Friday, December 10, 2010

HErkkkk!! Alhamdulillah... ;)

Hehehehee..


My feberet!


Aku rasa blog ni kena tukar la ke jalan-jalan cari makan la. Hehe..


Garlic nan kat restoran Pelita ni sedapla..crunchy. Hehe..tengok cket tangan tuan makan tu enak je mencubit..nyummmy!!! Hehe..
Sent from my BlackBerry® smartphone

sOrryyy naik lOrriii

Manusia ni mudah buat silap. Selalu buat salah. Tapi tang nak mintak maaf tu punya la payah kan? Ego setinggi langit. Tak kira la lelaki ka perempuan ka. Takde gender bias ke hape. Semua sama jek!





er.... termasuk la aku.





opss! heee ;)




Insyaallah..aku masih cuba perbaiki.



satu insiden semalam...



Seorang customer dah buat aku hilang sabar. Dengan permintaan yang merepek dan tak munasabah sedangkan aku sudah memenuhi apa yang dia mahukan. Aku dah jadi serupa naga nak sembur api dah.



Tapi agaknya dia sedar, kalau dia di tempat aku bagaimana rasanya..cecepat dia mintak maaf sebab menyusahkan aku.




Sejuk terus hati.



dan aku setuju untuk ubah. Hati customer kena jaga juga walaupun hati aku dah rentung hangus terbakar!



moral of the story, kadang-kadang dengan satu perkataan tu boleh mengubah banyak perkara. Maaf! Tapi, jangan pulak buat selalu sampai jadi hilang makna MAAF tu. Kita kena betul-betul maksudkan. Jangan dah mintak maaf, pastu buat lagi. Memang cari nahas la kan?


renung-renungkan, dan selamat beramal!



hihihi

Thursday, December 9, 2010

haayyaaakkkk!!!! hari ke dua.

hari kedua berturut-turut aku berkungfu bersilat di dapur.



menu special hari ini.




MEE BANDUNG MUO!



satu je la. tak sempat nak masak banyak-banyak lauk.



huhu



but this one special juga..



special for my girls.



aimi, khawlah, zati. (pengunjung setia teratak kami)




plus bubble rice chocolates.




pompuan kan?? haruslah ada chocolates. hehehe.



damn tired.



emotionally 'sakit' pun boleh effect physical kan?



takpe. chocolate is a good therapy. hehehe..

Masih tak mengerti

Indahnya hanya sementara


Bahagianya cuma seketika


Entah sampai bila


Masih tak mengerti


Tiada jawapan pada persoalan


Hakikat yang menyesakkan minda


Menyeksa jiwa..


....................................

Mode: serabut + semak
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 8, 2010

haayyaaakkkk!!!!

IKAN SIAKAP 3 RASA


LALA BLACK PAPPER


KAILAN MASIN


AYAM GORENG


DAGING MASAK SAMBAL




sedap tak menu-menu kat atas tu???




my husband's friends coming over dan dia baru cakap just now.






and i have to cook all thossseee menu.




first of all, hapdet kat blog dulu. Second, lariiiiiiiiiiiiii lintang pukang ke pasar borong nak beli bahan-bahan!




see ya!




;)

terlompat lompat cam budak kecik dapat lollipop!

yay yay!!


dapat baju baru lagi!



yay yay!!



apasal tah happy pulak tengok layout baru nih.



korang suka??



tak suka tak pa. nanti aku tukar lagi. hihihi ;)

Tuesday, December 7, 2010

BlogLarian


gua kena TAG oleh cik annie. tq dear. lame dah tak kena TAG nih.



actually ada lagi satu tag aku tak buat sebab macam tak berapa paham. hehehe..sory my cuz pipah. nnt akak buat ye! ;)

ok. Bahan-bahan dan perencah untuk TAG ini ialah :




1) Letak Banner dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com



2) Lengkapkan Slogan " Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30patah perkataan)

Saya suka berblogwalking kerana sebab boleh menambahkan lagi kenalan blogger dan menyihatkan kepala otak sebab saya ni malas nak walking kat luar sorang-sorang. ;)


3) Follow BlogLarian


okay done!


4) Tag 3 orang rakan atau lebih


errr...sapa pulaaakk la aku nak tag nih ek??

jap jap..

2) del
3)..............sesiapa yg nak buat boleh buat..hehe..tinggalkan nama kat komen ni nanti aku listkan semuanya.. ;)

5) Sila beritahu rakan yang anda tag melalui komen

wokay!!

6) Tinggalkan link post anda di entry ini


done!!


7) peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan


yezzaaa!!!


8) Tiada tarikh tutup buat masa ini

hape lagikk!! join cepat!


when everyday is a holiday



beria la suruh husband check buku akaun bank.




mintak mak no akaun bagai.





bila sampai je ke destinasi, suma sunyi sepi.






termenung sekejap. ape bank suma dah kena rompak ke????







halllamaaakkk!!!












HARI NI KAN PUBLIC HOLIDAY!!



*malu*

hehehehe

Upgrade myself

My lecturer pernah cakap..

Nak ubah sistem atau software senang je. Tukar sana sini dah jadi dah. Kalau sistem tak ok atau tak berjalan lancar boleh je ubah mengikut kehendak..

Kalau anti virus tu senang je, click update terus automatik kan?

Tapi bila bab nak ubah manusia tu yang paling susah.

Nak upgrade manusia ni susah kan? Kadang-kadang kita bertindak bukan mengikut akal yang waras ataupun yang sepatutnya..


I cudnt agree more!


Tapi dah nama manusia yang tak sempurna. Sentiasa melakukan silap. Bezanya sama ada kita mahu terus menerus melakukan kesilapan itu atau 'upgrade' ourself to be a better person??


Ask urself.

.....................................

Em.. Really hope I can be THE BEST for people. Especially to hubby and family.


Ameennnn!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 6, 2010

Doa, Jangan minta di segerakan!


Satu artikel menarik yang aku rasa ingin dikongsikan bersama. Tiada tokok tambah. Cuma sedikit ringkasan dari artikel sebenar.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: 'Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Kuperkenankan bagimu'. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina". (Surah Ghafir 40:60)

Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan..

Doa merupakan ibadah dan buku pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zatNya. Bahkan Allah mencintai hamba-hambaNya yang sentiasa berdoa dan merintih akan pemberianNya.

BILA DOA HENDAK DIMAKBULKAN?

Dalam satu kuliah yang disampaikan, penulis pernah ditanya...

"Ustaz, mengapakan doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan setiap hambaNya bahawa setiap doa yang dibisikkan akan diperkenankan. Bukankan Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan menyalahi janjiNya?

Tanya mereka lagi... " Saya dah kahwin hampir 15tahun dan tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan zuriat. Sampai sekarang Allah belum kabulkan doa saya! "

Benar bukan? barangkali inilah yang sering bermain dalam fikiran anda apabila mengalami situasi begini. Syaitan sudah pasti menambah kekeliruan aga ia berkesudahan dengan sikap berputus asa.

Bagi menjawab persoalan ini, ada baiknya penulis menukan kata-kata Syeikh Ibn Athaillah seperi yang dinyatakan dalam al -Hikam:

Maksudnya: " Jangan berpuus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendaku dan akan dikabulkan pada watu yang ditentukan-Nya buan pada waktu yang ditentukan olehmu..."


Subhanallah Maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hambaNya yang berdoa. Sedangkan Dia pasti mengabulkan segala doa itu mengikut keinginanNya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaanNya dan jangan sekali kali bertups asa.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bemaksud: "Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kau tidak disegerkan pengabulannya dengan mengataan.. ' AKu seniasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa asih belum dikabulkan?" (Mutafaq 'alaih)

Oleh sebab itu, berdoa an bersangka baiklah pada Allah s.w.t.


...................................................

Artikel ini ditulis oleh Rashidy Jamil al-Rashid dalam majalah SOLUSI no.26. Satu majalah ilmu yang sangat bagus untuk jadi santapan rohani kita. Tak rugi membaca. :)



Sent from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers