Tuesday, May 8, 2012

8months check up

Assalamualaikum,


aisy dah masuk 8 bulan last week. aku nyaris terlupa hari ni check up dia. nasib baik ingat. kelam kabut siapkan dia pergi klinik. just check up biasa je takde injection.


berat naik ke 8.2kg. tinggi 72cm kot. lupa dah tinggi dia. so far oklah..berat dia tu just nice. tak debab tak kurus. risau gak tak naik sebab masa dia demam tu timbang kat klinik swasta just 7.5kg saje. last timbang masa 6 bulan 7.3kg. so dalam dua bulan naik hampir 1kg oklah kan.. Aisy aktif. senang sangat berpeluh.. exercise terlebih budak sorang ni. maknya je tak terexercise.. dok berangan naik treadmill je. hehe..


aisy tak pandai ape sangat..akal dia cuma more to perangai..macam-macam perangai dia sekarang. fuh! mencabar jaga dia..hehe.. duduk dah boleh cuma tak stabil. mengesot dah laju jugak. angkat bontot pun dah boleh.. gigi macam tak lama lagi nak tumbuh sebab dok asah gusi memanjang. sian dia..gatal sangat gusinya tu..kadang-kadang die dok gigit muka hidung aku nak tenyeh gusi dia. ish ish..


hope aisy membesar dengan sihat dan kuat. jadi anak yang soleh dan baik hendaknya..



that's all.

 have a nice day..

Monday, May 7, 2012

exhausted

assalamualaikum


actually i made one entry during class time petang td.ingatkan dh publish tp bila check xde entry tu kemana tah.ish ish..


done with presentation today. so far ok puas hati coz i think this time was far better than last presentation.hope can improve lagi..my foreigner classmate pun ada yg puji kata bagus. *kembanggg ;)*


tapi yg buat aku upset ialah my lecturer. die mcm xsuka kat aku even mcmana bgus aku buat she still didint remember me. kalau yg tang buruk org len buat suma die igt aku. cth td classmate aku bising kt lecturer tu mintak extra pages bla bla suma tp bila discuss after class die igt yg ckp psl benda tu aku padahal org lain. pissed off. pastu slide yg aku present tu bagus die bleh kata org len.padahal group aku.dan aku yg buat.down down. Tp aku cecepat la explain aku yg present slide tu dn bukan aku yg ckp psl pages bla bla bla tu..sobs


pastu die sebut nama aku dlm class sbb kononnya aku xnah ckp pape.padahal aku dh 2kali present.huaaaa!!! seriously aku bengang.tah hape mslh die dgn aku pun tatau.disebabkan itu aku sanggup nk present buat kali ke 3. huhuhuhu.. Letih yg amat.satu subject ni mcm sepuluh subject dibuatnya. every week present. plus project paper lg.bertabahlahhh...


right now im too tired but i cudnt sleep. my mind cant stop thinking bout assignments. what to do..inilah'seronoknya' bila jadi pelajar.. ;)


nite nite!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 6, 2012

musim kenduri

Assalamualaikum..


masuk bulan mengawan sudah. bulan 5 dan 6 memang jad favourite orang buat kenduri.aku pun kawen bulan 5 juge..


baru balik dr kenduri kt kuantan. congrats kak anis dan abang kamal. semoga bahagia selalu. takde hadiah ape nak bagi so buatkan choc love box dan choc cupcakes.rushing buat dalam masa beberapa jam.


bawak aisy kali ni agak mencabar. dia sejak baik dari demam jadi makin super duper aktif dan lasak. Biasa tdo tapi sampai sana xmau tdo sibuk paksa diri berjaga.aku pun dah jadi zombi.duk uma lain die jadi payah nak tdo. budak ni memang nak tdo kena aircond aje. huhu..kena train die tdo tanpa aircond.


siangnya dok bukak baju pakai pampers je sebab peluh.aktif xmau duduk diam.tu belum pandai jalan or merangkak.baru ngesot guling-guling.kalau dah pandai berjalan lagi jenuh nak kawal dia. skg dah pandai berdrama. Tau jejerit nangis kuat2 nak suh orang dukung dia. kalau xdilayan lagi kuat nangis siap berairmata.bila kita angkat je terus sengih2..mmg budak sorang nih..suka guna tektik tu..ish ishh


so skrg agak mencabar aku nk buat keje.nak tgu dia tdo memang lambat. kadang2 sbb penat dengan aku skali terbabas tdo.hehe..


Mggu depan aku ada dua individual presentation.hope suma ok.huhu..


oklah happy sunday!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

Wordless Wednesday (v.25)


my second carrot cake. ordered by regular customer.huhu..harap2 beliau suka. kek fondant carrot cake yg aku buat tu dah selamat dihangkut blk oleh maid sbb salah faham.tak dapat nk bg parents rasa. down betul.dua hari aku siapkan cake tu..huhu..nk buat camne xde rezeki.

Sunday, April 29, 2012

This is not a drive by

Assalamualaikum,

dari hari tu cari lagu ni tapi tatau ape tajuknya dan penyanyinya..baru tadi DJ radio tu sebut..terusla cari kat youtube..


layaaann..





train: drive by



happy sunday all!



Saturday, April 28, 2012

carrot walnut fondant cake

Assalamualaikum,


pertama kali buat carrot cake. Dan pertama kali juga buat fondant cake. saja gatal nak try buat.so dah tau sedikit sebanyak macamana nk buat cake fondant.dan aku rasa boleh la lps ni amik order.hehehee..


carrot walnut cake ni mmg sedapla bg aku.resepi aku pakai dari joybaking.suma resepi dan cara dari web tu memang menjadi suma cake aku. actually kepala aku sangat serabut dengan assignment yang sangat complicated.jadi nak release tensen dan buat aku lupa sebentar psl assignment adalah dengan buat cake.memang leka! hehe


lepasni bolehla beli sikit2 peralatan buat fondant ni.no wonder cake ni mahal.nak buat renyah.nak uli2..warna..buat bentuk..kalau dah expert senangla kan.tp nk dptkan skill expert tu yg mahal..


oklah..thats all.


ps: aisy dh sihat tak demam. tp badan naik merah2 mcm udang kena bakar.esp kalau time berpeluh..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

supermak

Assalamualaikum..


hari ni masuk hari ke 3 aisy demam. minggu ni aku decide tak mau pergi ke semua kelas.sian nak tinggalkan aisy yang tgh meragam.


dua malam berturut aku ke hospital. suhu malam td tinggi 39.8 buat aku terkejut beruk.huhu..terus ku bogelkan sikecik dan lap badan dia.memang sebelum tu aku letak kain basah kat kepala dan badan. Bila suhu turun ke 38.6 aku siap2kan dia nk ke hospital.nasib baik ada adik. kalau tak aku drive sendiri la dgn aisy. huhu


bila dia demam ni memang macam2 perangai dia.kena double triple sabar.tak leh tinggalkan even sesaat pun.nnt melalak2 la dia.tdur nk kena peluk.pastu setengah jam dah bangun. sian dia.teringat masa aku dok spital dulu demam sampai 40.mmg tak tertahan bdn.sian sikecik nih..


tp tula bila anak sakit dlm keadaan aku sorang2 ni memang mencabar.dan dlm waktu yg sama group member assignment email suruh siapkan keje dan sebagainya. down btul aku.bukan sengaja nak elak dan bukan aku tanak buat..tp keadaan aku skg agak payah.cuma bgla masa sikit kat aku.huhu..sebelum ni aku bg spenuh komitmen even aku duk jauh.sesekali jd mcmni tlgla faham kan..org laki bleh la nk fokus buat keje tp kita jd mak ni sume benda nk kena buat..lg2 kalau anak sakit kena fokus kt dia je.mcmana aku nk buat assignment?mlm td cuba paksa diri stay up till 2pagi je yg mampu.seharian dh letih.huhu


haih..dah aku explain pun kalau tak leh consider nak kata ape kan. Sabar jelah.. Dugaan..jadi supermak macamnilah..moga2 aisy cepat sembuh..akal apelah dia dpt lepas demam nih..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 22, 2012

cerita tv dan aku. eh?

Assalamualaikum,


Terbaca satu artikel menarik untuk dikongsi bersama.





............................

Bahaya TV kepada bayi dan anak kecil
NO TV BEFORE AGE 2!!
-------------------------
Zaman kini TV, internet, Ipad, tab, PSP menjadi kegilaan masyarakat kita. Bukan saja dewasa, malah kanak-kanak pun turut terlibat. Tidak pelik jika sekarang kanak-kanak kecil pun sudah biasa dengan TV, ipad, internet dan seangkatan dengan. Ada juga ibu atau penjaga yang menggunakan TV untuk memudahkan mereka membuat rutin harian. Membiarkan TV ditonton oleh bayi dan anak kecil supaya anak kecil tersebut tidak menangis dan leka menontonnya supaya mereka dapat membuat kerja rumah yang lain.

Antara buku yang saya sangat sukai dalam mendidik anak adalah buku Brain Rules for Baby by John Medina. Bagusnya buku ni kerana setiap hujah disokong oleh kajian yang menyeluruh.

Bagaimana nak membantu perkembangan otak bayi menjadi bayi yang bijak? Salah satunya ditekankan bahaya TV kepada bayi dan anak kecil kerana mengganggu konsentrasi / tumpuan dan kebolehan untuk fokus. Mengikut kajian, setiap tambahan 1 jam TV yang ditonton oleh anak kurang daripada umur 3 tahun, kebarangkalian masalah konsentrasi akan meningkat sebanyak 10% apabila berumur 7 tahun. Murid Pra sekolah yang menonton 3 jam TV setiap hari pula mungkin akan 30% lebih mengalami masalalh konsentrasi/ tumpuan daripada kanak-kanak yang tidak menonton TV.

Bagaimana jika hanya membiarkan TV terpasang tapi tiada yang menontonnya? - 2nd hand exposure - Masih dikira bahaya kerana 'distraction'. Dalam kajian makmal, menunjukkan 'flashing images' dan 'booming soound track' akan menggangu pemikiran dan tumpuan anak kecil termasuklan imiginasi mereka yang sangat hebat.

Saranan daripada American Association of Pediatrics:
" Pediatricians should urge parents to aoid televisions viewing for children under the age of 2. Although certain television programs may be promoted to this age group, reserach on early brain developments shows that babies and toddlers have a critical need for direct interactions with parents and other significant caregiver for healthy brain growth and the development of appropriate social, emotional, and cognitive skills"

Walaupun di pasaran terdapat banyak rancangan TV, internet, CD dan DVD serta game yang kononnya untuk 'educational' dan dapat meningkatkan IQ bayi, tapi kesan yang berlaku adalah sebaliknya.

Antara pertimbangan lain sebelum membuat keputusan untuk membiarkan anak kecil kepada 'screen world' dan TV adalah CONTENT (pengisian) yang akan anak anda dapat daripada menontonnya. Bayi dan anak kecil sangat hebat MENIRU apa yang dilihat. Bayi 13 bulan boleh mengingat sesuatu yang dilihat selama seminggu hanya dengan sekali tontonan. Dan apabila dia berumur setahun setengah dia dapat meniru selama 4 bulan hanya dengan sekali tontonan.

Tapi tidak semua tentang TV adalah buruk. Ia terpulang kepada kandungan rancangan TV yang ditonton serta mengikut umur bayi / anak kecil tersebut. Jadi saranannya:
1- Jauhkan TV daripada anak yang berumur 2 tahun ke bawah. Memang diketahui ia nya sangat sukar untuk dilakukan. Tapi sekurang-kurangnya limit exposure meraka kepada TV - seboleh mungkin.

2- Selepas umur 2 tahun, bantu anak anda memilih rancangan yang hendak ditonton. Fokus kepada rancangan TV yang membantu perkembangan intelektual mereka.

3- Tonton bersama rancangan TV yang anda pilih bersama anak anda akan membantu mereka untuk menganalisa dan berfikir secara kritikal apa yang mereka tonton. Jangan biarkan TV di bilik anak anda kerana itu boleh memburukkan keadaan.

Sumber: Brain Rules for Baby by John Medina

(Copyright Breastfeeding Zone)





........................................


aku memang tak bagi aisy tengok tv sejak dia dari lahir. Tapi dah besar sikit ni ada la kadang-kadang bagi dia tengok. huhu..Memang baby bila tengok tv or benda2 seumpamanya (ipad, tab, etc) memang leka dan 'senyap'. Aku cuba la untuk tak biasakan.. sebagai anak, dia berhak mendapat yang terbaik, dan sebagai ibubapa kita berhak berikan yang terbaik. =)


sekarang pun rasanya dah lama aku tak dapat tonton tv. setakat tengok2 tu adalah tapi takdelah duduk depan tv and betul-betul enjoy tengok. dalam kepala semak dengan assignments yang tak habis-habis selagi aku tak habis sem. kerja master memang double triple dari degree. jadi kalau ambik satu subjek boleh lagi handle..kalau dah 4subjek bayangkanlah macamana complicated otak aku dibuatnya. sebagai contoh, time degree kalau buat summary takat dua tiga chapter saja. tapi kali ni satu subjek biasanya lecturer mintak buat summary 20chapter(satu buku). huahuahuaa..tu belum dengan subjek lain. tapi dah nama belajar..standard la kan? think positive =)




tapi bab tengok tv ni aku suka kalau tengok dengan hubby. biasanya kami suka tengok cite2 kat hbo,fox etc. aku kalau tengok tv mulut memang pot pet tanya itu ini. haha..sonok kalau ada tukang layan. ;) sambil tengok tv makan kopok lekor. pergh! nasib baik aisy memang jadual tidur dia tetap sama dari awal dulu sampai sekarang.. lega..kalau boleh memang tanak biasakan dia tidur lewat. 





next 10days im gonna stay with aisy saja. my family are going to dubai leave me here. sob sob sob. eh and my brother too. sebab dia kerja. si bongsu saja ikut. haih..haih..haih..sedih betul kami berdua. ;'( rasa nak merajuk pergi batu belah batu bertangkup jek.huhuhu..



tapi takpelah, kalau aku kerja nanti, setahun mau at least 3 kali pergi bercuti. 




hehe..berangan je dulu kay




humm..oklah. i need to continue with my assignments.



Saturday, April 21, 2012

baru yang tak best!



Assalamualaikum,

terkejut betul aku tengok blogger yang baru nih. alaaa..nape dok upgrade2 lagi nih. tak best betul. bila banyak benda diletak terus serabut aku tengok. tak best tak bestttt!! nak dashboard yang lama..huhu..


facebook dengan timelinenya..blogger dengan style baru. ish tak best betul..


ambik masa laaa nak suka benda baru ni kan..


oklah..happy weekend all

Friday, April 20, 2012

baked maggi



Assalamualaikum..

sibuk macamana pun aku tetap akan cuba curi sedikit masa untuk memasak..memasak dpt release tensen aku..

so dtgla idea nk buat baked maggi ni. sepatutnya makaroni tp yg ada maggi je so belasah jelah..still nyumm!

Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers