Thursday, December 23, 2010

I don't care coz I'm happy!

Hahahahaaaa...



Konon nak berdiet tak mao makan nasi. Last-last bila dah hangin datang naik kepala, padan muka sendiri. Terus ajak my dearest khawlah makan western.


Mine, mix lamb chop. Herkkk! Alhamdulillah.. ;) minggu depanla sambung diet. Hihihi :D
Sent from my BlackBerry® smartphone

ciss!! kau punya pasal laaa nih!

erm..



sedih.




stress.




kau punya pasal laaa aku jadi macam ni.





Walaupun sebenarnya salah aku juga.












Kalau aku tak jamah kau, aku tak jadi macam nih.






Berhari-hari menanggung derita sengsara.






kau siksa aku!








dah macam drama swasta pulak.



hahaha..




gara-gara makan megi 2 hari lepas, kepala aku tak baik-baik dari sakit. Makan pun tak abis. Actually, aku dah lama sangat tak makan meggi. Berbulan-bulan kot. Last pun tak ingat bila. Tapi aritu sebab malas nak masak, so rembat laa makan meggi. Terus migrain sampai sekarang. hambikkkk!!



tobaaattt tanak makan lagik!




...................................................................................


ps: ada orang kata, kuah meggi tu kalau jirus kat pokok pon, pokok tu leh mati! punya laa 'tak berkhasiat' meggi ni..

Wednesday, December 22, 2010

moga-moga di makbulkan!




ramai pulak yang bertanya sama ada aku pregnant ke tak.



Semuanya gara-gara mengupload gambar terbaru semasa di Lumut kat facebook. Yeah, aku nampak berisi sejak kahwin. I realized that. (tapi gambar tu sebab aku pakai baju besar..huu) but its okay la... hehe..maybe im too happy kot lately nih.


Bila jumpa kat kenduri kahwin, ada ramai juga yang menegur
aku berisi. Kalau perempuan tegur, aku tak kesah. Tapi bila lelaki yang tegur, aku rasa nak sepak-sepak!




kamonnnnnn...! ko cakap perempuan tu gemok??berisi???? ape ko nak kena baling dengan kasut ke??!






siap warning aku lagi suruh jaga badan kalau tanak laki lari.
hamboi hambooiiii....... ku cili cili kaanggg mulut tu!





btw, takpelah. Lantak la orang nak kata ape. mulut orang bukan aku boleh tutup pon kan. ;p



Yang penting aku bahagia. hahaha




Yang kata aku pregnant tu, moga-moga dimakbulkan Allah..aminnnn!



sape tanak anak kan?



cuma yang aku tak gemar tu bila ada yang berkata@ bertanya....



ha, cepat la sikit dapat anak tu ye! nape tak de anak lagi??
bila nak dapat baby nih?? bila nak beri husband anak?? bila nak beri mak cucu??



aiseh, rezeki anak ni semua di tangan Tuhan. Aku bukan Tuhan beb. Aku cuma manusia biasa yang sekadar boleh berusaha dan mencuba yang terbaik. huhu... down betul. Apa-apa pun sebelum cakap@ komen@ taip fikir laaa banyak kali dulu. Especially isu-isu sensitif macam nih...



only God knows what i've been through.



apa yang terbaik, korang doa-doa kan moga aku cepat dapat baby!



amiinnnnn!!




(amni qaisara)

anak kawan husband..comel je dia. kalau aku dukung atau peluk je mesti nak tido..hehe





a day before jadi isteri. siap dengan inai lagi kat tangan. hehe..dukung anak kawan my mom. dia orang pertama datang wish dan bagi hadiah. Lupa laa nama baby comel nih..hehe

ni masa bercuti ke melaka after get married. with geng husband. see, aku dukung je amni dia elok je lelap kat bahu..hehe..adorable!



insyaAllah..ada la rezekinya. Allah Maha Mengetahui..



Tuesday, December 21, 2010

my dad

semalam birthday my dad.


yang ke 56


Aku dah lama ingat. Aritu masa jenjalan dengan sister and brother, sempatlah beli selai kemeja. pink gitu! tapi my sis yang bayar. hehe..


My dad nih seorang yang workaholic. Tak reti duduk diam walaupun dah pencen lama. actually dia pencen awal. Kalau tak silap masa umur 52 kot. Entah. Lupa pulak. Sebab dia lebih berminat dengan kerja-kerja pertanian. Orang jawa la kata kan..hehe..Walaupun sakit tapi masih gagahkan diri bekerja. Kadang-kadang macam tak sampai hati tengok. Tapi di larang pun masih nak buat, so biarkan la.. Kalau aku anak lelaki dah lama aku tolong. hehe.. Tapi ni mampu tolong tengok je.. huhu


Doaku, semoga abah sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan..Sentiasa gembira disamping mak dan anak-anak..err, cucu coming soon. hehehe



Monday, December 20, 2010

not-so-desperate-housewife

tak best betul bila dah nak abis cuti ni. lagi dua minggu kena masuk sem baru. aiseh! Tapi kira okay la kan..Kalau kerja tak dapat la nak cuti lelama macam ni melainkan kalau ambik cuti tanpa gaji. hehe..


Tapi sepanjang cuti pun bukannya aku duk diam. Ada banyak je benda nak kena buat.



Last two weeks, masa kawan husband datang rumah ada la single ladies ni bertanya..tak bosan ke duduk rumah? jadi housewife? Maybe dia terfikir, bosannya duduk rumah tak buat apa. Bila dah terbiasa kerja..



Siapa kata jadi housewife membosankan?? aku rasa kalau pandai cari aktiviti, memang tak menang tangan, memang tak cukup masa. Kerja rumah tu memang tak pernah habis. Sentiasa je ada. Rajin tak rajin je nak buat kan? Ini belum ada anak lagi. Kalau ada anak lagi laaa sibuk. Kadang-kadang nak layan suami pun macam tak terlayan dah. Mana nak jaga baby, nak kemas rumah, nak cuci baju, lipat baju, iron baju..nak pegi pasar lagik. aduhhh...macam-macam laahh..




so far aku takde lah rasa bosan duduk rumah sebab aku sibuk dengan buat chocolate yang memang kadang-kadang tak menang tangan nak buat..Lepas tu dengan kerja rumah..nak memasak..kemas-kemas. Dengan nak edit gambar customer lagik. see! banyak je benda nak buat..tu pun tido selalu after 2am.



Kadang-kadang aku terfikir, macam mana kalau aku kerja...macam mana kalau aku dah ada baby..yes, time management tu pun penting juga.



hopefully, aku ada tenaga untuk itu semua. ;)



...........................................


kat rumah ni baru ada ps3, aku tak dan lagi nak try main. kang kalau dah addict habis semua kerja tak menjadi! hahaha

Sunday, December 19, 2010

rumah manis rumah



asyik sebut home sweet home, meh aku letak melayunya. ;)


alhamdulillah. selamat sampai rumah.


me and husband ke seri manjung untuk wedding his bestfriend. actually, im their official photographer. both pengantin adalah kawan husband which totally sudah jadi my friend too. oh, next week kena ke kelantan pulak untuk belah lelaki. again, as their official photographer. Tapi apa yang agak merunsingkan, husband hanya cuti sehari sahaja for next week. minggu ini kebetulan off dua hari on their solemnization and wedding day.


penat pujuk husband untuk rembat satu lagi slr as my back up. Tapi dia lebih berminat nak rembat compact camera (manual) yang lebih kurang macam slr dari segi kualiti gambar dan juga harga. Tapi slr tetap besh. Husband nak compact untuk kerja dia. Senang sikit nak hangkut dah bawa ke hulu hilir sana. tapi tak best sebab tak boleh pasang lens dari slr. hanya boleh masuk flash aje. huhu..


so masa wedding tu hanya aku sorang laaa yang snap guna slr kesana sini. dari akad nikah sampai la ke weddingnya. letih gila! nasib baik tak naik gila. husband banyak gak snap..memang membantu la bila aku dah keletihan yang amat. plus im still not feeling well. ;(


Sangat puas hati sebab gambar memang best! especially ultra wide lens tu.. (1omm) memang cun melecun laa.. tele lens pon okay.. lobang idong orang pun boleh nampak dari jauh. ;)


after habis wedding kami ke lumut. Masa ni geng-geng husband suma dah sampai dan memasing macam nak stay je after tengok pemandangan yang indah kat situ. hahaha..aku dan husband pun stay balik for one night. padahal dah siap packing barang suma. hehe..


gambar bawah ni kat marina island. besh gak kat sini untuk kaki pancing. one of husband friends stay kat sini..agak mahal la..tapi memang cantik. view mengadap ke pulau pangkor.. ;)




nice view..angin sepoi-sepoi je.. :)


kami stay di apartment yang sudah dibooking oleh keluarga pengantin. sangat murah! dua malam hanya RM180. ada 3 bilik..dua bilik air. semua barang kelengkapan rumah ada seperti peti ais, dapur, periuk belanga. even mesin basuh pun ada! astro suma lengkap. hahaha..memang terbaikkk laa..


malam tu kami ke pekan lumut. me and isteri kawan husband jenjalan kat kedai nak shopping sementara husband kami melayan bola. masyaallaahhhhhh...aku shopping habis dengan dress dan skirt! memang tengah buat koleksi dress labuh tu...hehehe..cecantik. geleng kepala husband aku tengok bini nya nih.. :)



ahad pagi..kami sarapan di pekan seri manjung pulak. dan kemudian ke teluk batik untuk mandi manda...husband-husband je mandi. yang wives ni suma duk lepak bawah pokok sampai terlelap..hehe..kat teluk batik pun aku sempat rembat beberapa helai dress lagi. hahaha..cun wehhh!


ape pun memang sangat menyeronokkan dapat bercuti ramai-ramai dengan kawan macam ni. But i reaallly wish dapat berhoneymoon. ONLY US. huhuhu..masih takde kesempatan lagi. entah bila laaa agaknya. insyaAllah next year kalau diizinkan.. huhuhu...


i have to stop here..too tired nak story panjang lagi. hanya dapat upload dua gambar je. Tak sempat nak buh watermark ke hape. Ni pun dah sibuk dengan order chocolates. Tapi cam nak pengsan dah nih. Nasib baik laa tak keje. hehe..




Friday, December 17, 2010

My bebeh

Taddaaaaa!!!!!


Ni salah satu lens yg aku dapat dari husband tersayang..hehehe.. Ultra wide lense..


Ni kat wed kawan and I'm her official photographer..


Will update more later k!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 16, 2010

Nak kurus???

Rasanya ini salah satu eksesais yang mudah simple tapi berkesan tuk bakar lebih 500kalori.


Ape dia??


Berlari-lari di KLIA!


Haha..kaki aku kejang betul.


Ingatkan flight my sis kul 1130. Rupanya dah tukar ke 930pagi. Aiseh! Aku dah dalam kereta bila tau tu. Ape lagi?? Pecutlaa semampu mana kereta ni boleh. Huuuu..


Sampai kat terminal terus park tepi tak kira dah encik polis nak saman ke ape. Janji dapat jumpa sat. (Tp xkena saman pun) Tu pun dah kat pintu masuk..huhu.. :(


Takpelah..panjang umur jumpa lagi nanti.

.....................................

I'm still in the car. Kaki krem pulak. Berlari-lari dengan skirt buat hilang cun aku dipagi hari.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 15, 2010

kelu lidah tidak terkata bilaaa..........

sila sambung ayat di atas ye!


hehe..


beberapa hari sejak kebelakangan ni sibuk melampau betul. Hari-hari keluar ke KL. Jalan jam buat kepala aku semak dan rimaasss. Yeah! sapa yang suka jam kan? seriesly aku tak boleh bayangkan kalau kena kerja di tengah KL yang sentiasa sibuk tu. ;(


Bila sibuk buat mood nak berblogging mati. maaf ya! huhu..



Lega akhirnya bila urusan visa adik setel. Esok pagi mereka akan terbang ke canada. Aiseh..jeles jeles. huhu



Hope selamat sampai dan yang pasti aku mahu ole ole dari adik aku tu sebab dah jadi drebar setelkan urusan dia. hahaha..handbag coach satu! lagi best kalau chanel! hahahaha..



hari ni sesuatu yang membuatkan aku terkedu berlaku. suspen je ek?



beberapa hari lepas husband dah 'offer' nak belikan lense tuk aku. Aku cam tak caya je memula..tapi layankan aje lah..bila dah terai test kat kedai plus usha harga..aku jadi macam.............


errr..sanggup ke nak 'labur' lagi duit tuk kamera nih..aku dah habis lebih 6k tuk dslr ni. Tapi memang aritu aku da cakap teringin nak ada 'teropong' baru... ;)



Bila husband dah beria aku pun teruja!! ;)



so kena laa terjah KL lagi pagi tadi. huhu..stress kepala hotak aku. Rasa nak beli heli jek. Nasib baik tak mampu. haha



kami bajet beli dua lens dalam 3k jek. satu UWA (ultra wide angle) dengan tele lens. Bila dah tambah itu ini maka haruslaaa jadi double. husband yang suh beli macam-macam. Aku cam nak juling bijik mata jugak laa..rasa sayang pulaakk duit tu walaupun bukan duit aku. hahahaha..



Tapi rasanya aku ni sayang duit orang lagi dari duit sendiri. Kalau duit sendiri memang tadak hal la..baik tak?? hehehe



finally dapat laa dua lense.. 10-20mm f3.5 sigma dengan 70-300mm nikkor. plus battery grip satu..hehe..dah lengkap habis dah kamera gua!



haapppppyyyyyy gilaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!



rasa macam jatuh cinta semula kat husband. hahahahaha



tapi sempat pulak dia buat ayat.. fuhh! duit beli lens tu dah macam duit hantaran ek. Buleh dah nak kawen lagi satu nih!


hamboiiiiiiiiiiiii!! kennoootttt aahh




by the way...










mana gambar kamera nya????




next entry bebeh!


;)

Tuesday, December 14, 2010

SALE!!!!!!!

Hahaha..the best therapy ever!!


Kalau nak shopping baiklaaa time camni kan???pastu dah tak yah shopping for at least half year..hehehe.. ;) semalam shopping cket with my sis. Now sambung lagi cket shopping..aku just sambar selai seluar jek..aku shopping bila rasa perlu jek..hehe..bagus x??


Yeyeee jek! ;)


Have a nice day!
Sent from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers