Saturday, April 21, 2012

baru yang tak best!



Assalamualaikum,

terkejut betul aku tengok blogger yang baru nih. alaaa..nape dok upgrade2 lagi nih. tak best betul. bila banyak benda diletak terus serabut aku tengok. tak best tak bestttt!! nak dashboard yang lama..huhu..


facebook dengan timelinenya..blogger dengan style baru. ish tak best betul..


ambik masa laaa nak suka benda baru ni kan..


oklah..happy weekend all

Friday, April 20, 2012

baked maggi



Assalamualaikum..

sibuk macamana pun aku tetap akan cuba curi sedikit masa untuk memasak..memasak dpt release tensen aku..

so dtgla idea nk buat baked maggi ni. sepatutnya makaroni tp yg ada maggi je so belasah jelah..still nyumm!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday (v.24)

choc cupcakes with buttercream and fondant.


nyummyy!!


TQ my fren sbb sudi order =)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

happy tuesday!


" Think about things that make you happy. Forget things that make you sad. Because you live this life to be happy..."


#TLS


so be happy!! ;)


.............


errr..sambung buat assignment..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 16, 2012

end of one week holiday

Assalamualaikum,


abis sudah mid break seminggu.not really break pun.super duper sibuk jugak.macam2 assignment nk fikir plus melayan kerenah anak.


alhamdulillah takde tsunami masa gempa last week. on wed tu my parents mmg baru je blk dr langkawi. aku tak sedar sgt sebab betul2 baru jaga dr tdur time tu.risau juga tp syukur sbb xde apa2 serius yg jd.


emm..kalau duduk kt perlis mmg berat senang je naik.macam2 food sedap kt sana. hehe


on saturday hubby sent me n aisy back. on the way back tu singgah di The Carnivall water park di sungai petani. Dapat tiket free boleh la kan nk pergi. Aku kureng sikit pegi water park ni. boleh tu boleh tp bukan public holidays or weekend lah. aku rimas kalau ramai2 nih. dahla air tu bertakung kan..tu yg kureng cket. kt the carnivall ni baru bukak kot..tp ramai btul org. tempat xbesar sgt..n tempat mandi pun xbape luas..klaka plak tgk org ramai dok sesak2 nk berendam..


emm..now dh abis cuti. fokus balik dgn assignments. plus aisy. jadi super duper kalut sbb dh nk masuk penghujung sem.kerja makin byk n susah. pastu my parents pulak sibuk travel. This week they are all pegi dubai.leaving me n aisy. sob sob sob... :'( blk dubai nak travel jauh lg. huhuhuuu...


hmm..maybe aku ponteng satu dua class kot. cam xsyok nk tgglkan aisy kt org len. :'(


hope semuanya ok2 saja.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 13, 2012

True Friend

"A true friend is someone who never gets bored of listening to your pointless dramas over…and over again...."


so true!  :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

psycho!

Assalamualaikum,




sebelum ni hampir dua minggu aku sudah deactivate kan fb. aku rasa fb menyumbang kepada tahap stress aku. yalah, kadang-kadang nak tengok update kawan-kawan tapi ada aje benda yang annoying. so aku decide nak deactivate. okay je tak tgk fb. suddenly rasa nak tengok update dari adik yang jauh tu plus pic anak kawan yang baru deliver. so open la balik..





tetiba tadi aku dapat satu message kat inbox dari someone yang aku tak kenal and not even in my friendlist. tak bagi salam ke hape tetiba sound aku yang picture aku ni macam annoying kan dia. whaattttfff!! profile pic tu gambar aisy kot! terus menyiraaaaappp je




mutual friend tru my cousin coz satu tempat kerja. but seriously aku tak kenal dia langsung even dah tengok pic. so apahal minah nih?





then aku reply cakap pic apa yang dia maksudkan since dia bukan kawan dan aku pun takde upload apa-apa pun recently. dia reply kata "yan, aku nak remove tapi salah tekan.." lagi lah aku tak faham ape mende yang die maksudkan. siap panggil aku yan lagik tu. ish ish..




aku pun balas kata yang dia maybe salah orang sebab aku tak kenal dia dan tak faham ape yg dia cakap dan dia pun tak termasuk dalam friendlist aku.






after aku cakap macam tu ingatkan dah abis la kan..dan berharap memang dia salah orang. tetiba dia reply dengan.. "whateverlaaahhh.."



haihhhhh!




psycho!




tah hape-hape. memang remeh je..tapi aku memang rimas lah. kepala aku tengah runsing dengan assignments yang complicated suma nih tetiba ada plak manusia psycho kacau hidup aku tetiba.




sabar jelah. huhuhu..dugaan hari khamis.





Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday (v.23)

happy wednesday everyone!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 7, 2012

cerita si wartawan

Assalamualaikum,






.....................


SUASANA biasa. Demikian tanggapan perasaan penulis terhadap penduduk bandar Hatyai, Songkhla, Thailand selepas kawasan berkenaan digemparkan dengan letupan bom di tempat letak kereta Hotel Lee Garden Plaza pada Sabtu lalu. Saat menjejakkan kaki di negara jiran itu kira-kira 9 malam waktu tempatan hari kejadian selepas bertolak dari Kangar, Perlis menerusi Bukit Kayu Hitam, penulis mendapati lokasi kejadian kosong dengan ditutup garisan polis berjarak 500 meter.


Tetapi peliknya apabila hotel yang terletak bersebelahan lokasi kejadian masih beroperasi seperti biasa, malah ia turut menjadi penginapan penulis sepanjang lima hari berada di zon berdarah yang mengorbankan dua rakyat kita.
Sejurus mendaftar masuk, penulis terus menjalankan tugasan dengan mendapatkan gambaran sebenar kejadian daripada seorang peniaga yang berasal dari wilayah Pattani yang petah berbahasa Melayu.


Dia yang lebih mesra dengan panggilan Salma mampu tersenyum apabila ramai pelanggan minum dan makan di warung yang dibuka sehingga awal pagi dan berada tidak kurang 50 meter daripada lokasi kejadian.
Walaupun laluan masuk serta keseluruhan kawasan tingkat bawah hotel berkenaan musnah dan tidak ubah seperti dilanda gempa bumi, penduduk di kawasan itu masih boleh tersenyum, mungkin pengalaman membiasakan mereka.

Penulis turut berdepan dengan pengalaman baru kerana bilik mayat di salah sebuah hospital di bandar itu tidak seperti di negara ini, kerana berbau hamis dan busuk yang menusuk hidung hingga terpaksa menahan nafas beberapa ketika.Malah, pakaian mangsa yang mengalami kecederaan dibuang dan dibiarkan di satu sudut di kawasan belakang bilik berkenaan. Sumpah seranah sudah letih diucap, namun tugas tetap tugas, bau busuk mayat dan najis dihela dengan rela demi sebaris berita.




Pulang sahaja ke lokasi kejadian menaiki angkutan kota 'tut-tut' mereka, penulis turut melihat sendiri bagaimana keadaan dinding laluan dan lantai konkrit tempat letak kereta berkenaan hancur akibat dibedil bom kereta, terima kasih kepada rombongan timbalan perdana menteri mereka, kerana disebabkan mereka penulis curi-curi menyertai mereka sebelum dihalang pihak berkuasa selepas beberapa ketika. Keesokannya, banyak lagi, berada di bangunan setinggi 33 tingkat yang turut menempatkan pusat beli belah di empat tingkat bawahnya menjadi kenangan paling menakutkan buat penulis apabila berjaya menyelinap masuk ke lokasi utama kejadian.



Walaupun dikawal ketat oleh pihak tentera, penulis berlahak selamba untuk masuk ke kawasan itu bersama penduduk tempatan seolah-olah mahu mengambil motosikal yang diletakkan di situ.
Penulis juga terpaksa bersembunyi di celah-celah kereta yang mengalami kerosakan bagi mengelak dicekup pihak berkuasa untuk mendapat sudut gambar terbaik termasuk rakaman video untuk pengetahuan pembaca mengenai apa sebenarnya berlaku. Biarpun bimbang dicekup pihak berkuasa, namun penulis turut meremang bulu roma ketika berada di lokasi kejadian kerana berdepan masalah sesak nafas dan bahang panas sekali gus terbayang nasib mangsa yang berdepan dengan keadaan sebenar.



Pengalaman berkenaan menyempurnakan tugasan penulis sepanjang berada di Hatyai selepas hanya boleh melaporkan keadaan di luar dan hospital yang sememangnya turut dilaporkan semua media di Thailand mahupun Malaysia. Apa yang dilaporkan hanyalah bagi tatapan pembaca yang mahu kelainan, biarpun turut terbit rasa bimbang jika keadaan letupan bom berulang kerana dimaklumkan masih terdapat dua kereta sarat dengan bahan letupan belum ditemui.



Tetapi, ia mungkin khabar angin semata-mata dan penulis gembira kerana memperoleh suatu pengalaman paling berharga dalam hidup.Memang nyata jurang bahasa, budaya dan makanan tidak mampu diceritakan kerana ia menjadi adat biasa apabila berada di negara orang, namun jauh di sudut hati penulis berasa bersyukur menjadi anak Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.



Ditulis oleh: SMS
.........................................









Thursday, April 5, 2012

lalalala holidaayy

Assalamualaikum,


hari ni last class before bercuti seminggu. lega! ringan sikit kepala untuk seminggu even banyak assignment nak kena setelkan. naik cuti ni sure macam-macam hal lagi. ok tak mau cite pasal keje.



cuti seminggu ni aku akan balik ke perlis spend time dengan hubby. hmm..takde option lain so kena lah balik kan?sian dia rindu anak. dan rindu bini. hee ;)



hopefully berat aku tak naik la sebab kalau balik perlis ni makan sedap-sedap. dengan seafood nya..sotong goreng tepung yang aku rasa mana2 pun tak leh nak challenge lagi. dah try negeri lain suma tak leh lawan sedapnya kat kuala perlis nih. hehe.. mee rebus, pasembor, laksa bla bla bla.. hehehe..nyummehhh!



hope semuanya okay2 saja. =)



happy holiday to me!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers