Monday, December 27, 2010

2010- apa yang berlaku??





4 hari lagi sebelum masuk 2011. Dan seperti biasa, kita semua akan berkata..betapa cepatnya masa berlalu. tup tup dah hujung tahun. Dah nak masuk tahun baru. Mula la berkira-kira tentang azam awal tahun aritu..sama ada dah tercapai, terlupa dan sebaliknya. Mula rancang untuk tahun baru dan apa yang bakal berlaku..







apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2010?






alhamdulillah...banyak yang happy dan menyeronokkan. of course la tentang pertukaran status kepada 'isteri orang'. itu antara perkara paling indah pernah berlaku dalam hidup ;)





okay..let me review from the beginning..





pada tarikh ini setahun lepas, 27/12/2009 aku selamat menjadi tunangan orang. Perkenalan yang sangat singkat dengan tunang yang sekarang sudah selamat menjadi suami aku. Kami merancang untuk bercinta selepas kahwin dan tanak kerap bertemu selagi belum sah menjadi suami isteri. Dugaan tu tetap ada. Tapi, dugaan datang la macam mana pun kalau dah memang jodoh tetap akan bersatu juga.. :)





Awal tahun..dalam bulan januari, aku dan family bercuti ke Jakarta dan Bandung. Pertama kali aku kesana. Aku beli baju nikah dan sanding kat jakarta. Murah la jugak.. shopping aje kalau kesana.. best dan menarik juga dapat tengok tempat di negara orang..buat aku bersyukur di lahirkan di Malaysia..





tahun 2010, dari segi kerjaya tak berapa baik untuk aku. Apply untuk sambung menjadi guru tak dapat..maka aku hanya duduk di rumah membuat persiapan aje.. walaupun ada apply untuk job lain, tapi hati lebih kepada nak jadi cikgu. Lagi pun aku ada back up plan, sambung master. Kalau aku kerja, memang aku tak sambung master. Jadi aku harus pilih. Disebabkan kerja yang aku apply itu memang aku sangat-sangat tak minat...maka aku pilih untuk sambung master. kerja apa yang aku apply tu??? reporter majalah. tunang aku yang suruh apply. huhuhu...memang bukan bidang dan minat aku.. ;(





Masuk bulan mei, aku ada dapat satu job ambik gambar. Ini pertama kali aku jadi official photographer. Sebelum ni sekadar 'tolong-tolong' aja. Walaupun ada yang bayar suma. actually dalam tahun ni memang banyak kali aku jadi photographer, cuma official atau tak. itu je.. ;) Tapi sebab nak tambah pengalaman, jadi aku tak kesah di bayar atau tak. Sebab minat, jadi duit tu tolak tepi. Tapi masa ni aku dah buat beberapa pakej..so senang nak offer kat orang.. ;)





Hujung bulan mei, wedding aku. Masa ni adik beradik yang jejauh memang tak balik. Kalau dulu persiapan kahwin abang aku yang sibuk uruskan itu ini. Dari sebelum wed, masa wed, dan after wedding habis. Tapi, masa proses tuk wedding aku ni..semua aku uruskan sendiri. Dari cari baju pengantin, cari butik suma..kadang-kadang my friends ada la juga temankan. But most of the time, aku buat sendiri. Sadis juga laaa...ada sekali tu aku ke jalan TAR sensorang cari tudung tuk majlis. Drive jejauh...suma sendiri. hehe..tapi okay la..nak buat camne kan?hehe




(kasut putih tu beli masa shopping with my friends. kasut putih tuk nikah n sanding di perlis, purple blink blink tuk sanding di rumah aku)



my mom dan family memang tak masuk campur sesetengah part. contoh, baju sanding, make up, etc. Benda-benda macam tu memang my mom tak masuk campur. Kalau aku tanya baru dia bagi pendapat. Atau kadang-kadang dia ingatkan kot-kot tak masuk lagi dalam to-do-list aku. My parents hanya masuk dalam bab-bab duit aje. hehehe..




so aku ada kebebasan memilih warna dan design yang aku suka. Semua warna kegemaran aku dapat untuk pakaian. Nikah, pakai warna krim. Ini permintaan dari husband yang nak kan warna krim. Aku nak putih tapi takpelah..putih silver tuk majlis bertandang. hehe..untuk sanding di rumah aku, warna shocking pink! yeahh..memang pilihan sanubari nih. hehehe..long dress. sewa di klang. Walaupun agak mahal tapi aku puas hati juga la... untuk malam berinai, aku memang nak pakai songket. Cadangnya nak songket putih, tapi sebab pelamin aku dah latar warna putih, so aku aim nak pakai semua yang terang benderanngggg. hahaha..so malam berinai songket warna merah cili api. menyala beraapiii gitu!



after berinai, aku ada juga tukar pakaian. Theme: arabian night! haha..pakai warna biru turqoise. pun warna feveret nih..hehe..actually ada juga night gaun kembang warna merah tapi segan pulak nak pakai. hehehe..untuk berkhatam esoknya, long dress warna coklat. i reaallly love this dress. dari kain chiffon. sangat gojes dan cantik! seriusly..cuma sedih tak sempat snap banyak dengan baju ni sebab mak andam ku yang hampeh itu datang awal pastu duk sibuk bising-bising kat mak aku nak make up. padahal make up macam hape jek!!! mencikk...!


suma sebab aku ambik pakej pecah-pecah. Make up sanding ni sekali dengan bunga, hiasan pelamin dan baju. Suma tu best dan cantik kecuali make up dia. huhuhu..nyesal tauuu..scary je tengok muka. ;(




Make up masa nikah dan malam berinai oleh kak adlyana. Aku kenal kat facebook. Murah dan cantik! Tak dapat ambil dia untuk sanding sbb dah ada orang lain booked dia lebih awal dari aku. So dia free cuma masa aku nikah je. aku tengok gambar-gambar pengantin yang dia make up kan memang suma cun cun belaka. nak kontek number akak tu boleh inform aku. Tak pun search je makeupfreak kat facebook. hehehe




moral of the story, terai test dulu make up mak andam tu dulu ye!





next!





Aku selalu impikan wedding yang penuh dengan fresh flowers. Walaupun aku tahu cost nya agak mahal. Tapi alhamdulillah...aku jumpa satu butik yang menawarkan guna fresh flower dengan harga yang reasonable. Beyond my expectation juga la..dia letak fresh
flower di pelamin, meja makan, bilik pengantin, dan meja-meja di canopy luar. memang besh! bunganya...lain dari yang lain. Bukan roses semata la..hehe..okay la kan...still under budget lagi. walaupun butik ni punya make up hampeh tapi service yang lain ok. huhu..






(dah banyak kali aku upload gambar pelamin ni..hehe..actually, base dia: tiang dan lantainya kami tempah sendiri..ada dua orang budak muda jadi tukang kat rumah aku..diorang buat pagola tuk my mom, so aku suruh depa buatkan pelamin tuk aku sekali.)



so disebabkan aku ni takde adik beradik perempuan, maka nak bertanya...


baju ni okay x? design ni cantik tak?? make up ni okay tak? inai camne pulak ek??sape nak buat??sape nak jadi bridesmaid aku??





Haru juga laaa...sedih gila masa tu. hehe.. kebetulan my cousin tengah cuti sem masa tu...so pujuk rayu la kat dia suh stay rumah aku for two weeks sampai la majlis nanti. Nasib baikkk laa ada kau pipah oi.. hehehe..memang lega dan happy sesangat!! Aku mintak dia teman kesana sini..the best part, dia juga jadi pengapit aku! Aku perlukan
seseorang yang close with my family tuk jadi pengapit so dia yang tepat la..dan juga terbaik!
hehehe..semua orang duk sibuk panggil dia.. memang hebat la pipah! hehehe


(tengok! busy betul bridesmaid aku nih. haha..bunga roses dan daisy kembang tu kami beli sendiri..tuk hiasan extra dalam bilik dan bunga tangan extra.)

(tuk letak tepi katil)


a week before my wedding, aku dan dia sibuk search design tuk henna. Sebab nak buat kat butik macam mahal sangat dan tak berbaloi. Lagi pulak aku rasa memang nak yang buat sendiri walaupun aku xleh nak pakai inai sendiri. haha..



seminggu sebelum juga aku sibuk belajar berzanji dengan mak long aku. Dia request tuk aku berzanji masa malam berinai nanti. ya ampunnnnnn! itu laaa pertama kali aku belajar berzanji..tapi layankan juga laa sebab nak jaga hati mak long. hehe..habis sumbang mambang dibuatnya..haha..




tapi masa the day tu aku mengelak tak mau berzanji. tak maauuuu mak longggg!!! ramai gila orang datang. mak pak mertua aku suma ada. sogannn dennnn! hahaha..majuk mak long aku..hehehe..aku bagi alasan nak buat sesi tukar baju. Padahal baju yang di tukar tu sepasang jek. hehehe..ampun yaa mak long.




my mom pulak boleh suruh praktis mengaji untuk majlis khatam. adoiiii! tak kan laa mengaji pun nak kena berlagu-lagu taranum macam nak masuk akademi al-quran mak oi.. huhu..Tapi masa majlis khatam quran tu suara aku menggeletar la sebab tengok ramaaaaiiiinyaa orang datang nak tengok aku mengaji!!!! hahaha..



untuk wedding aku memang banyak ikut adat johor. sebab im the only daughter in family jadi mak nak buat ikut adat johor. Memang meriaahhh..dengan malam berinai kecik dan malam berinai besar, berzanji, berkhatam, tol tol suma..besh!!



sehari sebelum nikah, jiran aku datang bawak daun inai. sibukla buat persiapan untuk malam berinai pulak. ikut adat johor, ada berinai kecik. Hanya family aku dan jiran jelah. My mom request jiran aku yang aku panggil nenek tuk pakaikan inai kat jari-jari aku. nenek ni yang jaga aku masa kekecik dulu. jiran dekat rumah. Rumah nenek jugak la jadi rumah rehat tuk keluarga pengantin lelaki..tuk inai kat jari nenek pakaikan semuanya..tapi tuk corak, pipah pakaikan. hehe..nice! aku sangat suka..walaupun simple tapi comel.. ;) husband pun nenek ni juga yang inaikan after dia sampai tengah malam tu..



(malam berinai kecik)




(masa malam berinai besar- songket merah!)




malam berinai tu aku tido atas lantai depan tv sensorang. hehe..klaka je ingat balik.






esoknya, nikah!



(my ex roomates: hajar dan fatin. suasana masa after nikah ni memang sedih dan sayu jek. my friend ni pun meleleh air mata juga yang buatkan aku masih sedih. huhu..)




Untuk photographer wedding aku memang berharap dapat cari someone yang close atau pun yang aku kenal. So aku tak kekok nak posing ke hape. Dalam kepala memang dah target this couple. hehehe.. Service memang tip top and i love semua pic taken by them. hehe..kak ita dan abang stopa. my cousin ni datang jejauh dari johor semata-mata for my wedding. siap beli lens baru lagik sebelum my wed ni! memang terbaikkk!! hehe

(see! tengoklaa betapa 'komitednya' abg stopa ni nak cari angle yang menarik. hahaa..i love this pic!)




sebelum nikah, me and husband tak berjumpa dua bulan. Memang lama. contact pun bila perlu jek. Jadi urusan cari kain baju kami buat part sendiri. Yang best nya, semua baju kami matching! even baju nikah yang aku beli kat indon tu pun! yang kelakarnya, cincin pulak tak muat. hehe..mine, agak longgar and husband agak ketat. Sedangkan dah bagi dah ukurannya. hehe..




Bila dah dua bulan tak jumpa tu, memang sangat kekok la masa majlis tu. haha..memalu kucing la kami berdua nih. hehehe..nak ambik gambar peluk-peluk dah blushing muka. hahaha..nasib baik laa photographer ni hebat, so gambar suma nampak menarik dan best! hehe.. (ni puji ikhlas ni tau kak ita..hehe)





paling menyeronokkan sebab dapat berkumpul dan jumpa family members. Meriah sangat-sangat! lagi pulak family sebelah my mom ni sangat besar. so bila dah memasing turun dan berkumpul, hish...bergegar rumah dibuatnya. hehe





actually, kalau nak cerita pasal wedding aku memang sebulan punya entry baru cukup kot. haha..banyak gila. rasanya sejak dari kahwin, banyak juga entry pasal wedding aku share. Tapi masih tak cukup cukup.





so okaylah. enuf cerita pasal wedding. Walaupun dah banyak kali cerita tapi tak jemu-jemu nak story. hehe..kenangan indah kan? hehe..




nanti ada anak cucu boleh suruh diorang baca blog aku. hehe




next!





a month after get married, aku dapat offer letter tuk sambung master kat upm, serdang. alhamdulillah..jadi pelajar semula.. ;) first time datang, memang culture shock juga laaa..sebab sangat berbeza masa aku degree dulu. Yelah, universiti yang berbeza kan. Tapi lama-lama biasa juga. Style aku dalam kelas, berkawan je dengan semua orang. Jadi aku memang takde 'geng' yang kehulur kehilir sama..yang sibuk plan ambik subject sesama. Bukan style aku. dari time degree camtu..hehe..kebanyakan kawan-kawan aku 'senior' belaka. Dah tahap baya my parents jek. Seronok kawan dengan orang-orang lama nih..banyak sangat pengalaman yang aku boleh dapat. Plus diorang sangat helpful..Tak kedekut nak berkongsi ilmu.. :)




lagi seminggu dah nak masuk sem 2 pulak. cepat je kan??






Tahun ni jugak, untuk pertama kali aku sambut raya di negeri orang. first time! hehe..memang agak sedih la...tahan je rasa dalam hati. Sebak tengok muka my mom. Sebelum gerak ke utara pagi tu sempat singgah sekejap kat my home tengok abah tengah sibuk nak buat dodol. hehe..Tapi, seronok juga sambut di utara..dan untuk pertama kali nya juga laaaa aku masak rendang tuk raya. Biasanya mak je masak kan..huhu..dah mak mertua request suruh masak.




hambik kaaauuuu!!!





sempat juga bertalipon dengan my mom tanya betul ke aku masak camni..walaupun first time, menjadi juga la..maybe tak la sesedap mana...tapi habis hari tu juga. Masak tuk dua ekor ayam. hehe..so aku assume, sedap la gak. hahaha..





so, sesiapa yg belum kahwin, belajar laa masak dulu ye! hehehe..kang mak mertua request suh masak, haru pulak dapoq tu kanggg ;)






seminggu sebelum raya...aku pegi kursus buat chocolates. Dah lama usha blog yang anjurkan kursus memasak..kek la..cupcake la..last-last aku sangkut yang buat choc..yelaahh, im chocoholic kannnn?! hehe..lepas post je gambar kat fb abis ramai pulak yang mengorder. hehehe..alhamdulillah..sekarang dah ada regular customer. ;) Tu semua disebabkan aku minat untuk berbisnes dan aku bercadang untuk bukak butik @ studio sendiri satu hari nanti, jadi aku perlahan-lahan cari peluang untuk tambah pengalaman... bila bekerja sendiri ni, kita laa boss, kitalaa kuli..semua buat sendiri. Aku juga kena deal dan layan kerenah pelanggan yang macam-macam hal. Jadi semua tu memang menambahkan lagi ilmu dalam bisnes ni. Walaupun hanya sekadar online..




fuhhh!! panjanggg betul entry kali ni.




Memang banyak perkara yang indah dan menarik berlaku dalam hidup tahun 2010 ni. Ada suka ada duka. Tapi aku lebih nak ingat kepada yang gembira. Alhamdulillah..moga-moga tahun depan juga begitu. Mengharapkan sesuatu yang lebih baik. aminnn..





Walau macam mana pun, duka dan airmata itu pasti akan terjadi juga. Hidup tak senantiasa gembira..itu rencahnya. Semua itu yang akan menguatkan dan mematangkan diri sesorang dalam mengharung arus kehidupan yang semakin mencabar...





Sunday, December 26, 2010

Kalau ke klate...

Jangan lupa dinner kat kedai food village..tepi jalan dari KB menuju ke Pengkalan Chepa. Super sedapla..lain dari yang lain.. Boleh bbq dan steambot at the same time..!!!

Hehehe..memang boncit laaa.. Satu kepala dalam RM15.++. Murah la.. The best part, aku suka laksam dia. Ada sekali dalam pakej tu..ada lauk buffet la..tak banyak tapi laksam dia memang terbaik! Hehe..

Actually,ada beberapa gambar lain. Tapi xreti nak upload sekali banyak guna email kat bb ni. Hehe..nantila aku add ye.



Sent from my BlackBerry® smartphone

Saturday, December 25, 2010

Huhahuhahuha cheeseeyyy

Minum petang di restoran Wau!!! ChEese cake dia sedapppppp.. Hehehe

Tak jauh dr hotel kami. Stay di Grand Riverview Hotel. Mengadap sungai Kelantan yang keruh.. Okayla tu..hehe hotel lain suma full. Ramai bercuti..

Okay. Happy evening!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Jale jale cari make

Ngeh ngeh ngeh

Amacam menu sarapan hari ni?? Nasi dagang dgn nasi kerabu...hehe..nyum nyum..selamat sudah berada di klate..tp blum check in hotel lagi. Nnt kena mula job amik gambr tu kul 11. Hope xpengsan la sebab mcm xcukup tido dan tenaga ni..huuu

Oh, trip ke kelantan ni mak pak aku pon ikut sama..hehe..besh besh..husband drive the whole nite..sian dia..


Okay all.. Happy holiday!!

............................................


Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, December 24, 2010

Kena tukar ke belog makan-makan

Seriusly!


Entry aku byk cite psl makaaaaannnn jek. Hehe..takpelah, untuk teruskan kehidupan kita perlu makan. Hehe ;)


Btw, aku baru nak sarapan. Err...jam kat dinding menunjukkan kul 235petang. Errr.... Errr.... Lunch kul bape pulak ek?? :D
Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 23, 2010

I don't care coz I'm happy!

Hahahahaaaa...



Konon nak berdiet tak mao makan nasi. Last-last bila dah hangin datang naik kepala, padan muka sendiri. Terus ajak my dearest khawlah makan western.


Mine, mix lamb chop. Herkkk! Alhamdulillah.. ;) minggu depanla sambung diet. Hihihi :D
Sent from my BlackBerry® smartphone

ciss!! kau punya pasal laaa nih!

erm..



sedih.




stress.




kau punya pasal laaa aku jadi macam ni.





Walaupun sebenarnya salah aku juga.












Kalau aku tak jamah kau, aku tak jadi macam nih.






Berhari-hari menanggung derita sengsara.






kau siksa aku!








dah macam drama swasta pulak.



hahaha..




gara-gara makan megi 2 hari lepas, kepala aku tak baik-baik dari sakit. Makan pun tak abis. Actually, aku dah lama sangat tak makan meggi. Berbulan-bulan kot. Last pun tak ingat bila. Tapi aritu sebab malas nak masak, so rembat laa makan meggi. Terus migrain sampai sekarang. hambikkkk!!



tobaaattt tanak makan lagik!




...................................................................................


ps: ada orang kata, kuah meggi tu kalau jirus kat pokok pon, pokok tu leh mati! punya laa 'tak berkhasiat' meggi ni..

Wednesday, December 22, 2010

moga-moga di makbulkan!




ramai pulak yang bertanya sama ada aku pregnant ke tak.



Semuanya gara-gara mengupload gambar terbaru semasa di Lumut kat facebook. Yeah, aku nampak berisi sejak kahwin. I realized that. (tapi gambar tu sebab aku pakai baju besar..huu) but its okay la... hehe..maybe im too happy kot lately nih.


Bila jumpa kat kenduri kahwin, ada ramai juga yang menegur
aku berisi. Kalau perempuan tegur, aku tak kesah. Tapi bila lelaki yang tegur, aku rasa nak sepak-sepak!




kamonnnnnn...! ko cakap perempuan tu gemok??berisi???? ape ko nak kena baling dengan kasut ke??!






siap warning aku lagi suruh jaga badan kalau tanak laki lari.
hamboi hambooiiii....... ku cili cili kaanggg mulut tu!





btw, takpelah. Lantak la orang nak kata ape. mulut orang bukan aku boleh tutup pon kan. ;p



Yang penting aku bahagia. hahaha




Yang kata aku pregnant tu, moga-moga dimakbulkan Allah..aminnnn!



sape tanak anak kan?



cuma yang aku tak gemar tu bila ada yang berkata@ bertanya....



ha, cepat la sikit dapat anak tu ye! nape tak de anak lagi??
bila nak dapat baby nih?? bila nak beri husband anak?? bila nak beri mak cucu??



aiseh, rezeki anak ni semua di tangan Tuhan. Aku bukan Tuhan beb. Aku cuma manusia biasa yang sekadar boleh berusaha dan mencuba yang terbaik. huhu... down betul. Apa-apa pun sebelum cakap@ komen@ taip fikir laaa banyak kali dulu. Especially isu-isu sensitif macam nih...



only God knows what i've been through.



apa yang terbaik, korang doa-doa kan moga aku cepat dapat baby!



amiinnnnn!!




(amni qaisara)

anak kawan husband..comel je dia. kalau aku dukung atau peluk je mesti nak tido..hehe





a day before jadi isteri. siap dengan inai lagi kat tangan. hehe..dukung anak kawan my mom. dia orang pertama datang wish dan bagi hadiah. Lupa laa nama baby comel nih..hehe

ni masa bercuti ke melaka after get married. with geng husband. see, aku dukung je amni dia elok je lelap kat bahu..hehe..adorable!



insyaAllah..ada la rezekinya. Allah Maha Mengetahui..



Tuesday, December 21, 2010

my dad

semalam birthday my dad.


yang ke 56


Aku dah lama ingat. Aritu masa jenjalan dengan sister and brother, sempatlah beli selai kemeja. pink gitu! tapi my sis yang bayar. hehe..


My dad nih seorang yang workaholic. Tak reti duduk diam walaupun dah pencen lama. actually dia pencen awal. Kalau tak silap masa umur 52 kot. Entah. Lupa pulak. Sebab dia lebih berminat dengan kerja-kerja pertanian. Orang jawa la kata kan..hehe..Walaupun sakit tapi masih gagahkan diri bekerja. Kadang-kadang macam tak sampai hati tengok. Tapi di larang pun masih nak buat, so biarkan la.. Kalau aku anak lelaki dah lama aku tolong. hehe.. Tapi ni mampu tolong tengok je.. huhu


Doaku, semoga abah sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan..Sentiasa gembira disamping mak dan anak-anak..err, cucu coming soon. hehehe



Monday, December 20, 2010

not-so-desperate-housewife

tak best betul bila dah nak abis cuti ni. lagi dua minggu kena masuk sem baru. aiseh! Tapi kira okay la kan..Kalau kerja tak dapat la nak cuti lelama macam ni melainkan kalau ambik cuti tanpa gaji. hehe..


Tapi sepanjang cuti pun bukannya aku duk diam. Ada banyak je benda nak kena buat.



Last two weeks, masa kawan husband datang rumah ada la single ladies ni bertanya..tak bosan ke duduk rumah? jadi housewife? Maybe dia terfikir, bosannya duduk rumah tak buat apa. Bila dah terbiasa kerja..



Siapa kata jadi housewife membosankan?? aku rasa kalau pandai cari aktiviti, memang tak menang tangan, memang tak cukup masa. Kerja rumah tu memang tak pernah habis. Sentiasa je ada. Rajin tak rajin je nak buat kan? Ini belum ada anak lagi. Kalau ada anak lagi laaa sibuk. Kadang-kadang nak layan suami pun macam tak terlayan dah. Mana nak jaga baby, nak kemas rumah, nak cuci baju, lipat baju, iron baju..nak pegi pasar lagik. aduhhh...macam-macam laahh..




so far aku takde lah rasa bosan duduk rumah sebab aku sibuk dengan buat chocolate yang memang kadang-kadang tak menang tangan nak buat..Lepas tu dengan kerja rumah..nak memasak..kemas-kemas. Dengan nak edit gambar customer lagik. see! banyak je benda nak buat..tu pun tido selalu after 2am.



Kadang-kadang aku terfikir, macam mana kalau aku kerja...macam mana kalau aku dah ada baby..yes, time management tu pun penting juga.



hopefully, aku ada tenaga untuk itu semua. ;)



...........................................


kat rumah ni baru ada ps3, aku tak dan lagi nak try main. kang kalau dah addict habis semua kerja tak menjadi! hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers