Saturday, April 7, 2012

cerita si wartawan

Assalamualaikum,






.....................


SUASANA biasa. Demikian tanggapan perasaan penulis terhadap penduduk bandar Hatyai, Songkhla, Thailand selepas kawasan berkenaan digemparkan dengan letupan bom di tempat letak kereta Hotel Lee Garden Plaza pada Sabtu lalu. Saat menjejakkan kaki di negara jiran itu kira-kira 9 malam waktu tempatan hari kejadian selepas bertolak dari Kangar, Perlis menerusi Bukit Kayu Hitam, penulis mendapati lokasi kejadian kosong dengan ditutup garisan polis berjarak 500 meter.


Tetapi peliknya apabila hotel yang terletak bersebelahan lokasi kejadian masih beroperasi seperti biasa, malah ia turut menjadi penginapan penulis sepanjang lima hari berada di zon berdarah yang mengorbankan dua rakyat kita.
Sejurus mendaftar masuk, penulis terus menjalankan tugasan dengan mendapatkan gambaran sebenar kejadian daripada seorang peniaga yang berasal dari wilayah Pattani yang petah berbahasa Melayu.


Dia yang lebih mesra dengan panggilan Salma mampu tersenyum apabila ramai pelanggan minum dan makan di warung yang dibuka sehingga awal pagi dan berada tidak kurang 50 meter daripada lokasi kejadian.
Walaupun laluan masuk serta keseluruhan kawasan tingkat bawah hotel berkenaan musnah dan tidak ubah seperti dilanda gempa bumi, penduduk di kawasan itu masih boleh tersenyum, mungkin pengalaman membiasakan mereka.

Penulis turut berdepan dengan pengalaman baru kerana bilik mayat di salah sebuah hospital di bandar itu tidak seperti di negara ini, kerana berbau hamis dan busuk yang menusuk hidung hingga terpaksa menahan nafas beberapa ketika.Malah, pakaian mangsa yang mengalami kecederaan dibuang dan dibiarkan di satu sudut di kawasan belakang bilik berkenaan. Sumpah seranah sudah letih diucap, namun tugas tetap tugas, bau busuk mayat dan najis dihela dengan rela demi sebaris berita.




Pulang sahaja ke lokasi kejadian menaiki angkutan kota 'tut-tut' mereka, penulis turut melihat sendiri bagaimana keadaan dinding laluan dan lantai konkrit tempat letak kereta berkenaan hancur akibat dibedil bom kereta, terima kasih kepada rombongan timbalan perdana menteri mereka, kerana disebabkan mereka penulis curi-curi menyertai mereka sebelum dihalang pihak berkuasa selepas beberapa ketika. Keesokannya, banyak lagi, berada di bangunan setinggi 33 tingkat yang turut menempatkan pusat beli belah di empat tingkat bawahnya menjadi kenangan paling menakutkan buat penulis apabila berjaya menyelinap masuk ke lokasi utama kejadian.



Walaupun dikawal ketat oleh pihak tentera, penulis berlahak selamba untuk masuk ke kawasan itu bersama penduduk tempatan seolah-olah mahu mengambil motosikal yang diletakkan di situ.
Penulis juga terpaksa bersembunyi di celah-celah kereta yang mengalami kerosakan bagi mengelak dicekup pihak berkuasa untuk mendapat sudut gambar terbaik termasuk rakaman video untuk pengetahuan pembaca mengenai apa sebenarnya berlaku. Biarpun bimbang dicekup pihak berkuasa, namun penulis turut meremang bulu roma ketika berada di lokasi kejadian kerana berdepan masalah sesak nafas dan bahang panas sekali gus terbayang nasib mangsa yang berdepan dengan keadaan sebenar.



Pengalaman berkenaan menyempurnakan tugasan penulis sepanjang berada di Hatyai selepas hanya boleh melaporkan keadaan di luar dan hospital yang sememangnya turut dilaporkan semua media di Thailand mahupun Malaysia. Apa yang dilaporkan hanyalah bagi tatapan pembaca yang mahu kelainan, biarpun turut terbit rasa bimbang jika keadaan letupan bom berulang kerana dimaklumkan masih terdapat dua kereta sarat dengan bahan letupan belum ditemui.



Tetapi, ia mungkin khabar angin semata-mata dan penulis gembira kerana memperoleh suatu pengalaman paling berharga dalam hidup.Memang nyata jurang bahasa, budaya dan makanan tidak mampu diceritakan kerana ia menjadi adat biasa apabila berada di negara orang, namun jauh di sudut hati penulis berasa bersyukur menjadi anak Malaysia. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.



Ditulis oleh: SMS
.........................................









Thursday, April 5, 2012

lalalala holidaayy

Assalamualaikum,


hari ni last class before bercuti seminggu. lega! ringan sikit kepala untuk seminggu even banyak assignment nak kena setelkan. naik cuti ni sure macam-macam hal lagi. ok tak mau cite pasal keje.



cuti seminggu ni aku akan balik ke perlis spend time dengan hubby. hmm..takde option lain so kena lah balik kan?sian dia rindu anak. dan rindu bini. hee ;)



hopefully berat aku tak naik la sebab kalau balik perlis ni makan sedap-sedap. dengan seafood nya..sotong goreng tepung yang aku rasa mana2 pun tak leh nak challenge lagi. dah try negeri lain suma tak leh lawan sedapnya kat kuala perlis nih. hehe.. mee rebus, pasembor, laksa bla bla bla.. hehehe..nyummehhh!



hope semuanya okay2 saja. =)



happy holiday to me!

Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesday (v.22)


Assalamualaikum..


kisah bom di hatyai.



Tuesday, April 3, 2012

baldu merah



Assalamualaikum..


Meh minum petang dengan red velvet cake. Jadi la gak banding last time buat.cuma nanti nak cari pewarna merah yg bukan liquid punya.kot lagi terang ke merahnya..hehe


Nyum nyum! Jemput makan! Hee ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 2, 2012

zzzzz

Assalamualaikum..


Im still in the class but so sleepy and tired. 2 class harini from 3 to 9pm. Tambah waktu drive 4 jam pegi balik.. Huhuhu...


Hope masih boleh bertahan untuk 2 bulan lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 31, 2012

kenduri nyum nyum

Assalamualaikum..


Weekend ni rasanya masing-masing ada jemputan kenduri kan?


Ni baru balik cukur jambul anak kawan..baby damia irdina..comel je buai2 ni. Time aisy aku xbuat pun buai2 ni..buat makan2 saja. Hehe..


So far aisy behave bila aku keluar berdua dengan dia. Pandai berdikari. Dengan suma org die boleh nak ikut. Bahaya juga ni. Tp aisy memang terlebih peramah. Abis suma orang die nak agah. Bukan orang yang agah dia.


Ape pun kenduri mmg syok sebab dpt makan sedap2..hehe..tp bila timbanv rasa cam nk pitam. Huhu..


So makan tu berpada-padalah ye..


Happy weekend all!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

sakit bersama

Assalamualaikum..


Aisy dan mamanya demam...


First time si kecik ni demam. Tinggi jugak suhunya. Suma sebab jangkit dengan aku. Sian dia. Dok merengek je. Aku kat kelas time tu. Balik rumah terus bg ubat demam. Nasib baik tak lama sangat..pas bagi ubat suhu turun. Alhamdulillah....


Now dia da ok cuma aku je masih tak sihat lagi. Tapi like my mom always said..jadi mak ni sihat ke tak sihat tetap kena buat kerja... Kan?


Okla..hope isnin ni aku dah sembuh coz ada presentation


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday (v.21)

Assalamualaikum,


almost 2 am. early morning and still not sleeping. need to finish summarize three chapter to be submitted tomorrow morning.




buat esaimen sambil layan megi dan berharap anak tidak bangun dari lena..



fuhh! mencabar!


Monday, March 26, 2012

Redha dan pasrah

Assalamualaikum,



"Redha itu berserah, pasrah itu menyerah.."



Berserah pada Ilahi,menerima dengan hati ikhlas.



Menyerah kalah, menerima dengan hati terpaksa.


:)


Selamat hari Isnin!





Ps: mode pasrah. Huu


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, March 25, 2012

tips mendidik anak

Assalamualaikum,


untuk semua ibu bapa dan sesiapa sahaja, sila click link ini dan baca artikel tentang tips mendidik anak dan cara mengurangkan marah pada anak kecil.




hmm..aku masih lagi cuba menjadi yang terbaik. Dan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk Aisy. Tapi dah nama manusia, ada waktunya aku silap. Apa saja kesilapan yang aku telah lakukan pada anak, hati aku sendiri jadi sedih, hati aku jadi terluka. Itu silap aku. Apatah lagi kalau silap orang lain pada anak aku.




Aku nak buat yang terbaik untuk dia. Sebab, bila dia dewasa nanti, aku tak mahu dipersalahkan atau aku menyalahkan diri aku sendiri.





p/s: aisy masih tak mau isap botol sangat. kejap nak botol avent, kejap nak botol pureen je..kejap suma botol tak mau. haduhai...manjaaaaa nak ngempeeenggg aje.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers