Thursday, September 15, 2011

Kelahiran pertamaku

how to begin eh?


hmm...


awal-awal lagi husband told me yang dia kena kerja masa hari raya pertama dan tak dapat balik ke sini bersama aku. Dan after abis kerja petang tu, dia terus gerak ke sini malamnya. Masa tu dia cuti dalam 3 hari sampai 2hb september.




i kept asking him, camna kalau aku tetiba nak beranak time dia takde kat sini? sempat ke dia nak rushing balik ke sini?? dan macam-macam lagi persoalan yang merisaukan aku tanya..




aku memang naaaak sangat lahirkan baby saat dia ada kat sisi aku. Nak dia temankan the whole time. Nak dia masuk ke labour room walaupun aku tahu beranak kat spital kerajaan tak leh masuk. (hanya certain spital kerajaan je bleh masuk)




raya pun kami tak kemana sangat. Just melepak bersama di rumah. Ada sekali tu aku merengek ngada-ngada nak makan pizza, tapi husband saja 'racun' cakap burger GCB sedap. dia baru makan malam on the way balik ke kampongku.. so last-last kami melepak laa di mcd kuala selangor tu. Dah la dok keje jaaaammm aje tg krg n kuala selangor ni. punyaaa la banyak kereta kat jalan. huhu..




lepas makan tetiba husband ajak ke low yat, kl nak beli barang tuk ipadnye. aku dengan sarat marat perot tu pon ikut jelah.. raya pegi jenjalan kat kl. hehe..tp orang pun ramai jugak la kat sana. ingatkan da takde orang langsung.




Masa last day husband cuti on 2nd september, tetiba aku tergerak hati nak ajak husband teman tuk check up kat klinik medina tu. sepatutnya appoinment 5hb september. So aku call la klinik and doktor nak tanya bukak ke tak. Tapi hampa sebab klinik tutup. So aku pun pegi jelah check up kat klinik kerajaan biasa tu. Memang patutnya pegi check up kat sini tp aku nak scan baby. After jumaat prayer, husband ajak pegi klinik. Bila tiba kat klinik, check up macam biasa..




aku pun cakaplah kat doktor yang perut dah kerap rasa mengeras..kerap rasa sakit itu ini suma aku cerita. last-last doktor kata nak 'seluk'. gulp!




bila dah kena 'seluk' rupanya dah terbukak 3cm dan doktor arahkan segera ke hospital tuk bersalin. Aku terus cakap tanak bersalin kat spital sini, nak sungai buloh. Tapi doktor tak kasi dengan alasan takut tak sempat. Makanya dengan hati yang gundah gulana, aku ikutkan jelah..





Balik rumah terus kabarkan kat family yang aku dah nak beranak. Memasing macam excited tapi aku tak rasa seronok sebab kena masuk spital sini. huhu..muka sedih habis dah time nih. Siapkan barang-barang..aku sempat la mandi manda suma..before ke spital sempat singgah kedai mamak makan nasi goreng ayam. hahaha..





Jam 530petang, bila tiba hospital, terus masuk labour room tuk buat ctg. then kena seluk lagi buat kesekian kalinya...based on ctg, nurse kata takde contraction. pastu bila doktor datang, dia boleh tanya aku kenapa aku datang cni. bleh tak aku rasa nak lempang kaw kaw doktor tu???!! apa ingat aku datang tu suka suki ka? huhu..of course la datang sebab dah nak beranak..plus doktor kat klinik tu dah bagi letter suma dah. aduhai...



malam tu aku stay laa kat wad yang pernah aku stay sebelum ni. husband sentiasa ada datang teman sampai pepagi buta. Mak guard sibuk je menghalau suma. nyampah aku. gila kuasa betul. bukan husband masuk wad pun. Aku lepak dengan husband kat ruang menunggu di luar wad pon. haih..


dari kena balik ke perlis, husband terpaksa extend cutinya lagi.



esok siangnya on 3rd september kawan-kawan datang jengah. Asalnya nak beraya kat rumah but i told them yang aku dah masuk wad. but still takde gaya cam nak beranak pun lagi. Aku duk risau dapat ke tak beranak nih. Sebab husband pun dah extend cuti. Aku dah memang rasa sakit tapi buat ctg takde contraction. Nurse kata kalau ada pun tak kerap. Doktor pulak kejap kata ada bukaan kejap kata takde. last-last, sorang doktor cakap nak transfer aku ke sungai buloh!



masa ni hati dah seronok dah! yayyyyy!!! hehe



ini la pengalaman pertama seumur hidup aku naik ambulance. nenoneno..hehe..



aku tak nak baring pun dalam tu. Takut nanti termuntah. Sebab masa tu baru ja lepas makan. Husband pun naik ambulance sama teman aku. My brother follow dari belakang. Masa dalam ambulance ni laa dah mula seribu satu macam perasaan yang datang..entah camne, tetiba rasa sebak sampai meleleh air mata. Walaupun husband ada kat belakang time tu. Rasanya dia pun tak pasan.



rasa sedih, risau dan bermacam-macam lagi. Masa ni terfikir dapatkah aku bersalin dengan selamat. Banyak betul buat dosa dengan husband nih. huhuhu...Tapi dah mintak maaf awal-awal dah..huhuhu



Bila sampai je kat hospital sungai buloh... kagum terus aku. Ganasnyaa spital nih. I mean canggih laaa banding spital kat tempat aku nehh kan. husband terus kata... ' haaa..ni baru la ada rupa hospital..'



aku terus masuk ke 'Dewan Bersalin'. Doktor terus buat ctg dan seluk lagi buat kali keberapa tah. Kat sini ramai doktor pelatih. nurse pelatih. memang ramai. muda-muda belaka. huhu..after a while, doktor kata tunggu labour room kosong. Sebab semua bilik penuh. Punya la ramai orang beranak time tu. AKu tiba kat ctu dalam maghrib la..husband and my brother tunggu kat ruang menunggu..aku pun kejap keluar kejap masuk. Sebab bosan dah tatau nak buat ape. Masa ni tak cuak pun..Just excited jek. Seronok akhirnya dapat beranak kat spital ni. Plus, aku yakin dapat bersalin masa birthday husband. Tu yang excited lebih..



jam dah pukul 11 malam. Takde lagi gaya aku kena masuk labour room. Lepak dengan husband merengek cakap dah lapar balik. Tadi just makan biskut je. So husband pun suh laa adik aku belikan something to eat. entah camne, tetiba nurse panggil aku suh masuk labour room. Masa ni aku terus bangun tak sabar. hahaha..husband plak kena tahan aku sebab nak salam cium suma.. after bersalam cium cket (oh, husband ai sangat laaa caring dan romantik..hihihi) ..aku pun masuk laaa ke labour room.....


masa tu still tak fikir sakit pun. dok kagum laa..canggihlaa spital ni. sorang satu bilik..kelengkapan pun canggih la jugak. sian aku kan.. jakun habis. hahaha..pas kena baring suma, aku tengok jam dalam 1140 malam. Jam besar terpampang depan mata aku. Perut dah kriok kriok kelaparan. Tak sempat pun nak makan pape. Nurse terus cucuk tangan untuk masukkan air. Aku kena induce untuk cepatkan bukaan......



After few minutes kena masuk drip air tu, nurse datang bawak satu botol yang untuk cepatkan bukaan tu. Masuk je air tu dalam badan, aku terus mula rasa sakit. Tengok jam, dah tepat masuk 12 pagi, 4th september. Dah masuk birthday husband...tak dapat nak wish. huhuhu... Masa ni macam nak nangis. Seriously. Tapi aku teringat mak kata, kalau boleh jangan menangis. So aku cepat-cepat tahan dari air mata mengalir. Kalau boleh tanak menangis lagi dah. So aku cuba fokus kat kesakitan tu. Nurse suruh tido, tapi camne laaa nak tdo dengan sakit camtu kan....





em..i have to stop here. nanti sambung lagi ke episode seterusnya ye!





Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday (v.5)

introducing our baby,



'Aisy Affan




Tuesday, September 13, 2011

new semester

start semalam, semester baru sudah bermula. kawan-kawan sekuliah masing-masing teruja memulakan semester baru. Aku dah defer so memang tak ke kelas la kan. hehe..




lama sungguh cuti ni tak tahu la camne keadaan aku nanti bila mula. Insyaallah tahun depan bulan 2 kot baru mula sambung balik. surely otak dah bertepu karat. huhu..jenuh nak kena asah nanti. Apa pun aku berharap semuanya dipermudahkan untuk aku nanti..ameen. Tengok! aku tengah cuti pon bleh risau fikir pasal kelas lagik. hapa daa..




update cket pasal me and baby.




aku tak berapa sihat pulak hari ni. Semalam dah mula rasa lain macam dengan tekak ni. Makin perit. Makin banyak air suam aku minum makin perit pulak tekak. Tapi takkan la plak nak minum air sejuk kan.. agaknya panas dalam kot. Aku ni memang spesis tak leh kurang air sikit pun.. huhu.. jap lagi suara aku ilang la agaknya. ni nak cakap pon cam susah dah. huhu..




baby tengah lena tido. kuningnya naik lagi buat kesekian kalinya lagi. sedih dah tak terkata. risaunya dah tak terluah. Macam-macam cara aku cuba buat tapi masih belum berkesan. Esok amik darah lagi. hopefully turun laaa...sian my baby. huhuhu..



hmm..okaylah. pray for me and baby k!

Monday, September 12, 2011

day 9

haih..buntu aku nak update kat blog nih. hari-hari rasanya nak cerita pasal baby jek. Takpelah..nanti baby da besar dia leh baca blog mama dia nih. huhu..



hari ke 9 ni baby dah tanggal tali pusat. lambat betul tanggal..my mom kata lambat tanggal pusat ni penjimat orangnya. hehe..



btw, hari ni ke klinik kesihatan tuk test darah and kuning babyku naik lagi. huhu..makin tinggi. risaunya hati Tuhan ja yang tahu. trying so hard untuk kuatkan semangat demi anak tersayang..orang duk laa cakap macam-macam..bagi petua macam-macam yang aku rasa banyak karut marutnya..as for me, aku percaya susu ibu adalah yang terbaik.





apa pun, doakan babyku cepat sihat dan kuat. sedihnya tengok dia camni..tapi tetap terhibur dengan keletah comel dia. suka sangat tido. jenuh kejut nak bagi bangun..lap-lap dengan air berkali-kali pun rilex je dia lelap..malam pulak ikut mood. kalau mood tak okay, memang meragam jelah..mintak dipeluk dipangku. manjaaaa..




kadang-kadang aku memang dah tak larat sungguh dah, tapi syukur banyak-banyak my mom ada teman. bila aku exhausted, mak tolong pangku dan ngaji tuk baby. huhu..malam aku biasanya bagi susu yang dah dipam siap-siap waktu siang. pam sekali banyak..sebolehnya cuba dapatkan lebih dari 4oz lah..tu pun sekejap je dia boleh abiskan. biasalah baby boy ni kuat minum susu kan..




kalau orang lain mungkin tak suka time berpantang, tapi bagi aku takde masalah. cuma part sakit sakit ni je yang cam tak tahan sikit. Aku sakit takpe, tapi baby ni. huhu...part makan, macamana pahit sekali pun aku selamba leh telan. hari-hari makan ulam pegaga dan lempoyang. start hari ni, cuma makan nasi, kicap dan ikan bilis goreng. tak mau makan apa-apa lagi sebab takut effect lagi kuning baby..





actually aku nak cerita part by part start dari kelahiran si kecil ni tapi kekangan masa dan juga mood tu yang membataskan keadaan..




insyaallah, kalau semuanya okay nanti aku cerita balik..

Saturday, September 10, 2011

day 7

hari ni baby aisy kena ke hospital untuk amik darah buat kesekian kalinya. oh my, sian my baby. But alhamdulillah dia tak pernah sekali pun nangis sepanjang amik darah dari sejak lahir. he is a strong baby boy.. ikut papanya..sangat cool. maybe juga sepanjang aku mengandungkan dia da kerap sangat amik darah sampai tak rasa sakit mana pun.. huhu


apa yang buat aku betul-betul kecewa hari ni ialah service kat hospital nih.



as usual la..lembab dan tak bersistematik langsung! aku datang hanya untuk test kuning saja, dari jam 1030 sampai kul 4 petang baru selesai. buang masa menunggu duduk kat wad yang macam sardin punya sendat dengan orang yang ramai datang untuk test yang sama.


nurse pulak memang macam *^&%^%^ (isi la sendiri). aku ni dah la tengah pantang..kena duduk tunggu punya la lama sampai skip lunch. nasib baik baby tak meragam. hanya merengek sikit nak susu.



sepatutnya kerja kena la bersistematik. bila doktor dah check satu pesakit ni, terus la uruskan document apa suma pasal pesakit terbabit. bukan pergi handle pesakit lain. Dah la doktor nya sorang ja. Yang nak check pesakit kat wad suma dia sorang, pesakit kat kecemasan pun dia. aduhai...apa nih? kalau tak sebab nurse kat klinik kesihatan suh pegi, memang aku tak sanggup nak pegi. kepala dah sakit dah..



pastu, bila dapat result, kuning baby makin naik. aduhai...meleleh air mata aku. huhu..macam-macam dah cara cuba buat, tapi masih tak berhasil.



sejak husband balik, memang empangan ni senang sangat bocor. huhuhu...down down down. ;(



how i wish dia bekerja je disini dan sentiasa ada dekat dengan aku kat sini. rasanya jauh betul...
;(


apa pun, aku kena juga kuatkan semangat demi baby aisy. hopefully, esok kuningnya makin turun..




Friday, September 9, 2011

@ home

Alhamdulillah..after 6days kat hospital. dari masa sebelum bersalin till dah bersalin, semalam petang aku dan baby dan boleh discharge dari hospital. lega sangat rasanya...

walaupun baby masih lagi belum pulih sepenuhnya dari demam kuning. huhuu..


im so not in the mood nak bercerita. husband leave me and baby just now buat hati betul-betul sedih dan sebak. kehadiran dia setiap masa saat nak bersalin selama seminggu ni buat aku rasa betul tak biasa bila dia nak pergi.. meleleh air mata.. huhu..


plus baby pun masih tak sihat lagi. hopefully, esok lusa dah turun lagi kuningnya..


insyaallah kalau mood dah ok aku update lagi ye..


pray for me and baby.



Sunday, September 4, 2011

Officially a mommy!

Alhamdulillah..


Tepat jam 526 pagi tadi, our baby boy telah selamat dilahirkan. Dengan berat 2.82kg di hospital sg buloh..


Insyaallah,jika sudah btul2 sihat dan kuat,akanku kongsi kan detik2 cemas melahirkan bayi comel ni..

Real pic of him nnt akan diupload nanti ye..


Doakan aku cepat sihat dan kuat. Rite now tgh demam..huhu..


Oklah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, September 3, 2011

NenoNenoNeno!!

Setelah sehari semalam di spital tg krg baby still xmau keluar,aku kena transfer ke spital sg buloh.

First time kena naik ambulance..huhu..


Please doakan saya selamat lahirkan our baby..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, August 30, 2011

first day of raya

so how was ur first raya day?


as for me, ada a lil bit different. Malam raya, tak boleh tidur langsung. The whole body kesakitan yang amat. huhu..sampai ke siang. as usual dikejutkan dengan our alarm clock-my mom's voice. After sarapan, kami terus bermaaf-maafan. Dengan tak mandi nya hape (aku jek tak siap2 lagik.hehe) suma dah salam-salam. Biasanya after balik solat raya baru salam. Kali ni ubah tradisi pulak. Then, belum sempat kami ke rumah embah, segerombolan tetamu dah datang. aiks?


so haruslah stay aje dirumah melayan tetamu. But me, melayan tah* mata lah. too tired weh! tak tido semalaman.


This year, most of our family members pakai jubah as baju raya. kecuali dua orang adik aku je pakai baju melayu tahun bila tah. haha..me, mom, dad and pak arab pakai jubah. Of course la aku disebabkan dah takde baju yang muat. Tu pun banyak gak jubah yang tak bleh pakai. So bayangkan betapa gemoknyaaaa mak buyong nih! ;(



aku selalu jadi bahan utk dikenakan adik-adik aku tiap kali raya. This time issue nya pasal aku nak beranak. Setiap kali aku duk mengaduh sakit, memasing cam pura-pura menggelabah as if aku nak beranak. kalo aku duk senyap dalam bilik pun, ada la yang akan ketuk pintu tanya aku dah beranak ke ape senyap je. cis! tapi bila aku tunjuk video yang dapat aku rakamkan bila baby menendang-nendang perut, baru tau takut geli nak tengok. hahaha..



Tak kemana sangat kami raya pertama, just pergi rumah embah-embah saja. Cousin abah datang beraya dari JB. jadi harusla utamakan tetamu dulu. Trend family aku, suka pergi bercuti @ jalan-jalan time raya nih. I mean, holiday. hehe..dulu pernah pergi berkelah kat Teluk Batik la, ke Langkawi la. After raya ke 3 lah biasanya. Tadi masa beraya, abah dah berbunyi nak ajak berjalan. hahaha..but not sure la kemana. Ada mak buyong ni limited cket nak berjalan.



Yang kelakarnya, bila ada tetamu yang tanya my dad dah ada cucu ke tak lagi and he answered,


"coming soon!"



hahaha..seriously comel je. :D



there you go my first day of raya..


Monday, August 29, 2011

me dan pak arab

Antara beberapa dialog me and pak arab. 'pak arab' gelaran tuk adik aku yang dok belajar kat egypt tu ha.. dialog yang buat aku rasa macam nak...... haih. dah lah aritu balik tak cakap ke ape. tau-tau dah ketuk pintu rumah time orang pas berbuka. ceh! suka sangat nak buat surprise. memang budak sorang nih!


.......................................................................

Di satu petang dikala aku sibuk masak kat dapur untuk berbuka...tiba-tiba pak arab tanya sesuatu...

pak arab: weh, apa bla bla bla? (he's asking a question)

me: *(aku dengar dia tanya, mak masak apa?)

me: mee kari

pak arab: *blur*

mak: hahahaha..

me: *blur*

pak arab: orang tanya apa nama anak awak lah!

me: *malu*

mak: hahaha.. anak dia nama mee kari. (tak abis-abis gelak lagi)



.........................................................


disuatu hari..


me: weh, apa tanda-tanda nak bersalin ek?


pak arab: erk!


me: apa dia tandanya??


pak arab: bila rasa kepala baby dah kua tu nak beranak la tuh.


me: *sengal punya jawapan doktor nih!*



..................................................


sedang aku sibuk-sibuk bawak handbeg dan beg telekung untuk keluar berbuka bersama kawan-kawan..


pak arab: weh, nak kemana bawak beg tu??


me: sibuk la!


pak arab: oh ho..nak pegi beranak ke? hehehe


me: agak-agaklaa nak pegi beranak sendiri..*dush!*



............................................


last sahur tadi..tengah sedap-sedap makan sambal bilis dengan pulut..


pak arab: weh, ni ada lauk nenas ni abiskan..


me: xmau. xsuka nenas.


pak arab: makanlah..nanti leh terus beranak. senang!


me: *ngok ngek adik aku nih*




.......................................


sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers