Thursday, August 18, 2011

Tak tahu memilih ke sengaja tanak memilih nih??


Kahwin Kembar Kerana “Tidak Tahu Nak Pilih Siapa”


Disebabkan keliru dan tidak tahu hendak memilih yang mana, seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun mengambil keputusan mengahwini pasangan adik-beradik kembar perempuan secara serentak pada 8 Ogos lalu.

Dan lelaki ‘bertuah’ itu berjanji akan mencintai kedua-duanya sama rata.

Ketika ramai memanggilnya bertuah, ada di kalangan pembaca laman web “STOMP” pula membayangkan yang lelaki itu sengaja menempa nahas melalui perkahwinan seperti itu.

Wichai, yang meniaga barangan lama berkahwin dalam satu majlis penuh kemeriahan kepada pasangan kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan.

Wichai berkata yang dia berkawan baik dengan pasangan kembar itu yang juga jirannya sejak mereka kanak-kanak lagi.

Dia menambah bahawa “selama tiga tahun berturut-turut, kami bertiga berpacaran bersama, sehingga satu hari apabila saya tidak dapat menahan perasaan, saya memberitahu mereka “Saya mencintai awak dan ingin mengahwini awak BERDUA”.

Kedua-dua saudara kembar bersetuju dan mengakui yang mereka memang ingin mengahwini lelaki yang sama.

Bagi aturan untuk tidur pula, Wichai berkata, “Untuk tiga malam pertama dalam seminggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga malam seterusnya bersama Sirintara. Manakala pada setiap hari Sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.”

Baca Di Sumber di sini

http://singaporeseen.stomp.com.sg/stomp/sgseen/this_urban_jungle/724092/man_legally_marries_twin_sisters_because_he_could_not_decide.html


ambil di sini


......................................................................



berkali-kali aku baca news nih. biar betik???



tak tahu memilih ke memang sengaja tanak memilih?



or



tamak?



hehehe..



entahlah. tapi dalam Islam perkara ni haram. Mana buleh kawen adek beradik serentak cenggini.



Tapi paling tak bleh blah dengan statement.....



"manakala pada setiap hari sabtu, kami bertiga akan tidur bersama.."



whattttheeee????!!!!



haih, hilang pahala posa aku ni kang.



aku rasa orang lelaki sure jeles la dengan mamat nih kan kannnn..???!!!


huh!!


................................................


takde kaitan dengan aku pon nak emo emo gak. hahaha..


Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday (v.3)




layan gambar kahwin nak bagi hilang mood kuciwaa... ;(




Tuesday, August 16, 2011

not feeling well


Alhamdulillah..dah 16hari kita berpuasa. sekejap betul kan masa berlalu. Tak lama lagi nak raya. Aim sebelum raya adalah nak masak rendang ketupat kuah kacang lodeh suma..mission for tomorrow. hehehe..takut laakk kang terberanak awal tak beraya ai tau!



tak berupdate semalam. Actually aku tak berapa sihat. Sakit perut. Tapi bukan tanda nak beranak ye. MasyaAllah, sakit yang teramat! memula ingat nak bersalin dah. Time tu nak dekat sahur. Kul 4 pagi la lebih kurang. Aku dah jadi kelawar sekarang. Malam memang tak tido. Lepas subuh baru leh lelap. Tu pun kalau mak aku tak jadi alarm suh bangun. Pantang dia tido lepas subuh. Tak elok tapi what to do...aku mengantuk lepas subuh. huuu



sebut pasal sakit tu..not sure pasal apa. adik ai yang doktor tu kata sebab makan terung banyak. so jadi angin. Yelah, dalam 2 minggu ni memang tersangat la kerap aku masak dan makan terung. Sambal terung tu memang fevereetttt!! bertambah nasi dua tiga kali kalau ada lauk tu. Dan kalau masak, aku memang makan sorang terung tu. Yang lain tengok jek. hahaha..sebab pedas katanya. Tapi mak buyong sorang ni memang hantu pedas..aku bantai makan sampai habis.



Pastu bila dah sakit memang azaaabb je rasanya. tah bape kali duk kat toilet tu. siap wek wek. makanya memang tak larat la nak posa kan. huhuhuhu..sian baby. okay mummy tak makan dah. :D


Sejak dua minggu ni jugak la aku rasa lebih kurang tetiap hari akan buat cekodok. alah, cucur udang pon aku bantai sebut cekodok gak. Asal-asal ternampak kat page cik MAT GEBU ni. Makanya aku terai la buat..aku tak ikut sebijik resepi dia..tapi part buh yeast tu yang aku ikut. pergghhh!! memang sedap bam baaammm cuk udang aku tu. hehehe..


memula aku teringin nak makan cuk nasi. so aku blend la balance nasi yang ada, campur la bawang, sayur carrot, udang kering atau ikan bilis. Buat sekali banyak then kalau lebih simpan dalam peti ais. next day goreng lagi dan lagik! hehe.. Kalau ada taugeh memang buh. cili merah, daun kuchai..


memang sedaaappp!!



at first tu aku tak reti nak buat bulat-bulat pakai senduk tu. Biasa kat kedai buat cenggitu kan? aku penah buat tapi tak menjadi so malas nak try lagi. Sekali tadi usha lagi blog cik MAT GEBU nampak dia update lagi entry pasal cucur udang. nyum nyummm!!!



Bila ke dapur tengok abah ada beli udang. Aku tak suka pakai udang yang keras-keras tu. Cam mati selera bila gigit udang keras tu. hehe..dan pertama kali try buat pakai senduk bulat menjadi plak kan..hehehe.. yang tak syok bila meletus letus minyak terkena jari. huhuhu..pedih btul. Patutla cik mat tulis udang kena lap kering-kering. Maybe tak nak kasi meletus la dalam kuali kan..aku plak udang basah-basah pi bubuh..memang la kannnn ;)



memang tengok pon dah terliur. hehehe..



try la buat ye! :D








nyum nyummmm!!!



nak buh bape banyak udang ikut suka..hee




cuk udang bam baammm





masa duk amik picture ni my mom nampak..dia tanya ambik gambar tu nak upload kat mana? nak bagi husband tengok ke? hehehe...



aku gelak jelah..




okay la. selamat berbuka!!


Sunday, August 14, 2011

Debaran semakin terasa..

ok aku dah terus jadi cuak habis dah nih.




baru dapat tahu my friend (actually wife kpd hubby's friend but da jd my friend too) dah selamat deliver baby girl. actually due date kami memang tak lari jauh. Maybe beza dua tiga hari jek. Dia sama minggu dengan aku. 34 weeks. Tapi dah beranak dulu.. baby premature. Kena masuk incubator.



Baru dapat call dia just now. Asking apa tanda-tanda yang buatkan dia rasa nak bersalin awal ni suma. Few days ago baca status msg dia cakap tak leh tidor. Baring ngiring kiri sakit. Kanan sakit. Telentang pon sama. Adehh..ni dah sama simptom dengan aku nih..Memang sekarang aku sangat seksa bab nak tdo. huhu..kena laa golek-golek sampai selesa..



actually, masa 33weeks aritu aku ada rasa false alam. minor contraction kot. memang sakit betul time tu. 4-5 kali sakit. Tapi aku tak terus menggelabah pegi spital. Aku tunggu dulu. If non stop baru pergi. Lepas beberapa kali baru stop. so itu kira false alarm la.. Masih awal lagi tu.. huhuhu



Rasanya kalau terberanak awal ni maybe husband tak sempat nak rushing balik kot. Maybe jugak tak dapat teman masuk labor room. sob sob sob




so kena laa redha dan pasrah dari sekarang.hubby ai jauh 7 jam drive dari sini. Nak buat camne kan...




apa pun semoga semuanya dipermudahkan untuk aku. ameeen... :)




........................................................


tetiba nak suh mak masak ketupat rendang suma esok. kot kot terkeluar awal nanti aku dah 'beraya' dulu. hihihi



Saturday, August 13, 2011

deferment of semester-approved!


yayyyy!!! my application for deferment approved!!!




buleh cuti beranak dengan senang hati.. wehuuuuuuu ;)





hahaha..tah hape hape la aku nih.



yelah mana tak sonoknya..dah la cuti semester ni 5 bulan..pastu tambah lagi 5 bulan..10 bulan cuti siutt..hahaha..pastu jenuh nak refresh balik otak nih..hahaha..



actually lega sudah bila selesai satu bab ni. risau jugak application aku ni approved ke tak? sebab before ni statusnya just supported. Just isi form online je..senang. Takde pos ape-ape pun. karang satu dua ayat kenapa nak apply cuti dan submit! kalau medical reason kena sertakan sekali dengan surat doktor.. Alasan aku, this is going to be my first experience of delivering a baby so tak leh nak concentrate tuk study. hihihi..betul la kan. camne nak pegi kelas terkepit kepit plaaakkk ;D



Teringat dulu time buat degree, aku ada jugak apply tuk defer sem. mak aih, punya laaa payah nak approved! aku siap kena interview lagik. Dah la kena perli maki-maki dengan timbalan dekan fakulti pastu tak approve pulak! hampeh siuttt.. tah hape-hape. memang u lama aku tu susah kalau nak apply ape-ape. huhuhu..




semester mula masa tengah-tengah bulan 9 nih. Aku pulak due around time tu. camne kalau tak cuti kan? ramai suh proceed jek tapi aku tatau la camne nak handle new situation plus pressure kelas nanti. Sian baby kan..so tak pelah sacrifice cuti kejap. lambat cket la abis. Insyaallah hujung tahun depan. Masa nak mula sem nanti baby dah besar cket. kalau tak atok dia jaga, buleh dah nak tinggalkan kat nursery.. wahhh..jauh dah planning aku. hehehe.. :D





Aku teringat masa sembang-sembang dengan beberapa orang lecturer lepas habis kelas sambil makan-makan..insiden ni kalau tak silap masa hujung tahun lepas..



"tahun depan kita cuti sem lama...dalam 5 bulan kalau tak silap.."


"nape pulak cuti lama prof??"



"pasal nak selaraskan semua universiti..nak ikut UK kot. so semua start serentak nanti bulan 9.."



"owh..i see"



"cuti lama ni nanti kamu buleh ler ngandung beranak sekali... sure ramai plan nak mengandung nanti..hehehe.."



" erk???!!"




hahaha..it turned out memang betul pun! tak lama lepas tu aku dapat tau mengandung sudaahh.. masin mulut prof tu. hehehe.. ;)



Friday, August 12, 2011

34weeks ++




aku pun confuse sebenarnya nak ikut mana. Kejap cepat, kejap lambat. Maksud aku weeks tu lah. Second trimester cam lambat cket weeks ni (by scan). Masuk 3rd trimester cepat lak. Ikut LMP sekarang dah 34 weeks lebih. Kalau ikut scan rasanya dah masuk 35 weeks. huhuhu...Takpelah, if orang tanya aku just cakap lebih kurang sebulan lagi nak bersalin.




fuhh!! tak lama dah tu kan? Doktor kata awal raya dah boleh bersalin dah..Kalau boleh dan diizinkan Allah, aku nak sangat baby lahir on 4th september nanti. Sebab apa? i want to give this baby as a special birthday gift to my husband. Harap-harap dimakbulkan Allah.. :). Ini je hadiah yang mampu nak bagi. Nak bagi hadiah volkswagen golf ni aku tak mampu lagik.. sob sob sob.





(pic from google)


Kadang-kadang rasa tak sabar nak tengok baby ni lahir. Sebab geram tengok gambar anak orang lain. comel comel! aku siap save lagi gambar baby orang. Anak cousin, mirza hadif tu aku siap jadikan wallpaper kat laptop ni lagik. comel betul! hehe..







Tapi kadang-kadang risau jugak camne nak handle situasi bila ada baby. Kawan-kawan ramai yang mengadu macam-macam. Tak cukup tidur lah, letih, mata dah sembab, lembik time puasa ni sebab breastfeed baby..dan macam-macam lagi. Seriously aku memang tak boleh nak bayangkan macamana keadaannya nanti. huhuhu




(pic from google)




Kita just go with the flow la kan? tunggu dan lihat camna nanti. hehe





(pic from google)

Thursday, August 11, 2011

"10 perkara memeranjatkan di dalam perkahwinan"

aku terbaca artikel ini dan rasa menarik juga untuk dikongsi bersama. Terutama untuk pasangan yang baru berkahwin seperti aku ni. Baru ke?? baru laa..setahun lebih. :D


Ada perkara yang memang boleh dijangka. Takde la terperanjat, cuma bila diri sendiri dah hadapi kadang-kadang blurr je camne nak handle kan? lagi la takde pengalaman.. Cuma sikap dan kematangan diri yang boleh menyelesaikan masalah dalam rumah tangga ni.. :)


Meh kita baca sesama..


Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa
keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”


hukhukhuk..betullah..dah kawen tak semestinya kena berkepit 24jam kan? masing-masing perlukan ruang untuk diri sendir. Tapi jangan pulak sampai abaikan pasangan. ye dak? hee


2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.


iya dong! cinta itu seperti pokok bunga, jika tidak disiram dan dibajai, habis layu dan mati la ia.. :D makanya, sangat perlu untuk tunjukkan kasih sayang secara verbal dan juga perbuatan kepada pasangan. Tunjuk kat pasangan je yang penting. Tak yah nak show off kat public sangat nanti orang menyampah! hehe



3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”


wahhh!!! suweet jek kan kalau camtu. hik hik hik (gelak gatai). betul la kan..kena laa buat sesuatu untuk menceriakan dan menghangatkan hubungan lagi. Pasangan bukan lah sekadar teman sebilik atau teman serumah..atau pun bibik anda!!! ingat tu ye! hehehe


4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”


iyaaa..kalau tengah baik, happy, memang laaa seronok kan. cuba kalau tengah gado ke tak puas hati ke..masa tu menyampah gila tengok pasangan sendirik kan kannnn? hehehehe..no laa..kidding! marriage is fun kalau masing-masing tahu untuk menggembirakan antara satu sama lain... :D tapi memang menyengeh je la kalau dapat msg romantik ni kan.. ;)


5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”


humm...kebiasaannya macamtu lah kot. Isteri yang banyak berkorban. Tapi suami jugak ada banyak berkorban kan? dependsla..huhuhu


6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.


betol betol! dulu sblm kawen kurus, dah kawen ada anak cam dugung da badannya..huahuahua..kena terima pasangan seadanya...betul tak?


7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.


hehehe...biasalah tuuu..sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula laki bini.kihkih..sokong ajela ape yang dia nak. (But yang relevan ye!) dah dia yang kerja pepenat kan kann?? hehe..dapat paw sikit jadiklaaaa :D hehehe


8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.


yelah, dah lama kenal pasangan seharusnya begitu..makin matang menghadapi masalah..ye dak? :)


9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.


hehehehe......mood mesti mau bagus maaa.... ;)


10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?


waduuhhhhhh!!! bab ego ni memang masalah utama betul la kan??? dengan degilnya..keras kepalanya...egonya...hish hishhh...saya?? mana adaaaaaaa...saya isteri yang baik apeee ;D




sumber dari sini
......................................................................



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers