Saturday, August 3, 2013

Ikan bakar berempah

Assalamualaikum..


Dah macam blog masakan pulak asyik update pasal makanan. Nak update pasal diri sendiri tgh mood tak best.

Hari ni teringin nak buat sendiri ikan bakar berempah. Bila beli macam tak puas hati. Dah la mahal pastu kalau tak sedap memang tak best lah. Rasanya ramai dah tau buat kan.. Just blend je bawang cili suma..campur serai halia..aku tambah ketumbar n jintan. Blend semua dan tumis. Dah tumis sampai masak leh la perap kat ikan atau ayam yang nak dibakar tu.. Aku perap lama la jugak. Then bakar!

Walaupun duduk umah taman tidak menghalang untuk bakar guna arang ye.. Habis berasap satu rumah. Hehe..


Ok tu je babai!

Thursday, August 1, 2013

Cekodok nasi

Assalamualaikum..

Ini antara menu yang paling simple dan mengenyangkan utk aisy n juga utk aku.hehe..

Dalam bahasa lain menu malas nak masak beria2laahh..

Aku dapat idea ni bila teringat masa sekolah dulu kawan baik ada bawak cekodok nasi mak dia buat as bekal. Memang sedap. So aku tokok tambah la jadi lg marveles. Hehe

Blend nasi dengan ape2 sayur yang disukai spt carrot brokoli etc. Bleh blend kasar or halus xde hal. Pastu campur tepung..air.. Dan telur. Telur ni xletak pun ok lagi. Kecairan tu agak2 sendiri. Last sekali letak cheese yg disagat kasar. Bagi kasar2 sbb nnt gigit rasa cheese tu.. Hehe.. Sedap! Kalau buat utk baby or toddler xyah letak garam.aku buat biasa tak letak garam pun sedap aku balun sama. Yela kita kan leh cicah dengan sos.


So selamat mencuba!

Wednesday, July 31, 2013

Hujung ramadhan



Àssalamualaikum..

Kejap je dah masuk penghujung ramadhan. Bila dah hujung-hujung ni semua sibuk fikir nak beraya..

As for me takde la beria sangat. First sebab aku tak dapat nak puasa. Takde rasa seronok sangat nak raya bila tak puasa ni. Walaupun dah agak ok sikit tp masih lg mabuk2. Second sebab hubby kerja sampai raya ke 3.jadi aku kena raya kat sini dulu. :( raya ke 4 baru balik tg krg seminggu. Raya kat sini bagi aku tak semeriah di kampung aku. Biasa2 saja. Nanti cerita entry lain.

Erm..baju raya pun aku tak berminat nak beli.plus aku tak leh pakai baju kurung skrg ni. Jubah je la sentiasa. Perot dah besau. Kebetulan bulan lepas my mom ada belanja belikan sepasang jubah.so okaylah jadi baju raya. The best part is aku berjaya paksa hubby beli baju melayu warna shocking pink. Wahaha..dari first year kawen paksa xmenjadi. Itu pun sebab dia la yang gatal tangan ambik baju melayu shocking pink untuk aisy. Aku paksa dia beli sekali. Hihi..puas hati.

Kuih raya plak mak dah belikan 4jenis untuk aku. Huhu..aku baru dapat buat sejenis je..almond choc chip cookies. Tu je yg mudah dan laris.


Puasa ni sebenarnya seronok kalau duduk kampung ramai2 dengan family. Rasa meriah.. Malam2 lepas terawih kat surau bleh main bunga api or pasang pelita. Hehe.. Best2. Dah tua2 cenggini pon masih layan lagi main bunga api mercun bagai. Hehe..


Apa pun harap2 tahun depan dapat jumpa ramadhan lagi.. Ameenn..

Saturday, July 20, 2013

Malam tadi punya cerita

Assalamualaikum..

Seminggu lepas badan rasa macam dah mula kuat sedikit.dah boleh masak sikit-sikit. Tapi selepas beberapa hari jadi tak ok balik. Mula muntah loya mabuk balik. Bila dah macam tu jadi lesu jela..

Malam tadi sakit kepala sangat. Angin banyak dah naik kepala. Picit sendiri sambil duduk tepi katil. Tiba-tiba rasa nak muntah sangat dan terus bangun menuju ke bilik air. aku tak sedar ape yang jadi lepas tu. Sedar- sedar husband tarik tangan dan badan bangun. Aku pengsan tak sedar diri langsung!


Pagi tadi baru perasan sinki bilik air macam dah nak tercabut mungkin malam tadi aku jatuh dan tahan badan dan tangan pada sinki. Seriously memang tak sedar! Muntah pun tak jadi keluar. Lama aku fikir macamana boleh pengsan. Mungkin sbb low blood pressure kot.last time check up memang sedikit rendah banding kebiasaannya. Nasib baik husband ada kalau tak entah bila aku akan sedar. Dan alhamdulillah aku dan baby takde pape. Huhuu..

Kena lebih berhati- hati lepas ni..

Tuesday, July 16, 2013

Puasa puasa!!

Assalamualaikum,


lama betul tak update. berapa bulan ek? hehe

lama tak on lappy. nak update kat handphone macam takde mood. plus rasa macam tetiba boring nak berblogging kottt..

update ni pun tetiba dapat komen kawan suh update. haha..terasa semangat pulaaakkss.

kebetulan hari ini aku sihat sikit nak on lappy.

oh lupa nak bagitahu, im pregnant almost 12weeks. dah nak masuk 3 bulan. alhamdulillah. jadi boleh bayangkan tak macamana teruk aku mabuk sebelum ni?kalau yang tahu kes masa aku preggy anak first dulu,fuhh memang menguji kesabaran. alhamdulillah tak masuk wad. Doktor kat klinik dah offer dah tapi tak sanggup lak nak berpisah dengan aisy walaupun asyik bergaduh je dengan dia sekarang nih. hehe

hari ni dah berapa hari ye puasa? huu..seminggu dah kan? aku memang tak penah kira betul bab hari ni. tau2 dah habis. erm, sadly masih tak dapat nak berpuasa sebab tak mampu. walaupun ibu hamil memang tidak digalakkan berpuasa especially trimester awal ni, aku cuba juga nak puasa hari first tapi tahan sampai jam 10 pagi saja. lepas tu dah muntah-muntah lembik sampai ke esokkan harinya. aku ni walaupun muntah hanya sekali tapi badan jadi lembik selembik lembiknya! huaaa!! nak baring je. nak tidur payah sangat-sangat. tak leh bayangkan macamana bila dah sarat nanti. aku kena makan setiap sejam sekurang-kurangnya. tak leh bagi perut berbunyi lapar. angin penuh satu badan. tak makan muntah tapi bila makan jadi sebu je. macamana tu? makan sikit je boleh. kalau  makan banyak nanti pun keluar balik.


ape-ape pun semoga dipermudahkan sepanjang kehamilan ini.. dan sangat-sangat berharap baby girl! hee..

Friday, May 10, 2013

frust

Assalamualaikum,


first entry untuk bulan may. ish..kejap je dah masuk bulan 5.

lately ni malas sikit nak update blog. last week busy betul..balik kampung untuk pilihanraya dengan anak berdua saja.. sempat lepak kat taiping jumpa BFF. kalau balik dengan hubby payah la sikit nak singgah lelama. hehe..


nothing much to story. sebab mood masih tak berapa okay after pilihanraya nih. frust macam putus cinta gituu..huu..

takpelah, Allah maha mengetahui. Semoga pejuang-pejuang Islam diluar sana diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus memperjuangkan Islam.


p/s: title entry melambangkan mood diriku. huu~

Tuesday, April 30, 2013

cake and me


Assalamualaikum,


beberapa hari lepas, tiba-tiba datang aura rajin nak try new recipe yang aku jumpa. macam menarik..alhamdulillah hasilnya memang tidak mengecewakan. 

moist red velvet cake.


lama dah tak try buat sebiji cake macam ni. sebab selalu risau nak habiskan. dalam usaha nak kuruskan diri ni. masih tak berjaya..huaaa!! hubby cuma gemar cheesecake. kalau kek lain memang dia tak berapa sangat. makanya tak leh harap dia nak habiskan kek ku ini. tapi takpe, aku tau mana tempat nak habiskan cake nih. hehe..


rasanya perlu edit lagi sikit je recipe red velvet ni.. nak cari yang betul-betul kena dengan selera. 


actually aku teringin nak join kursus buat cake. dah lama teringin! dulu dapat pergi kelas buat homemade chocolate. tu jelah yang dapat. masa tu belum pregnant lagi pun. sekarang ni memang takde peluang lagi nak join kelas. huuuu.. banyak faktor mempengaruhi. kadang-kadang sentap juga ada kawan sindir nape aku tak pegi kelas baking untuk mahirkan lagi teknik dan skill buat cake. yelah, nampak sangat amatur nya aku ni. tapi aku senyap jela. sebab explain pun tak guna. people will never ever understand ur situation..

tapi aku percaya, walaupun tak pergi kursus/kelas aku masih boleh buat yang terbaik. kena rajin cuba dan cuba sampai berjaya. wahhh gitu kaann! hehe.. jauhkan jela aura-aura negative ni. :)




owh seriously cantik cake ni. nak cuba buat cake fondant n bunga macamni. masa first try buat cake fondant time aisy's first birthday memang banyak sangat kelemahan. kena cuba lagi..insyaallah



ingat nak cuba buat cake untuk wedding cousin macam atas nih. cun kan? hehehe tatau la mampu ke tak. kena cuba..



macam ni pun cantik!

it's kinda fun to do the impossible. hehe..yelah macam macaron tu. tak sangka aku dapat buat akhirnya. rasa macam nak give up juga kan. habis duit tu jangan cakaplah. tapi semangat nak buat sampai jadi tu tetap ada. dan kepuasannya tak terkata. hehe..apa pun dengan izin Allah. insyaallah! wish me luck!

Friday, April 26, 2013

Kalau tak suka..

Assalamualaikum,


tadi ternampak status seseorang kat FB yang membuat aku termenung panjang..


Ku cari status kat page Mufti Ismail Menk yang menarik untuk dikongsi bersama..






"The first step to educating those who use the most vulgar and hurtful words or make damaging false accusations is to show them how sensible your reaction is. 

If they have a heart and mind they will come to realise their mistake, learn much goodness & regret their words & accusations. 



Courtesy, kindness, sincerity and love coupled with a genuine concern for the betterment of humanity at large are prime teachings of all heavenly faiths. 




Be careful not to become bad because others are being bad to you.."







kalau tak suka apa yang orang lain buat, tak yah la kita pun meroyan sama kat FB. walaupun itu FB kita. sebab apa yang kita cakap tu melambangkan diri kita. takut nanti kena kat muka sendiri ibarat meludah ke langit. hari ini kita kata orang, esok-esok kita buat macamtu. 



kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tulis kat FB tu boleh menyakitkan hati orang lain secara tidak sengaja. 



contohnya macam, 


"buat ape makan collagen-collagen ni baik duit tu buat beli makanan yang lagi elok.." 


"buat ape makan rumpai laut tu??murah pon tapi takde collagen.."



habis sentap kawan-kawan yang dok makan atau jual benda tu. (macam aku lah kan..huaa)



contoh jelah.. maksudnya hati-hati dengan apa yang kita nak cakap dan buat walaupun itu FB kita sendiri tapi bukan kita saja yang lihat kan?




Thursday, April 25, 2013

Throwback Thursday (v.1)

Assalamualaikum,

ini pic masa first year kat main campus UIA Gombak. tahun 2004 kalau tak silap aku lah. lama jugak dah berlalu..hehe



my bff gituu


saja teringat nak godek gambar lama. tak banyak aku jumpa. rasanya pic banyak dalam hard copy. tu pun entah mana letak album pic lama ni. dulu masa masuk 2nd year aku hilang satu album besar gambar zaman matrik dan 1st year dgn kawan-kawan. sedih betul. takde soft copy pun. ;( 

ini jelah yang ada. 


godek-godek gambar lama ni nak tengok beza betapa kurusnya aku banding sekarang nih. huaaa!!! siap letak gambar kurus kat laptop ni nak bagi naikkan semangat. bila laaaa nak kurus cenggini balik. ;(



 agak-agak nak melantak macam naga kebuluq bleh la tengok gambar dulu-dulu, sure tak lalu nak makan. hahaha


ps: kan best kalau dok dekat-dekat dgn kawan. leh buat aktiviti mcm dulu2. heee ;)

ni berchatting jelaaa mcm couple bercinta. haha rindu wehh!

lelong! lelong! lelong!

Assalamualaikum,

hari ni ada sale sikit. sape-sape yang berminat boleh la contact saya ya. just for today! 



SALE FOR TODAY!! 

MAIXARA C-SENTIAL: RM85 (NP: RM99.90)

Milky G: RM90/1kotak, RM230/3kotak (NP: 1 BOX RM100,2 BOX RM190, 3 BOX RM260) 

FerWhite: RM90 (NP:RM95)

BEDAK ARAB 50G : RM46 (NP: RM60)

BEDAK ARAB : 25G : RM39 (NP: RM45)

FELINNA LOTION : RM67 (NP: RM75)

FELINNA PMCVC : RM70 (NP: RM85)

X-LOSS PURE TEABERRY JUICE: RM105 (NP:RM110)

all include postage (except sabah sarawah pls add RM4 only)

PM me now! or sms/whatsapp 0196760886


check out our page!


walaupun ini blog personal, tapi takpelah..iklan kan jelah. mana tahu ada yang sudi. :)

have a nice day friends!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers