Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Monday, July 30, 2012

fuh! fuh!

Assalamualaikum,


erm, macam lama je tak berupdate. bila nak update tak tahu nak cerita apa pula. ish ish..


macamana puasa? hope takde yang ponteng tanpa sebab la ye.. last year puasa ku ponteng dua hari walaupun sepatutnya boleh puasa penuh. Yela time tu sarat sangat mengandung dah kan. sehari ponteng sebab dah tak tahan sangat. second sebab kena 'seluk'. doktor kata batal puasa. huhu.. ;(



sebenarnya aku berharap dapat la lost weight bulan puasa kali ni. rasa macam ada beberapa kilo yang payaaaah sangat nak turun this time. haih. tapi bila timbang aritu macam tak berubah je. hadoi..macamana ni? ramai kawan-kawan update kat fb yang dah hilang sampai 5kg la.huuu..jelesnya! rasanya memang kena tolak ketepi nasi la.. payah sikit sebab hubby nak berbuka mesti dengan nasi. sahur pun nasi. jadi aku selalu 'tumpang sekaki' makan sekali nasi tu. hahaha.. parah betul.



oklah hope dua minggu ni boleh la berazam turun berat lagi. =)



aku agak sibuk sebenarnya kat dapur ni. buat kek je hari-hari. eh, almost everyday lah. asalnya buat upon request. Tapi bila MIL suh buat tuk bawak ke sekolah dia, terus jadi kena buat banyak. aku pun buatla beberapa kek dan cupcake yang agak jarang jumpa di kedai kek disini macam carrot cake, red velvet cupcake, rainbow cupcake. ni tengah nak buat kek strawberry, blueberry, kiwi, mocha dan macam-macam lagi? haha..kalau mampu laaa.. buatnya tunggu anak lena baru bleh bancuh bahan2.huhuhu..



oklah. tu je nak membebel. bye!

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday (v.13)











meh like ramai-ramai di fanpage ku ini...


Friday, December 2, 2011

December, please be nice to me kay?

Assalamualaikum,


Masuk sudah bulan december. Bulan penghujung dan tak lama lagi bakal masuk pula tahun baru 2012. Haih, cepat sungguh masa berlalu ek. Rasa semakin tua, rasa macam ape lah amal ibadat yang aku dah buat selama nih. Ya Allah.. moga-moga aku dan keluarga masih dipanjangkan umur untuk membuat kebaikan dan amal ibadat buat bekalan di kemudian hari..


Bulan 12 ni yang buat aku teringat ialah bulan aku bertunang dengan husband. ;)


Actually, aku nak cerita tentang business online yang aku dah lama buat. Rasanya dah lebih setahun bisness online homemade choc aku buat tapi since pregnant aku dah mula slow down dan berhenti amik order. Yelah, aku sakit teruk sepanjang pregnancy tu..plus bila dah beranak camne laa nak amik order. lagi pun hidup dah berbeza. dulu ada rumah sendiri sekarang ni duk uma parents. so barang-barang suma dalam kotak. Jadi aku masih belum dapat amik order. Maybe sikit hari lagi..insyaallah. Kalau aku dapat selongkar balik barang-barang chocolate aku tu..boleh la sambung amik order..


plus, aku dah open balik facebook shes chocoholic tu balik dan ada pelanggan dah mula bertanya.. actually, aku nak kembangkan bisnes ni dengan pelbagai produk lain yang menarik..so aku buatlah fanpage baru.


sila la ramai-ramai click ye. insyaallah barang baru akan diupload tak lama lagi. My camera tertinggal so lambat sikit. huhuhu..lagipun barang baru ni agak limited stock nya.. so sapa cepat dia dapat.. ;)


semoga usaha aku ini membuahkan hasil yang baik.. :) ameen..! rezeki Allah itu ada dimana-mana kalau kita berusaha..kan?

Monday, January 3, 2011

Pengarang jantung hatiku..



Haaaa...ini laaa gambar yang dijanjikan! Hehehe..lengkap sudah gadget kami. Alhamdulillah..husband pun dah jadi minat sama denganku.. Hehe..senang nak buat kerja..


Mine with my bebeh D90 and husband with D7000..sebelum tu husband da beli manual compact nikon coolpix7000. Jenuh pujuk beli lagi satu slr so semalam dia belilaa D7000 tu. Nak beli yg fullframe D700 tapi aku tak kasi. Hehe..mahal sangat. Walaupun duit dia tapi gua sayang beb duit dia tu. Hehe.. Pastu beli skali batteri grip,2 flash, and etc.



Dslr: D90, D7000, Nikon Coolpix 7000

Lens: 18-105mm, ultra wide lens 10mm-22mm f3.5,tele lens nikkor 70-300mm.

Flash: SB900, SB600, SB400, 2 battery grip,

So kalau perlukan photographer..dun hesitate to contact me yah! we'll give u the best price!

Hehehe..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 6, 2010

iklan free!

happy mOnday all!


happy ke korang??? kena kerja after bercuti dua hari. hahaha..saja nak bakar. ;) hehe


ni ha...kalau rasa nak cari kain cotton yang cecantik dan the vaaassss meletoOOPPP korang buleh laa melawat blog ni... http://anekacotton.blogspot.com/


my cuz punya bisnes! dah siap keluar kat WANITA HARI INI lagik tau! alaaaa...yang kat tv3 tu ha..tapi i missed that show. sowy kak ita! ;)


ni sebagai ganti sebab lupa buh link kat sidebar blog nih. ya ammpuuuunnn! hehe..


service memang bagus. kain kualiti memang besh dan sume gojes-gojes belaka... hape lagi, cecepat la beli ye.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers