Friday, July 15, 2011

im coming home

ari ni nak balik kampung aku. balik sampai bersalin nanti. lps bersalin tak tahu lagi plan macamana..



excited and happy! but at the same time sedih coz terpaksa berjauhan dgn husband. i guess this is the best for me. emosi macam sampah busuk. aku marah-marah macam orang meroyan. huhuhu..so harapnya dapat tenangkan diri di kampungku..huhuhu.. lepas ni kalau lapar 3-4 pagi tak dapatlah merengek kat husband mintak bawak makan kat kedai seafood. sob sob sob.



actually, sabtu ni me and husband akan tengok match liverpool dan malaysia. ini pertama kali untuk aku tengok perlawanan bola live...tatau la camne rasanya...hehe..



will update later k!

Wednesday, July 13, 2011

Ketagih ketagihhhhh

Parah je bunyiknyaaa..tgklaaa..jam dah nak masuk 4pagi..mata masih segar bugar..tangan duk ralit mengaaiittt..naik lebam dibuatnyaa..


Tapi sangat seronok bila tengok hasilnya ni kan???!!! Hehehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Red n white

Hehehe..another set of booties completed petang tadi..yeahh!! Topinya tgh buat lagi..hehe..


Insyaallah lps ni nak buat set tuk baby mirza plus diapers bag plak..puhhh!!! Kebas jari2 ai tau! Tapi sonok! Kdg2 je tension bila tak menjadi..hehehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 11, 2011

let's break with....

actually, aku agak tensen lately nih. Tension dengan our current issue sekarang ni. Aku ada pendapat aku sendiri dan kalian dengan pendapat kalian. Aku malas nak hangatkan suasana so tanak cerita hal tu kat sini. Jadi nak legakan kepala yang semak tu, mari laaa kita fikirkan benda lain yang seronok...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


SEPERTI......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kuih raya!!!





macam tak sabar je bunyinya kan?? hehehe..


ni nak rehat sebentar dari berfikir perkara-perkara yang serius okay??



Entah kenapa tetiba teringin nak buat kuih raya. Actually last week MIL ada beli sebalang kuih almond london. Jiran sebelah rumah ni tokey kuih raya. Memang super duper sedap. Aku sorang je leh ngadap satu balang tu sorang..hahaha..it happened last year okay! sebalang tu aku makan habis masa drive balik ke KL dari perlis nih.. hahahaha..sedaaaappp!!




so bila fikirkan yang sebalang tu aku bleh habiskan dalam masa sekejap. Makanya aku terfikir, lebih baik aku buat sendiri then bantai makan sendiri. kihkihkih




so menggoogle laaaa cari resepi dan kuih yang sedap sedap. Aku kan hantu chocolate..so nak buat biskut kek pun haruslaaa yang ada cekelat ni kan kannnnn.. ;)



almond london tu dah wajib masuk list..ape lagi kuih yang sedap-sedap nih ek?? tart cekelat bleh tak?? hehehe..bleh bleh...


teringin nak biskut makmur..



nyum nyummmm!!!



so korang kalau ada resepi yang sedap sedap plus simple simple pls inform aku ye! tak baik kedekut nih...hehehehehhee

Friday, July 8, 2011

Another hat and booties

Hehehe..ini laa yang buatkan aku busy cket minggu ni..malas nak buat entry..byk benda nak share..tp nanti-nanti ye..lenguh jemari ai ni uuuu...!


Cumel x? Baru siap topi n sebelah kasut..lg sebelah tuu belum siap lagi..esok kalau semangat kuat siapla..hehe...


Lepas ni ingat nak buat set lain..plus nak buat selimut lak..waahhhh..hehehehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 4, 2011

Routine Check-up

hari ni aku kena puasa makan minum start dari 10 malam tadi untuk buat MGTT test @ minum air gula tu laaa.... Pastu bila ingat balik appointment petang kul 2. Aku pun blur blur pegi jugak la petang tu...dengan keadaan yang teramat lapaaaarrr.. Petang semalamnya aku tak makan heavy food pun. Just 2 keping roti dengan susu kambing hi-goat tu. sob sob sob..


sebelum pegi tu siap call mak abah lagi tanya.. "mak, memang tak leh makan langsung ke nak buat test ni??" mak aku dah gegelakkan aku dah bila dengar aku cakap camtu..haha..



so dengan perut kebuluq tu drive le sensorang ke klinik. As usual la.. Husband jarang dapat temankan. :'( Rasanya beliau temankan pun sekali je dulu masa nak buat buku pink tu. Pastu aku pegi sendiri jelaaa...kalau teman pun time scan kat private. Nak buat camne kan... huaaaa!!!


ok enuf enuf. nanti jadi sedih berjela-jela mak buyong nih.


Aku nak cite pasal check up tadi ni.


masa pegi tadi aku bawak sesiap muffin gardenia dan air masak. Tunggu dekat 2 jam. Bila nurse panggil tuk ambik darah dan air kencing, aku tanya laa.. "bila nak bagi minum air gula tu??" nursa kata laaa... "test tu pagi je dik...."



huaaaa!!! nak nangis aku dibuatnya..nak kata puasa tapi tak niat pun plus tak sahur ke apa. Memang menggeletar dah tangan time tu. Nurse pun suh makan cecepat...sebelum pengsan.
Aku pelik gak nape masa check up last month nurse takde pesan suh datang pagi sedangkan set up appointment petang. siap di highlight kan lagi kat buku pink aku tu. Rupanya ada tampal note kecik kat depan buku pink tu yang aku kena puasa 10mlm till 8 pagi jek. haiyoooo!!! sendiri yang tak reti-reti check buku kaaannn..




dah tu, dia tulis kat note tu MGTT test. Mana aku tau pebenda tu. So aku buat tak kesah la..xpasan lak yang part puasa tu... huhu





Dah kebulur tu aku pun makan la muffin buat alas perut. Klinik kesihatan Kangar ni memang besar banding masa buat check up kat klinik kesihatan seri kembangan. Kat sini klinik ni je 3 tingkat. Dah macam spital. Selesa dengan aircond suma. Makanan ringan pun ada siap jual sementara menunggu...




Tapi yang tak syoknya, kat sini makin lama menunggu. Memang dari bulan lepas punya check up. 3 jam kena tunggu tau! dari datang sonok-sonok terus jadi stress. huhuhu.. letih yang amat bila balik tu. dah macam naga kebuluran aku dibuatnya...



Nasib baik beraircond. plus nurse suma baik-baik belaka. sangat berbudi bahasa la diorang suma nih! siap nasihat aku lagi, jangan tension-tension duk sini...huhuhu..



esok, aku ada check up lagi. minum air gula tu lah! first time...hopefully okay jelah sumanya...

Sunday, July 3, 2011

Hulurkan tangan ringankan beban

Hari ni bila berblogwalking dan terbaca kisah TALIB dan NORMA ni, buat aku rasa sedih..tak tahu nak gambarkan macamana kalau aku berada di tempat mereka.


Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka..tak tertanggung rasanya beban ini..


Sumbangan ikhlas kalian dapat membantu meringankan beban pasangan ini..


CIMB
01070068677528

NOORMAWATI MOHD RASIF


info taken from blog miss moon & miss filla


cerita selanjutnya boleh baca di blog miss moon & miss filla.

...............................




Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-



...................................................

totally copy paste dari blog miss filla.

Friday, July 1, 2011

tak baik tau!

Bila mood rajin datang dan tak tahu nak buat apa, biasanya aku akan berblogwalking. Bila baca kat blog beatifulnara, ada cerita pasal seorang artis yang dah bertudung, wardina. Tentang hal saman menyaman blogger yang telah memfitnah dan memaparkan keaiban beliau..



Dan entah macamana, aku terjumpa pulak blog yang dimaksudkan itu. Tak mahu letak link. nak baca cari sendiri.



entah la. aku rasa marah meluap-luap bila baca blog tu. well, itu la tujuan blog politik. Nak menaikkan kemarahan pihak lawan masing-masing. Perang psychology. itu memang tujuan mereka. siapa yang kuat, yes memang layak masuk dunia politik.



Bagi aku memaparkan keaiban wardina sewaktu zaman jahiliah beliau sesuatu yang sangat bodoh. bukannya beliau masih begitu. Jadi apa tujuan letak gambar dan gunakan perkataan yang menghina macamtu?? Beliau sudah berubah. Memang gambar itu dah jadi hak umum, tapi bukan jadi hak kalian untuk mengaibkan beliau..


Sian...ada anak suami dan keluarga yang tengok gambar-gambar tu.. alahai, sedihnya.



Tapi aku rasa blogger macam ni kalau disaman pun mereka tak heran. Buat habis duit dan masa je layan mereka nih. Aku rasa terbaiknya wardina senyap saja. tok sah dilayan perang psychology mereka. Tapi yelah, sapa pun boleh marah dan sedih kalau diperlakukan sebegitu..kan?


sob sob sob..



Wednesday, June 29, 2011

sebulan lagi sebelum ramadhan menjelma

apa persiapan kalian menyambut ramadhan yang tak lama lagi bakal tiba?



yang utama, sudahkah habis mengganti puasa??



mana yang belum tu cecepat laaa ganti ye..(including me! hee..). Nanti kalau tunggu last minit kang tetiba datang pulak incik bulan kang susah.. ;)



bulan ramadhan ni kandungan aku cecah lapan bulan..harap-harap ada lah kekuatan untuk berpuasa penuh..sekarang ni pun kalau puasa rasa macam takde tenaga langsung! silap-silap boleh muntah..kalau lambat makan je memang 'angin' menyerang dan buatkan aku terus keluarkan isi perut..seksaaa....... huhu



oklaah, semoga kita semua berebut mengambil peluang menambahkan kebaikan dan pahala yang berganda-ganda di bulan ramadhan nanti, insyaallah!

Monday, June 27, 2011

shopping list for baby and mommy


Satu ape pun aku tak beli lagi tuk persiapan sambut baby nanti. Husband cuma dapat beli dua helai baju tuk baby. itu pun bukan tuk newborn. Katanya tak banyak pilihan.. :)


Pening jugak kalau nak beli sekali gus. Ada yang suh shopping last minute or tunggu dah 8 bulan baru start beli tapi aku rasa 8 bulan tu sure aku tak kuat sangat nak berjalan. Plus time 8 bulan tu tengah puasa..dibuatnya baby nak keluar time tu..ishhh..


Kalau ikutkan besar jugak bajet tuk keperluan baby and mommy nih..beriban-riban. Sebab tu aku menggelabah puyuh bila satu ape pun tak beli. Kalau boleh tanak beli sekali gus. Nanti sian kat husband lak kan..kalau duit aku sure tadak hal. hehe


kesemua list aku dah siap tulis kat dalam hp. senang nanti bila nak shopping..Tang jamu rasanya tak perlu risau sebab my grandmother memang buat jamu, pilis suma tu. so senang. Part pantang rasanya aku tak perlu risau sebab mak memang banyak pantang larang dia.hehehe..so senang lah.


ini list yang aku buat..kalau ada yang kurang atau tak kena pls inform me ye..

BABY's
-baby clothes: romper,bodysuit,pants-newborn
-cloth diapers
-mittens+booties+hat
-handkerchief
-receiving blanket
-towel
-kain lampin
-kain bedung
-barut baby
-selimut
-set tilam
-mosquito net
-changing mat
-botol susu dan pembersih botol
-kapas muka
-sikat lembut
-puting getah
-set mandi (travel pack- nk try tgk baby sesuai ke tak..)
-baby cot
-dettol
-nail clipper 4 baby
-krim lampin
-pembersih hidung
-minyak telon/minyak yuyi
-stroller, car seat
-baby sling


MOMMY's:
-set jamu
-bengkung
-tungku for mommy n baby too
-breastpump
-nursing bra
-maternity pad
-stokin tebal

fuhhh!!! banyaakkknyaaa..tu pun rasa macam ada lagi kot yang kurang. hehehe...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers