Thursday, July 5, 2012

baby cough and flu

Assalamualaikum,



sudah lebih seminggu juga aisy selsema dan batuk. Hari ini, aku bawak dia untuk check up 10months. nurse suruh jumpa doktor untuk check selsema dan batuk aisy. as expected doktor tak bagi apa-apa ubat. dia share sedikit info untuk aku. katanya, baby bawah 2 tahun tidak digalakkan makan ubat-ubat berunsurkan dadah nih. kalau baby batuk dan selsema tanpa demam, itu adalah virus dan akan baik sendiri. alhamdulillah aisy sudah kelihatan beransur kurang dan baik.



Mula-mula dia batuk berkahak tu aku agak risau. Masa tu baru balik dari training. Terus google dan buat 'research' sedikit tentang cara/petua nak sembuhkan baby cough and flu ni. Berdasarkan pengetahuan sebelum ni, baby tak sesuai dan tak digalakkan utk makan ubat-ubat eps yang beunsurkan dadah nih. even ubat demam.



masa aisy demam teruk few months back, aku dapat pengalaman untuk tidak terlalu menggelabah bila anak sakit. Biasalah baru jadi parents ni kadang-kadang anak sakit sikit terus menggelabah bawak pergi klinik. So based pengalaman lepas, doktor-doktor ada juga share tips macamana nak tengok condition anak yang dikira serius. kalau demam memang kena cepat bawak pegi klinik or hospital. demam memang bahaya esp kalau suhu tinggi. kalau batuk dan selsema tanpa demam, itu adalah virus dan boleh baik dengan sendiri. cuma ambik masa. Kalau baby antibodi kuat, baik cepat. sebab tu disuruh minum susu badan. itu lebih baik dalam menguatkan sistem imunisasi badan baby.




after few readings, aku jumpa 'petua' yang sama untuk kurangkan dan hilangkan kahak baby.

aku dah cuba dan berkesan.




aku copy paste saja lah ye..




1.ambik rice cooker letak air(tggu memdidih dan kuarkan wap)
2.kita duk atas kerusi mkn pegang baby tu..halakan muka pada wap tu jgn terlalu dekat,agak2 la ye..(fungsi utk mencairkan kahak)
3.kemudian bila dah agak lama baby diwapkan mukanya..alihkan rice cooker tu td kemudian
terbalikkan muka baby mengadap kita..tepuk tepi dada belah kanan seminit dan belah dada kiri seminit..kedudukan tangan kita semasa menepuknya mcm ni..tgn mesti mcm ni..mcm mana ye nk terangkan..luruskan kelima jari tgn,gerakkn hujung ibu jari ke tgn 1/2 jari telunjuk mcm tu kedudukanya mcm menceduk.
4.kemudian tiarapkan baby ulang proses sama mnepuk pada bahagian belakang kiri dan kanan
5.kalu kurang kuar kahak jolok jari kita pada mulut baby biar muntah..sedut guna mulut pada hidung baby kalu berani.

Ni plak cara lain

teknik tepukan percussion. Cara melakukannya ialah (boleh lihat di sini untuk penerangan bergambar) :


  • Pastikan baby dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut. Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala baby bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang baby.
  • Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh baby pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya baby akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
  • Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


sumber dari sini



ada juga yang suggest guna daun kaduk. boleh baca disini ye



aku cuba juga cara wap tu. memang lepas buat sekali berkesan mengurangkan kahak aisy. tapi sebab sikecik aku ni sangat lasak dan aktif, susah sikit nak buat tepuk belakang dia 15mins tu. dapat tepuk kejap jek. huu..selsema pun nampak kurang. aku guna teknik bersin untuk bagi dia keluarkan hingus-hingus tu. macamana nak bagi bersin? carikkan sedikit tisu dan gulung nipis. cucuk kat lubang hidung dia bagi bersin. tisu tu kena nipis la jangan tebal-tebal. senang je.hehe..bersin terus keluar semua hingus-hingus ni. =) lagi satu, aku perasan bila aisy berada dikawasan bukan aircond/sejuk, hingus dia makin banyak meleleh. huu..kena duduk di tempat yang dingin jek. tapi tak leh sejuk sangat. nanti hidung sumbat.


kalau baby hidung sumbat, tidurkan dia dengan bantal yang agak tinggi dari badan. letak BabyBalsam ni untuk baby 3M+ (ada tulis pada kotak/botol) macam pic dibawah ni. ataupun minyak yuyi kat belakang badan dia. sapu kat kaki, tapak kaki. bagi dia tidur dengan selesa.



dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ni anak-anak memang mudah dapat penyakit kan?







kalau anak sakit, maknya boleh jaga. kalau maknya sakit?sapa pulak nak jaga.hehe..so jaga diri baik-baik ye..



salam nisfu syaaban.



=)


Wednesday, July 4, 2012

Wordless Wednesday (v.31)

Kena buli dengan mama..kihkih



happy 10month my baby darling, love u


Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 3, 2012

busy mommy




Assalamualaikum,


Alhamdulillah..dah selamat masuk rumah baru. Dah masuk hari ke 3. Penat mengemas dan melayan sikecik. Kemas tak habis lagi. Nasib baik sebelum masuk rumah ni hubby dah kemas banyak. Kalau tak sure pengsan aku nak kemas sorang-sorang. sikecik makin macam-macam. Dia tengah tak sihat. Selsema dan batuk. Almost seminggu. Kalau esok lusa tak kurang jugak aku terpaksa juga bawak pegi klinik ambik ubat.huu..



Walaupun suri rumah, jaga anak dan mengemas rumah sangat meletihkan. Orang nampak macam senang tapi tidakla sesenang seperti yang dilihat. kena cuba dulu. hehe..

dan juga kena multi tasking kan? huuu..supermommy!




will update more later k! =)



Thursday, June 28, 2012

short

Assalamualaikum,


bila ada mood nak update, tapi internet pulak problem. Bila dah ok, mood pulak takde. itu yang berhari tak update. Plus sibuk dengan macam-macam hal.


officially end of my third sem. alhamdulillah..tunggu result saja. harap yang terbaik.


something bad happened to aisy. dia lasak sangat sekarang. aku paling sekejap saja dah terhantuk kepala kat dinding. biasanya tak teruk. Bila pujuk pun nangis lagi, aku jadi hairan. Sekali tu meleleh darah kat dahi. Menjerit dibuatnya. sian my baby. Lepas letak minyak suma terus lasak seperti sediakala. huhuhu...



minggu ni macam-macam perkara jadi dalam hidup. sukar nak gambarkan dengan kata-kata. Dan aku rasa yang terbaik adalah 'DIAM'. dalam pertimbangan nak privatekan blog ni. MAYBE.



thats all for now.



Sunday, June 24, 2012

living roOm






Assalamualaikum,



ok meh sambung cerita pasal dream house nih. berangan tu free so takpe. ;)



untuk living room pulak, aku suka suasana yang tenang dan juga ceria. Maksudnya, warna yang dipakai boleh menenangkan kepala. Kalau dah cat warna terang, perabot dan 'aksesori' sekeliling kena lembut. contohnya, kalau dah cat dinding kaler merah, kuning..sofanya mungkin warna cream atau putih. hee..tak la pakar tapi ini adalah pilihan aku lah. lain orang lain citarasa. jadi jangan salah anggap.. =)










suka macam ni..lembut tapi ada juga 'garang' dengan sedikit warna ungu gelap dan hitam.




ohh..sweetnyaa dua-dua pic nih. aku suka warna dan kombinasi yang dipilih. sangat suka!




pergh! luas betul. boleh main nyorok nyorok nih!







yang ni nampak elegen dan klasik kan?





kalau rumah luas, aku prefer untuk asingkan ruang tamu nih. maybe untuk guest buat seperti diatas. Dan untuk family buat yang lebih simple dan relax macam yang warna biru tu.. Aku prefer untuk tidak letak TV di ruang tamu. Ini kalau rumah besar la ye.. kalau ruma
h kecik, harap maaf permintaan anda tidak dilayaaann! hehe




lagi satu, kalau ruang tamu tu agak luas, maybe boleh combine sekali dengan dining room for guest. untuk family aku prefer makan kat dapur..contoh dapur luas macam island kitchen tu. Ini berangan jelah. Kalau ikutkan logik, sure tak larat aku nak kemaskan banyak san
gat ruang macam ni. haha.. Tapi honestly, aku tak berapa suka ruang tamu yang 'skema' sangat macam pic last diatas. macam 'kaku' je kan?as for me la..aku suka yang lebih santai.. dan off course selesa.





ruang tamu rumah dulu ;)





simple but love it!





tak semestinya kena perabot mahal-mahal dan berbelanja mewah dalam menghias rumah. yang penting kena kreatif! low budget pun boleh dapat rumah cantik juga.. =)



Saturday, June 23, 2012

My Dream Kitchen

Assalamualaikum,

Bila dah duduk rumah sendiri ni, antara perkara yang sangat menyeronokkan ialah dapat deco dan renovate rumah ikut citarasa sendiri. I love decorating my house. Aku sangat suka sesuatu yang berkaitan dengan seni nih. Suka tak semestinya berbakat kan?but why not give it a try. =)



Bila masuk rumah kosong, tempat pertama yang aku harus 'siapkan' dulu ialah kitchen. Kena lah ada basic benda untuk dapoq sebab aku suka memasak. so itu adalah tempat yang harus diutamakan dulu. kalau nak beli perabot ke hape, beli untuk kitchen dulu. nanti tido pun boleh kat kitchen. haha




cantik- cantik kan island kitchen macam nih? impian aku adalah untuk ada island kitchen sendiri. insyaallah rumah sendiri nanti. rumah sewa kat perlis tu kecik je takleh nak berisland island sangat. hehe.. hubby dah decor kitchen ku..kita tengok rupanya macamana nanti.hehe


dan aku suka kalau semua kitchen kabinetnya putih. semua putih. so memang kena jadi seorang yang pembersih kalau kitchen putih ni kan? owhh cantiknyaaa kitchen nih...





dapat simple macam ni pun jadiklaaaa.. tapi simple simple macam ni pun mau over 10k. huuuu






em..aku suka rumah yang besar dan luas. besar takde la macam istana. besar dan selesa untuk keluarga kami. dan aku suka ruang dapur yang luas macamni. seronok je..one thing for sure, nak ajak anak-anak nanti masak sama-sama kat dapur. hee..bestnya!





okay. lepas setel hal dapur. kita move to living room and dining room.









next entry la k! hee..

Friday, June 22, 2012

Aku tiada apa

Kalau orang lain marah, hilang kawalan, dikatakan tengah stress dan dipujuk baik-baik. Kalau aku marah dan hilang kawalan dikatakan degil keras hati  tak dgr pendapat bla bla bla dan di marah balik.

kalau orang lain rajin masak macam-macam dipuji melangit. kalau aku rajin masak macam-macam, dikata hmmm tah hape lagi yang dia buat nih.

Kalau orang lain kata nak itu nak ini dikata semangat tinggi. kalau aku nak itu nak ini dikata ukur baju pada badan sendiri.

kalau orang lain berjaya dibangga dirai. Kalau aku berjaya tiada siapa kisah tiada siapa peduli.

kalau orang lain bagi idea, semua dengar dan terima. kalau aku bagi idea, tiada siapa dengar tiada siapa terima.

kalau orang lain buat apa pun tak apa, kalau aku buat apa pun, semua entah hape-hape.

kalau orang lain buat salah silap, tak apa manusia tidak sempurna. kalau aku buat salah silap, sampai mati pun tak boleh lupa.

Aku, tiada apa, tiada sesiapa.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday (v.30)


red velvet cupcakes and blueberry cake. nyum nyum!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, June 19, 2012

responsibilities




Assalamualaikum,



pagi tadi nampak ada kawan share gambar ni kat FB. Terus click nak tengok. Tapi nampak macam ada yang tak kena dengan senarai tanggungjawab suami dan isteri yang ditulis tu..



Majoriti married woman sekarang bekerja untuk bantu kewangan keluarga. Tapi itu bukan tanggungjawab yang wajib.




cuba tengok tanggungjawab isteri tu..dah la bekerja, lepas tu buat kerja rumah pun semua isteri, jaga didik anak pun isteri dan off course la mengandung pun isteri kan. suami cuma cari nafkah bayar bil itu ini. hape daa..




kalau isteri tidak bekerja, yes. semua kerja rumah isteri kena buat. Tapi tak bermakna suami tak yah bantu. kenala sama-sama buat. Didik dan jaga anak pun tugas bersama. nape tak senaraikan tanggungjawab suami tu, jadi imam solat, didik anak isteri buat perkara kebaikan dan sebagainya?lepastu, isteri kena layan suami. betul la tu. Habis suami tak yah layan isteri ke?haduhai... nampak sangat bias. Cuba ikut panduan yang betul..Islam ini adil. kan dah ada panduan yang sebaiknya..





pastukan, ada pulak si lelaki yang komen- "hah tu tengok tanggungjawab orang perempuan, sebab tu perempuan ramai masuk neraka, tatau tanggungjawab yang kena buat.." pergh statement kaauu.. bukan tanggungjawab lelaki ke mendidik isteri semua?haduhai..




lagi satu la yang aku perasan..kenapa bab-bab macam ni semuanya kena isteri. isteri kena jadi baik, isteri kena buat itu, isteri kena buat ini, isteri kena muhasabah diri, isteri kena improve diri, isteri kena bla bla bla bla. semua isteri. takde pulak cakap suami kena jadi imam yang baik, suami kena jaga solat, suami kena tolong isteri, suami kena bla bla bla bla.. pastu kalau tengok kebanyakan motivator, kata-kata nasihat yang di share kat Fb banyak cite isteri/wanita. bukan maksud aku salah perkara tu..tapi kenapa tak highlight pada lelaki. bukan ke lelaki yang kena membimbing? ada la sesekali aku jumpa Dato Fadzilah Kamsah cerita pasal macamana tanggungjawab seorang lelaki/suami. Yang lain semua fokus isteri. haih..



lepas tu yang dok share benda-benda ni kat FBkebanyakan wanita/isteri. yang lelaki takde pun nak share ape tanggungjawab yang dorang kena buat ke..macamana jadi lelaki yang terbaik ke..yang hal isteri pun wanita yang share, yang hal lelaki pun wanita yang dok share. betul tak?




maksud disini bukanla bererti wanita/isteri boleh buat apa saja, jadi jahat dan harap orang lelaki yang membimbing..Bukan itu maksud aku. Tapi kalau isteri tu cuba untuk jadi baik, pergi kelas mengaji, dengar ceramah macam-macam, buat yang sepatutnya, bertanggungjawab, tapi lelaki/suaminya pulak teruk, menindas, tak bertanggungjawab dan sebagainya-adakah jadi tugas isteri pulak kena bimbing suami dan perbetulkan suami?agak-agak boleh ke?makanya isteri pun makan hati berulam jantung melayan perangai suami macam hape. fikir balik. macamtu ke yang sepatutnya?




aku bukan pakar hal ni. Tapi benda ni yang berlaku disekeliling kita. Apa pun perkahwinan ni perkongsian hidup antara suami isteri. Bukan buli dan menindas satu pihak saja. kena sama-sama kongsi susah dan senang. Sama-sama mendidik anak sebab nanti anak-anak tu yang akan mendoakan untuk kita. Bila tang buat anak kena dua-dua tapi kenapa bila tang besarkan didikan semua kena satu pihak ja. betul tak?



sama-sama perbaiki diri =)

Sunday, June 17, 2012

Random Thoughts (v.2)

Assalamualaikum,


minggu ni pelbagai emosi, pelbagai peristiwa yang berlaku.. sampaikan nak update entry pun bertangguh saja..


1- first time rasanya aku present dalam seminar. nervous sangat tapi alhamdulillah..compared with other presentation, aku rasa this is the best one. cuma aku agak confuse dengan komen lecturer. adakah maksud dia positive atau negative. cuma aku jawab secara sepontan yang membuatkan satu kelas gelak. terkebil kebil sambil dalam kepala blur fikir mende prof cakap nih? menyengih jelah ;). Tapi sangat berharap dapat A untuk subject ni. Insyaallah..



2- actually hubby sent me to faculty for the presentation and he went to the curve with aisy. memula macam main-main je bila dia cakap nak pegi the curve. sekali dia whatsapp gambar dah shopping ape lah suma kat aisy. hamboi!!! huhu..jeles jeles! first time rasanya hubby keluar berdua dengan aisy. masa tu risau jugaklaaa.huhu..but i guess okay je. ;)



3- today, all my home stuff yang dalam kotak suma dah diangkut ke perlis. semuanya. just wait for me to finish all exam stuff then i have to go and live there. pelbagai perasaan bercampur baur. ;( i have to. this is beyond my control and i cant change. just hope for the best. :'( (cuba memujuk hati, berfikir positive..huu)



4- why la some people narrow minded and always think 'housewife' is not really a good job?pastu fikir yang housewife ni banyak masa terluang bla bla bla. why??housewife biasanya takde 'bibik' kat rumah. semua buat sendiri. maybe ada la housewife yg ada bibik tapi bukan majoriti i guess. sedih aku. bila prof tanya kerja apa dan dari mana (dari mana maksudnya dari organization mana) aku jawab dengan happy.. "im a full time housewife, prof!". sedih dan rasa nak baling je dengan kasut dengar reaksi dia seolah menyindir yang orang macam aku ni banyak masa terluang tapi aku hanya mampu senyum dan menyengih macam kerang busuk. so pathetic la these people.


5- many things happened around us yang buat emosi dan fikiran kita terganggu. semua orang begitu. cuma bezanya bagaimana kita menghadapinya. apa pun bertindak mengikut emosi akan membinasakan..tenangkan diri, fikir dengan waras.




6- ermm..masalah rumahtangga kalau ada orang lain 'menyibuk' memang payah la nak selesaikannya. tengok contoh kes rita dan aidil, jimmy dan wifenya. macamana nak selesaikan kalau semua orang sibuk jadi batu api? sibuk nak jadi 'middle person'. nak selesaikan kena dua-dua dengan fikiran dan hati yang tenang. bukan tengah emosi marah dan sebagainya. kesian tau kat anak-anak. haduhai...




hmm....









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers