Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday (v.33)

Assalamualaikum..

my homemade pizza. tak tahu rasanya mcmana. hubby yg makan dulu.im fasting. the whole pizza tu tuk dia. hehe..

nyum nyum!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wordless Wednesday (v.32)


;)



Monday, July 9, 2012

si lasak






Assalamualaikum,


betul ke? mungkin kebanyakan parents sekarang terlalu sibuk cari rezeki untuk keluarga sehingga terlupa nak melayan anak-anak dirumah.




even aku yang dirumah ni pun teramat letih buat kerja. lagi-lagi dah duduk rumah sendiri. bangun pagi-pagi dah pung pang pung pang buat kerja. ada aja benda yang perlu dibuat. kalau anak dah bangun kena layan dia. jadi sementara dia belum bangun tu kena la macam lipas kudung buat kerja.




hari ni dahi aisy berdarah sikit terhantuk kat meja solek dalam bilik. masa tu aku tengah jemur baju diluar. tak dengar pun dia bangun. tau-tau dah nangis sekuat hati. aduh..sedih hati tengok dia luka macamtu. kalau boleh transfer luka tu kat aku, dah ku buat begitu dah. hari tu telinga dia melecet nape tah. sebelum tu kat kepala berdarah terhantuk dinding. huaa!!




aktif sangat. siapa penah jumpa aisy sure tahu macamana aktifnya dia. the moment dia bukak mata terus mula aktif. panjat sana panjat sini. tak boleh duduk diam. tdo pun lasak. aku kena lebih berhati-hati lepas ni. sekarang ni tengah pujuk dan latih dia 'berumah' dalam playpen dia lebih lama. dulu kejap je letak dah bising-bising satu kampong suh kuarkan dia. now tengah latih dia tidur dalam tu. makanya, dengan aku skali masuk tdo. hahaha..



macam-macam laa anakku ini~



semoga kejadian berdarah ni tak berulang lagi. huhu..







Saturday, July 7, 2012

manusia-manusia gila




Assalamualaikum,


hmm..baca paper HM hari ni? bila dapat tau kes ini semalam. aku macam tak percaya cerita begini terjadi kat Msia. Ingatkan kat US saja ada cerita begini. Ya rabbi..



entah apa nak jadi la manusia sekarang ni. tak tahu nak kata apa sebenarnya. Semoga mereka bertaubat dan kita semua dilindungi dari perkara gila sebegini. nauzubillah.



Thursday, July 5, 2012

baby cough and flu

Assalamualaikum,



sudah lebih seminggu juga aisy selsema dan batuk. Hari ini, aku bawak dia untuk check up 10months. nurse suruh jumpa doktor untuk check selsema dan batuk aisy. as expected doktor tak bagi apa-apa ubat. dia share sedikit info untuk aku. katanya, baby bawah 2 tahun tidak digalakkan makan ubat-ubat berunsurkan dadah nih. kalau baby batuk dan selsema tanpa demam, itu adalah virus dan akan baik sendiri. alhamdulillah aisy sudah kelihatan beransur kurang dan baik.



Mula-mula dia batuk berkahak tu aku agak risau. Masa tu baru balik dari training. Terus google dan buat 'research' sedikit tentang cara/petua nak sembuhkan baby cough and flu ni. Berdasarkan pengetahuan sebelum ni, baby tak sesuai dan tak digalakkan utk makan ubat-ubat eps yang beunsurkan dadah nih. even ubat demam.



masa aisy demam teruk few months back, aku dapat pengalaman untuk tidak terlalu menggelabah bila anak sakit. Biasalah baru jadi parents ni kadang-kadang anak sakit sikit terus menggelabah bawak pergi klinik. So based pengalaman lepas, doktor-doktor ada juga share tips macamana nak tengok condition anak yang dikira serius. kalau demam memang kena cepat bawak pegi klinik or hospital. demam memang bahaya esp kalau suhu tinggi. kalau batuk dan selsema tanpa demam, itu adalah virus dan boleh baik dengan sendiri. cuma ambik masa. Kalau baby antibodi kuat, baik cepat. sebab tu disuruh minum susu badan. itu lebih baik dalam menguatkan sistem imunisasi badan baby.




after few readings, aku jumpa 'petua' yang sama untuk kurangkan dan hilangkan kahak baby.

aku dah cuba dan berkesan.




aku copy paste saja lah ye..




1.ambik rice cooker letak air(tggu memdidih dan kuarkan wap)
2.kita duk atas kerusi mkn pegang baby tu..halakan muka pada wap tu jgn terlalu dekat,agak2 la ye..(fungsi utk mencairkan kahak)
3.kemudian bila dah agak lama baby diwapkan mukanya..alihkan rice cooker tu td kemudian
terbalikkan muka baby mengadap kita..tepuk tepi dada belah kanan seminit dan belah dada kiri seminit..kedudukan tangan kita semasa menepuknya mcm ni..tgn mesti mcm ni..mcm mana ye nk terangkan..luruskan kelima jari tgn,gerakkn hujung ibu jari ke tgn 1/2 jari telunjuk mcm tu kedudukanya mcm menceduk.
4.kemudian tiarapkan baby ulang proses sama mnepuk pada bahagian belakang kiri dan kanan
5.kalu kurang kuar kahak jolok jari kita pada mulut baby biar muntah..sedut guna mulut pada hidung baby kalu berani.

Ni plak cara lain

teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) :


  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby.
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


sumber dari sini



ada juga yang suggest guna daun kaduk. boleh baca disini ye



aku cuba juga cara wap tu. memang lepas buat sekali berkesan mengurangkan kahak aisy. tapi sebab sikecik aku ni sangat lasak dan aktif, susah sikit nak buat tepuk belakang dia 15mins tu. dapat tepuk kejap jek. huu..selsema pun nampak kurang. aku guna teknik bersin untuk bagi dia keluarkan hingus-hingus tu. macamana nak bagi bersin? carikkan sedikit tisu dan gulung nipis. cucuk kat lubang hidung dia bagi bersin. tisu tu kena nipis la jangan tebal-tebal. senang je.hehe..bersin terus keluar semua hingus-hingus ni. =) lagi satu, aku perasan bila aisy berada dikawasan bukan aircond/sejuk, hingus dia makin banyak meleleh. huu..kena duduk di tempat yang dingin jek. tapi tak leh sejuk sangat. nanti hidung sumbat.


kalau baby hidung sumbat, tidurkan dia dengan bantal yang agak tinggi dari badan. letak BabyBalsam ni untuk baby 3M+ (ada tulis pada kotak/botol) macam pic dibawah ni. ataupun minyak yuyi kat belakang badan dia. sapu kat kaki, tapak kaki. bagi dia tidur dengan selesa.



dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni anak-anak memang mudah dapat penyakit kan?







kalau anak sakit, maknya boleh jaga. kalau maknya sakit?sapa pulak nak jaga.hehe..so jaga diri baik-baik ye..



salam nisfu syaaban.



=)


Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday (v.31)

Kena buli dengan mama..kihkih



happy 10month my baby darling, love u


Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 3, 2012

busy mommy




Assalamualaikum,


Alhamdulillah..dah selamat masuk rumah baru. Dah masuk hari ke 3. Penat mengemas dan melayan sikecik. Kemas tak habis lagi. Nasib baik sebelum masuk rumah ni hubby dah kemas banyak. Kalau tak sure pengsan aku nak kemas sorang-sorang. sikecik makin macam-macam. Dia tengah tak sihat. Selsema dan batuk. Almost seminggu. Kalau esok lusa tak kurang jugak aku terpaksa juga bawak pegi klinik ambik ubat.huu..



Walaupun suri rumah, jaga anak dan mengemas rumah sangat meletihkan. Orang nampak macam senang tapi tidakla sesenang seperti yang dilihat. kena cuba dulu. hehe..

dan juga kena multi tasking kan? huuu..supermommy!




will update more later k! =)



Thursday, June 28, 2012

short

Assalamualaikum,


bila ada mood nak update, tapi internet pulak problem. Bila dah ok, mood pulak takde. itu yang berhari tak update. Plus sibuk dengan macam-macam hal.


officially end of my third sem. alhamdulillah..tunggu result saja. harap yang terbaik.


something bad happened to aisy. dia lasak sangat sekarang. aku paling sekejap saja dah terhantuk kepala kat dinding. biasanya tak teruk. Bila pujuk pun nangis lagi, aku jadi hairan. Sekali tu meleleh darah kat dahi. Menjerit dibuatnya. sian my baby. Lepas letak minyak suma terus lasak seperti sediakala. huhuhu...



minggu ni macam-macam perkara jadi dalam hidup. sukar nak gambarkan dengan kata-kata. Dan aku rasa yang terbaik adalah 'DIAM'. dalam pertimbangan nak privatekan blog ni. MAYBE.



thats all for now.



Sunday, June 24, 2012

living roOm






Assalamualaikum,



ok meh sambung cerita pasal dream house nih. berangan tu free so takpe. ;)



untuk living room pulak, aku suka suasana yang tenang dan juga ceria. Maksudnya, warna yang dipakai boleh menenangkan kepala. Kalau dah cat warna terang, perabot dan 'aksesori' sekeliling kena lembut. contohnya, kalau dah cat dinding kaler merah, kuning..sofanya mungkin warna cream atau putih. hee..tak la pakar tapi ini adalah pilihan aku lah. lain orang lain citarasa. jadi jangan salah anggap.. =)










suka macam ni..lembut tapi ada juga 'garang' dengan sedikit warna ungu gelap dan hitam.




ohh..sweetnyaa dua-dua pic nih. aku suka warna dan kombinasi yang dipilih. sangat suka!




pergh! luas betul. boleh main nyorok nyorok nih!







yang ni nampak elegen dan klasik kan?





kalau rumah luas, aku prefer untuk asingkan ruang tamu nih. maybe untuk guest buat seperti diatas. Dan untuk family buat yang lebih simple dan relax macam yang warna biru tu.. Aku prefer untuk tidak letak TV di ruang tamu. Ini kalau rumah besar la ye.. kalau ruma
h kecik, harap maaf permintaan anda tidak dilayaaann! hehe




lagi satu, kalau ruang tamu tu agak luas, maybe boleh combine sekali dengan dining room for guest. untuk family aku prefer makan kat dapur..contoh dapur luas macam island kitchen tu. Ini berangan jelah. Kalau ikutkan logik, sure tak larat aku nak kemaskan banyak san
gat ruang macam ni. haha.. Tapi honestly, aku tak berapa suka ruang tamu yang 'skema' sangat macam pic last diatas. macam 'kaku' je kan?as for me la..aku suka yang lebih santai.. dan off course selesa.





ruang tamu rumah dulu ;)





simple but love it!





tak semestinya kena perabot mahal-mahal dan berbelanja mewah dalam menghias rumah. yang penting kena kreatif! low budget pun boleh dapat rumah cantik juga.. =)



Saturday, June 23, 2012

My Dream Kitchen

Assalamualaikum,

Bila dah duduk rumah sendiri ni, antara perkara yang sangat menyeronokkan ialah dapat deco dan renovate rumah ikut citarasa sendiri. I love decorating my house. Aku sangat suka sesuatu yang berkaitan dengan seni nih. Suka tak semestinya berbakat kan?but why not give it a try. =)



Bila masuk rumah kosong, tempat pertama yang aku harus 'siapkan' dulu ialah kitchen. Kena lah ada basic benda untuk dapoq sebab aku suka memasak. so itu adalah tempat yang harus diutamakan dulu. kalau nak beli perabot ke hape, beli untuk kitchen dulu. nanti tido pun boleh kat kitchen. haha




cantik- cantik kan island kitchen macam nih? impian aku adalah untuk ada island kitchen sendiri. insyaallah rumah sendiri nanti. rumah sewa kat perlis tu kecik je takleh nak berisland island sangat. hehe.. hubby dah decor kitchen ku..kita tengok rupanya macamana nanti.hehe


dan aku suka kalau semua kitchen kabinetnya putih. semua putih. so memang kena jadi seorang yang pembersih kalau kitchen putih ni kan? owhh cantiknyaaa kitchen nih...





dapat simple macam ni pun jadiklaaaa.. tapi simple simple macam ni pun mau over 10k. huuuu






em..aku suka rumah yang besar dan luas. besar takde la macam istana. besar dan selesa untuk keluarga kami. dan aku suka ruang dapur yang luas macamni. seronok je..one thing for sure, nak ajak anak-anak nanti masak sama-sama kat dapur. hee..bestnya!





okay. lepas setel hal dapur. kita move to living room and dining room.









next entry la k! hee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers