Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

rumah manis rumah



asyik sebut home sweet home, meh aku letak melayunya. ;)


alhamdulillah. selamat sampai rumah.


me and husband ke seri manjung untuk wedding his bestfriend. actually, im their official photographer. both pengantin adalah kawan husband which totally sudah jadi my friend too. oh, next week kena ke kelantan pulak untuk belah lelaki. again, as their official photographer. Tapi apa yang agak merunsingkan, husband hanya cuti sehari sahaja for next week. minggu ini kebetulan off dua hari on their solemnization and wedding day.


penat pujuk husband untuk rembat satu lagi slr as my back up. Tapi dia lebih berminat nak rembat compact camera (manual) yang lebih kurang macam slr dari segi kualiti gambar dan juga harga. Tapi slr tetap besh. Husband nak compact untuk kerja dia. Senang sikit nak hangkut dah bawa ke hulu hilir sana. tapi tak best sebab tak boleh pasang lens dari slr. hanya boleh masuk flash aje. huhu..


so masa wedding tu hanya aku sorang laaa yang snap guna slr kesana sini. dari akad nikah sampai la ke weddingnya. letih gila! nasib baik tak naik gila. husband banyak gak snap..memang membantu la bila aku dah keletihan yang amat. plus im still not feeling well. ;(


Sangat puas hati sebab gambar memang best! especially ultra wide lens tu.. (1omm) memang cun melecun laa.. tele lens pon okay.. lobang idong orang pun boleh nampak dari jauh. ;)


after habis wedding kami ke lumut. Masa ni geng-geng husband suma dah sampai dan memasing macam nak stay je after tengok pemandangan yang indah kat situ. hahaha..aku dan husband pun stay balik for one night. padahal dah siap packing barang suma. hehe..


gambar bawah ni kat marina island. besh gak kat sini untuk kaki pancing. one of husband friends stay kat sini..agak mahal la..tapi memang cantik. view mengadap ke pulau pangkor.. ;)




nice view..angin sepoi-sepoi je.. :)


kami stay di apartment yang sudah dibooking oleh keluarga pengantin. sangat murah! dua malam hanya RM180. ada 3 bilik..dua bilik air. semua barang kelengkapan rumah ada seperti peti ais, dapur, periuk belanga. even mesin basuh pun ada! astro suma lengkap. hahaha..memang terbaikkk laa..


malam tu kami ke pekan lumut. me and isteri kawan husband jenjalan kat kedai nak shopping sementara husband kami melayan bola. masyaallaahhhhhh...aku shopping habis dengan dress dan skirt! memang tengah buat koleksi dress labuh tu...hehehe..cecantik. geleng kepala husband aku tengok bini nya nih.. :)



ahad pagi..kami sarapan di pekan seri manjung pulak. dan kemudian ke teluk batik untuk mandi manda...husband-husband je mandi. yang wives ni suma duk lepak bawah pokok sampai terlelap..hehe..kat teluk batik pun aku sempat rembat beberapa helai dress lagi. hahaha..cun wehhh!


ape pun memang sangat menyeronokkan dapat bercuti ramai-ramai dengan kawan macam ni. But i reaallly wish dapat berhoneymoon. ONLY US. huhuhu..masih takde kesempatan lagi. entah bila laaa agaknya. insyaAllah next year kalau diizinkan.. huhuhu...


i have to stop here..too tired nak story panjang lagi. hanya dapat upload dua gambar je. Tak sempat nak buh watermark ke hape. Ni pun dah sibuk dengan order chocolates. Tapi cam nak pengsan dah nih. Nasib baik laa tak keje. hehe..




Tuesday, November 9, 2010

pengantin yang sporting


amacam?



hehehe..suka la pic nih.. comel je diorang ni. suka je posing. takde hal punya.. camne gaya pun boleh kalau disuruh. kadang-kadang tak sempat di suruh da posing cantekkkk punya! yezzaaa! senang keje aku. hehehe..


memang sporting habis!




will update later!

Friday, May 21, 2010

tekanan semakin memuncak!!

wahh..title tak mau kalah. Macam ayat biasa dengar time konsert Akademi Fantasia pulaakk.

hehehe

actually, aku baru baik demam. Demam siut nak kahwin nih. huuu..

Sebab ape?

Teruk sangat buat kerja agaknya. Satu badan sakit-sakit. Last-last kena berurut..makan panadol dan sapu-sapu minyak..dua-tiga hari baru betul-betul baik.

Ntahlah..memang tak menang tangan nak buat kerja. Lagi pulak takde sapa yang boleh diharap untuk tolong. Maka semuanya kena buat sendiri. Ni pun aku pujuk dua orang sepupu tido rumah sampai wedding nanti untuk tolong aku buat kerja..

Kalau ikutkan aku memang nak 'berpantang' ikut adat dulu-dulu. Tapi susah. Memang aku perlu keluar kesana sini untuk uruskan hal-hal yang belum setel.

7 hari lagi beb!


risau..bercampur baur perasaan..



harap-harap semuanya berjalan lancar..



ameen..






Wednesday, May 12, 2010

sesi menjerit-jerit, melompat-lompat, membaling-baling depan TV.

Sape tengok games piala Thomas tadi?

hehehe..mesti seronok duk jerit-jerit, baling bantal suma..berakhir dengan kemenangan yang membolehkan team malaysia masuk ke separuh akhir.

owh yeahhhh!!!

walaupun games sebelum ni aku tak tengok..sebab takut kalau kalah, aku emo siap dalam mimpi kang.

muahahaha


tapi..

my dad leh cakap ape tau..

ala...lawan dengan jepun pon leh kalah..ape lagi nak lawan dengan China..



huuu...takpe..takpe..hopefully team Malaysia boleh buat yang terbaik. insyaAllah

chayyookkkkk!!!


(sejak bila pulak aku minat tengok bab-bab sukan nehhhh..heee )


ha...ni salah satu pic wedding ewan & eija yang aku ambil last week.


Okayla untuk amatur macam aku kan.. ngeee

its so hard untuk diorang posing..walaupun just pegang tangan. adehhh...

Jadi gambar mereka banyak la yang candid..

okaylah kan..?





Wednesday, April 28, 2010

hey girls!

im looking forward this coming saturday..


my lovely friends plan nak buat bachelorette party for me!



im so excited dan terharu!

uwaaaa..


baiknya kawan-kawanku ini.. (^o^)


BUT

of course la not like mat-saleh-punya-stail.



gila ke hapa?



muahahaha..



just dinner di tepi pantai..makan seafood..


yeahhh!!




so sapa mau join??



..........................................................



owh..sebulan saja lagiiiii!


Sunday, March 28, 2010

2 Bulan!

2 month from now, everything will change.

new life. and everything new!

.
.
..
.
.
.
.
.

kad jemputan sudah siap dan tak sabar nak edarkan kat semua orang.hehehe..



may all the sadness gone away.....coz i just want to be happy!





(my cousin's wedding)

Sunday, December 13, 2009

Musim mengawan?

Sekarang cuti sekolah, rasanya setiap minggu masing-masing sibuk memenuhi jemputan di sana sini kan? Kat atas meja makan tu penuh dah dengan kad-kad kahwin. Siap kena tulis lagi..Kalau tak sure ada yang tercicir@terlupa..

Akhir-akhir ni, aku teringat balik semua kawan-kawan yang pernah rapat dan kamceng sewaktu dari zaman sekolah, matrik dan main campus. Kawan-kawan yang dah lost contact terus walaupun satu ketika dulu sangat rapat. Tertanya-tanya bagaimanakan kehidupan mereka sekarang..

Salah seorang yang aku ingat ni namanya mas (nama singkatan). Agak rapat sewaktu zaman matrik sehinggakan ahli keluarganya sudah seperti keluarga ku sendiri. Tapi lepas masuk main campus, kami jadi agak renggang disebabkan duduk di hostel yang berlainan. Bila dah convo, masing-masing bawa haluan sendiri..Entah macamana, baru-baru ni teringat kat dia. Aku fikir nanti kalau nak kahwin, nak datang ke rumah dia di selayang tu..hantar kad jemputan. Sekali tu ternampak pulak gambar dia dengan pakaian pengantin di 'mukabuku' kawan..



wahhh..dah kahwin rupanya kawan aku nih!! so sweet. Takpelah dia tak jemput..lupa agaknya. Dan aku doakan dia bahagia sentiasa. Teringat masa dia ada krisis dengan bf nya di perlis. Siap mintak aku temankan dia ke perlis semata-mata nak pujuk kekasih hatinya yang tengah merajuk tu. Last-last mereka break pun. haha..klaka la ingat balik zaman-zaman tu..ntah pape la..memang cinta tu boleh buat orang 'buta'. Kalau nak cerita kisah-kisah zaman belajar dulu, haish...boleh jadi novel bersiri! hahaha..

Dan aku rasa semua orang begitu kan?

Tadi dapat tau lagi sorang kawan lama yang dah lost contact baru ja lepas majlis kahwinnya. Dengan tentera kot. Ish ish...memang tak disangka-sangka. Itulah takdir Tuhan kan? Moga-moga mereka semua bahagia.. (^o^)

Agaknya memang dah musim kahwin untuk umur-umur macam aku nehh.. Musim mengawan dah tiba.. hahaha..(sengal tul..)

Huaaa....tiba-tiba terasa cam dah tua pulakk..

Minggu depan je dua orang kawan akan melangsungkan majlis. Sorang di pahang, sorang di muar. Rasanya dua-dua tak dapat nak pergi. Sure mak tak bagi pegi kalau takde yang teman..huhuhu.. (darah tengah manis kah?? ;p)

Sebut tentang kahwin rasanya menjadi impian setiap perempuan. Nak ada keluarga sendiri..Tapi kahwin ni bukan hanya atas dasar cinta @ sayang semata-mata. Kalau lapar, bukan boleh makan cinta kan? Kalau benda tu tak dijaga dengan baik, lama-lama boleh hilang...

Nak kena bersedia dari segi semua aspek..financial yang stabil, komitmen dan sebagainya. Kadang-kadang jadi takut pulak. Entah mampu jadi isteri @ menantu yang baik entah idak. Tapi kenala pandai bawak diri kan? ahh..aku ni cakap je. Tunggu la masanya nanti..huhuhu..sure menggelabah abis.hahaha...

Ape-ape pun kita belajar la jadi yang terbaik.. no body's perfect kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers