala berdarah terhantuk dinding. huaa!!




aktif sangat. siapa penah jumpa aisy sure tahu macamana aktifnya dia. the moment dia bukak mata terus mula aktif. panjat sana panjat sini. tak boleh duduk diam. tdo pun lasak. aku kena lebih berhati-hati lepas ni. sekarang ni tengah pujuk dan latih dia 'berumah' dalam playpen dia lebih lama. dulu kejap je letak dah bising-bising satu kampong suh kuarkan dia. now tengah latih dia tidur dalam tu. makanya, dengan aku skali masuk tdo. hahaha..



macam-macam laa anakku ini~



semoga kejadian berdarah ni tak berulang lagi. huhu..







Thursday, June 28, 2012

short

Assalamualaikum,


bila ada mood nak update, tapi internet pulak problem. Bila dah ok, mood pulak takde. itu yang berhari tak update. Plus sibuk dengan macam-macam hal.


officially end of my third sem. alhamdulillah..tunggu result saja. harap yang terbaik.


something bad happened to aisy. dia lasak sangat sekarang. aku paling sekejap saja dah terhantuk kepala kat dinding. biasanya tak teruk. Bila pujuk pun nangis lagi, aku jadi hairan. Sekali tu meleleh darah kat dahi. Menjerit dibuatnya. sian my baby. Lepas letak minyak suma terus lasak seperti sediakala. huhuhu...



minggu ni macam-macam perkara jadi dalam hidup. sukar nak gambarkan dengan kata-kata. Dan aku rasa yang terbaik adalah 'DIAM'. dalam pertimbangan nak privatekan blog ni. MAYBE.



thats all for now.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers