Thursday, December 2, 2010

zassss!!! sepantas kilat!




punya la cepat masa berlalu...tup tup dah disember 2010. end of year sudah. Dalam hati dok menjerit...



cepatnya!!!





Rasa macam baru je semalam masuk tahun 2010. Macam baru semalam cerita tentang azam awal tahun. Sekarang dah hujung tahun..ape azam aku? apa pencapaian aku??





Aku plan macam-macam dalam hidup. Tapi tak semua yang aku mahu dan rancangkan diperolehi walaupun sudah berusaha sehabis daya. Contoh terdekat, aku plan nak jadi cikgu sebab aku dah jatuh cinta dan serasi dengan job tu walaupun dugaannya amat hebat. Tapi bukan rezeki aku agaknya...till now aku tak dapat apa-apa panggilan pun. Tak kira macam mana aku usahakan. Tak perlu aku senaraikan apa yang aku dan family aku dah buat bagi
menolong aku dapat menjadi seorang guru.Tapi....

(with my lovely students..oh! i reaally missed them! huhuhu)


Sebab Tuhan dah kata itu bukan rezeki aku..



Jadi aku cuba tukar plan.



Back up plan aku..sambung master.




naaaahhh! itu yang aku buat sekarang. Walaupun aku tanak sambung belajar lagi. Not now. Tapi mungkin ini yang terbaik untuk aku. Walaupun pada awalnya memang aku tanak..tapi tak bermakna aku buat sambil lewa. Aku memang sangat komited dengan apa yang aku buat.

(my group members)


Perkara yang kita tak suka tak semestinya tak baik buat kita.. kan??



now im enjoying my life as a student!

;)


Benda yang kita tak suka..lama-lama boleh jadi suka.. ;)




Dalam tahun ini juga aku memegang status baru. ISTERI.





alhamdulillah..




after all that ive been through. Hanya Allah yang maha mengetahui. Dia yang tahu apa yang terbaik untuk ku.




Kadang-kadang macam masih tak percaya yang aku dah jadi isteri orang. Yalah, bila balik kampung..termenung tengok kawasan rumah..dulu nak sangat keluar dari rumah dan ada kehidupan sendiri and now aku rasa sangat rindu nak duduk lama di rumah..




Sian my mom yang kadang-kadang kena stay all alone in the big house. sian sangat. xleh nak ingat. kang ingat mata terus meleleh je.. ;(




this is what we call life..



erm..



harapanku..



moga-moga di murahkan rezeki kami untuk perolehi cahaya mata....my mom mesti super duper happy! ;)



ameennn!!



been wondering camna rasanya ada baby dalam perut ;)


hihihi (*,*)

Wednesday, December 1, 2010

my first sem result

haiyyaaakkk!



tengah sibuk buat chocolate tetiba bunyi msg kat hp.



' salam..result dah kua.'




my classmate (akak ni amek phd) msg bagitau result dah kua. ape lagi! terus la zaaasss check.




dub dab dub dab




nervous habis!



risau sangat sebab ada dua subjek yang bermasalah. dan aku tak rasa boleh dapat goOd result.







alhamdulillah..






2 subjek dapat A.





subjek yang aku risau sangat fail dapat B+. huhuhu...okayla tu. Memang susah nak score dengan lecturer nih. Kerjanya masyaAllah! susah. it is like aku kena siapkan more than half of thesis untuk subjek nih. huhu..orang amik masa setahun kot nak siapkan separuh thesis. huhuhu..




Takpelah, at least subjek lain aku masih dapat A. bersyukur.. :)


masih ada 3 sem lagik.


chayyyookkkkk!!!!



bila isteri dah tak cantik lagi

Nota ni aku jumpa di facebook dan ada juga share di wall aku. Tak tahu origin asalnya dari mana..tapi sesuatu yang menarik untuk di kongsi bersama..jadi renungan buat kita semua....


Bagi aku ini semua jadi BILA MANUSIA TAK RETI NAK BERSYUKUR!!!


aiseh! emo sudah gua.


ntahlah beb, payah nak cakap. huhuhu...Jauhkan la aku dari perkara-perkara macam ni. Semoga kita sentiasa CANTIK dimata suami..


ameennn!

.............................................................


cerita yang aku paparkan ini terus terang bukan karya sendiri, cerita nie aku dapat dari seseorg yang telah menghantar email kepadaku, jadi rasanya elok untuk di kongsi bersama.....InsyaAllah...moga kita dapat manfaatnya bersama



"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.



Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..



Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.



Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.



Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.



Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.



Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.



Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.



Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.



Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.



Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.



Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.




Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna.



Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah...






....................................


renung renungkan...dan selamat beramal! ;)









Tuesday, November 30, 2010

Kalau Allah izinkan...

segala yang rumit menjadi mudah..


betul kan?



Kalau Allah tak izinkan..



yang mudah pun tak menjadi jugak.



Insiden 1 :

Hari ni aku perlu uruskan dan selesaikan beberapa perkara penting berkaitan adik-adik aku di beberapa Jabatan Kerajaan di Putrajaya. Aku ni memang lemah sikit kalau bab-bab nak cari tempat. Sorang-sorang lagi. Lagi pulak aku tak tahu kemana perlu dituju. Tapi alhamdulillah.. Khawlah and Eapul banyak membantu aku. Semuanya di permudahkan. Semua urusan dapat diselesaikan dalam masa dua jam lebih. Kalau aku keseorangan memang mustahil nak siap semuanya..Semuanya dengan izin Allah..Alhamdulillah..aku sangat-sangat bersyukur..



Kadang-kadang apa yang kita rancang dan mahu tak semua boleh di capai..walau sehebat mana kita berusaha kalau Allah tak izinkan ianya untuk terjadi, maka ianya tidak akan terjadi..



sama juga dengan jodoh..



kalau sudah dia jodoh kamu, berlarilah hingga ke hujung dunia, tetap akan bersama.. Tapi kalau Allah dah tentukan yang dia bukan jodoh kamu, cuba la macam mana pun tetap tak kan bersama....


Tetapi, apa yang Allah dah beri pada kita bukan la untuk kita riak dan menunjuk-nunjuk. Sebab setiap apa yang diberi hanya pinjaman semata-mata.



Insiden 2:

seseorang mengatakan yang kelahiran anaknya memberikan kemenangan kepadanya sebagai wanita normal..





Dan aku tertanya-tanya...apakah wanita yang masih tak dapat melahirkan baby tu tak normal?? walaupun dah buat ujian semuanya..tapi kalau dah Allah belum nak beri rezeki lagi kan..so kira tak normal???


Bukan ke Allah yang beri anak tu, yang beri rezeki tu...



Macam mana kita cuba pun kalau Allah belum izinkan..memang tak kan jadi.



semua tu beyond our control..



Apapun...



Hanya Allah tahu yang terbaik buat kita..





Monday, November 29, 2010

mertua vs menantu II



okay kita masuk part dua pulak. Part I boleh baca kat entry lepas. ;)


On friday..



Lepas subuh aku terus masuk ke dapur. Bermula lagi sesi bersilat kungfu laa di dapur. Dah dapurku ini kecik comel makanya aku tak suka orang lain kaco. wah! statement riak disitu. hahaha..kecik la weh..sempit kalau ramai-ramai masuk. Aku pulak jenis buat kerja nak cepat je.. ;). Lagi pun aku dah haramkan mak and MIL aku kaco aku masak. hahahaha..dah depa suma jadi guest aku kan.. tuan rumah la kena layan.. hehehe




Menunya..nasi goreng kampong, mee goreng basah, kentang goreng, etc. Memang macam-macam lauk sampaikan tengahari aku tak yah masak. Dalam kul 8 lebih my parents keluar terus menghala ke N9 melawak adik bongsu aku di skolah. Nak SPM ni dok sibuk mengidam nak makan KFC la ape suma.. hubby and adik aku yat suruh dia fly panjat pagar..hampeh kan abang-abang dia nih..xleh pakai katanya. hahaha..so parents aku kesana la membawa KFC tuk dia..




After my parents pegi, kami ingat nak keluar tapi sebab fikir hari jumaat so better kua lepas solat jumaat..




Dah katanya MIL aku datang kejap je kan, so cuba padatkan dengan aktiviti jenjalan. Nasib baik MIL aku suka jenjalan dan sporting. Senang ku hangkut kesana sini. Husband pun cuti on friday tu. Pepagi kami hanya lepak di rumah..hubby and BIL pi mandi swimming pool. Aku tertido bersama MIL depan tv. hahahaha..hokay ape?? tido bersama buleh mengeratkan hubungan korang dengan MIL. Tak caya cuba try test. ;)





Husband bawak kami semua ke M.A.H.A yang hanya 5min je dari rumahku. Dekat sesangat. Orang kata belakang umah je lah..kebetulan baru hari pertama, jadi memang meriah juga la..




macam-macam ada ko...........








longgar la gak lutut nak berjalan walaupun dalam tu disediakan tram, bas suma..memang tersangat la besar dan luas. Berbeza masa pertama kali M.A.H.A di anjurkan dulu..




Aku sangat geram dengan bunga-bunga yang ada tu. Niat hati nak beli tapi tengok rege cam mahal sangaaat je. Aku selalu gak belikan mak bunga kat sungai buloh tu tapi idok ler semahal itu. Maka, hanya cuci mata aje laaa ;)




MIL beli buah-buahan dan aku beli buku resepi choc. hehehehe..Pastu kami lepak makan petang kat foodcourt dia. makananannya memang wallla! nyummmmyyyyy! walaupun harganya agak mahal. huhuhuhuuu...





lepas habiskan sepetang di MAHA, kami gerak ke KL pulak. Husband bawak ke SOGO. Nak shopping sakan. hehehe..husband belikan diorang macam-macam.. seronok je tengok.. hehe..memang tengah sale kaw kaw punya laahhh.. tapi yang hairan bin ajaibnya...aku tak beli ape-ape pun...huhuhu..till now rasa pelik. ;) buleh jadi alasan nak datang lagi tu.. hahaha





Lepas habis skru lutut kaki dah longgar, kami ke uptown pulak. Sambung shopping lagik di situ. hahaha.. memang jalan dan shopping sakan!




end up aku masih tak beli ape-ape lagik. hummmm.... ;)




pas habis shopping pi pekena nasi lemak mali's corner. tapi as usual, aku makan char kueteownya lah.. nyummy!




sampai rumah jam 1 pagi lebih. memasing terus kebabommm tido..




part 3 nanti aku sambung ye..




..............................................................



skg tengah nak menyiapkan album story board customer nih..huuu





Sunday, November 28, 2010

marriage is NOT only bout LOVE

Big YES to that!


marriage is not only bout love. it needs more than that. orang dolu-dolu kahwin pun tak pernah kenal atau bercinta tapi boleh kekal BAHAGIA hingga ke akhir hayat. betul kan? tak caya cuba tanya mak pak kita. atok nenek ka. apa rahsia hubungan mereka.. ;)




kahwin memerlukan ILMU. ilmu tu perlu dipelajari. sebab tu sebelum kahwin kena pergi kursus dulu kan?




marriage is challenging. memerlukan KESABARAN yang tinggi. Husband and wife kena tahu TANGGUNGJAWAB masing-masing. Kena BERTOLAK-ANSUR antara satu sama lain. Masing-masing dibesarkan dalam dua buah keluarga yang berbeza. Jadi cara hidup mesti berbeza antara satu sama lain..




MASA BERCINTA hanya lebih kepada kepura-puraan. Yela, control cun@macho la kan depan awek/pakwe memasing. Takkan nak main hambur je nanti kene rejek plak kan. hehehe..




Ada sorang ustaz ni kata masa dalam program 'TANYALAH USTAZ', beritahu yang masa bercinta hanya penuh dengan pura-pura dan lebih 60% hanya tipu belaka. The real thing nampak masa dah sah bergelar suami isteri..




Aku setuju dengan semua tu. Masa belum kahwin, memang tak nampak langsung semua tu. Fikir kepala cuma nak kahwin. Rasa macam dah cukup bersedia dah.. Aku tak bercinta lama pun dengan husband. Kami kenal SANGAT SEKEJAP. Kami memilih untuk bercinta lepas kahwin. ;)




beshnya jangan cakapla. hahaha..gaduh-gaduh tu adat bercinta kan..hehe




Aku buat entry ni sebab baru lepas tengok drama 'dalil cinta' kat tv3. Tak reti masak dan kemas rumah tapi dah sibuk nak kahwin. okla part tu. Tapi tang bohong mak mertua kata reti masak tu yang tak leh blah..kena marah dengan mak mertua pun tak serik-serik. haish..jauhkan laaa aku dari sikap macamtu..si isteri sangat pemalas dengan rumah sangat sepah. aiseh...ada gak ke yang macamtu?? huuu..kalau sama-sama kerja dan penat..ape salahnya sama-sama buat. dua-dua juga kena bertanggungjawab kan?



paling sedih part mak mertua dah marah-marah pun si isteri buleh buat derk ja. siap tengking mak mertua nya balik. huaaa....!!! ;(




Keluarga mertua pun sama macam keluarga sendiri. tak baik buat mcmtu..huhu






ntahlah..




Aku tak cakap yang aku hebat menjadi isteri. Hebat memasak atau buat kerja rumah. NOPE. aku juga ada kelemahan dan masih belajar tuk perbaiki mana yang lemah. Tapi bab pemalas @ pengotor @ penyepah tu memang tak gemau laaa.. tak reti masak buleh belajar lagi. Semua tu nak atau tak. tu ja..




teringat plak insiden masa hari pertama aku menjadi isteri. hehe..husband sibuk-sibuk dah nak gerak ke tempat kerja. Masa tu masih di kampung aku. Kul 6 pagi kot husband dah gerak-gerak aku mintak salam. aku salam terus sambung tido balik! hehehe..




Balik kerja husband cakap..dia sarapan kat kedai mamak tak jauh dari rumah aku. gulp! terkedu siot aku. huuuu..husband kata nak laa rasa aku buat sarapan..tapi aku dah tido plak. hahaha..sengal kan?? ;)



Sejak dari tu aku akan pastikan husband 'isi perut' dulu sebelum keluar ke tempat kerja. ;)




ha..lagi satu ni..bila isteri dah merajuk, si suami WAJIB pujuk. Kalau tak nanti bernanaaah je dalam hati tu kang. Habis di ungkit-ungkit. Tak pun muncung makin berdepa-depa. hahahaha..




alaaa...bukan susah pun nak pujuk kan??? yang susah selalunya NAK RENDAHKAN EGO tu.... ;)




Tapi tak rugi pun kan? rendahkan ego untuk isteri bukan nak bagi isteri pijak kepala suami...tapi nak mendamaikan rumahtangga...bila hati isteri sejuk dan happy, husband pun jadi happy juga. nanti si isteri buleh buat macam-macam kan? time dia tengah happy buleh laa husband request macam-macam..


sayang, tolong buatkan kopi ya..


Nanti bukan kopi ja dia buat, siap dengan kuih kek bagai!



hahahaha...





Tapi sebagai manusia yang lemah dan tak tak sempurna tidak lari dari buat silap. Yang penting, cuba betulkan mana yang salah, mana yang kurang di tambah, yang baik di tambah baikkan lagi..


;)







Friday, November 26, 2010

mertua vs menantu I

sementara tunggu husband ambik mak dan adik-adiknya di LCCT, aku di rumah sibuk memasak for late supper. sian my MIL tak makan lagi. my parents sudah selamat kebabommm! tido! ;) mereka memang tak leh tido lewat. kul 10malam tu dah kira lewat da..



menu for supper


udang besar masak lomak cili api

kangkung goreng belacan

ikan selar digoreng garing


hehehe..nyummmy!


for dessert plak, blueberry cheesecake. ada resepi kat previous entry.


terharu MIL tengok menantu kesayangan dia nih masak macam-macam walaupun dah pagi buta! hahahaha..tetengah malam aku dok ketuk lesung batu tu ha..sian my parents tido tak lena. hehehe

pukul 2 baru la MIL n adik-adik husband selamat sampai dirumah. flight adik delay dari KK. biasalah airasia nih. kalau hujan sikit terus delay. takpe..yang penting mereka selamat sampai.


kalau ikutkan plan MIL, dia nak stay semalam je. jumaat malam dah nak balik ke kangar semula. sebab banyak jemputan kenduri semua. Tapi aku dan husband pujuk suruh stay sampai ahad. tapi tak dapat. sabtu malam mak dah balik. kira okaylaa kan..hehe


apa aktiviti kami on friday and thursday???


besh wo!


will story bout it later k!


happy weekend peeps!

Thursday, November 25, 2010

H.A.P.P.E.N.N.I.N.G!!!



Sibuk lagi minggu ni. Sejak cuti sem ni makin sibuk aku dibuatnya. hehe..nasib baik tak keje lagi. Kalau keje, aduhhhh..mesti tercungap-cungap. Now i wonder camne wanita yang bekerjaya..nak urus suami..anak-anak lagi. huhuhu..memang hebat kalian semua!


baru laaaa sekarang ni ada masa nak buat entry. huhuhu..dari pagi tadi non stop buat kerja. dengan tempahan chocolates yg datang last minute. huhuhu..kemas rumah sehabis-habis nya..my mom in law nak datang uuu!!!!


mesti laa kena super duper bersih kan..ha
haha ;)


plus my parents are here!


now husband pick up MIL and his siblings at LCCT. me at home w
ith my parents. sesambil makan cheese cake yg aku buat petang tadi. sempat lagi tuuu! ;) hahahaha..


pakai bb je sempat snap..huuu..


actually ni first time buat baked cheese cake.


tadi ke kedai bakery aku main ambik je semua bahan yang aku rasa perlu. takde resepi lagi time tu. dalam kepala nak buat blueberry cheese cake. hehehe..


taddaaaa!!!!






hehehe..habis semua blueberry aku tuangkan. nyum nyummm!!!


tapi tu belum siap lagi haaa..blum bubuh whipping cream



haaa...ni da siap. takla cantik sangat kannn.. budak baru belajar la katakan.. ;). aku buh mocha whipping cream kat kek tu..hahaha..saja gatal nak buat mocha punya perisa..hehehehe..


pastu tadi suh my dad n mom makan..


memula my dad cam tanak since dia kenyang and on diet.. tapi bila da rasa sepotong, terus nak lagiii!!!!!!!!!


serius beb! hahahahaha


pastu siap cakap.. SEDAAAAPPPPPPPP!!!! berkali-kali ulangggg..



hahahaha..abahku sangat kedekut wehhh dengan pujiaannn.. MAHAL dowh pujian dia. tak caya tanya my mOm. hahahaha..tu maknanya memang sedaaapppp!!


memang rasa cheeeese!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


sapa nak???


hehehe



aku bagi bahan-bahannya ja la ya.. ;)


cream cheese (aku letak dalam 500gm)


200ml full cream milk


100ml whipping cream


120gm gula


telur 3 biji


5sudu tepung gandum


2sudu kecil perahan lemon (aku xde lemon so bantai buh sanquick! hahaha)


pukul semua bahan atas tu sampai kembang.. ;)


pastu tuang dalam loyang..


cara bakarnya pulak, letak loyang yang nak dibakar tu dalam loyang lain yg lebih besar dan isikan air.. mcm double boil tu la.. ;)


hehe..


aku bakar dalam 40mins ja..tu pun rs cam agak lama gak..


tgk agak-agak dah masak tu ok la kan..


resepi ni aku ubah ikut taste tekak aku. ala, ikut suka la nak tokok tambah ape..haha..


pas siap bakar, jangan terus kuarkan dr loyang..biarkan sejuk dulu dalam oven tu..eh, aku bakar dalam microwave ja.. ;)


then, tuangkan semua blueberry paste atas tu..then buh whipping cream yang dah dipukul dalam 10mins

masukkan dalam peti ais dulu kek tu..baru sedap makan!!!



selamat berhujung minggu!


;)

Wednesday, November 24, 2010

my choc+im sick!




huhuhu..masih belum dapat 'kudrat' lagi nak mengarang cerita. huhu..moOd masih tak ok. physically tired, emotionally broken. aiseh. tunggu gua pulih dulu ya! ;)


sementara tu..layan laa pic pic chocolates ku ini..

hehehe..

comel x? sedap itu pasti!! ;)



ini nak tunjuk gambar choc ke gambar pasu bungatu?? ;)



feel free to add me at facebook Shes Chocoholic / sheschocoholic@gmail.com




or click here

Monday, November 22, 2010

a year older

ive been busy lately..usually kalau sesibuk mana mesti sempat juga update tru bb tapi ni memang tak sempat langsung.



will update later what happened last weekend. ;)



today my birthday...not-so-happy-day actually. gloomy sesangat. huhuhu



rasanya birthday kali ini adalah yang aku cuba lupakan sepanjang hayat. woaah! cam tragik je bunyi nya.



biasanya tiap kali birthday, memang aku akan rasa happy sesangat but not for today. im struggling to control my emotional, my feelings. try to be tough.



my friend ajak lepak at the curve so i just agreed. memang dari aritu plan nak beli new handbag. tengok handbag COACH my mum sangat cantik! terus rasa cam nak beli satu. tapi belom mampu lagik. ;( one day maybe.



so today kira shopping as a treat for myself la. takde sape dah nak bagi hadiah..so beli sendiri jelah kan..jalan masuk sana masuk sini. rasa macam semua benda nak beli. shopping is a good therapy! ;)



my dear lily banje makan kek chocolate. hehe..jadi la kan. tahun lepas rasanya memang xde kek for my birthday..entah. hehe..nanti aku update cerita-cerita menarik yg terjadi setiap kali my birthday..nanti ada anak cucu leh suruh diorang baca blog mummy@nenda diorang ni. hehehe..amenn...! (mesti best rasanya bila ada anak panggil mummy@mama nanti..huuuu)



btw, perkara yang buat aku sangat terharu ialah ucapan dan doa dari family and friends. itu yang rasa macam sebak je baca. dari tengah malam tak henti-henti bb berbunyi notification..dah tengah hari baru aku reply satu persatu..



tq so much! semoga doa kalian semua dimakbulkan Allah..dan juga mengharapkan dan berdoa yang terbaik untuk kalian semua.. ameennn!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers