Tuesday, October 11, 2011

what to do..

.... when u'r in a bad mood?




Assalamualaikum,



Biasanya kalau bad mood atau tengah marah, kecewa, tak puas hati, apa yang kalian biasa buat?


pergi bercuti?


lepak dengan bestfriend?


melantak @ mentekedarah?


atau paling mudah, tidur??


haih, rasanya dalam kepala aku sekarang nak pergi bercuti bertiga jejauh. Tanak fikir benda yang dah buat aku down sekarang ni.



Monday, October 10, 2011

Day 36

Assalamualaikum,


hai, bercinta betul aku nak menghabiskan episod cerita 'kelahiran pertamaku' tu. Yelah, nak cerita moment tu balik kena dapatkan feel atau mood yang bagus juga. kang kalau tengah mood tak bagus nak cerita moment tu pun jadi haru biru pulak..


hari ni masuk hari ke 36 baby aisy dan aku berpantang. lagi 8 hari je lagi nak abis pantang.


Aisy sekarang ni makin lasak..makin comel..makin cerdik.. hehe..



dan..makin kuat tido disiang hari. hehe..susah betul nak bagi dia celik dan berjaga waktu siang..time mandi pun kena make sure dia jaga betul kalau tak melalaaak je lah. pastu pas mandi sure mau tido..


malam pulak memang akan berjaga..ikut suka dia la berapa lama..malam tadi sampai dekat kul 4 pagi ajak aku bertahajjud. huhuhu..ngantuk betul dibuatnya.pastu dia dah cerdik..xleh main sorang-sorang..sure menangis punya. mintak dukung or pangku..mintak dilayaann..memang manja budak kecik ni..





my mom pulak dah tukar dari nak panggil nenek ke panggil nani (camne tah ejanya aku tatau).. hehehe.. abah aku suh panggil embah. dah macam-macam laa mak abah aku nih. hehe.. my mom dah tak mandikan aisy dan tido sama kami. katanya tanak nanti rindu sangat asyik teringat. so dia memang biarkan aku buat suma



baju-baju pun banyak jugak yang dah tak muat. yang macam sarung nangka je pakai. cepat betul membesar. padahal baju-baju tu size 3month. yang newborn sure la tak leh pakai lagi dah. aku pun nak buat lagi topi and kasut kait tu dia.. senang leh terus ukur. dulu main agak-agak je..



ape pun, tak sabar nak tunggu abis pantang..nak bawak aisy jenjalan. plus aku pun dah naik bosan tak leh kua kemana langsung. ke klinik jelah yang sekangkang kera je dari rumah. selalu la kena tinggal berdua je dengan aisy bila suma seronok kua jenjalan.. sob sob sob





Saturday, October 8, 2011

syaitan durjana!!

Assalamualaikum,

Kalian baca paper metro hari ni?

Menyirap mendidih menggelegak darah aku baca tentang seorang bapa yang sanggup meliwat anaknya yang baru berusia 23hari semata-mata kerana mahu memuaskan nafsunya. Isteri tidak mahu melayan kerana masih dalam pantang.




Huhu..sedih dan kesian kat baby malang tu. Keadaannya kritikal. Mulut lebam kerana ditekup oleh bapanya sebab menangis masa diliwat.


Syaitan punya bapak!!


Aku berharap dia diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatan syaitannya tu. Moga Allah membalas perbuatannya. Dan dilindungi si anak dan ibunya dari syaitan itu.


Hmm..sedih teramat baca news ni.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 7, 2011

Kelahiran pertamaku - ep 2

episod pertama disini


aku copy cket perenggan terakhir.


...After few minutes kena masuk drip air tu, nurse datang bawak satu botol yang untuk cepatkan bukaan tu. Masuk je air tu dalam badan, aku terus mula rasa sakit. Tengok jam, dah tepat masuk 12 pagi, 4th september. Dah masuk birthday husband...tak dapat nak wish. huhuhu... Masa ni macam nak nangis. Seriously. Tapi aku teringat mak kata, kalau boleh jangan menangis. So aku cepat-cepat tahan dari air mata mengalir. Kalau boleh tanak menangis lagi dah. So aku cuba fokus kat kesakitan tu. Nurse suruh tido, tapi camne laaa nak tdo dengan sakit camtu kan....


aku tengok jam rasa macam lambatnya la bergerak.. bila boleh push nih? hati da makin takut bila kesakitan yang dirasa makin kuat dan kerap. nurse yang asalnya ada lebih 4 orang dalam labour room tu mula keluar sorang demi sorang. akhirnya tinggal la aku sorang-sorang dalam bilik tu... bila air tu masuk dalam badan, sakit yang di rasa tak terkata. masa tu baru la terjawab persoalan.. oh, begini sakit nak beranak.. memang TERAMAT sakit ye! Dari awal sewaktu nak cucuk masukkan drip tu nurse dah warning, kesakitan ni memang kuat dan aku perlu bersedia. nurse kata, sakit nak beranak memang sangat sakit. takdenya tak sakit. tipu lah kalau orang kata tak sakit.. itu nurse yang kata. aku diam saja masa tu..



beberapa minit berlalu. mula-mula, sakitnya aku masih mampu menahan. mulut terkumat kamit membaca ayat-ayat dan zikir yang aku ingat. air selusuh yang mak buatkan pun aku terlupa nak minum. masa ni sunyi sangat. boleh dengar detik jam berbunyi. selepas beberapa minit, aku cuba untuk lelapkan mata. aircond bilik yang sangat sejuk memang buat aku rasa nak menggigil. tak lama kemudian, doktor pelatih datang. katanya nak pecahkan air ketuban.


erk!



hati dah makin takut. Ya Allah, permudahkanlah. doaku ketika itu..


aku nampak doktor tu pegang satu benda yang panjang.. mungkin itu la alat yang digunakan untuk pecahkan air ketubanku. adoi..jangan la sakit sangat. Tapi bila di pecahkan memang tak rasa sakit. cuma tu lah, air keluar bukan main banyak lagi. lega la tak sakit kan..


then, doktor suruh rehat dan sambung tidur.


aku ingat yang ada la terlelap beberapa minit. kalau contraction tu takde, aku boleh la lelap sebentar. pastu bila sakit makin kuat dan kerap, memang tak mampu dah nak lelap. mata duk pandang syiling, pandang jam.. berapa lama lagi ni...


beberapa jam berlalu.. aku mula terdengar orang menjerit di bilik sebelah meneran.



alamak! menyeramkan................



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

akan bersambung ke episod seterusnya.. nak layan tahajjud cinta jap!hee


Thursday, October 6, 2011

Where is our home?

Ya Allah,

Murahkanlah rezekiku dan suamiku,
Permudahkanlah urusan kami,
Agar rumah yang diinginkan dapat diperolehi

Ameen ya rabb


...................................
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday (v.8)


baby aisy tido je sepanjang kenduri tu. sesekali menangis bila orang duk kacau dia tido..

Tuesday, October 4, 2011

one month

Assalamualaikum,



erm, selama ni kalau buat entry tak bersalam. sungguh tak sopan la aku ni.


Alhamdulillah..hari ni baby 'aisy genap sebulan sudah. cepatnya masa berlalu. Bila tenung dia tidur rasanya macam baru semalam sakit melahirkan dia. kadang-kadang rasa macam tak percaya aku sudah mempunyai anak..


Kepala aisy dah botak. hehe..muka pun dah jadi lain. Ahad kenduri aqiqah aisy berjalan lancar walaupun orang-orang dirumah semuanya kelam kabut sebab tak menang tangan buat kerja. Apa pun thanks alot to my family esp my parents dalam bersungguh buat kenduri tuk aisy.. gambar takde amik pun..sebab tak buat cukur jambul cam orang selalu buat tu..just baca doa selamat dan ngaji tuk baby sambil pak imam cukur sikit rambut aisy.. lagi satu sebab sapa laa nak ambik gambar dia..aku pun terlupa..


pagi tadi check up baby aisy.. alhamdulillah berat dah naik ke 3.8kg. panjang@tinggi dah 52cm. menangis jugak dia bila kena cucuk sbb nurse tu tak bagi masa aku nak pujuk dia. sblm tu mmg dia tgh merengek nangis bila kena bukak baju depan doctor. masa tu memang nak ku lempang laju2 je nurse tu. dah la main rentap je kaki anak aku. haih... memang hangin aku datang jumpa nurse kat sini.



takpelah, next month insyaallah aku dah berada kat perlis. abis pantang husband ajak balik perlis sudah. sob sob sob. what to do. aku dan aisy kena la duduk dekat dengan papanya kan.. huhu..

Friday, September 30, 2011

30 september

today is my mother's birthday yang ke 58.


hopefully makin sihat dan ceria.


dua tiga hari ni aku malas nak berhapdet sebab husband ada dirumah. so tengah menyeronokkan diri while dia tengah cuti seminggu nih. huhuhu


baby aisy semakin sihat dan aktif. huhu..aktif menyusu ye. selagi dia tak kenyang, letak je dia kat bantal dan tilam terus menangis. biasanya dekat dua tiga jam juga menyusu..huhu


minggu depan akan genap sebulan. tatau la bape berat dia sekarang. hari tu nurse datang rumah timbang dah naik ke 3.5kg. baru 20 hari masa tu.


my dad pulak dah beransur sihat dan luka pun sikit-sikit dah sembuh. cuma part ingatan dia tak berapa lagi. hmm..kalau accident yang membabitkan kepala ni memang la susah nak kata kan.. risau tengok ingatan abah yang macam tak berapa ok. kadang-kadang benda pelik-pelik yang dicakapnya. apa pun harap abah sihat la..


btw, ahad akan ada kenduri aqiqah aisy kat rumah aku nih. sebab tu dua tiga hari ni semua orang kelam kabut sibuk. abah nak juga buat this week. maybe sebab husband ada dan cuti lama. so better buat je terus.. kambing bakaq tuuu.. nyum nyum nyummmmm!!!




Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday (v.7)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, September 27, 2011

facebook vs hendapbook

Rasanya semua yang ada facebook mesti tahu dengan perubahan mendadak 'rupa' facebook kan? dah jadi makin public semua aktiviti kita buat.


gambar yang diupload dah jadi besar gabak kat wall kawan. siap buleh nampak lobang idung lagik.


pastu ada satu 'kotak' kat belah kanan paparkan aktiviti kita. apa yang kita komen, post, like kat status orang suma kawan-kawan boleh tengok. haih..


mula la masing-masing post status ni..



"KEPADA SEMUA KAWAN2 & AHLI KELUARGA SAYA DI FACEBOOK,

Boleh tolong sy utk buat satu perkara nih : halakan mouse anda pada nama saya, tunggu satu kotak keluar dan lihat pada option Subscribe. Cari "Comments & Likes" dan klik situ [uncheck the choice]. Ini utk mengelakkan apa shj komen yg sy tinggalkan pada post/status/gambar kawan2 menjadi terlalu umum hingga boleh dilihat oleh orang2 yg tak berkenaan.terima kasih banyak atas pertolongan :) lepas tu jangan lupa utk copy paste di wall anda untuk mengelakkan SETIAP PERBUATAN anda di post di bahagian kanan Home facebook dan menjadi tontonan ramai.."


sebelum ni hampir separuh 'friends' aku dah remove kat facebook tu. Rasanya kena remove lagi. Mana-mana yang aku rasa tak perlu atau takde kaitan memang perlu di remove. Makin dah tak seronok dah facebook ni kan. Yang betul-betul 'kawan' je perlu ada. Yang stalker ke ape suma tu tak perlu. semak btul. Makin dah tak seronok dah. Sekarang ni kalau tak online check fb berhari-hari pon dah tak heran dah. Nak publish ape-ape pun kena fikir banyak kali dulu skg..




hmmm...


.............................................................................


esok papa 'aisy balik. yay!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers