Monday, October 18, 2010

it's getting worse and worse

i dont know what's wrong.. but im still in pain.


cuba berubat kampung dan juga jumpa dr. pakar. hope takde ape yang serius.


Allah sedang menguji. moga-moga aku terus diberi kekuatan.. ;(



will try update later..


pray for me!


Sunday, October 17, 2010

haaiiitt!!! arigato!



semalam pagi, aku dan classmates ada interview session with japanese senior manager di JJ. It's for my last group assignment. Kami pergi berlima and yeah satu kelas ni ada 5 orang je. hehe..



Japanese manager ni dah 8tahun bekerja di malaysia. Kami interview dia untuk tanya tentang isu budaya kerja di Malaysia. How he handle Malaysian workers with different races. Basically tentang itu la..



Dan untungnya kami sebab dia agak peramah dan rancak bercerita walaupun kadang-kadang ambil masa yang lama untuk mencari ayat yang sesuai dalam english. yeah, we all know yang japanese tak berapa sangat nak cakap english. but Mr. Kobi ni tahu cakap english dan malay. tp agaknya sebab segan dengan kami bm dia yang broken tu so he prefer to speak english.


tp dia sangat cumeeelll hokay bila tersasul sesekali cakap jepun.



hahahahaa!!



kawaaiiiiiii!!!



;)


dia kata, sebab utama dia belajar bahasa melayu supaya dpt faham ape staff bawahan cakap esp during meeting ke hape.. ala, senang nak faham kalau diorang ni mengumpat dia la..itu memang dia ngaku bad intention tapi dia sangat concern kalau staff dia mengumpat or mengutuk dia. maksudnya, dia cuba beri yang terbaik la..kalau ada yang tak puas hati dia cuba nak perbaiki.



cuma apa yang aku agak terkejut bila dia kata, di jepun kebanyakan rakyatnya tak tahu tentang Islam dan fikir Islam adalah terrorist. fuh! begitu berkesannya pengaruh barat kat mereka nih. Tapi sebab dia dah lama duduk sini dan dia faham tentang Islam dan sangat hormatinya. contoh terdekat, masa sesi interview tu dia tak hulur tangan pun salam aku dan kawan lain yang beragama Islam. memang bagus betul..



tapi ada juga beberapa isu Islam yang dia tak berapa faham contohnya, kenapa lelaki boleh ada 4 isteri tapi perempuan tak boleh ada 4 suami..



Dia kata, yang paling obvious perempuan work harder than man. sebab tu di company mereka lebih prefer manager perempuan. But only in Malaysia. Di Jepun, mereka kureng cket dengan perempuan yang berpangkat tinggi ni. Sebab bagi mereka, perempuan harus duduk rumah dan jaga keluarga..bukan keluar bekerja..sampaikan satu tahap, isteri di jepun tak suka suami mereka pulang awal kerumah sebab itu menunjukkan suami mereka pemalas!




antara value yang mr kobi rasa sangat penting dan mengubah persepsi dia ialah, malaysian sangat utamakan family. so dia belajar untuk spend more time with family..dan dia sangat selesa kat Malaysia sampaikan tak kesah pun kerja sampai bila-bila. Takde rasa nak balik Jepun pun..




lastly sebelum kami bergambar, aku sempatla tanya dia..ape makanan kegemaran dia kat Malaysia nih..dia kata suka sangat dengan Laksa Penang dan Laksa Johor..dan rendang juga.



hahaha..comel nya dia bila cakap bm. hahahaha



btw, dia ni dah kira berumur..baya my dad kot but he looks so young! anak dia pun dah kahwin tapi dia nampak cam late 30 ja.



lupa pulak nak tanya apa petua dia nampak muda. hahahaha..



banyak perkara yang aku belajar dengan ambik subjek multiculture influences in Malaysia nih. How we look things with different perspectives.. seronok sebab kita belajar benda realiti..bukan teori semata-mata..senang cakap, subjek ni banyak membantu aku memahami kenapa manusia ni kadang-kadang behave macamni or macamtu..


yeah, at some point, belajar ni menyeronokkan!


hehehee





Friday, October 15, 2010

macam siput tuuuttttt!!!



dari semalam slow semacam je tenet nih. lembab macam siput tuuuttt jaa! yah, im using broaadbaanndd or some people called it..berukband.

hehehe


tak tahu la kenapa..dok atas bukit pon masih slow. sebelum ni laju ja..tapi dua hari ni makin slow. haish..susah aku nak buat keje taaauu!!



agaknya dia pon 'sakit' cam tuannya..



hish..sabau jelaaa



Thursday, October 14, 2010

biru kuning jiwaku






selamat pagi murid-murid. hari ini cikgu nak cerita pasal warna kegemaran cikgu ye..






(perasan nak jadi cikgu balik la nih..hahaha)





pada sapa yang kenal aku dari sekolah dulu memang tahu aku tak berapa gemar dengan warna pink. entah kenapa aku rasa macam tak kena dengan jiwa aku masa tu..kununnya jiwa kental semangat waja lah. *statement poyo tak hingat*







anti betol dengan pink nih. geli i tau pink pink nih! weekkk!!! ;)






aku minat kaler ape tau?












kaler biru+kuning!!






sampaikan ada kawan kata, kalau ko kahwin nanti aku rasa confirm semua biru kuning..sampai kesitu fanatiknya. aku ingat lagi masa form 2 or 3 kalau tak silap. aku ada suruh mak belikan sepasang baju kurung biru kuning..bunga kecil-kecil. memang comel je baju tu. sayang gila siut dengan baju tu. yalah, susah nak cari baju biru kuning yang cantik ni
h..hehehe..aku suka yang striking nya.. ;)






sekarang ni entah mana tah baju kurung tu.. dah bagi orang agaknya. skolah dulu cumil je saiz. kalau ada sekarang pun mungkin tak muat dan singkat. cepat membesar la katakan. hahaha..





minat warna biru kuning ni berterusan hingga laaa zaman masuk U. tapi masa ni sedikit demi sedikit macam kurang dah. Tapi still nak jugaaakk la ada biru biru tu.





ada sorang roomate aku masa kat hostel dulu sukaaa sangat dengan pink. sesuai la dengan orang yang lemah lembut sopan santun tu. selalu kutuk dia. suka sangat dengan pink. haish..asal tah aku dengki betol dengan warna pink tu. hahaha






dah masuk zaman kerja, jiwa biru kuning terus tuka. adeeehhh..aku dah jadi tak suka pulak dengan warna tu..xminat dah!





warna yang jadi kegilaan pujaaaan hati jiwa raga sekarang ni hape????






PINKKKKKK!!!!!

(my pink bb-casing jaa..huhu)
hehehe..






hambik kaaauuuuuu!!!!






hahahahhaahahaaa..tu laaaaa kann. dulu anti sangat. sekarang pantaaaang tengok benda pink. mata pon dah jadi pink pink sudaaahh. sumaaa nak pink. rasanya naik kelabu mata husband tengok wife dia nih asyik nak pink. aku berjaya pengaruh dia pakai pink. hahahah..jambu siut husband gua! (ampun banggg!!! hihihi)





masa bertunang aku pakai pink. walaupun bercampur-campur warna tapi tetap ada pink! pastu masa kahwin memang aim nak cari baju striking pink terus. memang tercapai hajat tu. hahaha..saja nak sakitkan mata orang yang tengok.


hahaha

kami in pink!

bekas pencil pink..hehehe



aku rasa dah kena badi pink nih. dulu punya la kutuk kaw kaw. sekarang....semuaaa nak pink. haishhhhh..siap berangan-angan nak kereta kaler pink lagi. ewww..!! cumeeelllllll!!!!


uhhhh!! cumeeelllnyaaa keta nihhh!!! hot hot comel gituuu ;)

hahahahaha..

Tuesday, October 12, 2010

sakit itu ujian dariNYA



" Sesungguhnya selepas kesukaran itu adalah kemudahan, dan sesungguhnya selepas kesukaran itu adalah kemudahan" (As-Syarh :5-6



semenjak beberapa bulan ni, datang beberapa penyakit 'pelik'. hum.. Aku tak pasti apa puncanya walaupun hanya kedengaran orang lain dan para doktor berkata... ala...biasala nih... but knowing me, memang tak suka ada masalah. iya, penyakit membawa ketidakselesaan. Maka itu sudah jadi masalah untuk aku. Tidak kira serius atau tidak. :(



sudah cuba macam-macam tapi seolah-olah tidak nampak tanda perubahan yang lebih baik. Allah betul-betul sedang menguji. Kesabaran perlu setiap masa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku..






Monday, October 11, 2010

takziah!

(sumber gambar dari sini)

Ajal maut semua kerja Tuhan. Semua Allah yang tentukan.


kelu lidah berkata..jari kaku mengarang cerita. apa yang boleh aku katakan, ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri.


tarikh yang pasti tak kan dilupa sepanjang hayat!


Buat yang beragama Islam, sama-sama kita sedekahkan al-fatihah...dan juga semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


aminnn


berhati-hati la dijalan raya, malang tidak berbau!!!


............................................................


sedih hati melihat mayat bergelimpangan sana sini.. :(





Saturday, October 9, 2010

Macam naga tak makan 10 tahun gayanya!

humm..tak tahu la sindrom ape lately ni..tp mood aku asyik nak makaaaan je! pantang tengok makanan..pantang bau makanan..asyik nak makan. tapi tak kenyang-kenyang. Doa dan bismillah dah baca.


haish..


tah sindrom ape aku pun tak tahu. Tapi perlu berhenti dengan serta merta tabiat ini. Boleh memberi kesan yang AMAT BURUK!


huhu..



......................................................

kekangan masa membataskan aku untuk terus menulis..later k!




Thursday, October 7, 2010

puhh puhhh!! semputtttt!!!




Hari-hari bukak blog. Hari-hari jengah blog orang. Hari-hari ada macam-macam idea nak tulis. Tapi entah kemana hilang semangatnya. Hilang terus idea. Kadang-kadang rasa macam nak pergi bercuti, tapi keadaan mungkin belum mengizinkan. Banyak sangat perkara yang difikir pun boleh bagi kesan buruk pada emosi dan fizikal.




dah daaaahhh..ayat atas tu macam nak jawab exam je skemanya. hahahaha..baru je submit paper midterm. tu la pasal kaann..dah jadi student balik cenggini laaa gayanya. Hish..kadang-kadang rasa cam nak cari je anak kucing comel-comel nak bela. Bosan or tensen leh memain dengan kucing. Nak dapat baby cam lambat lagi kan. huhuhu..tapi kang kalau kucing tu buat pe'el tak senonoh aku pulak jadi macam incredible hulk!




sebut pasal kucing, hati jadi membaraaaa je tengok blog orang len yang post gambar-gambar kucing diorang yang comel tahap ultraman diruang angkasa (begitu tinggi tahap kecomelan kucing2 mereka..hihihi). geraaaammmmm!!! nak je culik kucing-kucing diorang nih.hahahaha..




Kalau masa kat kampung dulu memang banyak kucing aku. Pernah sekali banyak dalam 18ekor kucing. Tapi bila dah lama-lama banyak yang mati. Dan sekarang hanya tinggal dua ekor. My dad dah 'pindahkan' kucing-kucing tu ke 'asrama'. hehehehe..sian taaauuu!!



tapi yelah, kat kampung tu karang sape pulak nak bela kan? my parents tu memanjaaang aje keluar.

(comel kaaann???huhuhu..nak cat nak catttt )


dah cite pasal kucing la pulaaaakkkkk!


haish.



humm..otak aku betul-betul tengah stuck. jam. blur. blank.



so i shud stop here.



will update later k.


..................................................................


satu perubahan yang maha dahsyat sedang berlaku pada aku. will story bout it! ;)




Tuesday, October 5, 2010

enggak bisa



korang suka layan tak drama atau cerita dari seberang???




mesti suka kan kannnn???




Dulu glamer dengan Bawang Putih, Bawang Merah..sekarang ni ada macam-macam drama bersiri Indonesia. Episodnya sampai beratus pun ada. Naik muak dah tengok. Sejak bila mula drama bersiri dari seberang ni pun aku tak pasti...





(pic from google)






Yang pasti, aku tak berapa suka nak layan cerita-cerita ni. Dulu ada la layan sekejap bawang putih bawang merah tu..pastu dah malas dah nak tengok. Buat aku sakit jiwa je. hehehe.. iya, pelakon-pelakonnya begitu mantaaappp sekali lakonannya.. kalau bawak watak jahat tu memang mengundang berbakul-bakul aje makian masa tengok tu..hehe..





sebab tu malas nak tengok. hihihihi..






entahlah. tak tahu kenapa tapi cerita dari seberang ni tak banyak yang boleh aku suka. Yang aku suka sebelum ni ada satu, eiffel, im in love!





(pic from google)





ha..satu tu je yang aku beli dvd nya..and kadang-kadang layan lagi bila bosan. hehehe..



tengok jela cerita Ketika Cinta Bertasbih tu..dah berkurun baru la aku nak tengok. Tu pun husband dok paksa-paksa tengok. hahahaha..dah tengok, terus suka. ;)






Lagu-lagu dari sana pun aku kurang gemar. Setakat nak dengar ke..nak karaoke tu boleh la...tp bukan jadi kegemaran..uh, ini bukak entry@statement berlagak ke ape.. cuma aku tak berapa gemar dengan drama@lagu dari sana..walaupun karya mereka hebat-hebat belaka. Lain orang lain tastenya..







Pernah aku tanya husband (masa tu br jd tunang) dia suka ke layan lagu Indonesia tu..sebab bukan main banyak lagu dia tahu..siap boleh nyanyi sekali..hehehe..






sekarang ni banyak sangat dah band dan lagu-lagu dari sana. Janganla tanya aku..langsung tak tau.hehehehe..






tapi kalau bab shopping dan joli sakan..haaa..aku sukaaa!!! suka shopping kat Jakarta @ Bandung...atau kat mana2 part of Indonesia..waduhhhh!!! syokkkk!!!! Datang sana terus jadi jutawan gitu.. ;)





hehehehe...




opsss! sudah lari topik..hehehe..nanti kita buat entry lain citer pasal jenjalan and shopping-shopping ni ya! ;)




Monday, October 4, 2010

menu kedai mamak


weeehhhuuu..!! kenyang perot suka hati..lalalalalala~


sekarang dah 12 lebih. Mata dah kuyu sebenarnya. Tunggu husband belum balik lagi. Assignment pun baru siapkan sikit. Kepala dah ting tong cam orang terover dose. suma gara-gara menu dari kedai mamak.



menu hape???



okay okay.



sebelum tu nak tanya ape menu kegemaran korang kalau ke kedai mamak?


i guess most malaysian suka makan kat mamak nih kan kannnn?? including chinese. i saw lots of chinese makan roti canai kat mamak. ;) 1Malaysia! hihihihihi





kalau aku...jaaaarang sangat order roti canai. melainkan kat beberapa kedai favourite my parents kat kampong yang super duper sedap nyummmyyy nyummmyyy dia punya roti canai. Tapi bukan mamak buat.hehehe..warung orang melayu..orang kampong.hehehe..





Biasanya kalau ke mamak ni yang aku suka order ialah... TOSEI dengan NAN!




pergggghhhhh!! terbaiklaaaa..!!




kalau kat U dulu, memang mamak tu tau muka aku ni memang sukaaaa order TOSEI..sebab nan biasanya lewat petang baru ada kan? so pagi-pagi tu suka la nak order TOSEI..


mamak! cam biasa ye!!


hahaha..sampaikan kalau aku lalu depan kedai tu sure dia tanya..


dei, arini tak makan tosei ka???


hahahaha..sengal tau mamak ni!



entah kenapa suka sangat tosei ni..sedap! nipis dan tak rasa berminyak. lagi besh kalau crunchy!! kadang-kadang dia bagi sampai 4 jenis kuah..dari kari, dalca, sambal merah dengan sambal lemak hijau dia tu..kalau dapat camtu, aku akan cicah dari satu kuah ke satu kuah yg lain..hahaha..




tadi mengidam sangat nak makan nan. Lama dah rasanya tak makan. Dulu time dating dengan husband suka naaauu order garlic nan..pastu mula la berlaga-laga angin dalam perut.hahahaha..



(husband tapaukan nan dengan ayam tandoori)



sekarang ni dapat nan biasa pon da sedap menjilat jari. plus dengan ayam tandoori..uh! terangkat you!!



ouch..memalam citer pasal makanan pulak ek.hihihi



lagi satu yang aku suka makan kat kedai mamak....MEE GORENG MAMAK!



fuhhh!!! rasanya ramai suka ni kan kaaannn??




Ingat lagi masa baru beberapa hari kahwin..masa tu kan tengah sibuk dengan World Cup..so temankan lah husband baru balik makan kat mamak sambil tengok bola. Kami order mee goreng...dia punya sedap sampai habis licin aku makan..banyak gila mamak tu bagi tuk satu pinggan. Tapi aku boleh abis makan..geleng kepala cik abang aku tu..



tak sangka wife dia ni kebulur tahap naga dok bertapa dalam gua tak makan 10 tahun.


hahahaha!!



tapi ape-ape pun pilih la kedai yang bersih ye..kang makan sakit perut pulak keracunan..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers