Friday, May 20, 2011

senyum tuk sembunyikan duka, ketawa tuk sembunyikan airmata

Well, last week aku balik kg. Just two days. Itupun sbb nak amik SIL dr sabah trun lcct. Kalau tak maybe tak balik kot. Entahlah, cuti tapi mcm tak cuti. Something happened yg betul-betul merosakkan lagi mood dan semangat aku.


My mom pun dah tak sampai hati nak marah or even membebel kat aku. Biasanya mak akan nasihat aku dgn tegas but not this time. Dia btul2 pujuk aku. Maybe tgk aku sgt miserable. Siap anta msg lg suh aku jgn selalu sedih. Huaaaa!!!


Aku tgh cuba sedaya upaya menyembunyikan segala gelodak dijiwa..diamkan segala kedukaan..pendamkan segala kesedihan. Sbb itu yg dipinta. Aku pun tak rasa nak luahkan. Maybe diamkan lebih baik. Sebab terasa macam aku ni hanya menyusahkan orang. Seolah-olah tiada baiknya aku ni. Sedih..


Tapi aku sentiasa berdoa diberikan kekuatan dan berharap aku tabah hadapi semua ni. Huhuhu..okla, happy weekend!


......................................................
Hidup semakin suram walaupun ada cahaya sentiasa menerangi.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, May 15, 2011

i miss baiti jannati


it's almost 3 in the morning. but my eyes still segar bugar. not taking any caffeine though. my husband is taking his brothers and cuz to watch fast and furious. oh, obviously aku tidak diundang sama. huhuhuhu...


erm, actually im thinking to write about my pregnancy. but maybe in other entry. dah la few days ni blogger.com buat hal. hilang entries la..tak leh open la.. macam-macam. so terbantut la mood nak update tu. just now, aku buat 'clearance' kat folder my
pictures and suddenly ternampaklaa pic rumah kami yang dulu. sob sob sob.



suddenly rindu lak kat rumah tu. aiseh. banyak wo kenangan. i wrote few entries bout the house. read baiti jannati and baiti jannati II okay.



almost a year duduk kat situ. sekejap je masa berlalu kan? after this, aku tatau la hidup aku camne. jadi tak terurus kot. i guess sebab kena berpindah randah buatkan aku rasa tertanya...err, mana satu rumah aku nih?



pindah randah ni memang meletihkan. nasib baik aritu husband upah orang siap pack suma. so agak mudah jugak kerja. ahh, i just missed our home. huhuhu...



our living area. ni la port aku tido while waiting husband balik.. :(


meja study @ kerja..

meja makan, meja kerja..huhu.. rindunyaa!!

meja bersepah masa aku busy buat choc. huhuhu

my kitchen!!! my stuff!!
huhuhu.. i want to have my own kitchen baackkkkkk..sob sob sob

tu kertas kuning suma order tuk choc.



tinggal kenangan jela semua nih. kalau ada rumah lain pun tak kan sama dengan yang ni. mungkin lebih baik. ;)




Friday, May 13, 2011

Exclusive!! Our baby

Hehe.. Ni laa rupa baby kami masa 17weeks tu ari scan 4D. Masa scan tu baby tengah tdo. Gaya nya macam orang tengah azan. So I called baby and suruh dia bangun..not sure dia dgr atau tak but after aku suh bangun tu terus dia gerak dan pusing-pusing..

Oh so cute! Memang sebak je masa tengok tu..tak sangka..macam2 perasaan..


Esoknya bangun pagi, husband cakap.. ' Rasa cam nak pegi scan je lagi nak tengok baby tengah buat apee laaa skrg ni.. '

Pic ni aku tak upload pun kt fb. Ni saja nak upload kt sini.. :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 12, 2011

Our lunch

Sejak berada kat perlis ni tak berupdate blog ni pasal makanan. Hehe..husband selalu je tanya bila food sampai.. 'Tanak amik gambar upload kat blog?' Hehe..aku cuma jawab.. 'Lapaaqqqq!!'


Haha


So just now we are having lunch outside berdua. Kat kedai area stadium kangaq ni. Nama apa aku tatau tp famous dengan ikan bawal goreng panas. Sedapla dihidangkan panas-panas dengan ulam dan sambal belacan. Cam nak meletop perut dibuatnya.. Hehe


Aku rasa berat mau naik berganda lagi la pas ni. Makan kat sini sedap-sedap.. ;)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, May 11, 2011

placenta previa vs low lying placenta


okay. lets talk about baby and me.


so far kandungan dah masuk 21 minggu. ini ikut kiraan asal dan kalau ikut ukuran size baby melalui scan, dr kat klinik kerajaan yang aku pegi last routine check up aritu kata masih 17.5weeks. aih, aku pun tak faham. dia siap tuduh aku salah bagi tarikh last period. memang aku nak lempang je dr tu. confirm xkan salah sbb since kahwin aku memang catat period time aku kat bb notes. so every month aku leh check delay ke
ape ke.


tgk la nanti aku buat check up kat sini pulak. sebab before pegi kat klinik kerajaan tu, few weeks back aku ada buat 4D scan kat klinik swasta di Taman Melati, Gombak (sangat murah! dan service dr nya bagus..) dan dr tu kata baby aku memang ok dan size 17weeks (at that time) dan cakap memang delivery date aku around 20-21 september. aih, tetiba dr kat klinik kerajaan kata 5 oktober pulak. tapi like my mom cakap, edd ni memang tak tepat sebab dia lahirkan kami semua adik beradik delay 2weeks. so no worries la. as long as baby sihat..


ok. lagi satu. masa aku buat check up kat dr pakar after 2weeks keluar hospital few months back. dr tu ada cakap yang aku ada masalah low lying placenta. but no need to worries sebab masa tu masih terlalu awal. 13 weeks kalau tak silap. so dia kata ada possibility baby akan naik dan placenta jadi normal.



so aku pun takde la nak kecoh or menggelabah sangat.



but then, last check up dr cakap benda yang sama. bila scan mmg dia kata uri kat bawah. but dr tak explain byk. dia cuma kata jangan angkat benda berat. if sakit or bleeding kena pegi hospital. and if continuously bleeding kena admit to hospital sampai kena bedah bila cukup bulan. aih. horror aku dgr. enuf la duk 10 hari kat spital aritu. Allah je tahu seksa nya macamana. oh ya, i still tak cite pasal tu kan. later kay! ;)


aku pun google dan asking friend pasal low lying placenta. sekali tu jumpa plak pasal placenta previa/uri bawah. placenta previa dimana uri memang menutup laluan baby tu. so kena operate sebab xboleh beranak normal. plus placenta previa memang akan menyebabkan si ibu bleeding. so far aku xde pulak bleeding. huhu..but still risau.

ni contoh gambar placenta previa. thanks to wikipedia.




ini sedikit info tentang placenta previa ye. took it here


plasenta previa adalah merujuk kepada tempat perlekatan uri pada dinding rahim. Uri berbentuk seperti piring berurat setebal kira-kira tiga hingga lima sentimeter dan selebar kira-kira 20 sentimeter diameternya.

Ia melekap kuat pada dinding rahim untuk menjadi perantara pembekalan nutrisi daripada ibu kepada janin dan pembuangan bahan kumuhan kembali kepada ibu melalui tali pusat. Tempat perlekatan ini bergantung kepada kedudukan embrio kecil pada awal kehamilan melekat pada bahagian rahim yang lebih besar.

Memandangkan dinding rahim akan terus mengembang terutama bahagian segmen atas, uri yang melekat padanya juga akan turut mengikut dan kelihatan seolah-olah menaik ke atas.

Tidak ada sebab khusus untuk plasenta previa berlaku namun ia sering dikaitkan dengan keadaan berikut: l Usia ibu (tiga kali ganda lebih kerap bagi ibu berusia 30 tahun ke atas berbanding usia 20 tahun ke bawah).

l Bilangan anak (lima peratus risiko bagi ibu yang sudah mempunyai lima anak berbanding hanya 0.5 peratus secara amnya).

l Pernah mengalami plasenta previa sewaktu kehamilan terdahulu.

l Pernah menjalani pembedahan Caesarean.

l Kehamilan kembar (memandangkan saiz uri lebih lebar).

l Pernah menjalani prosedur ‘cuci’ dilation & curettage (D&C).

l Merokok.

l Kehamilan dengan kedudukan janin tidak normal.

Belum ada kaitan dibuat antara plasenta previa dengan pengambilan pil perancang.

Berkemungkinan ia ada kaitan dengan trauma yang dialami sewaktu kelahiran dahulu (anda cuma menyatakan pengalaman pahit tetapi tidak menjelaskannya).

Anda perlu meneruskan rawatan antenatal dengan doktor serta memilih untuk bersalin di hospital yang lengkap dengan kemudahan pembedahan, bekalan darah dan unit rawatan intensif.

Jika uri berada pada bahagian dinding hadapan rahim, kemungkinan untuk ia 'menaik' ke atas adalah lebih tinggi berbanding jika uri terbabit berada pada bahagian dinding belakang.

Selain itu, ultrabunyi dop pler boleh dilakukan untuk mengesan kemungkinan uri ini turut melekat ke dalam otot rahim, ini dinamakan plasenta previa accreta.

Dengan placenta previa, risiko placenta accreta meningkat sehingga 10 peratus (satu dalam 10) berbanding risiko amnya hanyalah 0.04 peratus saja (satu dalam 2500).


.............




so sekarang ni aku pun tak tahu level mana masalah low lying placenta aku ni. dr suruh scan lagi dalam 30weeks nnt. tapi rasanya lama sangat nak tunggu.maybe aku nak buat check up dalam masa terdekat. kena cari dr or klinik yg betul betul reliable.


hopefully baby boleh dilahirkan secara normal tanpa perlu operate. huhuhu..scary scary.


oh, i have my baby's pic. hehe..will update later k! :)






Saturday, May 7, 2011

purpose of blogging

sesiapa yang ada blog, apa tujuan anda berblog?


aku kenal pada blog ni dalam tahun 2004 kalau tak silap. tapi kejap on kejap off. lepas tu. blog dedulu aku delete. aku memang tanak ingat atau ada apa-apa yang boleh membuatkan aku ingat beberapa perkara yang dah lepas dalam hidup.


btw, aku berblog ni sekadar untuk bercerita tentang hidup aku. kalau kalian rasa ada manfaat baca blog aku, sila teruskan. kalau takde manfaat, silakan pergi ke blog orang lain yang lebih bermanfaat. aku sekadar nak berkongsi kisah hidup.


tapi entahlah..banyak negative yg aku dapat sebelum ni dgn berblog buatkan macam malas je dah nak berblog. plus, aku rasa macam nak privatekan jek. stalker yang menyibuk buatkan aku semak kepala. so untuk beberapa ketika, aku pernah privatekan blog ni. lepas tu, entah bagaimana aku rasa nak public kan balik blog ni. tapi dengan beberapa syarat yang aku tetapkan..tak boleh cerita 'berlebih-lebihan'..just cerita benda yang biasa-biasa jek. tak leh nak share sangat feeling. bahaya. sebabkan blog ni sekadar penulisan, pembacaan mungkin berbeza dengan cerita sebenar yang cuba disampaikan..plus, satu dunia boleh jumpa blog ni. so lebih baik berhati-hati semasa menulis. tak nak la nanti ada yang sakit hati sampai nak putuskan silaturrahim..



sekarang ni terlalu banyak dah blog yang ada. mungkin puratanya dari 10 orang, 7 orang ada blog. mungkin. ini statistik aku. aku dah lama tak menjelajah mencari blog baru atau mencari kenalan baru. sebab tu bila tengok follower blog aku dah 30 tu macam terkuzut jugakla..eh, siapa mereka ni?minat pulak ikut blog macam hape je ni..biasanya blog list yang ada kat aku ni dah lama aku ikuti mereka ataupun kawan-kawan dan juga ada yang rajin menjengah kesini. kebanyakan dalam bloglist tu aku kenal la orangnya dan personaliti mereka.


tapi tolong ya, aku tak suka orang paksa-paksa suh jadi follower. sebab aku pun takde nak paksa orang follow blog aku. oh ya, sekarang ramai nak ada blog sebab nak duit. semua nak jadi kaya/jutawan cam blogger yang terkenal. jadi masing-masing desperate nak ada ramai follower dan naikkan rate pengunjung.


tentang nama pada blog pulak. im so sory la.. LEEYA tu obviously bukan nama aku. pada yang mengikuti blog aku dari awal tahu dari mana datangnya nama tu. hehe..lagi pun aku rasa sebab pengalaman lepas buat aku mcm tak yakin nak letak nama sendiri. haih. malas nak cerita sebabnya. tapi kebanyakan pembaca blog aku ni kawan-kawan aku, ataupun kenalan yang memang tahu nama aku. so musuh-musuh memang tak dialu-alukan disini ye. hehehe...so xpelah kalau nak panggil leeya pun buleh, real name pun buleh. no hal.



apa pun niat anda berblog, pastikan ianya tak membawa mudarat untuk diri sendiri dan juga orang lain. :)



..................................................................................................

p/s: so my dear hajar, i tak leh nak cerita lelebih dalam blog ni ye. hehe.. kalau ada maybe i just tulis email je kat u okay? ;)


Friday, May 6, 2011

ku diutara

erm, after pindahkan barang-barang ke rumahku, kami ada photoshoot pre wed di putrajaya pulak. agak meletihkan untuk aku sebab depa shoot tetengah hari buta. plus naik ke bukit bagai. memang bengkak kaki dibuatnya.



oh, my mom memang membebel mcm torpedo kat aku pasal ikut berjalan sama. aiseh! rileks mak ye..hehe..sbb tu aku tak suka mengadu sakit kat my mom. nanti dia punya risau tu...sampai bengkak telinga aku dibuatnya..sampai-sampai je perlis my mom call tanya aku ok ke tak. ngehhh! pastu terus marah tak kasi aku jenjalan duk rumah jek. alaaaa.....boring kottttt duk umah saje. lagipun aku masih tatau nak buat ape dok umah ni. kalau umah aku lain cerita. leh je lepak tak buat ape-ape. kih kih kih..ni umah mak mertua you...i kena control ayu selalu (hubby suh cenggitu..hahaha)


oklah, i admit. ini memang pengalaman baru. walaupun sebelum ni ada beberapa kali balik sini tapi, to live here tuk jangka masa yang lama...aku masih cuba nak sesuaikan diri. it is not easy sebab aku tak pernah stay jauh dari family. memang tak pernah. but takpelah, ini perjalanan hidup baru. explore it dan baru tahu macamana. as long as kita buat yang terbaik, it shud be okay then.. ;)


tak sabar sebenarnya nak jenjalan, makan-makan kat sini. memang heaven wo makan kat sini. surely aku akan blog about it. oh, lepas ni akan banyak entry aku buat. tapi cuak juga bila tetiba husband bagitau yang his mom read my blog. menjerit terkejut aku. nampak gaya macam nak kena private jek. hehe..


oklah guys. pagi ni maybe tak kemana. tido jela kot. keletihan perjalanan yang horror. bouncing sana sini buat satu badan sakit. oh, preggy ni buat aku rasa like an old granny pasal duk sakit sana sini. haha



Wednesday, May 4, 2011

Tongkang pecah!

Haih..sedih plak nak pindah ni. Almost one year duk sini after married. Banyak kenangan gak tempat ni. Huhu..

Husband upah lori dan orang tuk pindah ni. Memula aku tatau pun orang ni siap pack sekali. So aku pun beria la pack sikit2 brg yang ada. Esp baju2 aku la..

Sekali depa ni datang siap unpack balik barang2 yg aku dah pack tu..leh x? Depa wrap semua perabot dan barang2 aku..perghh!! Memang pro la diorang buat kerja. Berbaloi upah. Bdn xpenat buat keje. Suma diorang buat. Leh pakai la service nih. Nama company AST kalau xsilap. Ada cawangan satu malaysia. Senang kalau nk pindah. Xlah mahal sbb sekali dgn bungkus,kemas,angkut sekali kan..

Klah, will update later! Busy betul
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 27, 2011

Craving fruits

Since pregnant ni, aku jadi suka sangat makan buah-buahan. Masa masuk wad aritu, my mom and friends bawakkan buah-buahan esp anggur! Owh, I really love anggur esp yang rangup-rangup.. ;)

Then, aritu husband bawak balik jambu and jambu merah. Aku makan banyak betul..hehe..

So tadi aku pun ke pasar..nampak buah2 tu..so rembat sumanya..epal fuji,oren,anggur, pear..hehe..suma aku nak makan sorang-sorang..pisang tu kawan abah bagi..abah kata xdpt makan pelam tu ganti dgn pisang ler..haha


Nak lepas geram punya pasal habis aku borong suma..buah-buahan baik tuk kesihatan kan.. ;)


..........................................................

Kat perlis tgh nak musim harum manis..heee..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 26, 2011

ibu mengandung kena buli ;(

huhu..


sob sob sob..


huhuhu...


sob sob sob sob..


ada dua perkara yang buat aku rasa cam nak makan orang sekarang ni.



isu pertama..


aku dan husband cadang nak pindah bulan 5 ni. Mulanya nak tunggu rumah baru kami siap dan dapat kunci baru pindahkan barang-barang ke situ. But then, husband kata jomla pindah awal. kalau dapat kunci rumah pun bukan boleh masuk terus coz still kena buat renovation itu ini dan surely amik masa lagi kan? so kami cadang just letak je barang-barang kat rumah kg aku dulu nnt aku abis pantang baru pindahkan kesana..


so hubby cakap dgn cik landlord kami yg kami xnak byr utk april dan mei sbb nak suh dia tolakkan aje dari dua bulan deposit tu..kami nak guna bajet duit sewa rumah tuk sewa lori dan sebagainya..tapi landlord tu kata dua perkara..kalau kami kua bulan april, burn deposit dan xyah byr ape2. But if nak keluar bulan mei, kena byr bulan april dan mei. deposit akan bayar balik kat kami after kami bayar two month tu..


merepek tak???


bukan kami ada jahanamkan ape2 kat rumah tu..elok cantik lagi. duduk baru setahun. bukan ada budak kecik nak conteng dinding ke ape. dia boleh suruh family or boyfriend dia check kalau tak caya. sbb landlord tu cikgu kat sabah ke sarawak tah.


nampak sangat dia memang tanak bayar duit deposit kami. ;(


husband malas nak kecoh-kecoh. dia kata early mei kami keluar terus. kalau ikutkan, kami masih boleh stay sampai end of mei. sbb tolak dua bulan from deposit. bukannya inform lambat mana..one month early. tp mmg niat dia tanak return back buat aku betul betul kecewa. husband malas nak pening kepala so dia kata xpelah burn sebulan sewa tu. aku marah sbb duit deposit tu adalah duit hantaran aku dulu. huaaa..leh dapat stroller mac laren sibijik woo! mahal sewa umah situ.. ;(


satu ayat aku cakap kat husband dan aku malas nak tukar, aku tak halalkan duit tu!!



............................................................................



story ke dua..

ada satu pokok pelam kat gate rumah kg ku ni..tengah berbuah banyak. aku tunggu laaa buah pelam tu masak. hampir sebulan aku tunggu pelam tu masak. check ada sebiji yang hampir nak masak. aku tak sabar dah nak makan. sbb pelam tu besar dan sangat manis.


sekali tu...tadi ada pekerja kedai tayar datang rumah nak betulkan tayar bajak abah..aku nampak dia dah skodeng pelam-pelam aku tu..sekali bila aku keluar nak check ape diorang buat, rupanya memasing dah hilang..pastu dengan pelam-pelam aku sekali dia ambik! huaaaa...menjerit-jerit aku dibuatnya..sedih betul. lama aku tunggu nak makan sekali dirembat orang..huhuhu..


banyak plak tu dirembatnya...ada lagi yang lain tapi suma muda lagi. nak tunggu masak tatau la bila. next week aku dah kena ikut husband balik perlis..huhuhu..xpelah, nanti aku suh mak simpankan sebiji pun jadik la..pelam tu makan muda-muda tak sedap. tak rasa masam pun tapi rasa kelat-kelat..


huhuhu..kat mana batu belah batu bertangkup ek???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers