Thursday, May 26, 2011

Dunia akhir zaman

Haih! Geleng kepala aku tengok paper metro hari ni.

Seorang pemuda berumur 25tahun mahu menukar jantina dari lelaki kepada perempuan dengan alasan lebih cenderung kepada sifat kewanitaan dan mahu memudahkan perjalanan urusan seharian. Maksudnya, susah bila dia pakai pakaian wanita dan mahu duduk di asrama perempuan sedangkan nama lelaki...so mahu tukar nama jd senang sikit nak jd perempuan..

Budak ni student medic tau. Bukan calang-calang punya pandai. siap dah buat pembedahan buang jantina lelaki lagi.. Ini la bila semuanya ditolak ketepi. Memang benci betul bila ada individu sibuk nak tukar jantina ni. Dari lelaki nak jadi perempuan..yang perempuan nak jadi lelaki..nak kena telan dek bumi ke?? Bencana yang Allah turunkan sikit pun tak beri pengajaran pada mereka ni..tak takut langsung!


Harapnya mereka semua ni kembali la ke pangkal jalan..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 25, 2011

Bowling

Hampa suma mesti biasa main bowling kan kaannnn?? Hehe..seumur hidup aku xpernah main bowling. Sian kann?? Husband kata kampung betul aku nih.. Hampeh sungguh!

Ni pun aku just temankan husband ada match bowling dgn officemates dia.. So dpt tgk jela kan..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, May 21, 2011

Pecah rekod wayang!

Sebelum tu, mari kita sama-sama sedekahkan alfatihah tuk semua mangsa kejadian tanah runtuh di hulu langat. Semoga di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh. Sementara yg masih belum dijumpai, semoga dilindungi Allah hendaknya..

................................................

Sekarang ni aku di jitra mall. Tunggu masa nk masuk wayang. Husband ajak. Bosan katanya duk umah. Padahal baru sehari cuti. Kalau cuti lama cam aku ni camne tah dia punya bosan. Baru tau camne bosan tahap gaban bini dia nih. ;)

Oklah. Katanya nak tgk cite 'lu langsi lu mati!' Or pirates. Tp aku n SIL saja ngusik husband nak tgk nur kasih the movie. Husband kata tanak. Haha..


Tapi bila beli tiket tup tup beli tiket nur kasih. Hehe..so suweet la u ni honey. ;)


Actually ni first time tgk wayang cite melayu. Sebelum ni xde. Bukan tak sokong. Cuma aku bukan kaki wayang. Ni pun kalau my mom tau aku pg tgk wayang sure kena marah! So dun tell my mom ye! Heee ;)


Oklah. Hope aku tak menangis laaaa.. :D

..........................................

Byk lak entry hari ni..hehe
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mai minum petang di kola perglih

Sekarang aku tgh lepak di tepi jeti kuala perlis. Makan-makan. Lapar la kan ibu ngndung ni..

Hehe..ni sotong goreng tepung ngan laksa. Nyum nyum..kt cni makanan mmg byk. Kena pandai pilih kedai jek. Oklah. Enjoyy! Nak dating ngan husband..hehe


................................................

So sory kak ita n abg stopa xdpt dtg majlis cukur jambul mirza hadhif. Sob sob sob. Sory sgt2 ye..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pelajar baru

Hari ni, ramai yang akan mendaftar masuk ke universiti. My youngest brother and BIL pun akan daftar arini. Masing masuk U yg sama, uitm tp lokasi berlainan.


The beginning of new journey. So good luck tuk semua pelajar baru ye. Waktu belajar di universiti adalah moment yg plg seronok dan indah. Kalau kita pandai bwk diri la..kena pandai pilih kwn. Kalau tak leh jd tak tentu arah juga. All the best!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, May 20, 2011

senyum tuk sembunyikan duka, ketawa tuk sembunyikan airmata

Well, last week aku balik kg. Just two days. Itupun sbb nak amik SIL dr sabah trun lcct. Kalau tak maybe tak balik kot. Entahlah, cuti tapi mcm tak cuti. Something happened yg betul-betul merosakkan lagi mood dan semangat aku.


My mom pun dah tak sampai hati nak marah or even membebel kat aku. Biasanya mak akan nasihat aku dgn tegas but not this time. Dia btul2 pujuk aku. Maybe tgk aku sgt miserable. Siap anta msg lg suh aku jgn selalu sedih. Huaaaa!!!


Aku tgh cuba sedaya upaya menyembunyikan segala gelodak dijiwa..diamkan segala kedukaan..pendamkan segala kesedihan. Sbb itu yg dipinta. Aku pun tak rasa nak luahkan. Maybe diamkan lebih baik. Sebab terasa macam aku ni hanya menyusahkan orang. Seolah-olah tiada baiknya aku ni. Sedih..


Tapi aku sentiasa berdoa diberikan kekuatan dan berharap aku tabah hadapi semua ni. Huhuhu..okla, happy weekend!


......................................................
Hidup semakin suram walaupun ada cahaya sentiasa menerangi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, May 15, 2011

i miss baiti jannati


it's almost 3 in the morning. but my eyes still segar bugar. not taking any caffeine though. my husband is taking his brothers and cuz to watch fast and furious. oh, obviously aku tidak diundang sama. huhuhuhu...


erm, actually im thinking to write about my pregnancy. but maybe in other entry. dah la few days ni blogger.com buat hal. hilang entries la..tak leh open la.. macam-macam. so terbantut la mood nak update tu. just now, aku buat 'clearance' kat folder my
pictures and suddenly ternampaklaa pic rumah kami yang dulu. sob sob sob.



suddenly rindu lak kat rumah tu. aiseh. banyak wo kenangan. i wrote few entries bout the house. read baiti jannati and baiti jannati II okay.



almost a year duduk kat situ. sekejap je masa berlalu kan? after this, aku tatau la hidup aku camne. jadi tak terurus kot. i guess sebab kena berpindah randah buatkan aku rasa tertanya...err, mana satu rumah aku nih?



pindah randah ni memang meletihkan. nasib baik aritu husband upah orang siap pack suma. so agak mudah jugak kerja. ahh, i just missed our home. huhuhu...



our living area. ni la port aku tido while waiting husband balik.. :(


meja study @ kerja..

meja makan, meja kerja..huhu.. rindunyaa!!

meja bersepah masa aku busy buat choc. huhuhu

my kitchen!!! my stuff!!
huhuhu.. i want to have my own kitchen baackkkkkk..sob sob sob

tu kertas kuning suma order tuk choc.



tinggal kenangan jela semua nih. kalau ada rumah lain pun tak kan sama dengan yang ni. mungkin lebih baik. ;)




Friday, May 13, 2011

Exclusive!! Our baby

Hehe.. Ni laa rupa baby kami masa 17weeks tu ari scan 4D. Masa scan tu baby tengah tdo. Gaya nya macam orang tengah azan. So I called baby and suruh dia bangun..not sure dia dgr atau tak but after aku suh bangun tu terus dia gerak dan pusing-pusing..

Oh so cute! Memang sebak je masa tengok tu..tak sangka..macam2 perasaan..


Esoknya bangun pagi, husband cakap.. ' Rasa cam nak pegi scan je lagi nak tengok baby tengah buat apee laaa skrg ni.. '

Pic ni aku tak upload pun kt fb. Ni saja nak upload kt sini.. :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 12, 2011

Our lunch

Sejak berada kat perlis ni tak berupdate blog ni pasal makanan. Hehe..husband selalu je tanya bila food sampai.. 'Tanak amik gambar upload kat blog?' Hehe..aku cuma jawab.. 'Lapaaqqqq!!'


Haha


So just now we are having lunch outside berdua. Kat kedai area stadium kangaq ni. Nama apa aku tatau tp famous dengan ikan bawal goreng panas. Sedapla dihidangkan panas-panas dengan ulam dan sambal belacan. Cam nak meletop perut dibuatnya.. Hehe


Aku rasa berat mau naik berganda lagi la pas ni. Makan kat sini sedap-sedap.. ;)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 11, 2011

placenta previa vs low lying placenta


okay. lets talk about baby and me.


so far kandungan dah masuk 21 minggu. ini ikut kiraan asal dan kalau ikut ukuran size baby melalui scan, dr kat klinik kerajaan yang aku pegi last routine check up aritu kata masih 17.5weeks. aih, aku pun tak faham. dia siap tuduh aku salah bagi tarikh last period. memang aku nak lempang je dr tu. confirm xkan salah sbb since kahwin aku memang catat period time aku kat bb notes. so every month aku leh check delay ke
ape ke.


tgk la nanti aku buat check up kat sini pulak. sebab before pegi kat klinik kerajaan tu, few weeks back aku ada buat 4D scan kat klinik swasta di Taman Melati, Gombak (sangat murah! dan service dr nya bagus..) dan dr tu kata baby aku memang ok dan size 17weeks (at that time) dan cakap memang delivery date aku around 20-21 september. aih, tetiba dr kat klinik kerajaan kata 5 oktober pulak. tapi like my mom cakap, edd ni memang tak tepat sebab dia lahirkan kami semua adik beradik delay 2weeks. so no worries la. as long as baby sihat..


ok. lagi satu. masa aku buat check up kat dr pakar after 2weeks keluar hospital few months back. dr tu ada cakap yang aku ada masalah low lying placenta. but no need to worries sebab masa tu masih terlalu awal. 13 weeks kalau tak silap. so dia kata ada possibility baby akan naik dan placenta jadi normal.



so aku pun takde la nak kecoh or menggelabah sangat.



but then, last check up dr cakap benda yang sama. bila scan mmg dia kata uri kat bawah. but dr tak explain byk. dia cuma kata jangan angkat benda berat. if sakit or bleeding kena pegi hospital. and if continuously bleeding kena admit to hospital sampai kena bedah bila cukup bulan. aih. horror aku dgr. enuf la duk 10 hari kat spital aritu. Allah je tahu seksa nya macamana. oh ya, i still tak cite pasal tu kan. later kay! ;)


aku pun google dan asking friend pasal low lying placenta. sekali tu jumpa plak pasal placenta previa/uri bawah. placenta previa dimana uri memang menutup laluan baby tu. so kena operate sebab xboleh beranak normal. plus placenta previa memang akan menyebabkan si ibu bleeding. so far aku xde pulak bleeding. huhu..but still risau.

ni contoh gambar placenta previa. thanks to wikipedia.




ini sedikit info tentang placenta previa ye. took it here


plasenta previa adalah merujuk kepada tempat perlekatan uri pada dinding rahim. Uri berbentuk seperti piring berurat setebal kira-kira tiga hingga lima sentimeter dan selebar kira-kira 20 sentimeter diameternya.

Ia melekap kuat pada dinding rahim untuk menjadi perantara pembekalan nutrisi daripada ibu kepada janin dan pembuangan bahan kumuhan kembali kepada ibu melalui tali pusat. Tempat perlekatan ini bergantung kepada kedudukan embrio kecil pada awal kehamilan melekat pada bahagian rahim yang lebih besar.

Memandangkan dinding rahim akan terus mengembang terutama bahagian segmen atas, uri yang melekat padanya juga akan turut mengikut dan kelihatan seolah-olah menaik ke atas.

Tidak ada sebab khusus untuk plasenta previa berlaku namun ia sering dikaitkan dengan keadaan berikut: l Usia ibu (tiga kali ganda lebih kerap bagi ibu berusia 30 tahun ke atas berbanding usia 20 tahun ke bawah).

l Bilangan anak (lima peratus risiko bagi ibu yang sudah mempunyai lima anak berbanding hanya 0.5 peratus secara amnya).

l Pernah mengalami plasenta previa sewaktu kehamilan terdahulu.

l Pernah menjalani pembedahan Caesarean.

l Kehamilan kembar (memandangkan saiz uri lebih lebar).

l Pernah menjalani prosedur ‘cuci’ dilation & curettage (D&C).

l Merokok.

l Kehamilan dengan kedudukan janin tidak normal.

Belum ada kaitan dibuat antara plasenta previa dengan pengambilan pil perancang.

Berkemungkinan ia ada kaitan dengan trauma yang dialami sewaktu kelahiran dahulu (anda cuma menyatakan pengalaman pahit tetapi tidak menjelaskannya).

Anda perlu meneruskan rawatan antenatal dengan doktor serta memilih untuk bersalin di hospital yang lengkap dengan kemudahan pembedahan, bekalan darah dan unit rawatan intensif.

Jika uri berada pada bahagian dinding hadapan rahim, kemungkinan untuk ia 'menaik' ke atas adalah lebih tinggi berbanding jika uri terbabit berada pada bahagian dinding belakang.

Selain itu, ultrabunyi dop pler boleh dilakukan untuk mengesan kemungkinan uri ini turut melekat ke dalam otot rahim, ini dinamakan plasenta previa accreta.

Dengan placenta previa, risiko placenta accreta meningkat sehingga 10 peratus (satu dalam 10) berbanding risiko amnya hanyalah 0.04 peratus saja (satu dalam 2500).


.............




so sekarang ni aku pun tak tahu level mana masalah low lying placenta aku ni. dr suruh scan lagi dalam 30weeks nnt. tapi rasanya lama sangat nak tunggu.maybe aku nak buat check up dalam masa terdekat. kena cari dr or klinik yg betul betul reliable.


hopefully baby boleh dilahirkan secara normal tanpa perlu operate. huhuhu..scary scary.


oh, i have my baby's pic. hehe..will update later k! :)






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers