Monday, November 21, 2011

Cerita pendek II

Assalamualaikum,

Mudah juga buat entry cenggini..hihi

1- yay!! Malaysia menang baham garuda. Agak tensi menonton game ni sebab banyak peluang disia-siakan..


2- aku rasa kadang-kadang macam nak jadi tiger bila dok cakap dengan orang jadi serupa cakap dengan dinding.


3- aku ngidam nak makan yong taufu. Huhu


4- teringin nak bercuti ke obersi lagik..canada buleh?


5- mengharapkan sesuatu yang 'sweet' esok.. ;)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, November 20, 2011

Cerita pendek?

Assalamualaikum,

Meh nak citer pependek je ari ni..

1- sejak kahwin ni,antara benda yang aku tak suka dan juga tak pernah suka sebelum ni tetiba boleh jadi suka ialah, BOLA SEPAK!


2- bahu aku terkehel masa nak dukung aisy. How sad!


3- after almost 6days aisy tak poo, aku cakap nak bawak dia ke klinik petang ni, terus dia poo lepas dengar aku cakap. Hihihi


4- I guess to fake a smile is not an easy job for me. But others,may be good to do that.


5- laughter is not really a good medicine,tapi salah satu cara to hide the pain inside. So tengok la maharaja lawak mega ye! (Yg tak kelakar rasa nak hempuk2 jek!)


Oklah. Tu jek nk citer. Tatau nak citer kat sapa so kat blog la aku taip ye. Have a nice sunday!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, November 19, 2011

Struggling

Assalamualaikum,

Jarang dah nak dapat update hari-hari sekarang ni. I'm so not in the mood plus exhausted dengan rutin harian. Maybe sebab asyik berfikir juga turut bagi effect kat badan. Memang rasa dah tak cergas sangat..


Dah separuh bulan aisy fully bf. At first,nampak aisy macam okay. Lelama aisy nampak tak kenyang. Sebab ape? Aisy xleh tido lena lama. Paling lama dalam sejam,pastu dah jaga kekejap. Bagi direct feed berejam mcm tak kekenyang lagi. Last-last aku bagi la ebm tu dalam 4-5oz leh abis terus. Huuu..sian anak aku..tatau la bape lama aku bleh bertahan. Sian kt aisy tp nak bg yg terbaik kat dia. Kalau boleh tanak dah bg formula milk tu.huhu..

Tatau dah apa cara lagi boleh buat. Macam-macam petua aku dah cuba. Tapi aisy memang sangat kuat menyusu. Huhu.. Moga-moga dapatla terus fully bf aisy smpai 6bulan nanti..ameeenn!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, November 16, 2011

Check up

Assalamualaikum,


Alhamdulillah..aisy dah lepas check up untuk dua bulan. Berat naik up to 4.9kg. Dan panjang@tinggi 57cm. Dari dalam kereta aisy dah mula menangis..meragam sampai ke klinik. Nak tido xleh. Bila kena bogel lagi la melalak sebab sejuk air cond. Hehe.. Pas bagi susu terus lentok lena tidur..kena inject ape lagi..melalak laa kena kacau tidur kan.. Tapi dia nangis tak teruk macam masa sebulan punya inject. Nurse dulu kurang ajar rentap kaki dia. Mau ku lempang laju-laju.. Nurse disini baik-baik belaka..


Hopefully aisy tak demam lah. Nurse kata kalau demam baru bagi ubat. So aku ikut jelah arahan kan.. Aisy skrg da pandai marah..pandai merajuk.. Comel jek. Haha..kadang-kadang macam nak ilang sabar jugak tapi sian dia la kan..tak pandai cakap ape dia rasa..hanya nangis je..hihi.. So kenalah faham style nangis dia tu.. :)


Hmm...cerita anak jela buat masa skrg ni. Nak cite hal aku sangat tak seronok. So baik tak yah cite. Huhu..


Notakaki: lama dah tak buat entry wordless wednesday. ;)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, November 13, 2011

tired!

Assalamualaikum,


malas pulak nak update hari-hari. eh, bukan malas..tapi kekangan masa. huhu..dah beberapa hari ni aisy macam meragam lebih pulak. bila dah open laptop nak taip entry tetiba sikecik merengek pulak. nak update tru bb cam tak syok pulak sbb nak blogwalking skalik. hee..

ni pun baru lepas memasak. nasib baik my husband ni tengah mood rajin. abis semua bahan basah yang dibeli disiang abis. aku cuma dapat tolong cket jek. tetengah malam ni plak nak buat cili blend tuk disimpan dalam peti ais. senang kalau nak masak sambal or asam pedas kang..


fuhh!! nak patah pinggang dibuatnya..memang letih betul. Nasib baik tak kerja lagi. kalau kerja tatau la camne nak handle..huhu..malam tidur dah tak pernah lena. biasalah ada baby kecik ni kan..kesabaran itu amat diperlukan..hehe..mood baby pulak berubah-ubah. kena lah layankan...


Aku rasa as a full time mother ni memang kena pandai curi masa nak buat kerja-kerja lain selain dari melayan sikecik. ni pun aisy masih lagi dalam mode suka tidur. kalau mode dah switch ke suka berjaga...lagiklah payah kan..


oklah! need to rest.. selamat bekerja tuk yang bekerja esok! ;)

Friday, November 11, 2011

sebelas sebelas sebelas

Assalamualaikum,


wah, cantik tarikh hari ni. sure ramai yang nikah hari ni kan?kebetulan jatuh hari jumaat pulak tu. Dengar cerita juga ramai yang dok sibuk 'paksa' baby keluar hari ni..even due belum sampai lagi. sanggup tu operate semata-mata nak tarikh cantik hari ni. ish ish ish..tatau la kalau sampai macamtu aku rasa melebih-lebih pulak.. sebenarnya, kalau tarikh tu cantik ke tak, tapi something special terjadi pada tarikh tu, sure kita boleh ingat punya kan...


hari ni juga anniversary my parents yang ke 33 kalau tak silap. semoga mereka semakin bahagia dan kekal bersama hingga ke akhir hayat..ameen..rite now they still in vietnam. huhuhu..


aisy tengah tidur-tidur ayam tu..sementara dia belum melalak panggil aku so cecepat la update entry. hehe.. sekarang dah dua minggu aku fully bf dia. alhamdulillah...memang struggle abis la..ebm pun dah nak abis stok. aritu cuma sempat kumpul 6 botol dalam lebih kurang 30oz lebih. huhu..aku bagi ebm bila direct feed dia masih tak kenyang. huhu..



aisy sekarang dah pandai jelir lidah..as a sign dia lapar..oklah kan dari asyik menangis je..dia pandai bagi signal lain kat mama dia..hehehe..actually baby ni pandai juga bagi signal lain selain menangis..cuma kita as a mother kena kenal dan faham setiap perbuatan dia lah..kalau nangis pun ada banyak beza..nangis lapar lain bunyi dengan nangis ngigau..nangis ngengada...hehehe...kalau dia nangis sampai hilang suara tu yang paling bahaya sekali..masa kenalah bagi dia senyap tak kira camane..huhu..


next week aisy kena check up. hope semuanya okay lah..



that's all. have a great weekend all


Tuesday, November 8, 2011

There's no place like home

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selamat sampai kampungku tgh malam td after 7hours+ perjalanan. Penat. Jalan slow sebab banyak kereta plus accident sana sini.

Aisy as usual sangat behave dalam keta dan asyik tido je. Tapi bila sampai rumah blackout plak. Aisy terus meragam sampai ke siang. Maybe sebab gelap dan panas kot. Aku pun dah naik tension gaklah. Letih lapar dan haus. Takleh nak lepas langsung dia. Melalak bukan main kuat sekarang ni. Huhu..


Tengah hari ni kena ke klia sending my family ke vietnam. Sadly aku tak dapat join. Next time maybe.. Tggu aisy besar cket. Ni pun aisy dah kami bawak masuk siam suma.hehe..diam je dia. Suka berjalan cam mamanya la kut.. ;)

Sunday, November 6, 2011

To all

Assalamualaikum,

Saya, Aisy Affan budak comel nak ucapkan selamat hari raya aidiladha tuk suma pembaca blog mama saya.. Hee ;) makan ketupat rendang tu ingatla saya ye walaupun saya hanya suke minum susu saje ;) hihi

Lagi satu saya nak igtkan suma,hati-hati la dijalanraya ye. Pakai seat belt cam saya ni tauu ;)

Saturday, November 5, 2011

Salam korban

Assalamualaikum,

Sure masing-masing tengah sibuk buat persiapan raya. ;) so enjoy la raya dengan sebaiknya ya..


My brother n SIL rsnya dah sampai msia from canada nih. Insyaallah raya kedua aku balik. Tp dpt jumpa kejap jela kot coz the next day myfamily nak pg vietnam. Huk huk huk sedih tak dapat ikuttt :( huuuuuu


Okaylah..salam hari raya aidiladha..semoga ianya membawa seribu makna buat kita semua..


Notakaki: ni lah gambar aisy dalam car seat yang tak dapat nak upload kelmarin.. ;)

Friday, November 4, 2011

~kesan stress pada ibu yang mengandung~

Assalamualaikum,


terbaca article ni di facebook. dishare oleh page Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung. meh baca meh..



Kesan Stress Ibu Terhadap Bayi Lelaki dan Perempuan

Kajian yang dilakukan oleh pakar kanak-kanak di Australia menunjukkan bahawa bayi lelaki dan perempuan menunjukkan tindakbalas yang berbeza ketika ibunya mengalami stress. Sejak dalam kandungan lagi, perkembangan bayi lelaki berbeza dengan perkembangan bayi perempuan dan pertumbuhannya juga dipengaruhi oleh keadaan ibunya.

“Bayi lelaki dan perempuan berbeza dalam merespon ketika ibunya dalam keadaan stress sejajar dengan pola pertumbuhan mereka” kata Profesor Vicki Clifton dari Robinson Institute Pregnancy dan Developmental Group.

Ketika dalam kandungan, bayi lelaki tidak dipengaruhi sangat oleh perasaan stress ibu berbanding bayi perempuan yang merespon dengan perasaan ibunya dan mempengaruhi pertumbuhannya.

“Ketika terjadi tekanan lain dalam kehamilan seperti stress, bayi lelaki akan berkembang dengan baik, namun bayi perempuan tidak dapat menghadapinya dan berisiko lahir sebelum waktunya atau benhenti berkembang.” kata Prof. Clifton.

Hal ini menjelaskan tentang perbezaan tindak balas dan pengaruh terhadap bayi lelaki dan bayi perempuan telah lama dikaji khususnya pada kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti asma, pengambilan tembakau dan stres. Menurutnya, perbezaan pola pertumbuhan itu terjadi kerana perubahan pada fungsi placenta yang dipengaruhi oleh hormon stres, hormon kortisol.

Pada bayi perempuan, peningkatan hormon kortisol menyebabkan pertumbuhannya terganggu, namun pada bayi lelaki, kehadiran hormon ini tidak menjejaskan proses pertumbuhannya.

Maka, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi pengubatan yang lebih khusus sesuai jantina bayi tersebut untuk mencegah kelahiran bayi pra matang. Hal ini juga penting untuk membantu doktor dalam menilai perkembangan janin dengan tepat.

Katanya, “Kami mencari keadaan yang dapat menyebabkan perubahan pada pertumbuhan bayi, dan penyebabnya serta bagaimana untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung.”





Aku rasa ada benarnya juga apa dalam article ni. sebab ada juga kenalanku yang melahirkan anak perempuan yang premature. Aku rasa salah satu sebab utamanya ialah beliau dalam keadaan yang sangat stress kerana husband takde disisi sepanjang kehamilan.




Aku pun stress jugak masa pregnant tapi rasanya tak lah selalu. hehe..i guess. Yelah, badan sakit-sakit suma. Masuk hospital sampai 9 hari. Pun still tak baik-baik sampai laa saat aisy di lahirkan. stress duk sorang pastu kelas assignment suma. stress sebab keadaan sekeliling. macam-macam hal. walaupun sgt mencabar mengandungkan dan melahirkan dia.. tapi alhamdulillah aisy tak banyak ragam. huhu..mudah juga jaga dia. syukur banyak-banyak.. :)




insyaallah lepas ni mengandung lagi shud be okay la kot. ada pengalaman dah suma..tau dah nak handle situasi bila pregnant ni.. ;)


happy two month birthday mypumpkin Aisy Affan. Love u soO much!


.............................


notakaki: still belum kena check lagi aisy. tadi pegi klinik ibu dan kanak-kanak Kangar closed on friday. emergency cases only~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers