Thursday, June 7, 2012

stress mommy

Assalamualaikum,



aisy dalam frasa menguji kesabaran maknya. huhu..dia berubah perangai so aku ambik masa nak adjust dan faham. semua berubah. makan dan minum susu payah. kena ikut mood dia.ada waktu aku buat tak mau minum langsung. bila nak minum terkurang pastu merajuk. bila dah merajuk nak pujuk punyalah payah. hadoi..perangai sapa aisy ikut nih? (buat-buat tak tahu..haha).   makan tak laju macam dulu. especially bubur nasi. bagi biskut baby, yogurt boleh habis berbungkus-bungkus.huhuhu..td aku guna trick bagi yogurt satu bekas kecik tu then baru bagi bubur. nak la makan separuh. kalau tak dua jam pun tak habis2 buburnya. kalau pasta makan laju gak. esok ingat nak buat kentang je tuk dia.



pastu kalau dah terjaga even pukul 3 pagi, nak tidur balik punya lah payah! dia cakar muka aku habis calar balar.huhuhu..sampai ke pagi aku tak leh tidur.macam-macam akal dia. sabar jelah kan.. manja habis budak sorang nih. geraaam je tengok gaya dia tuh.huhu



aku tgh stress nak siapkan research article and submit selasa depan. isnin depan plak exam. satu hape tak study. hmm...habis sem kena balik perlis pulak. huhu




ntahlah..banyak benda buat aku stress. nak cakap pun menambah sakit hati. orang hanya pandai cakap je, bila dah kena kat batang hidung sendiri baru tahu rasanya macamana..kan?


dah baik aku stop. tengah mood negative.


.

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday (v.29)

tak jadi nak upload gambar aisy.later2 k coz i just got this lovely wed anniversary card from my lovely friend. huhu..speechless aku baca kad nih. tq dear!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, June 5, 2012

9 months lil pumpkin

Assalamualaikum,

1-sikecik dah masuk bulan ke 9 semalam. ;)

2-dah tumbuh dua batang gigi bawah. seriau nak bagi dia gigit jari. lebam siut. 

3-sangat-sangat-sangat-sangaaaaaaattt la aktif. huhu..aku tatau la mana dia dapat vitamin cenggitu. the moment bukak mata sampai mata dah bengkak merah ngantuk pun nak main jugak. kaki tak leh duduk diam. menendang bukan main.

4-gaya macam budak besar. tengok orang makan ape, sibuk nak makan sama. tengok orang buat ape, nak ikut buat sama. so kita kena kawal percakapan dan perlakuan agar yang baik-baik saja jadi ikutan. huhu..

5- dah start makan ikan. aku try bagi ikan merah. salmon dah beli. tapi belum bagi lagi. so far ok. dia kuat makan sekarang dan tak mau minum susu sangat. baru start perangai tu minggu ni. aku masak satu pot bubur nasi dia boleh habiskan sehari. huhuhu..sukaaaaa makan cheese like his mommy! hahaha ada genglah..

6-manja sangat. tak leh main sorang-sorang.kena orang teman dan main sama dengan dia. kalau tak, menangis macam kena dera. haih, drama!

7-mommy dia kemaruk nak beli macam-macam mainan kat dia. huhuhu..

8- jari dah tercepit bawah pintu bilik air. nasib baik merah sikit. maknya ni dah bape kali kepit kuku dia sampai berdarah-darah. sobs. sory baby.

9- suka cakar, tenyeh, cubit dan sebagainya kat muka orang. lagi-lagi kalau orang tengah dukung dia. sebab tu kuku xleh panjang sikit pun. muka kita yang calar balar dikerjakan.

10- dah pandai merangkak sikit-sikit. dah pandai memanjat. suka panjat badan mak dia esp time nak tidur. manjaaaaa!

11- macam-macam ekspresi muka dia nih. suka angkat kening sebelah (dari umur sebulan), suka termenung jauh, suka senyum ketawa.. 

12- macam bunyi suara dia pandai buat. gayanya macam nak cakap. tapi bahasa planet mana dia cakap pun tak pasti. haha

oklah, tu je. hehe..esok aku upload gambar-gambar dia pulak dari lahir sampai sekarang. tengok bezanya. ;)

Saturday, June 2, 2012

Random thoughts (v.1)

Assalamualaikum..


1- Banyak perkara yang berlaku diluar jangkaan kita. kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.      He is the best Planner. 

2- Bila seseorang berada dalam keadaan negative, sebagai contoh berduka hiba, sedih, menangis, dan sebagainya..perkataan yang tak boleh diucapkan pada orang tersebut ialah 'sabar'. agak-agak kalau kita tengah marah atau sedih, bila cakap sabar boleh redakan emosinya? makin membuak-buak lagi ada lah kan?ibarat menuang petrol pada api sedang marak. 

3- Selalu orang kata, 'aku tak hipokrit, aku tak suka hipokrit, inilah diri aku yang sebenarnya..'- betul ke kita tak hipokrit?hipokrit tu berpura-pura kan?cuba fikir balik, ada waktunya memang kita semua hipokrit kan?ada waktunya kita memang perlu hipokrit..sebagai contoh, katakan kita tak puas hati dengan boss, adakah kita boleh terus hambur marah lepas rasa ikut suka hati kat boss?mesti kita terpaksa senyum sengih macam kerang busuk (apalah salah kerang pulak nih) depan boss walaupun dia maki kita ikut suka ja kan? terpaksa lah hipokrit..sama juga dengan situasi lain. Dalam hidup, kita memang perlu bersikap sebegitu..untuk apa?mengajar diri jadi lebih sabar. dapat mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham. 

kadang-kadang kata BFF lah kan?cuba kalau sound direct kat kawan tu, 'ko nih buruk la pakai baju ketat-ketat macam sarung nangka..lemak lipat sana sini..'-agak-agak dia sentap tak? jadi lagi ke BFF tuh? nak cakap boring la dengar kawan ni membebel benda yang samaaaa jek. tak habis-habis. jadi kenalah hipokrit tahan telinga walaupun dalam hati rasa nak bagi pelempaaang je kan kan? ;)

4- Ada orang jenis, 'go with the flow'. Bagi aku, ada waktunya kita kena rancang juga. aku lebih suka sesuatu yang teratur. Kalau tak ikut rancangan takpe, tapi at least ada sesuatu yang guide kita. contoh, katakan nak pergi bercuti, aku lebih suka kalau sebelum bercuti tu, buat survey hotel secara online..kalau ok boleh book terus. then, plan ape nak buat, nak pergi mana. tu sebagai contoh lah... 


5- suka tengok orang yang ada prinsip dan pendirian hidup yang kuat. prinsip yang baik la maksud aku. 

6- lately ni isu yang banyak aku dan orang disekelilingku cakap tentang 'retirement'. aktiviti yang dilakukan after bersara. aku suka sembang dengan orang 'senior' nih. hehe..kebanyakan mereka ada rancangan apa yang nak dilakukan selepas bersara. ada yang bagus, ada yang kureng sikitlah. sebenarnya isu retirement ni pernah nak jadi topic thesisku dulu. sebab aku tengok my parents yang sentiasa padat dengan aktiviti untuk memenuhi masa lapang mereka. i guess, will talk about this in separate entry. panjang nak cerita.. ;)

7- kadang-kadang kita rasa tak suka dengan sesuatu benda tu sebab persepsi kita sendiri, ada yang kita dah cuba dan rasa tak suka dan terus tanak cuba lagi. sebagai contoh, dulu aku makan shushi rasa tak sedap langsung siap muntah wek weeekkk lagi. haha..now dah boleh makan lah. kelmarin siap buat shushi sendiri lagik! nyum nyum. hehe..my mom tak suka makan nugget, hot dog bla bla..tapi pagi tadi, dia try makan nugget kata sedap pulak. hehehe... cuba fikir apa benda yang kita tak suka, bila dah cuba lagi terus jadi suka. ;)


oklah. anak dah bangun. boring sebenarnya nih! 






Friday, June 1, 2012

together

Assalamualaikum...


1-tak berhapdet sbb busy la kononnya..spend time dgn hubby n sikecik..


2-pic mee udang yg sedap.dtg tg karang jgn lupa singgah makan mee udang kat batu 10.sedap!


3-isy first time makan pasta..with homemade sauce. Pasta tu dia suka tp sbb aisy malas nak mengunyah..die luah balik.aku kena blend kasar pasta tu bari dia nak.padahal dah kua 2 batang gigi dah.sauce nya aku tumis bawang dgn olive oil..letak dua biji tomato dan labu..oh lupa daging cincang.then blend halus..sedap..aku pun tunpang makan sekali.haha


happy weekend all!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 28, 2012

2 years



assalamualaikum..


syukur alhamdulillah. today is our 2nd anniversary. kejap je dah dua tahun. my hubby still kat perlis and me busy super duper dengan kelas dan seminar bla bla bla. i dont know ape nak bagi kat dia. huhu..but i already got mine..galaxy note 2 months ago. after bbku mengong tu, he bought me the new hp.huhu..terharu. syukur..tq hunny!



berharap kami akan tabah menghadapi segala dugaan bersama. seriously,marriage is not easy. hehe..




looking forward to meet him soon.its been a month kami tak jumpa. sobs ;(




oklah. im too tired with today's seminar. but happy coz everyone love my rainbow cuppies and also fried beef macaroni. puji bukan main my lecturer tu. =)





Sunday, May 27, 2012

makan makan badan bam bam

Assalamualaikum..


1-harini aku sibuk siapkan mini cupcakes tuk program seminar esok.dpt buat dlm 60 lebih saja.kalau sempat esok aku bake lagi.tataula sedap ke x.huhu..first time buat rainbow cupcakes ni.


2-antara aktiviti family yg aku suka buat ialah memasak!kami adik beradik mmg suka sgt masak.kalau suma ada mmg dapur ni jd riuh rendah.haha..td my lil bro buat bergedil dn bihun sup n kerabu sotong.nyum2..


3-my mom kata die suka tgk anak2 die memasak sebab dia dah 'pencen'. kiranya keje memasak pun 'pencen' sekali lah..


4-rindu nak masak tuk hubby.


5-aisy mmg xleh makan labu.td try bgi labu dgn campur dlm bubur nasi die..byk kali muntah..angin kan.huhu


6-rasa seronok sgt memasak sampai asyik keje googke resepi jek.assignment belambak2 xsiap.the moment ngadap assignment mata terus ngntuk!


oklah..thats all.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 26, 2012

mari berbudi pada tanah

Assalamualaikum..


ni semua kerja my mom n my dad.suma suka berkebun.aku pun suka..syok je tengok banyak sayur2 menjadik. bestkan?badan sihat..isi masa lapang.. ;)




ps: patung orang2 tu memang menakutkan kalau drive blk umah malam2.hahaa


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 25, 2012

cerita semalam

Assalamualaikum,

cerita semalam...


1) semalam (hari khamis) pagi sewaktu on the way ke kelas, aku nyaris terlibat dalam kemalangan langgar 'bontot' di traffic light. puncanya? ada kereta tiba-tiba nak belok ke kanan dan sangat lambat nak bagi signal. kereta semuanya tengah tekan minyak, sebab betul2 lepas traffic light tengah hijau. aku memang tak laju mana pun walaupun tengah tekan minyak. aku nampak myvi depan terpaksa brek emergency dan kereta perdana belakangnya terus langgar. teruk jugaklah. aku belakang perdana tu terkaku kejap. aku brek dan berharap kereta belakang tak langgar lah kan.. huhu..syukur alhamdulillah..

motifnya disini, please la kalau nak belok ke ape, pasang signal awal-awal. bagi pemandu belakang anda bersedia. jangan jadi selfish. ini membabitkan nyawa orang lain. kalau anda bawak kereta hanya menyusahkan orang dan bahayakan nyawa orang lain, lebih baik tak payah bawak kereta tu..kes langgar sebegini dah banyak sangat terjadi kan?sia-sia je ada signal kat kereta tu tapi tak pakai..


2) kisah si gagak hitam tu, aku cuba la jadi cool dan malas nak berperang lagi dengan dia kan..kami sibuk ambik gambar each one of us utk letak kat slide powerpoint for presentation this monday, dia pun posing la pakai kain ihram aku bawak tu dan aku snap pic using my hp. sebelum bagi pakai kain ihram tu pun dia gegelak macam mengejek bila nampak aku pakai jubah hitam dan yang lain pakai ihram. hish! bila dia tengok gambar dalam hp tu cecepat kata... "delete it, delete it, delete it, i dont like all the pics. its too dark!".

tak rasa nak bagi tapak kaki ke kat muka dia?menyirap darah naik ke muka. dah dia memang gelap macamtu, nak cerah camne. aku dah pakai flash dan ambik diluar yang memang terang benderang bagai. dia boleh kata cenggitu..haih..kang aku sound jadi gaduh lagi. terus aku pass suruh group member ambik gambar dan 'layan' perangai gedik dia tu. jangan aku jumpa lagi manusia perangai macamni lagi udahlah..


ok. tu je nak cerita. yang lain next entry if aku ada masa. tengah kelam kabut siapkan assignment yang due date semuanya seminggu dua lagi. sebab semester dah nak habis! hee..sem ni hanya ada satu exam saja. subject lain xde final exam. ganti dengan project lain. huuu.. final presentation seminar sangat menggerunkaaann! selamat berhujung minggu!




ps: i made this blueberry cheese tart. nyummeeeeehhh!! sapa nak meh jemput datang rumah. kihkih..

Thursday, May 24, 2012

Al-fatihah

Assalamualaikum,


aku baru je tahu yang norma dah meninggal dunia semalam. Innalillahiwainnailaihirajiun...


kawan share kat fb.


pada yang mengikuti kisah norma+talib ni mesti kenal arwah. aku ada post tentang arwah sebelum ni. dan buat kesekian kalinya hati jadi sayu..sebak..tapi Allah lebih menyayangi beliau.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


:'( sobs

boleh baca kisah arwah disini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers