Thursday, November 4, 2010

surprise tak menjadi?

uh, aku ni suka tul buat title entry dengan ada question mark. hahaha..


hari ni pepagi bangun kalut nak ke fakulti. ada diskusi. dari pagi sampai laaa ke petang. letih!


actually, since husband takde, aku merancang nak surprise kan sedikit kat dia. Bukan apa, just ubah beberapa barang dalam rumah, beli beberapa barang baru dan susun jadi lebih menarik kedebaboomm!


uh, dun wory. aku rasa dia takde masa nak baca blog aku ni kat sana. ;)


hahaha...tapi sofa belum ada ye. later later la sebab aku rasa sofa akan menyempitkan lagi ruang yang cukup kecik ni. sementara masih berduaaa ;)



aku ada beli balang kaca bulat plus seekor ikan emas yang boncit tu...comel je kaannn..


naakkk sangat bela kucing. huhuhu..anak kucing kekecik tu. comel je kalau ada kucing kan..besh..tapi sape nak sedekah anak kucing kat aku ek??


kalau ada anak kucing comel, bagila kat aku..sekor pon jadilaaaa


oh, balik citer pasal ikan tu...


tapi belum sempaat laaa husband aku balik tengok, ikan tu mati daaa pagi tadi masa aku dok kalut-kalut tu. huaaaaa!!!!! sedih plak. sebab ikan tu laaa jadi kawan aku. dia pemalu. kalau aku datang dekat dengan balang tu dia akan menyorok. hehehe..tapi dah mati la pulaaakkk.. huhuhu..kalau sempat boleh beli lagi ikan tu tapi aku tak tahu kedai ikan kat mana area rumah nih.. sedih betol.


nak ambik gambar pun tak sempat tau! sob sob sob



akan ku cari pengganti mu ya ikan! ;)


Wednesday, November 3, 2010

Hobi dan cuci mata



Tadi keluar ke kedai. Mencari surat khabar. Ingat kat husband. Dapat baca cerita dan tulisan dia pun jadi la. hehe. Tapi, dah pukul 6 petang baru nak cari memang susah la nak jumpa. Paper ni pulak memang cepat aja habisnya.



Tapi, kalau dah kata rezeki di beri dan diizin Tuhan, ada aja kan? hehehe


Jumpa la kedai majalah.siap ada jual buku lagi. Sekali tu terjumpa beberapa majalah pasal photography. adeh. sangkut dah mata kat situ. sebab aku keseorangan dan tak suka nak lelama masa tu, makanya aku rembat hampir 5 majalah pasal photography. Tapi bila selak-selak balik, aku ambil mana yang betul-betul banyak infonya. Dari 5 turun jadi dua.






Tapi, bila dah sampai rumah, yang aku baca bukan dua majalah tu tadi. tapi yang ini!







hehehehe...cuci cuci mata dulu. eh, banyak hape info berguna dalam ni..kan kan?? hihihi


Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 2, 2010

harap-harap semua selamat

masih tak tahu keadaan suami macamana. katanya masih lagi di Pulau Mentawai tu dan tak dapat lagi naik kapal ke Padang.




Hati ni risaunya laaa...24 jam teringat. tak lena tidur.





Harap-harap semuanya baik-baik aja. mood nak berblog hilang dah. uhuhu..

Monday, November 1, 2010

kemesraan :)

Terjumpa artikel ni kat fb.Takde author pulak. Tetapi menarik untuk dikongsi bersama..

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah s.a.w. telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda :


1. Tidur dalam selimut bersama isteri.. Dari Ata' bin Yasar, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, "Mengapa engkau bangkit?" jawab Aisyah, kerana saya haid, wahai Rasulullah. Sabda Rasulullah: "Kalau begitu pergilah, lalu berkailah dan dekatlah kembali padaku. Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau". (Hadis Riwayat Said bin Mansur)


2. Memberi wangi-wangian pada aurat, Aisyah berkata: "Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan mulai daridapa auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


3. Mandi bersama-sama isteri. Dari Aisyah r.a. beliau berkata: "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut)". (Hadis Riwayat Abdirrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)


4. Disikatkan oleh isteri. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w. ketika itu saya sedang haid". (Hadis Riwayat Ahmad)


5. Meminta isteri meminyaki badan. Dari Aisyah r.a., beliau berkata: "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya Aidil Adha setelah beliau melakukan jamrahAqabah," (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)


6. Minum bergantian pada tempat yang sama. Dari Aisyah r.a., dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulut, lalu menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dari saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya,lalu baginda pun menghirupnya. (Hadis Riwayat Abdurrazaq dab Said bin Mansur)


7. Mencium isteri. Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya. (Hadis Riwayat Abdurrazaq)


8. Memanggil dengan panggilan mesra. Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukai seperti Aisy dan Humaira (Pipi Merah Delima)


9. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra. Nabi s.a.w. biasa memicitkan hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: " Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkan kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan. (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

10. Membersihkan titisan darah haid isteri. Dari Aisyah berkata. "Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci pada bahgian yang terkena titian darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu..." (Hadis Riwayat Nasai)


11. Memberikan hadiah. Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, baginda bersabda kepadanya, "Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepada ku, aku akan memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)


12. Segera menemui isteri apabila tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat kediaman Zainab untuk melepaskan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar bersabda: "Wanita kalau menghadap, ia mengadap dalam rupa syaitan.. dan apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada waniti itu." (Hadis Riwayat Tirmidzi)


Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w. kepada isteri baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yang perlu dicontohi....

Sunday, October 31, 2010

hilang bantal peluk for 10days

uh, susah betul nak hapdet lately ni. walaupun dah ada cara mudah. tapi punya 'sesak' aku punya waktu akhir-akhir ni. sekarang ni baaarula boleh bernafas sikit. fuh!


sem dah habis. tengah study week dan exam week. tapi sebab semua subjek sem ni aku xde final exam..maka kerja berlambak-lambak. masyaAllah..sungguh cam nak pengsan dibuatnya. huhu..


dalam keadaan aku tengah kalut-kalut ni tetiba husband diarahkan pergi ke Padang untuk cover isu tsunami tu. huhuhu..sedih betul masa aku dapat tau tu. adhoc.


balik dari kelas, sakit-sakit aku datang balik. huhuhu..emosi memang down habis. kusut dengan assignment..pastu husband xde lagi. aduh...


but now dah ok sedikit. ada beberapa lagi yang belum setel. nak siapkan cecepat so boleh siapkan chocolates. banyak order for this week. alhamdulillah. this week juga ada job ambik gambar. huhuhu..plan asal mintak husband join sekali but he's not around aku ajak member lain.


oklah. xleh update lelama.


banyaaaakkk nak story nih. nnt yer!

;)


Thursday, October 28, 2010

Aku dan burung hantu...!

Tajuk mcm saspen jek.


Kat tetengah bandar ni manaaaa la nak jumpa burung hantu kan???



Cuma nak cakap, aku laaa burung hantu tu. Dah tak leh nak tido awal. Gara-gara assignment yang melampau-lampau banyaknya. Sumaaa nak kena anta cepat sebab mgg depan dah abis sem. The good part is aku takde exam..suma bantai bagi keje je..huaaaa!!!! Stress hokay!



Ni tempat aku buat keje? Owh tidak tidaakkk..!! Meja workstation aku lain..meja bawah. Ni meja makan. Sebab sakit ni memerlukan aku duduk dengan posture yg betul makanya aku kena duk atas kerusi... Husband da 'nasihat' suh duduk atas kerusi so kena laaa ikut.



Okaylaa...simple update..sok pagi ada diskusi. Huh! Habis sem ni nak kena bua facial..abis mata n muka I taw!!


Huhu...
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 27, 2010

Keluar malam

Korang selalu tak keluar malam?


I mean, sorang-sorang.


Erm, aku saaangat jaaarang keluar malam sorang-sorang..Memang tak biasa. Tapi sejak belajar di campus,aku mula belajar keluar malam.
Tapi cuma berani pegi kelas atau kawasan yang dekat-dekat jela. Dan biasanya bila dah takde option. Dah takde sape nak temankan.


Bila da lama cket br jd berani. Aku pernah blk kg sorang-sorang dalam kul 12. Tengah malam ye..bukan tengah hari. Huhu...Siap kena tahan dgn jpj n polis lagik. Huuuu... Sebab masa tu keta penuh dgn barang. Aku angkut pas abis sem.


Aku tak suka keluar malam sorang-sorang. Dengan mcm-mcm hal yg jd skrg buat aku jd seriaauuu..!


Tapi kadang-kadang keadaan menyebabkan aku kena berdikari sendiri.


Harap-harap aku dijauhkan dari perkara yang tak elok. Amiinnnn.. :)


..........................................

Baru balik dr upm n now nak ke jj beli ubat. Huhu..kena ajak my lovely sisters temankan.. ;)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 25, 2010

~never knew what i had~



lama dah tak letak lagu kegemaran aku kat blog ni. lama juga blog ni sunyi tanpa apa-apa lagu. takpelah, kadang-kadang orang rimas pulak bila ada lagu kat blog kan..



(title tu ambik sedikit dari lirik lagu kegemaranku)



entahla. beberapa minggu kebelakangan ni im so messed up. banyak faktor mempengaruhi agaknya tapi mungkin sebab kesakitan yang melanda. jiwa jadi kecamuk hati jadi hancur lebur fikiran kusut. Allah benar-benar mahu menguji. Doakan aku kuat. ya, aku perlu kuat.




enufla pasal sad story nih kan. people dont want to listen ur sad story. dont want to see the 'bad' side of urs. that's why most of the time we have to pretend we're okay. walaupun hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu. yeah, that's what we call LIFE.





dun wory. i still have A LOOOOOT of assignment that need to be done by this week! owh, zaaammmittt!! (cam best plak maki sumpah seranah ni kan kan..hihihi)




not to forget my chocolaatteee..! alhamdulillaahh..rezeki tak putus-putus walaupun tangan cam nak putus dah nih. hahaha..syukur!





Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani... :)



okay guys..ini lagu kegemaran aku. dah lama suka sejak kuarnya album nih. minah ni sejak dari awal memang aku minat suma lagu-lagu dia. haish..memang jiwa aku suka lagu-lagu macamni.. plus country songs. uh, sedap sedap. hehe




lagu ni memang betul-betul sebiji dengan ape yang isi hati aku nak kata. eceh!




poyos laa pulak. hahaha




pape pun




layaaaazzz!




BEGIN AGAIN

I can't get you out of the sunlight
I can't get you out of the rain
I can't get you back to that one time
'cause you and me are still recovering

So let's just try to cool it down
The fighting is feeling like flames (?)
And let's just try to slow it down
We crash when we race

Oh this is not the way that it should end
It's the way it should begin
It's the way it should begin, again

No - I never wanna fall apart
Never wanna break your heart
Never wanna let you break my own
Yes - I now we said a lot of things
That we probably didn't mean
But it's not to late to take them back

So before you say you gonna go
I should probably let you know
I never knew what I had
I never knew what I had


See, I look for you in the morning
It's that where my mind always goes
And I can't wait to get to the evening 'cause that's when I want you the most


So let's just try to cool it down
The fighting is feeling like flames
And let's just try to slow it down
We crash when we race

Oh this is not the way that it should end
It's the way it should begin
It's the way it should begin, again

No - I never wanna fall apart
Never wanna break your heart
Never wanna let you break my own
Yes - I now we said a lot of things
That we probably didn't mean
But it's not to late to take them back

So before you say you gonna go
I should probably let you know
I never knew what I had
I never knew what I had

But I know it now
I wish I would have known before
How good we were

Is it too late to come back
Or is it really over
If its really over
Then this is not the way that it
Should end its the way it should
Begin its the way it should begin, again...


tenet aku masih sakit-sakit lagi. tak dapat nak bukak web youtube tu. nanti aku letak clip nya ye..tak pon korang boleh cari sendiri kalau mahu. hihihi



............................................

mencari dahan untuk berpaut...

Sunday, October 24, 2010

Kereta oh kereta

Sekarang aku tengah kena salai dalam kereta..di tengah-tengah highway guthrie.




Pasai pa???!!





Pasai keta aku kehabisan minyak!



Owh, kereta husband. Bukan aku.hehe




Huhuhu..sebelum keluar rumah tadi kereta da problem bateri. Rushing husband ke kedai beli bateri baru. Masa ni kat rumah lagi so xpela..xdela berpanas ke ape..


Tapi ni di tengah-tengah highway yang panas terik! Huhu...cair make up I taw!!


Peluh da memercik..hati hangaaattt ja ni. Nasib baik ada peronda datang lalu. So suruh dia belikan minyak..



Haish..kami sebenarnya nak ke kenduri kahwin kawan dan tempat berubat syifa'. Dugaan sungguh.



Next time make sure tank full ya my dear!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Saturday, October 23, 2010

mood jiwang




entah kenapa,


tiba-tiba terasa teringin sangat nak berjalan-jalan tepi pantai di sebuah pulau yang cantik. pakai baju putih dan topi besar. tak lupa sunglasses yang gedabak. menyusuri di tepian pantai..sambil ditiup angin. bermain percikan ombak yang menghempas ke pantai..




bayangkan..bayangkan...




eh, of kos bersama suami tercinta! ;)




Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

best kan?

(nampak x mat saleh dua orang jenjalan kat tepi pantai tu..hihi)

tak tahu la sebab ape..tp aku sangat suka pantai

(view from hyatt regency hotel)

pastu, leh berenang-renang di swimming pool...




mesti best kan kan? romantik je. tengok matahari terbenam. waduh!





........................................................

masih belum 'berhoneymoon'. ;(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers