Tuesday, December 27, 2011
End of 2011
Tuesday, December 20, 2011
pavlova untuk abah
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia abahku. Hari ni hari lahir abah yang ke 57 tahun. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik utk abah. After accident seminggu before aqiqah aisy, abah masih tak sembuh sepenuhnya. Ingatan, emosi masih lagi tak berapa baik. fizikal dah memang tak berapa kuat. Yang kuat cuma semangatnya.
Kadang-kadang kesian tengok abah. Kerja kuat walaupun badan dah tak sihat. Semalam wallet dia hilang. Menggelabah kami semua cari satu rumah. Bukan ada duit pun tapi kad-kad bank suma document pengenalan kat situ. Bila da report kat bank baru jumpa wallet nya. huhuhu.. Tu belum lagi part dia lupa letak duit mana. Kelmarin lepas makan, terus basuh pinggan cawan semua. Lepas tu duduk kat meja makan balik tanya mana cawan dia tadi. Padahal baru je dia yang basuh. hmm..berharap sangat abah cepat sembuh..
Actually, aku almost terlupa ari n besday abah. Yelah, jarang tengok calender. Mak yang ingatkan. So malam tadi, aku terfikir nak bake something tuk abah makan. sebab abah memang suka ape benda yang aku buat. especially western food. Teringat pavlova. Bahan-bahan semua ada kecuali fresh fruits. so aku roger adik kat kl suh belikan buah-buahan. pukul 9 aku mula buat..ikut resepi kat blog kak nani rostam. cari kat situ. cuma aku tak ikut sangat bab gula tu. aku buh setengah cawan saja. Pastu tuk topping aku letak cream cheese yang dah dipukul dengan whipping cream. Actually tu lebih masa buat red velvet. Tapi memang sedap betul letak topping camtu. Kalau whipping cream aje cam tak bape kick lak. hehehe..
aku buat dua layer. so makan masa lah..sampai kul 2 pagi baru siap. tu pun buat sesambil je..bila bangun pagi aku tengok dah nak tinggal separuh. hahaha..mak terus tanya.......
"kek ape yang awak buat tu? sedap betul lah! abah pon kata sedap sangat. Tak penah lah makan kek sedap macamtu.."
hahaha..kembang semangkuk aku. dah la aku pon tak rasa. haha..actually aku penah buat pavlova sebelum ni 3 kali dalam satu masa tapi tak jadi. bila masuk oven terus melt. Aku rasa oven yang problem. sebab kali ni aku da pakai oven baru dan resepi cara suma masih sama.. :) alhamdulillah... suka betul aku kalau orang makan ape yang aku buat. kalau sedap boleh buat lagi.. tuk hubby plak.. :D dia suka kalau topping cheese tu buat tebal-tebal. rasanya pavlova yang ada ni tak sempat nak tunggu dia balik. hahaha..
okeh. nak pi abiskan pavlova tu!
(macam besday aku plak..haha..hantu kek betol)
Monday, December 19, 2011
3bulan setengah
cepat betul la sikecik ni membesar..keletah dia memang makin mencuit hati..makin galak 'berborak'. Pantang dengar orang bercakap, dia pon sibuk nak menyampuk cakap sama..haha..suka orang agah dia..dia pon suka agah orang balik. hahaha..comel betul..
seminggu lepas aisy demand betul. Dia tak mau isap susu botol. Masa tu aku bawa dia keluar dengan hubby. Menggelabah abis aku dia tak mau. Esok nya pon try lagi still tak mahu. Beberapa hari try tak mahu gak. Abis ebm aku terbuang camtu je.. Yelah, yang dah dipanaskan tak boleh disimpan balik. huhuhu..
Nak beli botol baru, aku takut dia still tak mahu. Dah la botol lain tu mahal-mahal belaka. Aku cuma pakai tommee tippee jek. Kadang-kadang je bagi botol pureen. Sebelum ni dia takde masalah minum botol dan direct feed. Maybe sebab dia dah makin besar so dah pandai nilai. hehehe..demand demand.. dulu penah dia tak mahu direct feed, nak botol saje sebab masa tu aku bagi minum botol susu pureen. laju je dia minum so cepat kenyang. Dulu dia agak gelojoh la..hehehe..sekarang dah kurang cket. Cuma dia masih lagi suka ngempeng. Ya rabbi..aku tengah sibuk beli barang dia kat kedai time tu laaa dia melalaaakkk nak ngempeng. Tak pasal-pasal aku kena bagi gak walaupun kat kedai. Dah banyak kali macamtu.. ngempeng ni kalau english version kita sebut comfort feeding. hehehie..
aisy masih suka tido. especially kalau bawak naik kereta. senang aje nak tdo berbanding kat rumah. Dia tak suka meniarap. ngiring tu boleh la..dia suka mengesot. kaki dia akan menendang-nendang sampailaa kepala turun dari bantal..badan jadi berpusing turun dari tilam dia. Aku memang tak berani dah bagi dia tido atas katil. bahaya. Biasanya dia akan berjaga dalam kul 12 tengah malam hingga ke siang. Time dia lahir la kan.. aku memang tak larat nak layan..as long as dia tak merengek ke ape..aku biarkan dia main sorang-sorang kat sebelah. dan selalunya dia akan mengesot sampai kaki dia menendang-nendang aku. bagus betul aisy kejutkan mama dia bangun subuh..hehehe..
si kecik ni memang laa notty..aku risau betul kalau dia still nak melekat je dengan aku. jenuh laa asyik nak ngempeng. tadi try lagi bagi susu botol. beria-ia dia menolak. suh mak aku try bagi pun dia tak mahu. siap di uweekk uweeekkk kan lagi. pandai dia..bila aku bagi, memula tanak. abis diluah balik. Aku pujuk bagi jugak,baru lah dia nak..sekali abis minum 5oz. hahaha..manja! dah la tak leh tinggalkan sorang even beberapa saat pon..menjerit dia nanti. memang manja budak sorang ni..selalu buat aku geram nak gigit dia.. hehehe..
Alhamdulillah aisy memang anak yang kuat. So far tiap kali inject masa check up dia tak demam pun. Masa kat kangar, nurse kata jangan bagi ubat demam kalau dia tak demam. Memang dia tak demam pun so aku tak bagi lah. Aritu check up kat tg karang, nurse paksa suruh bagi. aku iyakan jelah. Tapi aku tanak bagi pun. Sebab cam tak syok lak kekecik nak bagi ubat. Aku kerap check suhu aisy kot-kot dia demam tapi sampai sekarang takde demam. Alhamdulillah.. tak yah la aku bagi dia ubat kan. Kuat antibodi dia. Plus dia ni rasanya kuat metabolisma dia coz kalau pegang kepala or badang memang rasa hangat/panas. Awal-awal dulu aku ingat dia demam..tapi check suhu normal aje.. hurmm..
apa pun bersyukur sangat-sangat aisy tak banyak ragam.. setiap hari sangat menyeronokkan! :)
Sunday, December 18, 2011
Parenting is about Parents
aku jumpa ni di Official fanpage Wardina. Boleh search di facebook. Ini merupakan sesuatu yang sangat menarik untuk kita kongsikan bersama, agar menjadi pedoman buat aku dan hubby serta kalian semua.. Semoga kita akan menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Menjadi contoh yang baik buat mereka..insyaallah.
....................
Benarlah kanak-kanak sangat jujur. Ketika dalam kereta Amna menegur saya, "Amna perasan Umi dah tak baca Quran sperti sebelum ni" katanya. Allah! Memang dia perasan, mereka selalu memerhatikan kita. Sejujurnya 1-2 hari ini saya sungguh sibuk! Terdiam saya, terima kasih Amna ingatkan Umi! "Betul Amna", jawab saya.Terima Kasih ingatkan Ummi" Saya pun berbual lagi dengannya, katanya "Untuk Amna jadi baik, Umi perlu tunjukkan contoh yang baik dulu" Allah, dah macam Ustazah. :) "Betul Amna" kata saya. "Maaf kalau Ummi buat salah" sebelum tu baru marah adik-adiknya tak reti duduk diam dekat belakang. "Apa lagi yang perlu Umi perbaiki?" tanya saya.
Kesimpulannya ada 3 perkara. Saya menulis untuk berkongsi dan pada masa yang sama, saya mahu mengingatkan diri:-
1. Umi perlu bermain dengan lebih kerap dengan anak-anak Umi. :) (secara fizikal dan lebih banyak aktiviti "bersama" mungkin..)
2.Umi perlu menjawab apabila anak-anak Umi panggil (malunya, memang betul, kadangkala kita menyuruh anak-anak menyahut, tapi kita yang buat tak tau je bila mereka memanggil...Insafnya rasa)
3.Umi kena tunjukkan lebih kasih sayang pada Tiger (kucing kesayangannya, errrr....saya tak pernah ada kucing!)
Baik Amna! Terima kasih. Kesimpulannya, benarkan anak-anak menegur kita, kerana mereka sangat jujur! Minta maaf atas kesalahan kita, kerana percayalah kita memang BANYAK melakukan salah kepada mereka. Takut kita ni menjadi ibu bapa derhaka kerana tidak menunaikan amanah yang sepatutnya, seperti menunjukkan contoh tauladan yang baik melalui PERBUATAN. Teruskan memperbaiki diri , kerana mereka melihat setiap apa yang kita lakukan!
Remember...parenting is about PARENTS!
Saturday, December 17, 2011
If you are happy!!
Thursday, December 15, 2011
Dekat busuk, Jauh wangi
Wednesday, December 14, 2011
Monday, December 12, 2011
Happy monday
Eh,yg keje selangor cuti ek?hee..aku tak kerja so takde bezanya. Hari ni nak berjalan ke kl. Ahh..syoknyaa ;)
Rindu zaman duduk seri kembangan dulu..bosan-bosan leh ke ikea makan meatballs. Huhu..bukanlah syok sangat dok tengah kl pun. Tp sebab byk benda ada kan..hehe. Lg pun seri kembangan bukan tgh kl. ;) hmm..
Bulan 2 nanti mula balik kehidupan as a student. At the same time,aku nak mula cari keje. Kalau pas abis blaja baru cari kemungkinan besar aku akan apply jd lecturer tapi kalau boleh nak keje dalam industri dulu dan cari pengalaman. Kalau ada rezeki lah.. Ameenn..insyaallah..
Oklah,happy monday tuk semua. Yang kerja tu, buat lek lok ye! Have a nice day all!
Notakaki: pic-aisy lena tdo sementara mama n papa melantak.. :D
Sunday, December 11, 2011
happy sundaayyy!!
Friday, December 9, 2011
My first not-so- red velvet cake
Tetiba terajin lak nk buat red velvet cake ni. Sbb hubby nak balik malam ni.hehe..tp tulah..sian my bro cr pewarna merah tuk cake tak jumpa-jumpa..last-last aku pakai merah sirap. Huuuuu.. Tu yg xjadi bape merah.. :(
Bahan-bahan tuk buat cake ni leh tahanla mahalnye..kalau jual xtau la bape hinggit kan..so far rasa not bad la..hehe..nnt nak buat lg kalau cake ni mendapat sambutan kat uma ni. Huuu..resepi amik dr blog kak nani rostam. Leh google kt blog dia. Tengkiu lah kak! :D
Nyum nyum
Notakaki: sbb xbrape merah so malas nk snap cecantik. Huhu..nnt aku amik gambarnya cecantik ye
