Thursday, November 11, 2010
Meeting mcm menteri
Dalam minggu ni aku busy kesana sini. Oh, bukan this week je. Sejak dua minggu lepas lagi. Tapi minggu ni busy ke kementerian dan agensi kerajaan for meeting@seminar yang dibuat khas oleh my class. Bukan U ye..class. Canggih kami ni. Hehe..
Now di INFRA. Our last meeting or seminar. This project covers 60% of our marks. No final exam. Tapi part ni yang agak challenging. Seronok juga coz I gained a lot of experience from my classmates yang kerja hebat-hebat. ;)
Hopefully, me n my group will get an A for this subject. Walaupun cabarannya agak hebat.
Oh, forget to mention, today is wedding anniversary my parents yang ke 32. Doaku semoga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat..amin..
Dan on last 9 nov, hari lahir ibu mertuaku yang ke 50. Doaku semoga mak panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu..aminnn...
Insyaallah end of this month we are going back to visit them with my parents. Sian rumah mereka banjir di kangar tu..
Ok all, will update later with more pictures!
Sent from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, November 10, 2010
@ ikea
Ikea ni memang my favourite place. I love the environment..cam kat obersi..heee
Aku rasa da tak seronok nak berfb skg. Entahlah..nak update status aku kt ikea ni pun pk byk kali..huhu
Last-last hapdet kt blog jelaa ;)
Sent from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, November 9, 2010
pengantin yang sporting
Monday, November 8, 2010
Kadang-kadang saja...
Mungkin itu tanda aku gembira,
Mungkin juga aku hanya cuba sembunyi derita,
Kadang-kadang aku memaniskan muka,
Mungkin sekadar menjernihkan suasana,
Mungkin juga sebagai tanda aku cuba mengawal rasa di jiwa,
Kadang-kadang aku menangis,
Mungkin kerna tak tertahan hati terhiris,
Tapi aku bukan mahu mengemis,
Bila berkata-kata menimbulkan dosa,
Bila di pendam menjadi bara,
Akhirnya diri terseksa..
.........................................................................
Sent from my BlackBerry® smartphone
Sunday, November 7, 2010
Shopping sakan
Habis suma diborong. Hehehe.. Dia belum tengok lagi surprise aku.
Semalam memang tragik betul. Balik rumah pepenat dr shoot gambar tu aku tengok rumah banjir bertakung air. Huaaaa!!!!! Habis basah karpet2 n tikar ku..sedih siuttt ;(
Bertungkus lumus aku mengemas sampai akhirnya pengsaannn...booommm!!!! ;)
Gara-gara xde air n aku lupa nak tutup betul-betul kepala paip tu. Huhuhu..
Okla..will update later. Masih dikedai tunggu cina ni siap-siapkan tv. Yezzaaa!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone
Friday, November 5, 2010
Dia pergi jua akhirnya..
Thursday, November 4, 2010
surprise tak menjadi?
Wednesday, November 3, 2010
Hobi dan cuci mata
Tadi keluar ke kedai. Mencari surat khabar. Ingat kat husband. Dapat baca cerita dan tulisan dia pun jadi la. hehe. Tapi, dah pukul 6 petang baru nak cari memang susah la nak jumpa. Paper ni pulak memang cepat aja habisnya.
Tapi, kalau dah kata rezeki di beri dan diizin Tuhan, ada aja kan? hehehe
Jumpa la kedai majalah.siap ada jual buku lagi. Sekali tu terjumpa beberapa majalah pasal photography. adeh. sangkut dah mata kat situ. sebab aku keseorangan dan tak suka nak lelama masa tu, makanya aku rembat hampir 5 majalah pasal photography. Tapi bila selak-selak balik, aku ambil mana yang betul-betul banyak infonya. Dari 5 turun jadi dua.

Tapi, bila dah sampai rumah, yang aku baca bukan dua majalah tu tadi. tapi yang ini!
Tuesday, November 2, 2010
harap-harap semua selamat
Monday, November 1, 2010
kemesraan :)
Terjumpa artikel ni kat fb.Takde author pulak. Tetapi menarik untuk dikongsi bersama..
Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda :
1. Tidur dalam selimut bersama isteri.. Dari Ata' bin Yasar, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" jawab Aisyah, kerana saya haid, wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah: "Kalau begitu pergilah, lalu berkailah dan dekatlah kembali padaku. Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau". (Hadis Riwayat Said bin Mansur)
2. Memberi wangi-wangian pada aurat, Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan mulai daridapa auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
3. Mandi bersama-sama isteri. Dari Aisyah r.a. beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)". (Hadis Riwayat Abdirrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
4. Disikatkan oleh isteri. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w. ketika itu saya sedang haid". (Hadis Riwayat Ahmad)
5. Meminta isteri meminyaki badan. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya Aidil Adha setelah beliau melakukan jamrahAqabah," (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)
6. Minum bergantian pada tempat yang sama. Dari Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulut, lalu menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dari saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya,lalu baginda pun menghirupnya. (Hadis Riwayat Abdurrazaq dab Said bin Mansur)
7. Mencium isteri. Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya. (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
8. Memanggil dengan panggilan mesra. Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukai seperti Aisy dan Humaira (Pipi Merah Delima)
9. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra. Nabi s.a.w. biasa memicitkan hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: " Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
10. Membersihkan titisan darah haid isteri. Dari Aisyah berkata. "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci pada bahgian yang terkena titian darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu..." (Hadis Riwayat Nasai)
11. Memberikan hadiah. Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, baginda bersabda kepadanya, "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepada ku, aku akan memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)
12. Segera menemui isteri apabila tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat kediaman Zainab untuk melepaskan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar bersabda: "Wanita kalau menghadap, ia mengadap dalam rupa syaitan.. dan apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada waniti itu." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada isteri baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yang perlu dicontohi....
