Monday, December 5, 2011

3 bulan

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, semalam aisy dah genap 3 bulan. alhamdulillah..cepat je dia membesar. Sekarang dah pandai senyum gegelak suma..pandai dah nak ajak orang bercakap. while aku menaip entry ni dia dok menendang-nendang kakinya sambil cakap bahasa dia..hehe..comel comel. Pastu tau marah kalau tinggalkan dia sensorang...




Aisy memang tak banyak sangat masalah..kalau bawak keluar tu aku dah boleh faham ragam dia..kena make sure bawak susu ebm nak bagi dia cepat kenyang so dia takde la nak melalak suh aku 'selak baju' kan. hehe..tapi memang aisy ni kuat ngempeng..tatau ape ngempeng tu sila google.. aritu bawak aisy tengok papanya lawan futsal. Bising-bising pun dia bleh lena tdo. sebab dah kenyang dengan 8oz susu.hehehe..




aisy masih tak pandai lagi nak meniarap sendiri. adalah masa dia dua bulan aritu dua kali pusing sendiri tapi takde dah lepas tu. bila aku cuba tiarapkan dia, menangis tak suka. maybe tak selesa kot. even orang kata baby nyenyak tdo kalau tiarap but bukan tuk aisy. plus aku baca tak elok sebenarnya tdo meniarap coz baby boleh mati lemas. nauzubillah.. rasanya masih awal lagi..perkembangan setiap baby tak sama kan..



moga semuanya baik-baik aja.. :)

Friday, December 2, 2011

December, please be nice to me kay?

Assalamualaikum,


Masuk sudah bulan december. Bulan penghujung dan tak lama lagi bakal masuk pula tahun baru 2012. Haih, cepat sungguh masa berlalu ek. Rasa semakin tua, rasa macam ape lah amal ibadat yang aku dah buat selama nih. Ya Allah.. moga-moga aku dan keluarga masih dipanjangkan umur untuk membuat kebaikan dan amal ibadat buat bekalan di kemudian hari..


Bulan 12 ni yang buat aku teringat ialah bulan aku bertunang dengan husband. ;)


Actually, aku nak cerita tentang business online yang aku dah lama buat. Rasanya dah lebih setahun bisness online homemade choc aku buat tapi since pregnant aku dah mula slow down dan berhenti amik order. Yelah, aku sakit teruk sepanjang pregnancy tu..plus bila dah beranak camne laa nak amik order. lagi pun hidup dah berbeza. dulu ada rumah sendiri sekarang ni duk uma parents. so barang-barang suma dalam kotak. Jadi aku masih belum dapat amik order. Maybe sikit hari lagi..insyaallah. Kalau aku dapat selongkar balik barang-barang chocolate aku tu..boleh la sambung amik order..


plus, aku dah open balik facebook shes chocoholic tu balik dan ada pelanggan dah mula bertanya.. actually, aku nak kembangkan bisnes ni dengan pelbagai produk lain yang menarik..so aku buatlah fanpage baru.


sila la ramai-ramai click ye. insyaallah barang baru akan diupload tak lama lagi. My camera tertinggal so lambat sikit. huhuhu..lagipun barang baru ni agak limited stock nya.. so sapa cepat dia dapat.. ;)


semoga usaha aku ini membuahkan hasil yang baik.. :) ameen..! rezeki Allah itu ada dimana-mana kalau kita berusaha..kan?

Tuesday, November 29, 2011

saya suka MLM!! mai mai!!

Assalamualaikum,


anda suka MLM??





saya sangat suka dengan MLM. meh nak promote kat anda suma!! meh join mehhhhh!!!





manyak syookkkkkk!!






ada untung tadak rugi maaaaa....















bukan Multilevel Marketing doh!



Maharaja Lawak Mega. setiap Jumaat malam sabtu. hehe..dulu layan Maharaja Lawak and now MLM pulak. At first, aku memang tak suka nak layan show nih. plus kat kg aku takde pakej mustika nih. Tapi bila duk umah mother in law, ada channel ni so melayan la reramai. memang syok lah. Masa maharaja lawak la best. jambu, jozan dan ape tah lagi kumpulan lain. hehe..lupa dah.



bila lawak memang syok gelak tapi bila tak lawak aku rasa macam nak baling je kat tv tu dengan buah pelam. apakah? yelah kadang-kadang layan show tu sambil ngap buah pelam. tapi nanti jahanam pulak tv. hehe..





bila maharaja lawak ni pun sama..kebanyakan yang masuk adalah pelawak yang memang dah ada nama. sama ada pelawak baru atau lama..masing-masing cuba tunjukkan skill masing-masing. Paling aku suka kumpulan BOBOI, Osbon, PiMai. Yang lain agak kureng lah..memang stress jadiknya bila memasing macam over confident. Yelah, pelawak yang dah ada nama, ada pengalaman, so diorang rasa mungkin diorang tu lawak kot.






Bukan nak condemn, tapi sebelum buat lawak..fikirkan implikasi idea yang bakal dipersembahkan tu. Ada bagi bad impact or not. Yang gunakan agama sebagai modal untuk berlawak, tah hape-hape.Janganlah sebab tengok video ustaz bagi ceramah dok buat lawak maka anda rasa yang isu agama boleh dibuat lawak. kemonnnlahhh.. Kalau pelawak buat lawak pasal agama di pentas Maharaja lawak tu merepek namanya..tak kelako tapi rasa nak bagi penampo ado lah..



lagi satu, nak buat orang ketawa bukan mudah. silap silap dah jadi macam perbodohkan diri pulak. Dok kutuk dan menghina orang selalu dijadikan modal tuk berlawak. Mungkin ada yang boleh terima tapi ada yang tak. kena tengoklah orang yang di jadikan lawak tu. huhuhu..Then, janganlah plak gunakan pentas sebagai platform nak balas dendam kat orang yang kutuk bila lawak tak menjadi. Macam kumpulan gebu dan bp kot kalau tak silap. Bila orang condemn lawak anda, patutnya improve dan tunjukkan idea yang terbaik. Bukan pi bantai depa balik. Nak bantai, pi bantai kat channel lain cam fb ke blog ke paper ke. haddoiiii...!





wahh..jadi juri plak aku. hahaha..





tapi apa yang chef wan cakap tu rasanya banyak yang betul. Tapi ada part yang aku rasa lawak tapi dia rasa tak lawak. Cuma mungkin lebih baik kalau dia cakap bahasa yang lebih baik. Kasar sikit bagi aku cara dia cakap. Nanti jd macam adlin. Dulu bukan main jadi juri guna bahasa kasar mengutuk orang last-last bila dia perform sikit pun tak lawak. Takde sekali pun dia perform yang aku rasa lawak. Maybe ada la sikit bila dia jadi perempuan india tu. huhuhuh... Aku suka Jatt dr singapore tu yang komen. cool dan direct. taklah menyakitkan hati sangat kan.. ;)




ala..saja nak review show nih. kalau nak layan pi search kat youtube. syok layan boboi..last week best bila harun salim bachik jadi najwa latif. hahahaha.. penat aku gelak even berkali-kali ulang tengok. sengal sengal





apa pun ni pendapat peribadi aku yang hanya seorang penonton biasa.. lain orang lain pendapat. ye kan?







Monday, November 28, 2011

"...lepaskan aja gelas itu...!"

Assalamualaikum,




mari baca dialog ini.



.....................................................



Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya.


“Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!”“15ml!”,“50ml!”“100ml!” Murid-murid menjawab.



Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?



“Tiada apa-apa!” Murid menjawab



Kalau saya memegang selama setengah jam?



“Tangan lenguh!” Murid menjawab,



Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?


“Tidak!” murid menjawab.


Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?


“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.


Guru tersenyum,“Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”


Murid-murid mula pening, gilo ker apo?


Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?


“Lepaskan sahaja gelas itu!”


Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.



Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.



Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.



Ingat…“Lepaskan sahaja gelas itu!”



“Segala masalah di dalam hidup ini pun sama. Kita simpan dalam kepala kita sedikit, kita rasa OK. Fikir lama-lama, mula sakit kepala. Lama dan lama lagi kita terlalu fikirkan masalah itu, kita mula tertekan dan kita hilang fokus untuk buat perkara lain.”



........................................................


notakaki: ini aku copy paste dari status seorang kawan difacebooknya. tatau mana dia dpt. but i guess, ada betulnya. lepaskan aja gelas itu!


Saturday, November 26, 2011

Salam Maal hijrah

Assalamualaikum,

Salam maal hijrah. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Ilahi dan dilindungkan dari segala musibah. Semoga tahun baru ni membawa banyak perubahan yang lebih baik buat kita semua..


Nak cerita my pumpkin yang makinlaaa comel geraaam nak geget je dia.hehe..lagi 8hari aisy nak masuk 3bulan. Kejap je kan..aisy skrg dah pandai isap jari. Tapi masih xtau nak isap macamana abis semua jari tangan dimasukkan. Aisy aktif kaki kiri dan tangan kiri. Kidal kot?entah.. Kaki kanan n tangan kanan aktif juga tp bila menendang atau menggapai2 more agresif yang part kiri lah..


Sikecik ni mmg suka sangat menendang,menumbuk.hehe..aku da byk kali kena 'tumbuk' straight kat mata.husband pon kena juga.haha.. Tataula mmg baby suka menendang macam aisy or aisy ni terikut-ikut papanya yg suka main bola dan futsal. Hehe..

Da pandai gelak dengan orang..cakap bahasa dia yg sangatla comel dan klaka tu. Pastu kalau nangis mmg pandai dah jerit kuat-kuat. Tadi bwk pg wedding kwn pon dok nangis bukan main. So terpaksa laaa mamanya ni 'selak baju'. Huhuhu..


But apa pun mmg sonok. Letih mmg sangat letih tapi letih yang menyeronokkan.. ;)



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 24, 2011

ribut dihati

Assalamualaikum,


tajuk entry bukan main lagik ye.



hmm..sejak akhir-akhir ni banyak perkara bermain-main didalam fikiran. Bila terjadi sesuatu di luar pengetahuan aku, sedikit sebanyak mengoyah perasaan tenang di hati. Tapi aku memilih untuk memendam. Kalau luah sekadar berkias. Tak tahu lah sejauh mana aku mampu menyimpan gelora ini. Aku berharap, kesabaranku ini memberi manfaat yang baik tuk aku. Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya yang bersabar...





banyak perkara yang terjadi diluar kawalan kita. kadang-kadang tertanya apakah takdir yang telah Allah tentukan untuk kita? bila mana semuanya serba tak kena, serba tak menjadi. Tapi hanya Allah yang maha mengetahui..



semoga aku diberi kelapangan dalam segala urusan. semoga Allah memakbulkan segala doaku. semoga apa yang aku lakukan diberkatiNya..ameennn ya rabb!

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday (v.12)


saya budak bam bam suke tidooooo!!

Tuesday, November 22, 2011

27 officially ;)

Assalamualaikum,

Today is my 'tua' day. Alhamdulillah..masih dipanjangkan usia tuk menikmati kehidupan bersama insan-insan tersayang..


Thank u so much to my family n all my friends yang wish kat fb, sms suma..semoga doa kalian dimakbulkan..


At first ingatkan husband lupa besday. Aku saja senyap tak sebut pape pun pasal besday aku. Hehe..mmg dia lupa n lambat wish sejam. Tu pun sebab dok usha fb pasal malaysia menang bola tu..takpelah..aku pun dah boleh jangka. Bila ditanya apa hadiah yang aku mahu.. Diam dan tersenyum. Apa yang aku nak sekarang bukanlah handbag mahal or benda2 lain tapi ada sesuatu yang aku berharap Allah akan makbulkan impianku itu..ameenn..

tapi kalau nak bg handbeg coach ka gucci ka pon orait juge.. ;)


Apapun..thanks to hubby yg belikan sebijik kek yg sedap. Tahun lepas sepotong kek pon dia xbelikan..haha..oklah tu,hadiah besday husband kan aku dah beranak kan si aisy comel tu..hehe..hebat ape hadiah tu..xde plan ke ape..cuma dengan izin Allah aisy lahir on the same birthday dengan papanya.. Hihi..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, November 21, 2011

Cerita pendek II

Assalamualaikum,

Mudah juga buat entry cenggini..hihi

1- yay!! Malaysia menang baham garuda. Agak tensi menonton game ni sebab banyak peluang disia-siakan..


2- aku rasa kadang-kadang macam nak jadi tiger bila dok cakap dengan orang jadi serupa cakap dengan dinding.


3- aku ngidam nak makan yong taufu. Huhu


4- teringin nak bercuti ke obersi lagik..canada buleh?


5- mengharapkan sesuatu yang 'sweet' esok.. ;)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, November 20, 2011

Cerita pendek?

Assalamualaikum,

Meh nak citer pependek je ari ni..

1- sejak kahwin ni,antara benda yang aku tak suka dan juga tak pernah suka sebelum ni tetiba boleh jadi suka ialah, BOLA SEPAK!


2- bahu aku terkehel masa nak dukung aisy. How sad!


3- after almost 6days aisy tak poo, aku cakap nak bawak dia ke klinik petang ni, terus dia poo lepas dengar aku cakap. Hihihi


4- I guess to fake a smile is not an easy job for me. But others,may be good to do that.


5- laughter is not really a good medicine,tapi salah satu cara to hide the pain inside. So tengok la maharaja lawak mega ye! (Yg tak kelakar rasa nak hempuk2 jek!)


Oklah. Tu jek nk citer. Tatau nak citer kat sapa so kat blog la aku taip ye. Have a nice sunday!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers