Monday, January 10, 2011

going back again

terkejut.







hmm...










me and husband nak balik semula ke perlis. Baru dapat call yang my FIL masuk spital sebab heart attack. memang masa kami balik tu Ayah xberapa sihat..hope keadaan ayah okay. hmm..




.................................................................................................




aku terpaksa ponteng kelas for this week.





Sunday, January 9, 2011

timur, utara, selatan..

alhamdulillah..selamat sampai ke rumah parents aku jam 230pagi tadi. my dad and husband yang bergilir drive. me and mom bergilir tido. hehehe.. seronok tengok my mom borong bunga orked kat padang besaq. selain shopping barang-barang lain. me? as usual laa..borong juga ape yang patut. hehehe..lama tak balik kan.. ;) husband cuma tolong geleng kepala aje.. hoho



erm, last week kami balik dari kelantan. this week balik dari perlis. minggu depan target nak ke johor pulak. ke timur sudah.. ke utara sudah..ke selatan pulak. hehe..tapi ni dengan tujuan yang agak serius. berubat. *sigh*


actually, aku dalam keadaan sangat fragile sekarang ni. Inside la ye. Luaran memang orang nampak normal. Kadang-kadang ada yang kata nampak tough. yelah, nak cakap aku gemok macam kasaq sangat kan. so kata laa aku nampak tough. memang nak kena debik. haha..



aku tak tahu kenapa tapi memang aku down aje. kejap cam sedih. kejap cam marah. kejap macam gloomy. kejap cam happy. kejap cam sakit. huhuhu..maybe aku terlalu over think kot. hmm...



okay. now everyone sibuk tengok AJL. husband balik awal semata-mata nak tengok bola. itu la padahnya bila ada astro dah kat rumah. kena la berebut kan. dan haruslah aku yang merajuk. last-last adik aku yat balik so lengkap la team depa. angkat bendera putih aku. tak dapat tengok AJL kat tv. huk huk huk. xpala..esok jela tengok update.





Friday, January 7, 2011

Laksa utagha

Hehehe...sedap!!!


Laksa perlis dan cendol. Herrkkk!! Alhamdulillah.. ;)
Sent from my BlackBerry® smartphone

Zaasss!!

Okay. Lega takde mimpi pocong lagi. ;)


Letih masih tak hilang-hilang. Fikiran masih kecamuk lg. Sebabnya banyak tapi sampai tak terluah. Takpe takpe. Multivitamin untuk bagi hati tabah ialah zikir kepada Allah..semoga Dia melapangkan hati dan fikiranku..aminn..


Dah breakfast?


Semalam breakfast di serdang, selangor. Pagi ni aku sarapan di kangar, perlis. Heee :D


Aku balik rumah mertua malam tadi with my parents.. Dalam keta me and my mOm kroihhh kroooihhhhh tidoq. Sedaq-sedaq da sampai kangaq. Hehe..


Okay, next entry BERKEMUNGKINAN BESAR pasal makanan! Hahaha..mcm xbiasa pulakkk ;)


Have a nice friday!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 6, 2011

Kerana mimpi

Huh..keletihan yang amat aku semalam. Tidur pun xboleh. Pukul 4 pagi buat entry pasal kucing..lepastu bila dapat tidur duk pulak mimpi hantu pocongg!! Terus tak leh nak tidur daa sampai ke siangg..


Dah siang sibuk ke kl ada urusan..rushing pulak nak ke kelas. Kelas plak ada dua.. Dari 3ptg sampai 9malam.. Nak nangis aku dibuatnyaaa.. Huaaaa!!! Letihhhh!!! Balik rumah sibuk dengan kerja rumah pulak..pastu siapkan susun album customer..sesambil buat choc lagi.. Uhhh...letih sampai hari ni masih terasa..


Suma gara-gara xleh tido sebab mimpi hantu!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 5, 2011

Saya mahu dia!

Comel kan????


Sangat-sangat!


Nak dia! Nak dia!


Tapi kedai ni jual mahal sangat. ;(


Saya mau kucing mcmni. Manja. Comel. Nakal. Macam saya juga. Err... ;)


Sapa ada?? Bagi saya sekor. Huhu. Pelisss..mau peluk dia kalau saya sunyi. Mau cakap dgn dia kalau saya sedih. Huhu..

............................................

Pepagi buta tetiba cakap nak kucing pulak. Memang 'sakit' betul aku ni..
Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 4, 2011

I'm craving..

Selasa ek hari ni? Aku ingatkan khamis sudah. Tak sabar nak bercuti. Itula padahnya kalau dah lama sangat bercuti. Karat-karat dah kepala otak ni. Hehe..

Aku tak tahan dah..beberapa minggu duk craving nak makan asaaamm jek. Aritu pegi kelantan siap beli sebalang tapi tak sedap last-last ke tong sampah juga. Tadi aku geram sangat beli je kat petronas. Yang jual dalam paket tu..sedapla gak banding yang aku beli kat kelantan tu. Hehe..kalau ke Penang tah bape balang aku borong..

Knowing me bukan penggemar asam-asam ni..Dari dulu..entah nape sekarang ni pantaannngg tengok jeruk,meleleeehhhh je ayaq liur nih. ;)


Sementara tunggu kereta dicuci, melantak laa jeruk tu sampai licin. Ni baru msg hubby suh belikan lagi jeruk tu..hehe..nyum nyum..



Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 3, 2011

first day @ school

Ehem!


Bebudak masuk sekolah hari ni. Sama la dengan aku juga. Masuk ke kelas dengan penuh tidak semangat dan tahap kemalasan yang sangat tinggi.. Huhu..seriusly moOd nak belajar tu tak datang-datang lagi..


Sampai rumah terus terlentang tido keletihan walhal bukan buat kerja berat ke ape. Tengah berkira-kira nak drop subject ape ni. Huhu...cuti lama memang buat semangat nak belajar terus malap.


Tapi rasanya lately ni semangat nak buat ape pun takde.. :(
Sent from my BlackBerry® smartphone

Pengarang jantung hatiku..



Haaaa...ini laaa gambar yang dijanjikan! Hehehe..lengkap sudah gadget kami. Alhamdulillah..husband pun dah jadi minat sama denganku.. Hehe..senang nak buat kerja..


Mine with my bebeh D90 and husband with D7000..sebelum tu husband da beli manual compact nikon coolpix7000. Jenuh pujuk beli lagi satu slr so semalam dia belilaa D7000 tu. Nak beli yg fullframe D700 tapi aku tak kasi. Hehe..mahal sangat. Walaupun duit dia tapi gua sayang beb duit dia tu. Hehe.. Pastu beli skali batteri grip,2 flash, and etc.



Dslr: D90, D7000, Nikon Coolpix 7000

Lens: 18-105mm, ultra wide lens 10mm-22mm f3.5,tele lens nikkor 70-300mm.

Flash: SB900, SB600, SB400, 2 battery grip,

So kalau perlukan photographer..dun hesitate to contact me yah! we'll give u the best price!

Hehehe..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 2, 2011

First entry in 2011

fuh! finally, baru ada kesempatan dan tenaga untuk menghapdet. Banyak sangat benda yang menyerabutkan kepala buatkan aku semak dan rimas. Tapi ada juga beberapa perkara menarik untuk aku share. will update it later sebab tak ambik gambar lagi. heee.. best best. ;)





Esok, memasing jadi berganda sibuk. Mana yang ada anak tu la..nak kena hantar dan uruskan mereka kan. me? argghhh..kelas dah mula esok. Malaaass. Honestly punya pengakuan. Semak dan rimas buat aku malaaasss nak ke kelas. Macam pantun pulaakk. ;)





hopefully, aku boleh score terbaik untuk sem ni. Berangan nak proceed dengan 6subjects yang dah di add tu. Tapi kalau mampu la ye. Kalau tak mampu, kena laa drop. huhuhu..Kalau aku mampu, sem depan aku dah leh habis master. hee...






humm... i would like to ask one question.. macam mana nak puaskan hati semua pihak at the same time??





sapa tahu??





aku rasa agak complicated.



Nak puas kan hati semua orang. Keadaan aku sekarang ibarat telan mati mak, luah mati bapak. Suma bercampur baur. Aku tak tahu nak buat ape sebab aku ada hidup aku sendiri. Tak kan untuk buat sesuatu dalam hidup aku perlu babitkan semua orang?? untuk aku bergembira atau membuat sesuatu hobi yang aku suka, perlu fikirkan apa yang orang lain akan fikir?? orang lain tu maksud aku those who close with me..sebab itu aku kata tersepit sekarang ni. kalau orang luar, i dont care!




stress woo!!





but that's life. i'll figure something to solve this issue.




Kebiasaannya, untuk menjaga hati orang kita perlu korbankan hati sendiri..




that's the best choice. huhuhu..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers