Sunday, September 23, 2012

diet oh diet

Assalamualaikum..

hari ini masuk hari ke 5 aku berdiet. Sebenarnya bermula dengan adik2 aku sibuk nak makan SDII tu. so aku tumpang sekaki suh belikan 2 tin untik aku.harga memangla mahal kan. huhuhu..ramai ku tengok dah slim melim makan benda tu so why not give it a try kan?

hari pertama..y rabbi seksa sungguh. dahlah aku ada kelas statistic hari tu. dari pukul 230 sampai 6 ptg.stress sgt2. itu menyumbang kepada migrain yg agak teruk dan perut jd berangin. habis kelas terus masuk kereta dan muntah. rasa macam tak mampu nak drive balik.tp ku gagahi jua.balik tu singgah mcd beli burger sebab tak tahan sgt nak tunggu sampai rumah. dah makan burger kurang sikit lapar dan sakit kepala masih tak hilang2. sampai rumah aku makan 4suap nasi. sebab dah lapar balik. senang kata hancur diet.

kalau ikut program diet ni..aku perlu elakkan karbo dalam setiap menu.boleh makan tapi tidak boleh melebihi 35gm carbo. okay hari first failed.

masuk hari kedua..aku ada kelas lagi. so bawak bekal siap2 dari rumah so aku tak perlu singgah mcd balik kelas nnt. sebab apa aku singgah mcd bila lapar balik dari kelas?sebab aku tak perlu turun dari kereta. yelah..hari dah malam dan aku drive sendirian..makanya aku prefer tak nak turun dari kereta even untuk isi minyak. okay ini cerita dlm entry lain nanti.

kelas hari ke dua tak stress mcm stat so aku tak sakit kepala. aku dah boleh agak perut aku lapar time bila.so bila perut mula berkriokk kriookk tu aku terus makan. dapat makan sikit pun jd so perut tak berangin dan tak sakit kepala.

hari ke 3 dan 4 pun sama. dah biasa makan salad atau apa2 sayuran yg tekak aku boleh terima. tak heran sangat dengan nasi tu dah. hihi..so hopefully berjaya laaa aku nak slim melim macam dulu2. *eh slim ke kau dulu2 makcik oi?* haha xpelah..ini untuk kepuasan diri sendiri. :)

yang penting kena amalkan diet yang sihat dan tidak memudaratkan diri. plus kena exercise sekali baru badan lebih sihat :)

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, September 22, 2012

week 2-done!

Assalamualaikum..

warning! get ready.aku nak 'membebel' panjang di entry ini.

habis sudah minggu kedua. bermakna assignment juga sudah mula beratur dan perlu perhatian dengan kadar segera.

masalah internet dirumah masih tak selesai lagi.payah aku nak online even through handphone. apa lagi nak search journals bagai. hai masa macam ni la kan laptop kesayangan tu nak rosak. parah lagi sem ni kena bawak laptop ke kelas untuk statistics. Sebab internet slow juga jadi sebab aku payah nak update blog sekerap mungkin.

rindu nak membebel panjang2 kat sini.payah laa nak membebel cerita itu ini kat orang.tatau nak cerita kat sapa sebenarnya. boring. kdg2 macam2 benda nak cakap tp tatau nak ckp kat sapa last2 cakap dengan dinding. Ckp kat dinding kurang sakit hati dari bercakap kat org yg respon mcm ckp kat dinding.huahua
*paham ke?*

study kali ni agak ok cuma stress yg amat dengan statistics. lecturer tu punya style menambahkan lg stress kepala otakku yg memang blank bila nampak banyak nombor.

hmm..dah masuk final semester ni ramai yg menyuruh aku sambung je trus buat phd. Benda pertama yg aku fikir..mampukah aku? dan kalau aku nak buat phd, aku teringin sangat nak buat di oversea.my friend suggest buat di US. Kalau aku single mingle sure tak banyak perkara yg harus difikirkan. tapi dah ada anak n suami ni mcm2 kena fikirkan. aku xnak pergi kesana tanpa suami so dia kena ikut kalau aku nak buat phd dioversea. *berangan*

td tengok pic kawan yg blaja kat scotland. Macam cacing kepanasan aku dibuatnya. jealoussssss!!!! huaaa..nape die boleh pergi..nape aku tak lehhh. hahaha..tah hape2. Dia dh jd lecturer kt local U so confirm U yg taja dia kesana. huaaa..!! double jealous. *tetiba jadi semangat nak sambung*

takpelah..ada rezeki aku dapatlah sambung blaja kat sana. kalau tak pun dapat bercuti pun boleyyy. hehe


Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, September 15, 2012

week 1-done

Assalamualaikum..

phew!

baru lepas habis kelas.sabtu pun ada kelas.huu..baru seminggu masih ada lagi 13minggu nak habis sem.haha gila xsemangat langsung dok kira2 nak habis. tak pernah2 lagi aku excited tggu habis sem.biasanya seronok je..

maybe sebab kebanyakkan kawan2 dah nak konvo this oct which is sepatutnya aku sekali tp takpe..itu decision aku sendiri.. :)

this sem subject cuma 3 tapi kelas 3hari.xde satu hari 2 kelas.so letihla nak drive 3 hari berturut rabu khamis n jumaat.dua hari kelas sampai kul 9mlm so sampai rumah around 11pm.huaaa!!!

sem lepas pun 3 hari kelas tapi aku tak rasa letih n tak semngat mcm this sem.entahlah..mana pegi hilang semngat tah.

hopefully diberi semngat yg tinggi utk habiskan sem ni.my final sem then leh grad.huu..dahla subject statistic..tengok nombor2 terus rasa nk muntah..memang tak pandai math la kan..

oklah got to go! have a nice weekend all

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, September 10, 2012

Random thoughts (v.5)

Assalamualaikum..

morning everybody!

1-ramai yg share entry blog yg kutuk cikgu tu kat fb.dan juga status seorang surirumah yg mengutuk cikgu.seriously manusia2 mcmni hidup bongkak.walaupun xsuka dgn cikgu tp xleh sifatkan semua cikgu teruk.masih ramai lg yg baik dan bagus.jangan lupa..cikgu juga manusia. dan bukan senang jd cikgu.

2-ptptn punya desperate ke ape aku tataula skg ni kan bdk2 xyah sibuk2 nak apply.dorg siap2 anta pos ke rumah dengan cek 1.5k. punyalaaa desperate.satu keje pulak nak kena return duit tu pd yg xmahu.

3-pelik tgk masyarakat kita yg bangga sgt laaa kalau terer english ni tp xreti malu pulak kalau tak mahir bahasa sendiri dan tak tau mengaji.apa nak bangga sgt kalau pandai bi.xsemestinya org xreti bi tu bodoh belaka.cikgu BI pun tetap kdg2 buat silap juga sbb English is our 2nd language. haih..

4-aku tertanya2 juga..perempuan suka nak cantik..nak nampak perfect utk suami masing2 dan berusaha keras utk nampak cantik dimata suami tp org laki ni kebanyakan mcm xkesah pun penampilan diri bila dgn isteri.mungkin bukan semua laa hanya segelintir atau kebanyakan..cuba peratikan...hehe..

suami nak isteri cantik..kemas..wangi..seksi dan sebagainya..tp kenapa suami xnak buat perkara yg sama? maybe sebab kebanyakan isteri xpernah kesah kalau suami boncet kee..suami busuk  peluh xmau mandi ke..haha ni cuma contoh laa..apa kata sama2 jd yg terbaik tuk pasangan...x gitu? ;)

biasanya time bercinta je sama2 nk nampak perfect..dah kawen ni nak kentut pun dah selamba badak tak sesegan silu. kihkih

jangan ada yg sentap taau! hehe

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, September 7, 2012

new semester

assalamualaikum..

jumaat sudah. minggu depan dah mula kelas balik. setelah hampir 3 bulan cuti panjang..nak dapatkan mood pegi kuliah tu rasa malas je. lagi pulak ku kena drive 4hours pegi balik.

Insyaallah this is my final sem.kalau ikutkan dah habis tp kan aritu defer 1 sem.kawan2 pun ramai konvo oktober ni.xpelah pelan2..

hopefully semuanya ok.tinggal 3 subjek saja lg n hope aisy ok saja kena jauh dgn papanya. die agak manja dgn hubby so hope die oklah..huu

oklah. selamat berhujung minggu

pic: aisy dlm feri nk ke langkawi

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, September 5, 2012

Wordless Wednesday (v.37)



untuk diaaaaaa.......~




love this song~

Tuesday, September 4, 2012

happy birthday my love

Assalamualaikum..

akhirnya yg dirancang berjalan dengan baik pada sabtu lepas. ikutkan hari ini baru besday mereka berdua tapi sebab nak buat open house sekali so buat weekend la.

first time aku dan suami buat event macam ni.biasa buat 'kenduri' ni our parents saja. menggelabah dan tak leh tido malam la memikirkan cukup ke makanan..org dtg ke tak..dan mcm2 lg. alhamdulillah semua ok. menunya nasi beriani..ayam beriani..mee kari dan laksa. nasi beriani dan ayam beriani my parents g tlg masak. tp bahan2 semua aku siapkan. dorg tggl masak saja. mee kari tu kuahnya memang aku masak sorang2 dr sediakan bahan semua. satu periuk besar la masak nya.huhu.. laksa MIL yg tempah.

utk kek  dan cupcakes tu pun aku buat sendiri. letih yg amat.nasib baik Sil ada sudi tolong.

da ada pengalaman sendiri buat event mcmni lepas ni dah tahu la nak buat anggaran makanan dan budget. tetamu pun ramai yg datang. syukur.

apa pun happy birthday to my love. both husband n son. kejap je simanja tu dah setahun. semoga mereka sentiasa dlm lindungan Allah.

ps: byk nk cerita tp mood tgh frust.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday (v.36)



Tidur tak lena,


Mandi tak basah,


dok memikirkan kek nak dibuat tuk besday boys nih. huhu~








kita tengokla hasilnya jadi macam mana ye! hee~


ps: sumber pic from google

Sunday, August 26, 2012

Random Thoughts (v.4)

Assalamualaikum..


1- beberapa hari saja lagi nak masuk new semester. final semester. nervous coz at the end of semester kena ambil CE. lulus atau gagal. fuhh!! hopefully boleh lepas dengan baik. Alhamdulillah, last semester result dapat 4. first time, jakuuunn! huuu~



2- but at the same time, risau pasal kerjaya. dah kena mula kemas kini resume dan hantar kemana yang patut. kerjaya ni pun satu issue jugak. hubby kerja pindah randah, kalau naik pangkat lah. aku kena cari kerja di Perlis. haih! bab ni memang berat sangat hati. tapi nak duduk jauh dari hubby pun berat juga. :( kalau boleh, aku mahu kerja industri. cuba applykan apa yang aku belajar. tapi kemungkinan besar kena jadi lecturer kot. entah. bergantung pada rezeki la agaknya...



3- tiba-tiba teringin nak mengandung lagi. nak baby girl pulak. hehehe~



4- tengah planning nak buat open house this saturday together with birthday party aisy and his daddy. anak beranak sama birthday, maknya pening kepala nak buat kek ape. hopefully menjadi la program ni.



5- masa on the way balik perlis dari selangor last wednesday, sempat singgah Bertam jumpa kawan lama. bestfriend dari matrik sampailah habis degree. fuhh! rindu betul kat dia. nak jumpa lagi sorang kat kuala kangsar tapi dia takde balik ganu pulak. huhuhu..rindu kawan-kawan belajar..



6- dah dua bulan menetap di perlis. menyewa sendiri. oklah tapi seriously agak boring la kat sini. aku takde kawan nak melepak bergosip merayau. kat selangor dulu ada la juga kawan nak ajak jumpa lepak gosip sesekali. huhu..nak jalan pun takat padang besar, wang kelian, cmart. takde JJ ke..IKEA ke..boring aahhh! (hehe..) kalau kua lepak pun kat uma mak cik hubby. pot pet pot pet sampai kering ayaq liur.



7- dulu masa awal-awal kawen, aku memang blur je kalau mak pak mertua cakap. 'hah?'- ni la yang selalu aku cakap bila dorang tanya itu ini. memang kurang paham. lagi-lagi kalau cakap lelaju. hehe..sebab dorang selalu cakap 'bahasa' utara yang aku memang tatau. dulu, aku tatau ape itu gerek, nat, etc. haha..sekarang sikit-sikit boleh la paham. jangan cakap lelaju dah lah. sound problem pun iye gak kot. hihi kalau dorang cakap siam lagi la satu habuk aku tak pahaaamm.. ni yang nak cakap jawa nih.



that's all.



=)


Friday, August 24, 2012

Salam Mubarak!


Assalamualaikum,


lama sungguh tak berupdate. berhabuk blog dibuatnya..



masa lapang yang agak limited dan kekangan idea buat takde entry.hehe..alasan! ;)


macamana raya korang?banyak duit raya?hehe..dah ada anak ni jangan haraplaaa nak dapat lagi. but aku still dapat lagi dari embah. hee~


actually plan asal nak beraya di perlis dulu, kendian baru balik kampungku. Sebabnya aku mahu lama sikit kat kampung so takpelah mengalah beraya kat perlis dulu walaupun ikut giliran turn kampung aku. tapi last minute hubby bagi tau dia cuti raya awal. sampai raya ke 4. so kena lah balik kampungku..syoklah kann..walaupun dapat sampai raya ke 4 jadiklaaa~



my parents tak masak apa langsung utk raya kali ni. memang record lah. depa busy memasak sepanjang bulan ramadhan kat masjid. sampai last day puasa pun my mom sibuk kemas-kemas masjid. Alhamdulillah.. aku dah kabo dah nak balik sehari sebelum raya rupanya my mom salah dengar. terkuzut depa tengok aku dah tercongok anak beranak kat uma. kihkih..merengek jugak kat abah suh buatkan ketupat anyam..ngidam. tapi abah tak buat juga sebab makanan berlambak. dengan orang bagi lagi..dengan yang masak di masjid lagi. takpe lah dapat makan ornag punya pun jadilah. next year boleh buat lagi.. =)


petang raya pertama kami balik johor jumpa adik beradik mak yang masih ada. seronok dapat jalan. tapi jam sana sini tu yang buat tak seronok. kan?


apa pun masih dalam moOd raya lagi. meh datang umah meh. hee~


maaf zahir batin kalau ada salah silap ye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers