Wednesday, January 26, 2011

chayyokk chayyokk!!


kejap ok kejap tak. Aku tak tahu sampai bila keadaan aku akan sampai macam ni. Hari ni terpaksa ponteng kelas lagi. Maybe kelas untuk esok juga. Maybe aku quit study juga. oh tidak tidak. Alasan tak pergi kelas sebab;



-semalam pergi kelas aku menggigil sampai cam nak pengsan. Tunggu giliran nak present. Habis present terus terlantar kat surau sampai dah nak habis kelas.
-then, stucked in the car almost 40mins sebab masih lagi dalam kesejukan yang amat dan menggigil sampai gigi berbunyi. (imagine ye)
-bila drive rasa terhuyung-hayang.


rasanya reasons tu semua cukup kuat untuk aku tak pergi kelas. memang tak larat. ni pun cuba juga kuatkan semangat dan badan. Tapi bila duduk lama sikit, berdiri lama sikit, mula la kepala ting tong cam nak jatuh. ;(



badan kejap panas kejap sejuk. Rasanya malam tadi macam dah kebah sebab berbaldi-baldi peluh kuar. (okay tipu jek!) Tapi kadang-kadang panas tu datang balik dan buatkan aku menggigil lagik. kena pakai stokin dan berkelubung sentiasa. ;(



then, nafsu nak makan memang membuak-buak. Tapi bila food dah depan mata, nak telan tu -macam kena telan pasir je rasanya. sangat-sangat takde selera. sekarang memang husband rasuah aku dengan semua favourite food aku tapi aku hanya lalu makan sikit je. huk huk huk




since the day aku tahu yang aku pregnant, husband awal-awal dah cakap.... orang pregnant ni seronok sebab dia boleh mengada lebih-lebih..




hahaha..nampaknya dia dah bagi greenlight! so haruslaa kita dera dia sket kan kan..



okaylah. tak leh lelama. sat lagi rasa nak pitam pulak. huhu


Tuesday, January 25, 2011

Bila doa dimakbulkan Allah..

alhamdulillah.



im 5 weeks pregnant.



syukur. syukur.



but im in a weak condition. hilang selera. demam panas yang teruk. tak boleh bangun melainkan baring 24hours.


doakan saya sihat semula. nnt baru boleh blogwalking.




Saturday, January 22, 2011

Bila manusia lebih teruk dari binatang

Sory lambat cket hapdet. Berita ni dah keluar kat Buletin malam td. Aku tak tengok tv sangat hatta berita sekalipun. Baca paper hari ni buat darah aku menyirap je!

Kemana hilang perikemanusiaan?

Apalah dosa anak kecil itu sehingga didera sehingga mati?

Sedih sedih. Walaupun hanya anak tiri tapi sepatutnya dijaga seperti anak sendiri. Entahla manusia ini. Aku rasa mereka ini iblis yang bertopengkan manusia! Oh, ramai rupanya manusia sebegitu.


Hmm..


.......................................


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 21, 2011

The best remedy ever!

Duduk tepi swimming pool sambil tengok bulan mengambang yang cantik. Melayan perasaan dan makan ice cream yg super delicious ni!!!

.......................................

Tq so much to my dear Cik K and Mr. E for everything. And same too my dear ja. Huhu..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, January 20, 2011

Berita terkejut

kita merancang, Tuhan yang menentukan.


Dalam pada tengah plan nak masuk rumah baru, tiba-tiba dikhabarkan husband kena berpindah. Sebelum ni hanya rumors. Tapi kelmarin dah confirm memang akan transfer. Cuma negeri mana tak pasti lagi. Tadi, bila husband kata kena transfer ke negeri asal beliau, aku tersentak terkedu.



meleleh air mata terus.



mesej my mum. Terus dia call and aku pun makin lebat laaaa hujan turun. sedih sedih. Totally contrast our feeling. Husband of course sangat-sangat seronok dan excited dapat balik kampung sendiri. Tapi aku. entah. Kalau sekarang nak balik dua minggu ke kg aku sekali pun amat payah, apetah lagi kalau aku disana nanti. Mungkin setahun sekali agaknya. *sigh*




FYI, aku memang tak pernah stay jejauh dari family. This is going to be my first time. =(





hmm...aku tak tahu ape lagi yang boleh buat aku jadi semangat. Setiap hari, semangat makin hilang..



sob sob sob

Mawar Buat Suamiku Give away





okay. macam menarik je giveaway yang blog kak epi ni kan. so saja la try masuk. hope jangan muntah-muntah baca entry ni ye. haha


syarat pertama:

....buat entri pasal betapa sayang nye dia kt suami dia.. kalau xde suami.. bleh wat entri pasal.. betapa dia mahukan suami yg macam mana... buat besh2 ye ayat nyer..tak semestinya jiwang.. selamber rock pon layan...~ janji menarik.
.!!


aku belasah je la kak epi ye!

..................


erm, aku kenal suami dalam tempoh yang teramat singkat. Allah gerakkan hati dia untuk pertama kali tegur aku di fb. Aku hanya kenali dia sebagai salah seorang kawan sekampus. Kami tak pernah pun bertegur sapa. Kami memang tak bercinta memadu kasih seperti couple lain. Terus memilih untuk berkahwin. Sibuk dengan urusan perkahwinan dan hal kerjaya buatkan kami sangat kerap bergaduh. Last-last buat hal masing-masing. Alhamdulillah, kami memilih untuk bercinta lepas kahwin. Mengharapkan keberkatan dan keredhaan Ilahi..




Pada mulanya..




aku tak tahu aku sayang dia atau tak. Berapa banyak aku sayang dia. Seluas mana aku sayang dia.




entah.




Suatu hari, aku tidur dan bermimpi ditinggalkan dia. Aku merintih sedih. Merayu agar dia kembali. Sedar dari jaga mata dan bantal basah dek air mata. Sungguh macam real. Jadi ku kira itu petanda yang aku tak sanggup kehilangan dia. Aneh kan? baru seminggu berkenalan tapi sudah ada perasaan sebegitu. Tanya Allah. Aku tak tahu.




Walaupun aku selalu marah dan merajuk dengan suami. dia cool jek. Aku pulak selalu naik hantu sebab sikap dia yang cool sangat tu. gedik gila bini dia nih. ;) Banyak benda dan perkara yang aku tak puas hati tapi aku tak tahu apa cara terbaik untuk beritahu suami melainkan dengan merajuk dan merajuk. Sebab tu je perkara yang aku reti nak buat. haih! Tapi dia sentiasa cuba beri yang terbaik untuk wife dia yang gedik ni.





Antara perkara yang buat aku sebak terharu...




bila dia sanggup beli motor baru untuk pakai ke tempat kerja semata-mata nak bagi aku selesa pakai kereta dia kehulur kehilir. Even walau tengah hujan lebat, sanggup redah naik motor. Sedih tengok suami redah hujan naik motor basah kuyup. Pernah cover news kat genting sempah naik motor skuter dia yang comel tu..sedih aku dengar.





dia sanggup iron baju sendiri bila aku tak suka langsung mengiron baju-baju kerja dia.




bila dia sanggup tolong masak kat dapur kalau aku malas nak masak atau mood tengah merajuk. (Takut kalau aku masak dengan mood yang tak besh, habis ku baling periuk belanga tu kanggg! ;p)




bila dia keluar belikan pizza nak pujuk aku tengah mengamuk stress. huhuhu.. (camne aku nak diet??tiap kali merajuk@marah2 mesti ada pizza..hehe)




bila dia sanggup berlabur dengan belikan macam-macam lens dan gadget untuk kamera aku.. ;((




rasanya tak tersenarai apa perkara yang dia sanggup buat untuk aku. Walau dulu aku agak kerap merajuk, marah, hangin tak tentu pasal dengan dia, semua tu dia boleh terima sampaikan pernah tanya kenapa aku dah lama tak marah-marah dia lagi. (erk!..letih woo nak merajuk marah selalu!)




Walau tak terkata sebanyak mana sayang itu..



Walau tak tergambar seluas mana sayang itu...



Walau tak terukur sejauh mana sayang itu..




Yang pasti, aku sayang dia.




rasa sunyi tanpa dia disisi...



sob sob sob







DONE!





syarat ke dua:

tepek pic anda dan suami @ pasangan anda..




masa outdoor di stesen keretapi arau, perlis.





berjalan-jalan di teluk batik with husband's friends after shoot gambar wedding.





latest pic of us. di cameron highland. muka fake tu. muka real aku masa ni tengah muncung sedepa merajuk. hahaha





DONE!







syarat ke tiga:

sila tepek pic anda juga yer





gambar ni boleh la ye kak epi! hehehe..


DONE!



syarat ke empat:



sertakan link blog mawar buat suamiku di entri anda.. tq!!~






DONE!






...................................................................

meleleh gak laa ayaq mata cek buat entry nih..sob sob sob

Wednesday, January 19, 2011

Setelah sekian lama..

Aku xingat bila kali terakhir aku bawak motor. Serius memang tak ingat langsung. Mungkin masa degree dulu.

Arini setelah sekian lama, aku merempit lg. Aku ke kelas naik motor skuter husband. Menggeletar kaki tangan dibuatnya..dah la lama xbwk. Bwk motor yang aku xpenah pun bawak. Nasib baik just skuter je. Kalau kena start pakai kaki tu memang jenuh laaa.. Aku memang xterer pakai tendang kaki tu..hehe

Kelas habis malam so hopefully aku selamat laa balik nanti..huhu


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, January 18, 2011

When life gives me a thousand reasons to cry, i still have a million reasons to smile!

panjang tajuk title entry aku ari ni. :)



special for my bestfriend, ja.



hmm, how to begin eh?



actually, dia my ex roomate masa di Uia dulu. Kami jadi roomate masa final year aku kalau tak silap (correct me if im wrong dear..hehe). dia study law so aku agak memang gempak habis minah ni. Dia seorang yang sangat kemas dan pembersih. masuk je bilik tu dah cuci lantai bagai suma. haha..



Kami jadi rapat sebab selalu bersembang buat luahan perasaan tentang macam-macam isu. Kadang-kadang berjam-jam lamanya bila dah bersembang. Bukak la cerita pasal family, kawan-kawan dan juga boyfriend. hahaha..



Bila aku grad..kami dah jarang jumpa. Dia pun abis belajar terus dapat kerja dan pindah ke Melaka. Aku pernah datang melawat dia disana sorang-sorang. hehe..kami berjalan sampai ke muar semata-mata nak bersembang meluah rasa lagi.. memang best moment masa tu! dia antara close friends yang tahu perjalanan kisah cerita aku dari awal sampai sekarang. Dan dia nampak sendiri macam mana aku go through banyak perkara dalam hidup. sob sob sob




part yang paling terharu, bila dia dan our junior Fatin datang dari jauh dan bermalam di hometown aku for my wedding. Semua event diorang datang. Yang buat aku terkejut dan sebak bila dia pun turut sama menangis masa aku nikah..yelah, aku pun tengah nangis sebak la masa tu. makin berjurai air mata terharu..huhuu



moment paling indah dalam hidup. :)




after kahwin, dia tak segan datang melawat jenguk aku dirumah walaupun husband aku ada masa tu. after husband pergi kerja baru kami sembang panjang.. to be honest, kadang-kadang bila aku sedih and down, aku rasa nak je drive ke sg udang tu jumpa dia.. huhu..



pagi tadi, bukak je laptop tengok sesuatu di fb dia..



satu album gambar kahwin aku baru diupload. yang buat aku terharu, captionnya tu..



"My Bestfriend's Wedding in May 2010 (??? btul ke tarikhnya Ez??).

My dear Ez,

1. Sorry it took me ages to upload all these photos sbb baru jumpa card reader!!!But better late than never kan? After all, aku tak sempat tangkap banyak gambar pun. Semuanya terakam dalam memori kat kepala aku ni je..chewahhh...
2. Glad to be by your side on your Big Day! First time aku menangis terharu kat majlis akad nikah org tau!
3. I love everything about your wedding ceremony...from the wedding dress, the pelamin, the hospitality of your family, and the food especially! Your nasi minyak is the best i've ever tasted in my life. Could it be because tukang masak tu mmg pandai or was it because of the fact that it's YOUR wedding, so semua pun aku rasa sedap (biasness seorang kawan)?? Siap curik 1 container fruit cake seludup masuk dlm handbag lagi...punya la sedap kan? hehehe...

This album is for you darl! "




aku tak pandai menulis cam ko ja. sebab tu aku takde bercita-cita nak jadi penulis. haha..but, u are my bestfriend forever. Walaupun kita jauh dan jarang berhubung it doesnt mean yang kita tak care for each other. so cepat la beli bb balik so aku boleh kacau ko siang dan malam. hehehehe..


i love u dear!!


(^,^)

Monday, January 17, 2011

lesson learned!

okay. memang dah tertanam dalam kepala otak aku. promised to myself. NEVER EVER PICK UP A PHONE CALL FROM UNKNOWN NUMBER!!!


totally dah menjahanamkan mood aku yang memang tengah suam-suam kuku.



dah la call tak bagi salam. then terus tanya...


asal awak tak datang kelas???awak nak datang kelas ke tak ni???? bla bla bla bla


yang aku blurrrr..sapo pulak minah nih??????


aku memang drop subject tu..for many reasons. salah satu sikap yang sangat menjengkelkan manusia dalam kelas itu. ha..hambik kau! aku belajar to gain something. tapi kalau aku datang just dapat menyakitkan hati sendiri baik tak payah kan..



lagi satu...aku dan pelajar-pelajar lain semua ada hak untuk add dan drop subject tu ikut suka. ini bukan subject wajib pun! elective je. aku dah ambik banyak sangat elective so aku perlu drop subject yang tak membantu aku.



come on!! bukan budak-budak hingusan lagi la yang boleh nak dihambur marah sesuka hati. Kalau aku salah, just bagitahu apa salah aku dan aku senang hati minta maaf. Dah la aku tak tahu siapa yang bercakap. Lepas tu main hambur marah aku tetiba. Salam pun tak bagi. Kalau memang aku kamceng dia tak pelah juga. Tapi berdasarkan suara memang 'si tukang ajar subject tu' yang telepon. hish..hangin hangin.



pastu terus letak tepon camtu jek! hangin hanginnnnn!!!!!



terus aku rasa nak drop study dah!



....................................................................


okay. aku betul-betul tengah marah. grrrrr

Saturday, January 15, 2011

Mee bandung muor

Alhamdulillah...kenyang sudah. Sampai je muor terus tibai mee bandung. Walaupun aku selalu gak buat mee bandung ni kat rumah tapi tiap kali balik sure nak terai makan lagi..

Tapi yang kali ni not so badla. Kuah sedap, tapi isi kureng. Aku buat biasa buh daging cincang banyak2. Hehe.. Eh, aku xbuat sendiri. Beli pes mee bandung tu kat muor sini pastu masak la kat rumah. Hehe..pes tu memang terbaik so far.


Ok..esok aku nak makan mee rebus sedap pulak. ;)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers