Thursday, March 7, 2013

Innalillah..

Assalamualaikum,

baru je rasanya update cerita tentang sahabaku yang dapat berita tentang sakit cancer ayahanda tersayang, tiba-tiba pagi tadi aku dapat khabar berita yang ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah. tumpang sedih  sebab aku kenal baik dengan keluarga beliau sejak dari aku belajar di matrik lagi.


terus hubungi hubby dan minta izin untuk menziarah beliau di pulau pinang. walaupun hubby kata jauh tapi sebab aku ni dah terbiasa sangat travel jauh-jauh sendirian dengan anak, so setakat pulau pinang dari perlis ni ape lah sangat. dua jam saja. lebih kurang travel dari kampungku ke UPM time belajar dulu. aku ajak makcik hubby untuk temankan sekali.


sekali bila sampai rumah beliau sunyi sepi takde orang. hah!?


rupanya ayahanda beliau dibawa ke kampung asalnya. terkulat kulat aku kejap dalam kereta. sebab kampung ayahanda dia pulau dan aku tak pernah langsung drive sendiri ke sana. tapi takpelah sebab dah niat nak ziarah, maka aku beranikan diri. berbekalkan GPS kat hp, redahla mencari. alhamdulillah..berjaya juga jumpa kampung lembah ria, ayer hitam. aku sampai arwah sudah dikapankan dan menunggu untuk disolatkan. takpelah, yang aku ingin ziarah adalah kawanku, untuk memberi semangat pada beliau. meleleh jugakla air mata aku tatkala memeluk kawanku. terasa juga hiba dan sedihnya hati dia. moga Allah beri ketabahan buat beliau dan keluarga.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Ameenn!

Sunday, March 3, 2013

Pray for all of u

Assalamualaikum..

Alfatihah utk komando yg terkorban ketika bertugas mempertahankan negara. Semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Berita ini sangat meruntun hati. Menangis ku lihat anak2 kecil dan anak dalam kandungan yg tiada berbapa. Oh tabahlah si ibu dan anak2. Tak tertanggung rasanya..


Letih aku tengok fb akhir2 ini. Lagi dengan kes Lahad datu.makin mengarut2.mereka membuang masa bergaduh tak tentu hala.lebih baik masa itu dimanfaatkan dengan solat hajat dan doa.moga kita semua dilindungi Allah. Tak payah nak argue sape salah sape btul. Membuang masa dan tidak berfaedah.



Dan dalam pada masa yg sama bila sahabat baik telefon menangis bila mendapat tahu ayahnya yang sakit cancer. Ăllahurabbi.. Terkedu kaku diam membisu..hanya mampu mendoakan semua yg terbaik buat ayahanda sahabatku itu. Moga beliau pulih seperti sediakala.. :'(


Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul..

Tuesday, February 19, 2013

Hidup dan dugaan

Ăssalamualaikum..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita tengok seseorang tu ceria senyum ketawa tanpa mengetahui hatinya bergolak dengan dugaan yg menimpa. Setiap manusia ada dugaan yang diberi Allah berbeza2 tiap satunya..



Ada yang diberi kesusahan sebagai ujian..ada juga diberi kesenangan sbgai ujian. Bergantung pada diri menilai. Kita manusia lemah dan hina sentiasa alpa dan leka. Dunia hanya sementara..dimana bekal utk ke dunia abadi?



Selalu je kita rasa Tuhan tidak adil.memberikan ujian yang maha berat rasanya untuk dipikul sedangkan Allah sudah berjanji yang tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk dipikul. Mesti banyak hikmah yang tidak kita sedar.



Sebenarnya lately ni..aku rasa banyak perubahan yang aku ingin lakukan. Mungkin sebagai azam tahun baru yang inginkan kehidupan yang lebih baik..kehidupan yg abadi nanti. Tapi benarlah dikata org..nak buat baik tu banyak ujian dan cabarannya.



Haih entah ape yg aku bebelkan ni. Ambil lah mana yg baik dan buang mana yang buruk. :)



Bye.

Ps: meluah utk meredakan sedikit keresahan hati..

Friday, February 15, 2013

My cheesecake

Assalamualaikum..

Salam jumaat semua..

Seminggu dua ni banyak kali juga aku buat cheesecake.gara2 byk stok bahan cheese cake yg hubby beli. Lagi semangat bila dia tanya.. "nape tanak buat cheesecake lagi?" dan bila tengok hubby makan cheesecake dgn byk lagi bertambah seronok nak buat.. ;)


Layan picture la ye. Baru download application baru tuk blogger ni.not sure okay ke tak.ni baru nak try..

Another story to share. Next entry kay!









Thursday, February 14, 2013

im back!

Assalamualaikum,

akhirnya muncul kembali daku di dunia blogging nih..kiranya ini entry yang pertama lah untuk 2013. apa sebab tiba-tiba tanak privatekan? entah..rindu nak membebel kat blog. walaupun takde la ramai mana readers.

i cant sleep tonite..too many things in my head. that's why im thinking nak publickan balik blog nih. yang lepas tu lepas lah..im trying to be more positive this year. trying my best..


oklah. thats all i guess. tak leh panjang-panjang. ;)


wait till my next entry kay! lots to update! hee

Tuesday, October 16, 2012

hye hye!

Assalamualaikum,

lama tak update. sorry :)

banyak sangat benda terjadi beberapa minggu ni yang buat aju keletihan yang amat.

first of all..kek 2 bijik tuk cousin's engagment tu jadi. aku sempatla tunggu mintak dia potongkan nak rasa.hehe..sendiri buat tak merasa la kan. Tp memang sedap devil's food choc cake ni.aku buat 3 lapis dan letak creamcheese fros kat setiap lapisan tu.menambahkan lagi kesedapannya.hehe..dengan choc ganache diatas. Perghh!! hehe..tryla buat ye..

Balik kelas around 11pm terus kung kang kung kang kat dapur buat 2 bijik kek.mata dah kuyu.badan dan lembik.tp gagahkan jugaklah..huhu.. okla kan menjadi jugak ;)

ok done part tu.

sekarang dah masuk week 6. fuhh..cepat nyaaa. so dah mula berlambak2 assignment masuk. mood masih xberapa. jealous tengok kawan2 dah grad.sobs. Dorang suma batch aku. dan agak best dgn dorang.huhu..sedey xdpt konvo sama.

Btw hubby pun dah start sambung masters n busy dengan kelas dia.lucky him just 2 subject jek. But now dia fahamlah kelas masters xmcm degree. letih byk keje.but seronok ;)

aisy baru je baik demam. balik dr majlis umah kazen tu tiba2 panas. tapi xteruk mcm dulu. bagi ubat terus ok sikit. Pas demam akal baru dtg. huhu..suka merajuk hempuk kepala.aduhai... geram btul.bukan apa kesian sakit kepala dibuat mcmtu. kdg2 merajuk terus meniarap n hempuk kepala kat lantai sampai gigi berdarah.sobs. Haddoii... hopefully akal ni xlama lah.

i guess thats all.

have a nice day!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, October 7, 2012

kay cee bie ;)









bila boring-boring tak tahu nak tengok movie ape dan dah bosan asyik tengok HowIMetYourMother back to back.hehe..so layan la citer ni. my fav movie.jarang tengok sebab sure meleleh je air mata tengok.


 sobs =(



ps:

kay-Ketika

cee-Cinta

bie-Bertasbih




Saturday, October 6, 2012

mission impossible?















Assalamualaikum,

subhanallah! cantik kan kek-kek ini semua?? ;) terliur tak? heee


actually, next week i need to make 2 cakes for my cousin engagement. she asked me to do for both side. so pening kepala aku nak cari design cun-cun. hopefully i can make it nice and beautiful for her. she'd help me alot during my wedding preparation so its time to 'balas jasa'.hihi..


actually she requested chocolate cake for her and carrot cake for him. so my plan nak buat devil food choc cake utk die.decoration masih not sure.hope menjadi lah!


wish me luck ;)

Friday, October 5, 2012

Pray, Pray and Pray!


Assalamualaikum..


MasyaAllah, kejap saja dah jumaat. Cepat sungguh masa berlalu. Pernah terfikir, apakah aku sudah cukup manfaatkan masa yang ada?kadang-kadang mengeluh masa seolah tak cukup. Bukan tak cukup, tapi kita sendiri yang tidak pandai mengatur. 


seseorang pernah berkata, kalau kita sentiasa negative, segala yang mudah menjadi susah, apatah lagi yang susah, jadi bertambah-tambah susah. Jadi, kena lah tukar pemikiran kita menjadi seorang yang lebih positif. Banyak juga kebaikannya. Tapi, biar berpada-pada. Pegang pada yang nyata. Kalau terlalu positif, kadang kala seperti tidak boleh menerima kenyataan pula. =) masing-masing faham kan?



aku mahu positif. Insyaallah, Allah ada untuk membantu asalkan kita berusaha. Kalau takde duit, tak boleh lah nak doa mintak Allah turunkan duit dari langit. ish ish..kena mintak Allah murahkan rezeki pada kita, minta diberi peluang mencari rezeki yang halal. apa yang perlu kita kena USAHA. takde rezeki datang bergolek. =) Insyaallah ada rezeki untuk ku.



kadang kala jadi tak yakin dengan diri sendiri. Mampukah aku buat?perkara yang buat aku risau sekarang adalah subject statistic ni. Rasa macam teruk benar aku nak faham. Memang slow betul part kira-kira ni. =( Harap-harap Allah permudahkan untuk aku memahaminya. Bila dah macamtu, usaha kena lebih kan?Insyaallah, semua akan okay =)


fitrah manusia bila dah susah baru terhegeh-hegeh berdoa mintak tolong kat Allah. Bila senang, mudah lupa diri. Sedangkan, masa senang itu juga ujian buat kita. semoga kita semua bersabar dengan ujian yang diberi oleh Allah. Tidak kira ujian dikala kesusahan, atau kesenangan. Apa pun yang diberi, kena belajar bersyukur. Untuk bersyukur pada Allah, tak semestinya kena tullis status FB, atau coret kat blog ke ape kan? =) doa pada Allah, berterima kasih pada Allah. Dia Maha Mengetahui  =)



Salam Jumaat semua. 


Have a nice weekend!

Wednesday, October 3, 2012

fed up!

Assalamualaikum..

lama la tak berupdate. rindu nak membebel kat blog hari-hari. Tak payah susah payah paksa orang 'dengar' apa kita nak bebel.kan?

banyak benda yang aku tengah fed up sekarang ni

fed up bila masalah internet masih tak settle lagik. line kejap ok kejap tak. tapi sejak mereka dah 'upgrade' modem dan sebagainya bulan 6 lepas till now, line TAK PERNAH laju. loading semedang. memang aku dah sangat FED UP! buat report berkali-kali. technician datang dah 2kali.modem dah ganti baru dua kali. pun tak ok. aku rasa nak hempuk je modem yang ada nih. menyusahkan aku. nak cari journal or google info ape pun payah! bencik~ menambahkan stress je


fed up dengan orang yang pandai pergunakan kita untuk kepentingan diri. masa susah pandai cari kita. time kita susah, buat-buat tak paham. hmm.. so aku rasa perlu berhenti berharap pada orang lain. selagi boleh buat sendiri, buatlah.


fed up dengan orang yang tak reti-reti nak faham situasi aku yang duduk jauh dari universiti. kalau nak buat discussion bukan pada hari aku ada kelas memang aku kena fikir berkali-kali. kalau aku tak dapat datang tu kena lah faham. so far aku jarang tak datang kalau ada discussion. tapi kalau buat pada hari yang aku takde kelas memang payah.hmm..kalau dekat takde masalah. tapi jauh, aku kena drive pergi balik 4jam. dengan letih dan kos minyak tol semua tu..just mintak faham je situasi aku. takpelah tanak faham. aku mahu berhenti berharap pada orang lain. lantaklaaahh


hmm...macam-macam hal la kan sekarang. lepas satu satu yang datang. fed up!


*hari rabu yang memang stress

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers