Friday, March 30, 2012

sakit bersama

Assalamualaikum..


Aisy dan mamanya demam...


First time si kecik ni demam. Tinggi jugak suhunya. Suma sebab jangkit dengan aku. Sian dia. Dok merengek je. Aku kat kelas time tu. Balik rumah terus bg ubat demam. Nasib baik tak lama sangat..pas bagi ubat suhu turun. Alhamdulillah....


Now dia da ok cuma aku je masih tak sihat lagi. Tapi like my mom always said..jadi mak ni sihat ke tak sihat tetap kena buat kerja... Kan?


Okla..hope isnin ni aku dah sembuh coz ada presentation


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday (v.21)

Assalamualaikum,


almost 2 am. early morning and still not sleeping. need to finish summarize three chapter to be submitted tomorrow morning.




buat esaimen sambil layan megi dan berharap anak tidak bangun dari lena..



fuhh! mencabar!


Monday, March 26, 2012

Redha dan pasrah

Assalamualaikum,



"Redha itu berserah, pasrah itu menyerah.."



Berserah pada Ilahi,menerima dengan hati ikhlas.



Menyerah kalah, menerima dengan hati terpaksa.


:)


Selamat hari Isnin!





Ps: mode pasrah. Huu


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, March 25, 2012

tips mendidik anak

Assalamualaikum,


untuk semua ibu bapa dan sesiapa sahaja, sila click link ini dan baca artikel tentang tips mendidik anak dan cara mengurangkan marah pada anak kecil.




hmm..aku masih lagi cuba menjadi yang terbaik. Dan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk Aisy. Tapi dah nama manusia, ada waktunya aku silap. Apa saja kesilapan yang aku telah lakukan pada anak, hati aku sendiri jadi sedih, hati aku jadi terluka. Itu silap aku. Apatah lagi kalau silap orang lain pada anak aku.




Aku nak buat yang terbaik untuk dia. Sebab, bila dia dewasa nanti, aku tak mahu dipersalahkan atau aku menyalahkan diri aku sendiri.





p/s: aisy masih tak mau isap botol sangat. kejap nak botol avent, kejap nak botol pureen je..kejap suma botol tak mau. haduhai...manjaaaaa nak ngempeeenggg aje.



Friday, March 23, 2012

Dulu dan Sekarang (v.2)


Assalamualaikum,





Masih ada kereta lama zaman purbakala ada dalam simpanan kalian? hehe..mesti ada yang suka kumpul kereta lama kan? best kalau dapat kumpul. Tapi kumpul dan 'cantik' kan balik. bukan takat jadi besi buruk je.






macam kereta beetle nih. klasik. i loike!






yang latest version. fuhh!!








aku pernah la juga merasa bawak kereta Volkswagen Beetle ni dan pernah juga berangan-angan nak beli kereta ni. Berangan jelah kan. Tapi lepas bawak rasa cam kureng best la. hehe..kalau tuk second or third car boleh lah. kaya la sangat nak bersecond third bagai. cett!






Right now aku tengah berangan-angan dengan kereta Audi plak. Sebelum ni kalau sebut Audi aku buat cam tak heran. Pandang sebelah mata pun aku tak hingin. hahaha..





klasik betul kereta Audi zaman dulu kala nih. Mak aku pun tak lahir lagi time kereta ni. Mr google kata tahun 1945. hehe









Kalau sapa masih ada simpan kereta macam ni memang terbaik lah! boleh aku tumpang naik jalan-jalan tepi pantai. hehe






Tengok Audi zaman millenium nih. aduhai...kalau lalu sebelah ni memang meleleh je air liur tengok. nyum nyummmm... (macam tengok kek la kan..haha)






Audi TT





my brother pak arab tu pon katanya berangan nak pakai Audi TT ni. mengancam siut!





Kalau dia beli boleh aku pinjam. hehe..





Tapi tak dapat Audi TT, dapat Audi A4 version 2012 ni pun jadiklaaaaaaaahhh



;)






Audi A4 2012




pergh!!






berangaaaaaannnnn!!





Audi TT






aku memang suka kereta sport ganas macam ni. takde la orang nak buli-buli kita kat jalan raya lagi. lu nak pandang pon tak sempat brader!






hehehe







ni kereta Audi yang cik retis tu kata lakinya nak bagi. hehehehe..



Audi R8




perghhh!!




kamu memang sexy!




agak-agak aku kena kerja ape baru boleh beli kereta macam ni ek?






huhuhuhu









ingat muraahhh??















takpe lah...









verangaaaannn FOC!



Wednesday, March 21, 2012

Kena ambil kesah

Assalamualaikum,







seorang wanita berkata,


"saya kini sudah tidak bertudung, tapi pakaian sahaja yang berubah, iman saya tidak berubah! hati saya tetap baik"






seorang ustaz menjawab,


" oh..macam tu, takpe lah. Neraka tu tak bakar iman, tapi bakar badan!"





#Kempen Aurat Saya Maruah Saya

Wordless Wednesday (v.20)

Assalamualaikum,





jangan!

Tuesday, March 20, 2012

Dulu dan Sekarang (v.1)




Assalamualaikum,



Tiba-tiba dapat idea nak buat satu entry bersiri. eceh! Biasanya wordless wednesday kan? untuk siri baru ni aku letak "Dulu dan Sekarang" dan berkaitan tentang apa saja isu yang terfikir oleh kepalaku.





to all ladies, ingat tak dulu-dulu macamana korang semua pakai tudung?masa zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan sekarang? cuba ingat balik.







aku malas nak snap pic aku sendiri dalam album lama-lama tu. so aku google. jumpa la gambar-gambar ni..










lebih kurang macam ni la fesyen kita bertudung dulu kan? sempoi je..





pakai pin kat tengah, then simpul depan dengan kerongsang khas. sekarang takde jual kot kerongsang cam cincin tu. masuk tengah-tengah. kadang-kadang xpakai pin kat leher pun..sarung je kerongsang cam cincin besar tu sampai kat leher. ingat tak?




tak pun fesyen ikat tudung kebelakang. klaka je rasa. nak cepat so pakai jelah macamtu.






sekarang dah datang balik fesyen ni kan?pakai tudung nampak leher. tak pun, pakai ikat belakang (mcm turban tu) then tutup leher dengan selendang lain.










pastu masuk universiti pakai tudung bawal. masa tu macam-macam trend tudung bawal ada. tudung siakap je takde. bawal 1 la..bawal 2 la..bawal korea la..bawal kelantan la..bla bla bla..pastu dari bersulam sampai ke berbatu kilau. dari selapis jadi berlapis-lapis batunya. pastu lawan tudung sapa paling nipis kan?paling banyak batu..sebab tudung paling nipis, paling banyak batu dan paling besar sulamannya adalah yang paling MAHAL. hehe..


sulaman tu panggil kerawang la..lupa plak




huhu



macam juma pakai ni kan? sempoi je sebab tak banyak sulaman dan batu.











sekarang dah macam-macam fesyen tudung yang ada. kalau rajin, pakai la belit-belit pusing sana pusing sini.. kalau nak senang dan sempoi, pakai tudung sarung je. Yang berawning la..yang awning separuh la..macam-macam!



suka tengok yuna pakai macamni..









aku suka juga pakai selendang. tapi sejak ada anak ni, kadang-kadang je rajin nak pakai. most of the time, pakai tudung sarung yang takde awning. trend tudung sarung sekarang yang lembut je takde awning..senang takde nak kelepet ke kemek ke..dan jimat masa untuk bersiap! gosok pun tak payah!











cantik wardina dan catriona ross (eh betul ke ejaan camni?) pakai tudung macam ni kan? lagi cantik sebab tutup sampai kedada.



subhanallah..



yang baik jadikan ikutan, yang buruk jauh-jauhkan.


insyaallah (^,^)





p/s: semua gambar diambil dari google.



Monday, March 19, 2012

What I want

"All I want is someone who will stay, no matter how hard it is to be with me..."



BUT




"Nothing's forever. Forever's a lie. All we have is what's between hello and goodbye..."




#TheLoveStories



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 17, 2012

ilmu baru

Assalamualaikum,


aisy dapat skill baru sekarang.



suka menjerit-jerit nyaring. tidak kira waktu.



pagi tadi menjerit-jerit tendang aku ajak main. Bila tengok jam baru pukul 3 pagi.



adoi... melayaaaannla sampai ke pagi.




bila waktu aku nak tidur dengan dia, bagila susu macamana pun nanti dia mula menjerit balik bila dapat tenaga..





ngantuk betul. Macam ni lah bila dah jadi ibu kan?




tidur dah tak pernah cukup. Dah tak pernah lena.. =)




tapi seronok sebab dapat tengok anak membesar depan mata..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers