Thursday, September 2, 2010

manusia yang gila kan publisiti murahan!

Beberapa hari tak blogwalking. Malam tadi jenjalan puas-puas. I read BEN ASHAARI entry about all blogger need to be aware of their writing..read here. Just now, i saw a picture from my senior wall page at facebook.


Tiba-tiba rasa macam mendidih pulak hati. Tak tahu la nak kata apa dah. Speechless! These people need to be punished somehow. They wrote whatever they wanted. Kutuk dan menghina Tuhan agama lain. hey, kamu kalau tak suka sangat duduk Malaysia, pegi berambus sana! ramai je orang yang nak duduk kat Malaysia nih. uh, saya jadi emo pula.




I guess not only blogger need to be aware but all internet user..sama ada di Facebook ka..di blog ka..or any web. Yang sengaja mencetuskan api kemarahan orang lain..mengutuk dan menghina agama dan bangsa lain.. Nak sangat riot 13May berulang balik ka??



Lagi satu yang aku rasa macam nak rebus masak gulai je depa suma ni...isu Indonesia dan Malaysia.. nak ape kata depa? SWEEPING MALAYSIAN? ada depa pikiaq ka rakyat depa yang berjuta-juta kat Malaysia nih..??! Sibuk datang Malaysia cari rezeki, yang kita ni terima aja. Sekarang nak wat ethnic cleansing pulak kat rakyat Malaysia. saja nak cipta propaganda la nih.. hangin je dengar!



hmm...buat kurang pahala puasa aku je petang-petang camni. Apa-apa pun, harap mereka yang gilakan publisiti murahan macamni dikenakan hukuman setimpal. Aku rasa elok mereka ni dibuang dari Malaysia ja. Buat menyemak!


minggu yang penuh emosi!


haish..


..............................................................................

still have class for tomorrow and few things need to be done tonight..my assignment! grrrr!! kaco je mood raya.. ;(




Wednesday, September 1, 2010

Welcome Nine!

Owh owh owhh!! its september already!!


First, HAPPY INDEPENDENT DAY to all Malaysian. Be proud and be thankful. Syukur~

Sorry i am a bit late. Havent update tru my laptop for a few days due to my broadband problem. But still managed to update via bb. Actually not really a big problem but i never paid monthly charges so they blocked my internet. sob sob sob. so ive been like cacing kepanasan when there's no internet connection. Even i still have my bb but it's different. the screen is too small..tak puas. ;)


I told husband, i want to have the internet connection back as soon as possible because i have assignment to be completed and i need internet to find some journals and information. But actually, i miss blogging. heee :D


I miss blog walking. Yeah, i still can update tru my bb but like i said, it's different! The moment i want to pay the bill, the salesgirl told me that the system down and they only can take debit card or credit card. hellooo!!! i thought cash is much easier! huh!! for two days, consequtively! the system down..and me like, aahhhh...grrrrrr!!!!!!


i think that girl memang tanak entertain me. huh!


humm..okayla. ill update later, k!







Align Center

Monday, August 30, 2010

Sahur di Penang

Salam semua..

Now aku berada di Permatang Pauh..singgah makan sat kat kedai char koey teow my favourite..

Dia punya rasa..wallaaa!!! Super duper delicious laa..walaupun satu pinggan kecik tp puas je makan...

Aku memang suka makan mee dan adik beradiknya cam koeyteow ni..hehehe

Now 2 pagi lebih..jap lagi sambung semula perjalanan ke kampungku..singgah sat sebelum balik KL.. Husband kerja..

Me?

Kena buat kerja gak. Assignment berlambak2..huuuu..okayla guys..selamat bersahur ya!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Saturday, August 28, 2010

Udang Sanggul

Hari tu tengok dalam rancangan Bazaar Ramadhan bersama Shamsul Ngau Ngau kat Perlis..

Nampak ada udang sanggul..so td dapatla beli udang tu..seketui singgit no! Tak sabar nak rasa..hehehe
Sent from my BlackBerry® smartphone

wowowowoww balik kampongggg!!!

first of all, ini auto publish punya entry.


By the time entry ini publish, aku on the way balik ke kampong suami di Kangar, Perlis.


Im so excited!!!


Sebelum balik sana, kami akan singgah sebentar di kampong aku dulu. Kejap je kot. Cadangnya nak berbuka disana tapi kemungkinan besar husband tak sempat nak balik awal. Keje reporter memang la cenggitu kan..tak boleh nak balik awal. Sepanjang bulan puasa ni aku rasa hanya dua kali je kot kami dapat berbuka sama. Sekali dirumah kami sini dan sekali di kampong aku.


Takpe..okay je walaupun kadang-kadang rasa macam sedih.


okay.okay.mood sekarang tengah sonok. Tak mo kill kill die die mood itu. ;)


Kalau ikutkan husband dah ubah plan tak nak balik perlis this week sebab nanti dia cuti 4 hari untuk raya. dua hari sebelum raya sampai raya ke dua. so sempatla lagi kalau nak berbuka di Perlis.


But knowing me memang tak suka kalau orang lain tetiba kena tukar plan. Esp kalau plan yang jalan-jalan cari makan menyeronokkan..hehehe..so aku pun pujuk pujuk bodek bodek mengada ngada merajuk rajuk hentak kaki sambil nangis cket..husband kata.. okaylaaaa..kita balik perlisssss....!!


ramai yang cuti sampai hari selasa kan kannn?? besh la korang ye..ape2 pun happy holiday and take care..berhati-hati dijalanraya..





yippieee!!!!



.......................................







Friday, August 27, 2010

Jumaat Istimewa

Salam nuzul Qur'an

Hari ini merupakan 17 ramadhan, dan hari ini juga merupakan hari nuzul al-qur'an yang membawa seribu erti kepada kita..

Mari kita sama-sama baca artikel yang ditulis oleh Dr. Samsu Adabi Mamat dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.


Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


....................................................


sementara hayat masih ada, sementara tenaga masih kuat, sementara masih mampu bernafas, marilah kita sama-sama merebut segala ganjaran dan pahala yang Allah akan berikan di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini. Moga-moga kita masih diizinkanNya untuk bertemu lagi di ramadhan akan datang..



Wednesday, August 25, 2010

Selamat Hari Wanita!


Tadi on the way balik rumah dari upm, terdengar DJ ni tanya.. apa 3 benda yang kamu nak beli kepada wanita (gf@wife) jika ada RM10,000 ?


owh..kalau aku ada 10k..


aku nak beli apa?



mungkin pegi bercuti ke Europe ataupun bershopping sakan kat sini.

hehehe..




Wanita hari ini semakin maju dan seiring dengan kaum lelaki. Tidak lagi seperti dahulu, hak dan kepentingan wanita tidak disanjung atau hargai. Wanita-wanita dikatakan hanya layak duduk didapur. Yeah, aku bersetuju bahawa setinggi mana pun pelajaran wanita itu, dia mesti juga tahu memasak. Tapi tak bermakna, wanita tiada hak untuk diberi pengiktirafan atau tiada hak untuk lebih maju.


Sekarang, di sekolah, universiti, kebanyakannya dimonopoli oleh kaum wanita. Di sektor pekerjaan juga. walaupun kadar dan jurangnya tidak jauh beza dengan kaum lelaki. Mungkin di sesetengah bidang masih dikuasai oleh kaum lelaki. Owh, aku tidak mengatakan yang wanita lebih hebat atau lebih bagus dari lelaki. Tetapi, wanita juga punya kelebihan dan kekuatan yang mungkin tidak disangka...


so, jangan la nak pandang rendah pada wanita.



"tangan yang menggoncang buaian...juga mampu menggoncang dunia!!"


SELAMAT HARI WANITA!

........................................

my toll gate girls!!!!!! ;)


Tuesday, August 24, 2010

Idea..Idea..Idea...datanglah kau!! fuhhh!!!

Dari bangun tidur, sampai la sekarang. Hanya dapat siapkan 2 perenggan. Bukan susah..hanya buat summary je. Tapi kepala tak jalan-jalan. Penat dah ulang baca. Entah kenapa susah betul.


Tak tahulah sebab selsema yang tengah melanda nih atau sebab kepala semak dengan fikir yang macam-macam.



Aku nak balik kampong!!! huaaaa...Asyik ingat kat mak je nih. ;( Bukanlah jauh mana..tapi tak dapat nak balik selalu.



hmmm.....



Takde semangat langsung.



Lemah je.



Perlukan idea..banyak assignment tak siap lagi.



wish me luck.


Monday, August 23, 2010

Budak umur 12 tahun di tangkap berkhalwat dengan 2 orang lelaki. Dah gila ke hape???!!

okay. tarik napas dedalaaamm dulu.



fuh fuh fuh!!




sakit jantung den dibueknyo.


Terbaca di Harian Metro tentang BUDAK DARJAH 6 ditangkap berkhawlat dengan 2 orang lelaki. baca disini




Aduhai.. hape nak jadi nih. Baru darjah 6. Baru je nak baligh. Dah pandai buat seks. Bukan dengan seorang tapi dua orang lelaki. Apa punca semua nih? siapa yang harus dipersalahkan??



(pic from google)

Budak-budak sekarang makin cerdik, makin advance. Tapi makin bebal dan makin sengal. One of my friend cakap, budak-budak sekarang dah takde moral value. Makin biadap dan kurang ajar esp dengan yang lebih tua. Sebab tu banyak sangat dah kes pukul cikgu, bunuh belasah mak bapak.


Yang perempuannya jadi makin berani. Jadi tak reti malu.

(pic from google)


Akal dah serupa takde fungsi bila nafsu setan mempengaruhi. Agama dan iman dicampak ketepi. Bila dah terbunting baru la menggelabah sana sini. Pastu buang bayi dah macam buang bangkai. Takde langsung rasa bersalah. Dah buat dosa berzina tambah lagi dosa membunuh.



Mana mak bapak yang sepatutnya melindungi dan mendidik anak-anak. Mungkin disebabkan desakan hidup, ibubapa sibuk bekerja hingga lupa beri perhatian pada anak-anak. Dah jadi macamni baru nak mengamuk sana sini.



TV, Internet dan media cetak semuanya beri pengaruh yang besar. Kalau tiada kawalan dari ibubapa...macam-macam boleh jadi.



Yang paling aku menyampah iklan PAD yang terang-terangan ada kat TV. Yeah, maybe motif company tu nak bagi tau yang tak perlu malu kalau sebut pasal period@datang bulan. Everyone should know.



Tapi ada fikir kesannya?




Dahlah iklan tu diberitahu sejelas-jelasnya. Bentuk nya laa...cara pakai nya laa..size laaa.. gila ke hape korang nih??? Banyak lagi cara lain nak tunjuk ajar. Dulu, kalau nak beli pad kat kedai, tokey tu siap balut lagi dengan paper tau!



Kalau kat sekolah, ada lah beberapa company datang bagi talk dan pamplet. Masa tu nak sebut pad pun malu. Tah macam-macam nama gelaran pakai supaya kaum adam tak tahu.




Makin canggih zaman sekarang ni makin banyak kita kehilangan benda yang berharga. Sungguh mencabar mendidik anak-anak zaman sekarang. Ibubapa memang tak boleh lepa sedikit pun..




Pastu sibuk la sana sini buang bayi. Manusia dah takde harga diri. Lebih teruk dari binatang. Perikemanusiaan entah dimana..agama dan keimanan memang dah takde. Wujudla manusia-manusia yang sibuk nak cipta kitab dan agama sendiri. Tak malu-malu menayang pada dunia betapa jahilnya diri sendiri. Manusia-manusia ni patut direjam disula sampai mati.



hmm..hape nak jadi la dunia hari ini.




nOt feeling well


Kelmarin, entah kenapa tiba-tiba tekak rasa perit.



kepala ting tong.


humm....



Hari ni, suara dah mula serak-serak dan makin perit.



Kepala makin sakit.



Mata terasa pedih.



Badan rasa lemah.



Seram sejuk.



(pic from google)

Haih! aku demam ke??? aduhhhh...cobaaaannnnnnnn dibulan puasa.. ;(



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers