Tuesday, October 18, 2011

EBM

Assalamualaikum,


Emm, 'berjalan-jalan' di facebook menemukan aku dengan seseorang yang agak familiar. Bila tengok mutual friends, oh kawan seuniversiti rupanya. Yang menarik perhatian aku untuk lihat profil beliau adalah sebab gambar profile EBM (expressed breastmilk) yang sangat banyak dalam freezer dia. Seriously jeles yang teramat!




Memang nak sangat bf baby aisy sepenuhnya. Tapi semangat aku tak kuat agaknya. EBM aku tak pernah dapat banyak. Paling banyak dapat simpan dalam 4 botol. Pastu dah tak gigih dah nak pam. huhuhu..Mungkin faktor takde pengalaman kot. entahlah. Baby aisy pulak sangat kuat menyusu. Kalau tengok dia menyusu, memang rakus habis anak aku nih. Selagi tak kenyang, dia tak akan diam. Mesti merengek aje. Satu hari dia boleh abiskan around 15oz susu. Ni nak pam 4oz pun terkial-kial.



Aku rasa mungkin usaha aku tak bersungguh agaknya. Nampaknya kena lah berusaha lebih lepas nih. Usaha tangga kejayaan. Sebenarnya nak bf sepenuhnya ni pun makan kos yang agak tinggi juga. Kena beli breastpump, milk storage lagi, cooler bag bagai suma. Aku cuma pakai breastpump pureen saja. Beli yang bateri punya tapi sebab makan bateri kuat so aku suruh adik cari multipurpose punya adapter so jimat tak yah pakai bateri lagik. cuma masalah bunyi nya la cam enjin bot pulak. hehe..



Bila google gambar, aku save la beberapa EBM orang untuk jadi pembakar semangat. Orang yang fulltime bekerja pun boleh bf baby sepenuhnya. Inikan aku yang tak bekerja kan? Insyaallah, harap-harap boleh la bf aisy sepenuhnya till dia 2 tahun.



chayookkkk!!!


.....................................................................



notakaki: tetiba rasa bersemangat pulak! :D

Monday, October 17, 2011

quote of the day





"No matter what people say, you just got to reach higher and higher to your full potential " - #LargerThanWords

Sunday, October 16, 2011

what's on my mind rite now?

Assalamualaikum,


Tiba-tiba terajin pulak nak buat dua entry untuk hari ni. Okey mari lihat apa persoalan dan perkara yang ada dalam fikiran aku sekarang..



1- Macam mana nak ilangkan hidung tersumbat @ selsema untuk baby. Macam-macam cara dah cuba ni. sian aisy..



2- kenapa ada segelintir ibu bapa yang sanggup letak anak di pangku sewaktu memandu? bahayalah! tak sayang anak ke??



3- berapa harga minimum original handbag birkin tu eh? :D *berangaann



4- penduduk dunia akan meningkat ke 7 billion, tetapi kadar kelahiran semakin menurun. Patutlah doktor tak habis-habis tanya cara apa yang aku nak gunakan tuk merancang keluarga. *erk?



5- iya, mood aku agak teruk dari minggu lepas. Tapi cuba berlagak cool depan orang. Cuma tak cool dalam blog. sorry. lepas ni kalau rasa mood yang negatif aku akan cuba jauhi dari mengupdate blog. :)
* aku mmg tak cool, sbb aku HOT. hahaha



6- memang sangat tak puas hati dengan drama tahajjud cinta. first, ending tergantung. kedua, banyak adegan yang rasanya tak perlu paparkan kalau betul nak ikut hukum Islam. Ketiga, non muslim mungkin tak dapat nak faham mesej yang cuba disampaikan. Tetapi, aku memang setuju yang bila dunia hendak akhir zaman, akan wujud ramai manusia yang mempergunakan agama untuk kepentingan diri. Banyak sangat dah contoh yang ada disekeliling.



7- hari-hari mesti ada saja kes bunuh membunuh kat Malaysia ni. Dah macam bunuh ayam agaknya. *hmm..ngeri



8- bila nak kurus slim cam form 2 dulu ek? ;p *hayyokkk



9- kenapa kalau dah bertahun-tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata, orang mesti salahkan si isteri. Lagi malang, si suami pun turut sama menyalahkan si isteri. Apa nak buat anak tu si bini nya sorang saja kah?? *dushh!



10- persoalan dari mulut-mulut orang memang tak kan berhenti. Kalau single ditanya bila nak kahwin, bila dah kahwin ditanya bila nak dapat anak, bila dah ada seorang anak ditanya bila lagi nak tambah, dan seterusnya. Mulut-mulut macam ni memang tak boleh dilayan. Lempang terus! hehe..tok sah tok sah.. buat abis pahala je layan manusia macamni.. tunggu apa lagi soalan aku nak kena lepas nih.. ;)



11- mengalah bukan bererti kalah, diam bukan bererti lemah. bersabar banyak ganjarannya.. *be cool



12- termimpi-mimpi stroller stokke xplory tu. aduh, boleh dapat tak ek? :D hihi *boleh, dalam mimpi jelah!



13- berazam nak buat balik pavlova. haish..diet diet.




14- apa exercise yang sesuai untuk orang lepas bersalin ye? ada yang kata jogging or berlari tak elok. hmm...cik google, tolong!




15- dulu aku pernah berangan nak anak lebih 10 orang. hihihi *chayyookkk!!




16- jangan asyik cari kelemahan, keburukan, kesalahan orang. Diri sendiri pun tidak sempurna. Jadi, jangan harap orang lain juga sempurna. *reminder for myself






okey. cukup lah tu. :)




salam hujung minggu

Assalamualaikum,




apa aktiviti minggu ini?




erm, semalam aku keluar bersama adik membeli barang baby aisy. sungguh tak seronok bila tak dapat keluar bersama dengan aisy. Dalam kepala asyiklah teringat-ingat. Last-last migrain datang.





hari ni pula, kena tinggal berdua dengan aisy. Pak arab dah nak balik mesir semula. huhu..Rasanya pertama kali aku tak dapat ikut menghantar. aduhai, sedih betul. Sure aisy pun sedih. Dari tadi duk merengek nangis tak mahu tidur. Pak arab tu suka cium aisy sampai budak tu nangis. pas ni takde la pak cik dia tu nak gomol dia lagik. Kalau jumpa pun lagi lepas ni sure aisy dah besar. Silap-silap dah berjalan agaknya..


apa pun, kembali pak arab ke mesir lepas ni akan jadi doktor pelatih la. Insyaallah untuk dua tahun lagi. Rasanya time dia convo sama dengan aku convo master nanti. Insyaallah. Moga-moga urusan kami berdua dipermudahkan. Moga-moga pak arab jadi doktor yang cemerlang..ameen.. Dah excited betul budak sorang ni.. :)





.........................................................................................

notakaki: husband outstation ke bangkok. :(



Friday, October 14, 2011

Day 40

Assalamualaikum,

indah betul perasaan bila ada anak ni. Bila hati marah, sedih, kecewa, sakit hati dan segala rasa negatif senang je nak sejuk balik bila tengok sikecik ni.


Dia la penyejuk hati. Walaupun menjaga si kecil ni memerlukan kesabaran yang tinggi.


Sekarang makin bam bam dia. Pipi macam nak digigit-gigit. Agak kerap meragam sejak dah mula makan jamu dan macam-macam makanan yang aku da telan. Huhuhu..


Lagi 4 hari habislah tempoh berpantang..yay!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 13, 2011

Rezeki

Assalamualaikum,

Selamat pagi semua. Selamat hari khamis. Sejak duduk rumah sepenuh masa ni,hari pun sudah tidak dipeduli. Bangun pagi,sementara ada masa terluang, sementara ada buah fikiran, update la entry untuk hari ini. Lagi pun, tidak elok tidur semula sesudah subuh kan? Nak murah rezeki,elakkan lah tidur lepas subuh.


Sebut tentang rezeki, kita sebagai manusia dikehendaki berusaha sebaiknya dan kemudian berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Insyaallah..rezeki Allah ada dimana-mana. Didatangkan dengan pelbagai cara dan bentuk. Ada orang dimurahkan rezeki dengan anak, ada pula dimurahkan rezeki dengan harta benda. Yang penting, hendaklah tahu bersyukur.


Teringat kata-kata seorang blogger yang menulis diblognya, 'kalau bukan rezeki kita, nasi yang didalam mulut pun boleh terluah semula'. Betul kan?


Berusahalah macamana pun, kalau ditakdirkan Allah memang bukan rezeki kita, memang bukanlah. Sabarlah wahai hati. Redha. Pasti ada hikmah yang tersembunyi.


Rezeki Allah ada dimana-mana.


Inilah yang dinamakan kehidupan..


.................................................

Notakaki: menjeruk rasa , memujuk diri.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday (v.9)





rindu nak makan my homemade choc ni.


rindu nak buat homemade choc ni.


huhu..


kena la selongkar balik barang-barang dalam kotak la nampak gayanya..


huhuhuhu...

Tuesday, October 11, 2011

what to do..

.... when u'r in a bad mood?




Assalamualaikum,



Biasanya kalau bad mood atau tengah marah, kecewa, tak puas hati, apa yang kalian biasa buat?


pergi bercuti?


lepak dengan bestfriend?


melantak @ mentekedarah?


atau paling mudah, tidur??


haih, rasanya dalam kepala aku sekarang nak pergi bercuti bertiga jejauh. Tanak fikir benda yang dah buat aku down sekarang ni.



Monday, October 10, 2011

Day 36

Assalamualaikum,


hai, bercinta betul aku nak menghabiskan episod cerita 'kelahiran pertamaku' tu. Yelah, nak cerita moment tu balik kena dapatkan feel atau mood yang bagus juga. kang kalau tengah mood tak bagus nak cerita moment tu pun jadi haru biru pulak..


hari ni masuk hari ke 36 baby aisy dan aku berpantang. lagi 8 hari je lagi nak abis pantang.


Aisy sekarang ni makin lasak..makin comel..makin cerdik.. hehe..



dan..makin kuat tido disiang hari. hehe..susah betul nak bagi dia celik dan berjaga waktu siang..time mandi pun kena make sure dia jaga betul kalau tak melalaaak je lah. pastu pas mandi sure mau tido..


malam pulak memang akan berjaga..ikut suka dia la berapa lama..malam tadi sampai dekat kul 4 pagi ajak aku bertahajjud. huhuhu..ngantuk betul dibuatnya.pastu dia dah cerdik..xleh main sorang-sorang..sure menangis punya. mintak dukung or pangku..mintak dilayaann..memang manja budak kecik ni..





my mom pulak dah tukar dari nak panggil nenek ke panggil nani (camne tah ejanya aku tatau).. hehehe.. abah aku suh panggil embah. dah macam-macam laa mak abah aku nih. hehe.. my mom dah tak mandikan aisy dan tido sama kami. katanya tanak nanti rindu sangat asyik teringat. so dia memang biarkan aku buat suma



baju-baju pun banyak jugak yang dah tak muat. yang macam sarung nangka je pakai. cepat betul membesar. padahal baju-baju tu size 3month. yang newborn sure la tak leh pakai lagi dah. aku pun nak buat lagi topi and kasut kait tu dia.. senang leh terus ukur. dulu main agak-agak je..



ape pun, tak sabar nak tunggu abis pantang..nak bawak aisy jenjalan. plus aku pun dah naik bosan tak leh kua kemana langsung. ke klinik jelah yang sekangkang kera je dari rumah. selalu la kena tinggal berdua je dengan aisy bila suma seronok kua jenjalan.. sob sob sob





Saturday, October 8, 2011

syaitan durjana!!

Assalamualaikum,

Kalian baca paper metro hari ni?

Menyirap mendidih menggelegak darah aku baca tentang seorang bapa yang sanggup meliwat anaknya yang baru berusia 23hari semata-mata kerana mahu memuaskan nafsunya. Isteri tidak mahu melayan kerana masih dalam pantang.




Huhu..sedih dan kesian kat baby malang tu. Keadaannya kritikal. Mulut lebam kerana ditekup oleh bapanya sebab menangis masa diliwat.


Syaitan punya bapak!!


Aku berharap dia diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatan syaitannya tu. Moga Allah membalas perbuatannya. Dan dilindungi si anak dan ibunya dari syaitan itu.


Hmm..sedih teramat baca news ni.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers