Saturday, January 14, 2012

Mission accomplished

Assalamualaikum,

Menjadik jugak akhirnya creampuff version aku nih. Hehee..


Actually I never taste any creampuff before so I don't know macamana rasanya..huhu..bagi aku kulitnya cam xberapa kick..rangup dah ok di luar kulit..isi pun lembut tp rasa tawar kulit tu..ikut resepi memang takde buh gula tuk crust tu..


Inti memang marveles! Kebetulan dlm fridge aku tengok ada strawberry and balance whipping cream. So inti aku buh custard cream, buah strawberry dan sedikit whipping cream..macam dlm masterchef malaysia tu la.. Pastu taburkan gula aising.. Nyuummyyy!! ;)


Kelam kabut buat tadi. Aisy meragam cket arini. Maybe nak sesuaikan balik kat uma aku ni. Kesian dia asyik tukar-tukar rumah..letih btul aku dibuatnya..nak kena bagi biasa balik nanti payah aku nak ke kelas..


Creampuff aku ni yang tak berapa syok coz I don't have nozzle ek ape tah namanya tu..so xberapa cantek je rupa crust luar tu..huu.. Takpelah..practice makes perfect kan? Nanti cuba lagi :D

Friday, January 13, 2012

tomorrow's baking mission!


Assalamualaikum,



alhamdulillah..last nite selamat sampai kampung ku after maghrib. But the moment husband kiss me saying goodbye, i miss him already. haih..sabar. Soon we will meet again, insyaallah. :)



a few weeks ago i watched one episode of kuliah masterchef malaysia dimana chefnya tengah mengajar buat creampuff. aduh!! terus hatiku melonjak-lonjak nak buat. Tapi sebab kat rumah mil takde oven, so tak dapat nak buat. dalam kepala aku hari-hari dok fikir pasal creampuff nih. Tak sabar nak try buat. Lagi pulak yang version masterchef tu sangatlah menggoda ye! disebabkan tak sabar sangat nak buat, aku cuma dapat buat puding kastad jagung jek. hahaha..
jadiklah kan..ada kastad juge..hahahaha..




lebih kurang camnila kot..tapi dalam masterchef tu lagi gempak lah..heheh...dia letak custard cream, whipping cream dan buah-buahan kat tetengah tu..perghhh!! memang meleleeehhh je air liur aku tengok dorang makan dalam tv tu. hehe..


so tadi dah sempat mintak hubby bawak ke kedai bakery beli bahan nak buat. insyaallah tomorrow's mission nak buat. hihihi..hope menjadiklah..



kalau menjadik, aku post kat blog ye! :D

Thursday, January 12, 2012

Sharing is caring

Assalamualaikum,

For today's entry I'm going to story something bout marriage. general knowledge that important for all of us. Ceh! Cakap cam pakar sangatlah dalam married life ni kan. Hehe.. No lah..



Em, bila kita berkahwin..actually kita berkahwin dengan segala yang berkaitan dengan pasangan kita tu.. Diri dia, keluarga dia, hutang piutang dia dan sebagainya. Usually, kita selalu tertanya, kenapa pasangan kita berubah bila dah kawen? Dulu masa bercinta tak macam tu pon kan.. Actually, we only see his/her true color after dah kawen. Seorang ustaz pernah kata dalam rancangan "Tanyalah Ustaz", dimana karakter orang yg bercinta tu hanyala berpura-pura. Mungkin sikit-sikit jelah yang kita nampak kan..tapi yang sebenar-benarnya bila dah bergelar suami isteri. Sebab tu kena belajar terima pasangan seadanya.. Proses nak terima tu lah yang memerlukan kesabaran yang amat tinggi. :)



Kita kena terima keburukan dan kelemahan pasangan..belajar menyukai apa yang pasangan kita suka..kalau tak dapat suka, at least sokong sikit pun oklah kan. Ok aku bagi contoh, kalau suami ni jenis kaki pancing, sesekali mungkin boleh ikut teman dia pergi memancing ke kan.. Mesti suami sangat suka dan rasa diri dia dihargai kalau buat macamtu. Tapi sebolehnya apa yang pasangan kita suka tu mestilah ada batasannya. Sebab dah kawen kan? Tak boleh lah nak pegi memancing sampai tak ingat anak bini kat uma. Tu contohlah..



Sama juga dengan kita..apa yang kita suka tu kalau boleh jangan melampau batasan.. :)


Macam aku ni dulu sangatlah tak minat tengok bola. Kadang-kadang menyampah btul tgk orang dok fanatik sangat dengan bola. Sekali tu hubby aku kaki bola. Huhuhu..mula-mula aku hanya sekadar teman dia tengok bola kat mamak la..kat uma ke..teman dia main bola kat padang..tapi lama-lama aku plak syok layan. Even hubby takde aku bleh dah layan bola sorang-sorang..hehe.. Sokongan tu penting kan? Sama juga dengan aku. Sangat suka memasak..try resepi baru.. Hubby pun jadi suka masak.. Siap beli banyak buku resepi..haha..klaka je kalau tengok gaya dia memasak tu..serius comel! Haha..hilang macho you ;)



Aku rasa tak rugi pun kalau kita betul-betul ikhlas sokong apa yang pasangan kita suka..apa yang dia minat..apa yang dia cita-citakan.. Kalau tak suka sekalipun,dapat jadi pendengar setia pun cukuplah. maksud aku, katalah hubby kita tu asyik cite psl minat dia kat kita sedangkan kita dah bosan ataupun tak suka langsung dengan minat dia tu,just dengarkan jelah.. Rsnya tak rugi pun..katakan dia keje engineer keta..balik-balik cite pasal kereta itu ini kat kita,pasal engin la,design lah, etc. Sampai kita naik muak kan? Muak sebab kita tak minat. Tapi just jd pendengar pun cukuplah.. Tak yah lah merungut sampai marah-marah kat fb bagitau satu dunia yang pasangan kita tu teruk sebab macam tak hargai kita plak kan dok asyik dengan hal dan dunia dia je.. Itu tak menyelesaikan masalah malah memburukkan keadaan lagi ada. Tambah lagi bila families and friends baca suma. Huhu..



Jadi ape pun, kena belajar terima hobi dan kesukaan pasangan kita.. Belajar terima seadanya.. Kalau hobi yg mendatangkan keburukan atau kemudaratan tu tak yah la sokong. Huhu.. Ini peringatan tuk aku juga. :)

Notakaki: menaip sambil layan dilwale dulhaniya leh jayenge
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 11, 2012

private hospital vs govt

Assalamualaikum,


tiba-tiba timbul idea nak buat entry tentang tajuk ni. puncanya tadi ada junior tanya soalan ni mana yang lebih baik, hospital kerajaan atau swasta untuk bersalin nanti.. dan aku pun berikan pengalaman aku untuk jadi timbang tara beliau..


ini pendapat aku berdasarkan pengalaman yang dah aku lalui dan juga mungkin pengalaman kenalanku. Kita semua ada pengalaman berbeza kan..


actually, aku tak berpihak sangat mana-mana. Dua-dua ada kelebihan masing-masing. Kalau aku ada banyak duit, takde masalah nak abiskan beribu-ribu kat swasta. Paling koman 4-5 ribu tu dah pasti. depends which private hospital u prefer.


kita cerita dulu pasal govt hospital. if based on my previous experience, of course aku tak mahu beranak di hospital gomen kat kampung aku ni. i admitted 9 days during my early pregnancy. Masa tu masuk wad bersalin jadi aku tahu how they treated perempuan nak bersalin and their newborn babies. Banyak perkara yang aku tak suka. Macam masuk wad tentera pun ada gayannya. Kena jerkah, maki, herdik, etc. Aku cuaklah..dah la ada yang baru pertama kali beranak kan. Takde pengalaman nak pegang baby macamana. Nurse bukan nak ajar, tapi diherdiknya si ibu. Bukan semua nurse begitu, hanya segelintir. Tapi tang segelintir tu yang aku tak gemar. Dan aku dah kenal kebanyakan nurse kat wad tu. Ada yang sangat baik, tapi kebanyakannya memang begitu mereka treat pesakit.


Makanya, aku bercakap berkali-kali after keluar hospital tu yang aku tak nak beranak di hospital tu. Never ever!


Tapi dah aku buat check up kat kk area ctu juga makanya doktor ctu suruh aku admit wad bersalin di hospital yang aku dah penah masuk dulu. aku berkali-kali merayu kat doktor tu tanak..nak ke hospital sg buloh jugak. tapi doktor kata takut tak sempat. huhuhu..so dengan muka tensi nya aku ke hospital tu juga....


hmm...aku duduk situ sehari semalam. still takde bukaan walhal doktor kat kk kata sudah 3cm. doktor kat hospital siap marah aku kenapa aku datang situ..sengal kan? nasib baik doktor kat kk tu dah bagi surat siap-siap. hishh..


then, after sehari semalam still tak beranak, aku cakap please send to sg buloh. then doktor setuju tuk induce aku di sungai buloh. Makanya aku naikla ambulance dengan hubby. Mungkin Tuhan tak izinkan aku beranak kat hopsital tu..aku memang doa tanak beranak kat ctu..nak kat sungai buloh jugak..



bila sampai sungai buloh, aku masuk satu tempat ni macam emergency room di wad bersalin ctu. buat ctg dan seluk bagai..aku disuruh tunggu sebab labour room penuh. masa tu aku dok usha-usah la wad tu..memang luas, selesa dan sejuk. husband boleh jumpa aku anytime. takde la kena marah and halau dengan guard. kat hospital aku masuk dulu tu siap kena halau dengan guard aje. bukan jumpa dalam wad pun. diluar wad pun kena halau. betul-betul aku tak paham..


bila labour room dah kosong, aku diarahkan masuk. memang selesa dan luas. aku sorang aje dalam bilik tu. memang macam swasta. doktor ramai masuk. nurse pun sama. bila dah mula rasa sakit tu aku dibiarkan sorang-sorang..tapi sekejap-sekejap nurse akan datang check. aku tak kesah pun ditinggalkan sebab belum nak beranak pun. pastu nurse siap suapkan air lagi bila aku kehausan. huhuhu..


yang tak best nya bila nak meneran dan beranak tu..doktor dan nurse pelatih dok marah dan perli-perli aku kata aku tak reti meneran la ape. tak boleh cakap macamtu sebab effect psychology kita kan...bila doktor pakar datang..senang je baby keluar..dia siap support aku lagi..dan suruh hubby support sama..huhuhu..


yang bestnya..suami memang boleh masuk dan digalakkan masuk teman isteri dalam labour room tu.. da abis kua baby suma, time menjahit...aku rasa agak kemas la jahitannya walaupun doktor pelatih yang buat..


bila diwad, aku diberi bilik 2nd class yang agak selesa. hanya 4 orang dalam satu bilik yang agak luas. ada privacy sebab boleh tutup langsir keliling katil kita.. bab makanan memang tip top lah. macam kat hotel. aku bantai je semua even lauk yang orang bersalin kena pantang. hehe.. doktor tuk check baby pun ok. cuma ada la yang kurangnya tapi not major things pon. bagi aku amat puas hati dengan service kat ctu. doktor datang check pun oklah..sangat peka. aku ada masalah jantung sebab hilang darah banyak..jantung laju. tapi takde ape yang serious pun..



bayaran yang hubby bayar cuma 92 ringgit untuk seminggu kat situ.. total kos aku disitu sebenarnya 2k lebih tapi sebab katanya ada subsidi ke ape tah..so bayar 92. kalau aku bagi surat student boleh free tapi ala bayar jelah kan..xbanyak mana pun. yang keje gomen bagi GL dah tak yah bayar pape.


kalau ada duit banyak takde masalah nak masuk private.. tapi make sure la hospital tu betul-betul bagus servicenya sebab dah bayar mahal..kalau service tak bagus lebih baik masuk gomen je.. lagi pun kalau kita boleh dapat service baik di gomen, bagi aku tanak la membazir masuk private. cuma tu lah...kalau diswasta, hubby boleh temankan setiap masa.. macam aku aritu pas beranak duduk lama kat wad..aku sangat perlukan hubby ada setiap masa. aku sangat lemah pas beranak aritu..tambah demam urat/bentan..pastu badan tak kuat..nak kena dukung baby bila dia nangis suma..jadi agak susah lah.. huhuhu.. cuma aku agak bertuah sebab ramai nurse termasuk nurse pelatih yang rajin tolong aku jaga aisy masa kat wad. Kadang-kadang aku memang tak larat dah nak pujuk dia..nurse datang tolong dukung dan pujuk aisy sampai tido.. so okay lah.. :)


tapi bila tanya cousin, ada yang dapat pengalaman tak best kat hospital sg buloh tu. tatau lah aku kan.. tapi aku bersyukur sangat ok je bila time aku. sikit-sikit kurang tu takpelah asalkan tak serius mana..



jadi kesimpulannya, kalau nak bersalin kat hospital gomen, make sure la hospital tu okay servicenya.. sebab tak semua hospital gomen bagi service yang sama.. :) begitu juga swasta.. kena survey dan tanya orang keliling. kalau takat beranak, then pas baby poo and kencing boleh balik takde masalah. kena macam aku ni berkampung dekat seminggu..kalau service tak okay mau meroyan sorang-sorang kat spital tu kang... :D




hehe.. so all the best kepada yang bakal bersalin tu ye!


Monday, January 9, 2012

Hang out with lil pumpkin

Assalamualaikum,

Em,dah dua hari aku belajar drive sendiri dengan aisy. So far oklah. Aisy well behaved bila dlm kereta. Siap boleh lena lagi.. :) senang nak keluar kemana-mana kalau nak beli ape-ape. Tak yah nak tunggu orang.


sejak pregnant aritu aku dah jarang memandu. Memang tak daya. Dah abis pantang pun jarang pegang stereng. Jadi bila memandu balik ni aku rasa cam agak kekok. Skill memandu dah memang ke laut. Huhu..rasa cam tak cekap macam dulu. Maybe amik masa la nak okay balik. Kalau drive kat kl sure tensen abis..


Lepas ni aku kena berulang alik agak jauh nak ke kelas. Kalau dr uma aku dalam sejam lebih. Kalau jammed maybe dua jam lebih. Huhu..hopefully oklah nanti..



Friday, January 6, 2012

sindrome bayi tergoncang

Assalamualaikum,

this is something good to be shared. hmm.. i didnt used buaian tuk tdokan aisy and bouncer ke ape pun tak berminat nak beli. I believed those stuff not good for him. oklah kalau kita yang henjut mungkin tak kuat but what if orang lain yang henjut?tanpa pengawasan kita? so lebih baik tak payah guna. plus i really do not like baby di lambung-lambung. i guess some people like to do that. memang aku tak suka. sian baby tu. di lambung or angkat tinggi-tinggi.. when it comes to baby, kita kena treat dia baik-baik. even nampak dia suka, gelak and excited but it does not mean benda tu elok or good for babies.. dont be selfish.


hmm.. ape pun please read this okay.. :)




SINDROME BAYI TERGONCANG


Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom Bayi Tergoncang?

Sindrom Bayi Tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh membunuh bayi tersebut.

Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?

Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walau bagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.

Bagaimanakah ianya boleh berlaku?

Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar dimana beratnya adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan perdarahan.

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam)

Kenapa bayi digoncang?

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.

2. Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas akibat pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan

Kenapa ianya merbahaya?

Satu dari tiga bayi yang menderita sindrom bayi tergoncang akan berakhir dengan kematian, yang lainnya akan mengalami kecacatan kekal kesan dari kecederaan otak yang dialami. Perdarahan di dalam organ mata pula boleh menyebabkan kebutaan.

Apakah gejala dan tanda-tanda Sindrom Bayi Tergoncang?

Tanda-tanda awal:
1.Bayi mudah meradang (irritable)
2.Sawan
3.Kaki dan tangan mengalami kekejangan
4.Bayi tidak bermaya dan kurang bertindakbalas
5.Tahap kesedaran bayi menurun
6.Muntah dan tidak mahu makan
7.Perdarahan yang teruk boleh menyebabkan; kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung

Tanda-tanda lewat akibat dari kesan jangka panjang kerosakan otak:
1.Masalah pembelajaran
2.Kurang upaya anggota
3.Masalah penglihatan atau buta
4.Masalah pendengaran
5.Terencat akal (Cereberal Palsy)
6.Masalah tingkahlaku
7.Sawan berterusan
8.Kematian.

Bagaimana mencegahnya?

Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangani stress dengan bijak. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi:

1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan yang selesa (lampin tidak basah)
2. Memastikan bayi tidak sakit (demam, bengkak gusi atau kembung perut)
3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan2 sambil mendokong bayi.
4. Menyanyi atau bercakap perlahan2 dengan bayi
5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi
6. Membawa bayi berjalan2 di dalam kerusi tolak
7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan2 di dalam kereta
8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan2
9. Elak membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin menyebabkan anda terdorong membuai bayi dengan kasar dan kuat.
10.Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika
11.Sekiranya tiada satu pun tindakan di atas berjaya dan anda merasa diri anda tertekan, tinggalkan bayi di dalam katil bayi (crib), tenangkan diri anda dan periksa semula bayi selepas 5 minit.
12.Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih tidak berhenti menangis





sumber dari sini


Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday (v.15)

Assalamualaikum,

Ini dia dua orang budak geng bertopi baju belang supper at secret recipe :) love u both

4 months old

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..hari ni aisy genap 4 bulan. But our next check up is on 12 Jan. So I don't know his current weight,etc. will update bout that later k. It's all for my future reference.

Emm..aisy is still sleeping rite now. I noticed aisy did not really like to meniarap dan dia takde pun berminat nak meniarap. I'm not sure why. But he really likes to sit. Pastu,dia suka pegang kain or baju. Suka tarik-tarik. Kadang-kadang tangan aku ditarik dan dihisapnya.. Haha..comel betul.

Aisy sangat peramah! Suka bercakap dan ada macam-macam jenis suara dan gaya. Yang paling comel bila dia buat suara mengada-ngada nak ngempeng. Hahaha.. Aisy suka gelak. Suka diagah orang..pastu suka plak nak agah org. Kadang-kadang orang tak tegur dia,dia lak yang 'tegur' orang tu..hehe..pastu kalau dgr org sembang pandai nak 'menyampuk'..


Memang menyeronokkan bila dia happy macamtu. Cuma adalah waktunya aku cam jd hilang sabar especially bila dia merajuk. Huhu..xpun bila ada yang kacau dia. Huhu.. Tapi aisy ni pun bukanlah banyak ragam sangat. Masih boleh handle lagi..


Rite now aku terpaksa campur dgn formula milk just for a while. Atas sebab yg mmg xdpt nak elak. Sebab aku stay di perlis rite now and did not bring my breastpump and ebm so mmg terpaksa campur. Insyaallah kalau dah sembuh next week da boleh fully bf balik. Aisy dah nak minum botol cuma ada waktu dia memang nak comfort feeding bila da kenyang..


It is not easy nak fully bf bila tak dapat sokongan sepenuhnya dari orang sekeliling. Some ppl bila dgr baby nangis terus jump to conclusion kata baby tak kenyang. So kena bagi fm. Hakikatnya susu ibu cukup je. Kita kena yakin dan kuatkan semangat. Itu yg terbaik tuk our baby. Hopefully dapat bf aisy tuk selama yang boleh..


Bila ada kawan-kawan yg baru dapat baby or bakal dapat baby..selalu aku igtkan agar start pump susu dari awal. Dari ari ketiga tu dah boleh pump. Buat stok susu masa awal-awal coz masa tu susu sangatlah meriah! Aku pump masa tu tp sbb kurang ilmu dan pengalaman aku tak dapat nak simpan banyak dari awal. But rite now I've 10bottles stok ebm 5.5oz. Nak tambah lg insyaallah..

Nantilah aku update lain pasal ebm and breastfeed ni. Saja kongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.. :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, January 2, 2012

Oh ombak rindu

Assalamualaikum,

Yeah, I know it's too late for me to review about the movie. I watched the movie at astro first so lambat la kan..

Overall the movie is okaylah. I like it. Especially the scenery. Pemandangannya sangat cantik! And I reaaallly love the house..uma yang izah stay tu. Umah harris pun nice! At first when I heard maya karin akan pegang watak izah,rasa cam tak kena pulak dengan dia. Coz in the novel we're all imagine izah tu original muka melayu bukan pan asia la.huhu.. Tapi bab lakonan,perghh!! Memang best la maya karin. Meresaaap ke hati gituu. Aaron Aziz is a good actor as we all know it la kan..bgla watak ape pun tetap menjadi. And I love dia punya music background. Semua lagu-lagu sangat kena dan meruntun jiwa. Hehe..


Now what I don't like pulak.. Lisaaa!! Adoi..tak kena langsung gaya dia dalam tu. Yes,dia cuba jadi lain dengan bawa watak tu tapi rasanya xmenjadi. Menyampah btul bila sikit-sikit jerit. Siap ada sebut sial tu. Then, tudung yg izah pakai. Mana ada orang kampong pakai tudung cenggitu lagi. Ingat orang kampung ni kolot sangat ke. Boleh pakai tudung bawal tu tapi pakailah elok2. Aku rasa tak kemas lgsung.huuu..


Emm..to those yang baca novel mesti layan movie ni. Tapi bagi orang yg tak baca akan jadi xberapa faham. Like my husband. Banyak benda dia xfaham and kept asking me. Ada banyak part yg menarik patut di highlightkan tapi they don't put it in the movie. Yeah,limited time. Bila tengok mula-mula lagi came out from my mouth,nape cite ni nampak cam laju dan kelamkabut. Huhu.. But takpelah..kalau buat drama bolehlah pepanjang meleret-leretkan..


I will watching this movie again and again. Hehe.. :D

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, January 1, 2012

New Year 2012

Assalamualaikum,


Em..actually I've a lot to share on my previous entry but due to limited time I have right now so just a short update that I was able to publish. But let's talk bout this new year first.



So today is the first day of 2012. Suddenly I started to feel nervous bout this year. I'm not quite sure what are the reasons. But one thing I'm sure bout my study,my new semester is bout to begin soon. I need to decide now whether to proceed with project paper or CE/comprehensive examinations. Actually,last semester I decided to do project paper as I took this one class, which required me to do 3 chapter out of 5 about my project paper. But then,the topic I wrote about so complicated and caused me not so good result. So I'm afraid to proceed with the same topic again. Plus,with my supervisor style yang sangaatla strict where she wants her students to do project paper just like thesis. The different is just the page number. Hmm..I'm not sure if I can do well with project paper plus my friends having trouble to finish their own. Entahla ek..if I have a good topic to make a research then ill proceed with pp. If not maybe CE jelah.


Let's see my target for this year:

-finish my study either with CE or PP
-hope to get 4 for the semester grade
-be more and more patience,humble and cool
-do more ibadah,pray on time,sadakah,etc
-get a good job,insyaallah
-stay together as one family with hubby somewhere in kl or sel. Honestly I'm not ready to stay longer again in perlis. Hmm..ntahlah. Depends with ketentuan Allah.
-go umrah then euro trip maybe?hehe (if I'm working there would be soooo many travel plan..hehe)
-learn more bout cooking and baking. Take formal class like homemade chocolate that I did before.
-and of course be a good muslim,wife,daughter and mother..

About last year, so many things had happened. When I tried to remember one by one tetiba rasa sayu je hati. Hmm..quite challenging..


-early february I found out bout my pregnancy. It started when I was not feeling well then husband tanya nak pegi klinik or not which he told me masa tu dia just ajak-ajak ayam je. Coz he just came back from work around 1am. But then I said, jomla ke klinik. Haha..bila doc told us that I'm 5weeks preggy,cam xcaya coz one week before dah buat test sendiri but the result negative.


-then bermula sesi mabuk mabuk until I admitted to hospital. Masa tu early midnite,came back from muar. Almost 9days kena duduk kt wad bersalin tu. Suspected with so many deseases cam H1N1,tibi,etc coz I got 40 dgree of fever. Huhu..kena amik darah banyak n cucuk sana sini berlubang tangan. Huhu..tp all that just my morning sickness.


-masa early march husband kena transfer balik perlis which masa tu still dalam wad. At first I was so cool and calm la kan..pastu dia buat ayat sedih trus hujan lebat.huhuhu..


-then after dah keluar hospital,bermula la my independent life as a student. Dengan sakit2 gagahkanlah diri ke kelas.my morning sickness did not end until I delivered my baby.huhu..


-after finish my sem, I went back to perlis with hubby. Hmm..until around 8months I went back to my home to get ready to deliver.


-first day of raya still not with husband coz working on that day. Then second day husband went back. At that time I hope dapat beranak soon while he still with me. Takut nnt balik perlis lg kelam kabut. And I really hope dapat beranak on his birthday! And also at hospital sg buloh. I kept saying tak mau beranak kt tg krg due to my horror experience masa admitted back then. Skali btul xleh beranak after one day waited at hospital tg krg. Coz dah 37weeks so doc send me to sg buloh. Alhamdulillah.. :)


-im still not finish my story bout "kelahiran pertamaku" kan..hehe..mcm malu lak nak end that story.huhu


-after aisy ada,everything changed. Of course lah kan. Hehe.. Alhamdulillah..he is such a good baby.


Hmm..I guess that's all kot. Life with aisy I already mentioned in other entries. Others i hope will be just fine,insyaallah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers