Tuesday, February 14, 2012

excited mOmmy


Assalamualaikum,


Lagi dua minggu aisy akan masuk 6 bulan. Maka bermulalah episode makan untuk dia. Aku akan jadi super duper busy la kat kitchen nanti. hihi..busy la sangat kaaannn ;p



actually aku tengah dalam mode preparation untuk beri aisy makan. Walaupun ramai yang 'meracun' aku suruh bagi je aisy makan, tapi aku rasa better lah aku tunggu 6 bulan. Masa tu memang usus dan perut dia dah betul-betul ready. walaupun tanda-tanda aisy nak makan tu dah ada.


Aku kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat nak fully bf aisy since dari dia 4 bulan aritu. Asalnya sebab aku 'cedera' then berlanjutan sakit muntah bagai. Production susu jadi kurang. Aisy jadi lapar. Akhirnya mengalah juga lah aku dengan formula milk. Tapi sehari aku tak beri banyak mana pun. 3 kali maximum. sekali buat 40z. Biasanya aku bagi sekali dua sahaja. Kalau dia tak bising, aku fully bf saja. Still cuba nak tambahkan production. At least nak susukan dia sampai setahun lebih.



Before bagi aisy makan ni, aku cuba la tambah ilmu dengan baca tentang solid food for baby nih. Apa yang boleh bagi, ape yang tak boleh bagi. Apa yang elok, apa yang tak elok. Apa yang kena buat dan sebagainya. Sudu garpu pinggan mangkuk tuk aisy dah beli. Bila dah beli baru teringat ada gift dari kakak kepada my SIL. haih..takpelah, banyak pilihan tuk aisy. hehe.. buku-buku yang aku nak beli tak jumpa pula. Maybe nanti bila dah start kelas, boleh la aku usha kat kedai buku. Benda lain yang penting juga, blender. Aku ingat nak beli hand blender je. senang nak bawak travel sana sini. Tapi tak sure lagi. Sama ada beli yang boleh siap stim ke lagi senang. cuma sizenya agak bulky. itu je problemnya. Kalau rajin boleh je stim manual.




Aku prefer stim dari rebus. Khasiat tak banyak hilang kalau kita kukus banding rebus kan?



Aku juga planning nak draft menu sebulan untuk aisy. masih lagi google resepi untuk dia. =)



Cuma aku paling risau bila dia dah boleh makan ni, bila orang lain bagi makanan tanpa pengetahuan aku. Sebab banyak kes jadi budak tercekik la, salah makan lah, sakit itu ini sebab makan benda tah hape-hape. Bukan parents yang bagi tapi orang lain. baby ape tahu. semua benda dia nak masukkan dalam mulut kan? kita la yang kena pastikan dia tak makan benda yang bukan-bukan.



hopefully tak terjadi kat aisy. jauhkanlah..



baru ni aku terbaca kat somewhere, ada mak ni malas nak bangun malam bancuh susu. so dia bagi anaknya makan nestum malam-malam. baby tu dah lah baru 5 bulan. Bagi pulak makan malam-malam. It's not good for baby makan malam-malam. Sebab baby perlukan beberapa jam tuk hadam makanan-puree, bubur. Pastu bagi anak makan cheese pada baby bawah setahun. Sampaikan budak tu dah jadi obesiti dibuatnya.. ish ish..Aku tak kata maknya jahat ke ape, tapi dia perlukan nasihat/bantuan dan yang penting sokongan. Dengan kerja, nak masak tuk anak lagi..sure memenatkan.. kena tahu uruskan masa dengan baik. Aku pun tak tahu la mampu ke tak buat yang terbaik.. hmmm..




ntahlah kan..aku tatau la orang lain. Tapi aku selalu tekankan pada diri aku dan orang sekeliling,

...buat perkara yang datangkan kebaikan@manfaat pada baby/anak bukannya sesuatu yang menyenangkan ibubapa tapi mendatangkan kemudaratan buat sikecik tu...


aku selalu ingatkan diri aku dengan perkara diatas sebab ada waktunya aku juga hilang sabar, letih, tension@stress dan sebagainya. sian kat anak-anak kan?










Monday, February 13, 2012

monthly check up- 5month

Assalamualaikum,


aku ingat nak cerita benda lain. tunggu next entry.




Pagi tadi kami ke klinik untuk monthly check up Aisy. Owh si kecik sangatla behave hari nih. Siap sengih-sengih dok goda nurse lagi. Padahal nurse tu tak pandang dia pun. kihkih..Macam tahu je dia nak kena inject kan.


Berat: 7kg.
Panjang: 68cm


overall suma okaylah. BMI sedikit naik banding bulan lepas. Berat pun naik dalam 600gram sahaja. okaylah. Itu pun aku dan hubby dah naik kebas lenguh suma bila dukung dia lelama. hehe.. Bila masuk bilik untuk injection tu, Aisy dah start menangis. Dia dah sangap abis masa tu. Time dia nak tido. Jenuh aku pujuk ajak main bagi dia celik.



bila aku pangku, dia ingat aku nak susukan dia. Tak bagi mula la melalak tambah lagi aku pegang kaki dan tangan dia untuk inject tu. Meronta-ronta. Bila nurse cucuk je jarum, terus berhenti meronta dan suara menangis jadi kendur. Nurse cabut jarum, terus berhenti. hehe.. Macam takde ape yang jadi still sesengih bila papa dok agah-agah. Masuk kereta dalam beberapa minit, terus lena kat pangku aku sambil jari dalam mulut. seriously kelakar! tak sempat nak snap pic je. hehehe..nampak sangat dia mengantuk. Sebelum pegi klinik aku dah bagi susu siap-siap 4 oz. Takdela lapar sangat dia. =)




After that kami menghala ke ikea. Aku dah lama teringin nak makan meatballs tu. Dapatlah shopping sikit kat ikea. Aku nak beli buku tentang solid food untuk aisy. Plus buku-buku kisah nabi tuk bedtime stories collection tuk aisy. Buku-buku fairytales suma dah ada. Aisy belum ada dalam perut aku dah beli siap-siap.hehe.. Semalam baru mula bacakan tuk dia before tidur. Nampak dia macam suka. =) hopefully aisy suka membaca bila besar nanti..




Apapun sebagai ibubapa, aku sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sebelum itu, aku sendiri perlu berusaha untuk jadi contoh yang terbaik buat anak-anak. Kalau boleh mahu jadi role model buat mereka. Insyaallah.. =) harap-harap dapatlah improve..






Sunday, February 12, 2012

MushroOm soup with love

Assalamualaikum,


I love cooking. Especially do together with people I love. Just now, me and husband buat mushroom soup with garlic bread. We used instant yang dalam tin tu.


Tapi husband complaint cakap tak sedap so I adjust sikitlah. Letak sikit tepung gandum,blackpapper,butter dan susu cair. Itu je yang ada. Eh lupa, letak gak mozarella cheese dalam soup tu and walla!! Nyummy abis.

sambil tu buat garlic bread. Letak garlic yang dicincang, sapu butter, blackpapper dan sikit mozarella cheese. Nyummy!! Tak tipu. Tryla sendiri.. =)

Lagi sedap sebab buat dengan yang tersayang. Hee ;)

Saturday, February 11, 2012

it is awkward when..

Assalamualaikum,



it's almost 2 am in the morning. i cudnt sleep at all. Maybe i used to sleep late at night. There's something bothering me now. I feel awkward, weird when..


1) a friend of mine, pretty close since high school but never ever add me at facebook. Before this sharing fb with her husband and did not add me as a friend, but i didn't mind at all so add lah. But now i noticed her new account using real name so curious whyyyy laa she still don't want to add me. so i started to think negative and feel awkward. But i guess, it's okay if she still don't want to add me. But seriously i felt awkwaarddd.. what I did wrong to you ha?



2) hubby's office mate that I met occasionally loves to membebel to me non stop about what I suppose to do, what I shouldn't do at all and bla bla bla. I meant he talked about baby. He's old. Pangkat tok wan to aisy lah. Just now I went to stadium with hubby and aisy to watch football between perlis and ATM. So i stayed in 'bilik wartawan' lah..met him and others journalists also. Then he start membebel to me that I need to buy stroller, baby sling or carrier so it easy for me to carry aisy everywhere. I told him, I have all the stuff. Saja la malam tu tak bawak plus jenuh nak mengangkut stroller naik tangga. Plus I still able to carry aisy. Aku tak merungut ape pun tapi dia plak membebel NON STOP to me. haihhh...




when our first meeting dulu pon dia membebel itu ini kat aku. At first, aku terimalah..but now it felt awkward bila dengar dia membebel non stop. Bukan tak leh terima teguran, tapi cakap sekali sudah lah. I have all the stuff yang dia suruh beli tu. Tak rasional plak aku nak menghangkut stroller tu naik stadium kan? I just brought bantal dan towel aisy je. It's ok dia nak tegur dan bagi nasihat but seriously he talked non stop. not about aisy but other stuff too! Dok dalam bilik tu almost 2 hours, dia bercakap tak henti. oh actually, hubby left me inside the room dan merayau duduk luar sebab dia pon tak tahan dengar. hahaha...




3) some people/friends that used to be close suddenly became strangers just because we never meet after some time. I felt weird. Wondering. Not seeing each other but still contact tru facebook, twitter, etc. Tapi bila tak jumpa, jadi cam stranger walhal sebelum ni kamceng bukan main. why eh? But I believed that friends come and go. Only the real ones stay. Right? It's ok if I don't have lots of friends but I do have some close friends. I hope they stay forever. =)



That's all i guess ;)








Thursday, February 9, 2012

say hi hi

Assalamualaikum,

suma sihat?

aku ni dah macam duduk dalam gua pun ada. ingatkan hari ni selasa or rabu. rupanya dah khamis. teruk betul. lupa hari. lagi beberapa hari nak balik selangor. tatau lah nak rasa macamana because one thing for sure im going to miss my hubby lah kan.


oh baru teringat. aku payah nak update sebab kucar kacir hidup bila bb aku kena blocked. adehh..dah masuk seminggu tak berline. huhu..nak call my mom pun tak dapat. hope mak abah sihat. huhuhu..lagi best beberapa hari sebelum ni internet rosak plak. adeehh adeehhhh..so memang tak mengadap laptop la aku dibuatnya..tu yang blog ni sepi je.



hmm.. seminggu lagi sebelum start kelas. =/


Saturday, February 4, 2012

mari menjerit

assalamualaikum,


meh layan video aisy menjerit. style baru dia. kalau nangis pun suka jejerit camtu..ish geraaammm!





ari ni aisy genap 5 bulan. 13hb nanti check up untuk inject lagi. :)


Tuesday, January 31, 2012

counting the days

Assalamualaikum,


cepatnya masa berlalu. dah nak masuk bulan feb. lagi beberapa hari aisy akan masuk 5 bulan. makin cerdik makin banyak akal makin banyak emosi sikecik nih..



aku baru dapat regist subjek online tuk this upcoming semester. haih..risau risau. hampir setahun bercuti buatkan aku rasa macam baru nak daftar masuk. most of my friends dah abis or in their final semester. i still have two semester or one year to go. ni lagi beberapa hari nak mula semester baru..



Dulu risau-risau pun i managed to finish my semesters dengan baik. Masa tu takde baby lagi nak handle. paling worse pun masa went tru morning sickness. Tapi ni dah ada baby yang nak membesar jadi cabarannya agak hebat juga. Nasib baik anak baru sorang. Lagi pulak aku akan stay jauh dari hubby dan bergantung harap pada my parents. huhuhu..tatau la camne nanti..tapi moga-moga semuanya dipermudahkan. buat masa sekarang kena fikir positif dan bersedia mental dan fizikal.




=)








Sunday, January 29, 2012

Seminggu yang dramatik

Assalamualaikum,


Lama betul rasanya tak berupdate. sian blog ni bersawang-sawang. Kalau ikutkan mood memang masih malas nak buat entry. Tatau la sejak bila kan tapi aku perasan la kalau hidup aku agak 'tunggang langgang' hari tu sure aku macam malas je nak update.

Cuti CNY pun dah lama abis. Eh, tapi ada juga yang cuti sampai seminggu kan?aku ni dah nak abis tempoh bercuti. Lepas ni bersiap sedia la untuk lebam mata buat assignment suma.


Sebenarnya hidup aku berpindah randah. Kejap kat perlis kejap kat selangor. Begitulah kan..last week dua kali aku ke johor. Lepas insiden drama food poisoning tu..on 25 aku ajak hubby balik muar. Celebrate besday anak cousin. Hari tu juga aku 'kehilangan' bb (blackberry bukan baby ye). Penat dah aku selongkar beg aisy. Sebab aku dah jarang bawak handbag. Letak purse and bb dalam beg dia. Since hubby ada aku jarang dah la nak pegang hp. Plus bb tu bateri dah kong so aku simpan je dalam beg tak kuarkan.


Bila dah sampai rumah aku cari bb tak jumpa-jumpa. Call la cousin tu suh carikan but still xde kat rumah dia. Hubby pun cari gak dlm beg aisy still xde. So hati dah mula rasa kecewa. Marah dengan diri sendiri. Bb tu memang la murah je sekarang ni. Tapi it was a wedding gift from hubby. Aku sayang sungguh. Huhu..the next day call makcik aku suh carikan lagi bb tu kat rumah dia. After a while she called back n ckp still xde. masa tu aku dok tahan air mata laa dari berjurai. I hate crying in front of my mom. Tetiba mak hulur berkeping-keping note 50..


" Nak buat apa bagi duit banyak-banyak ni". Aku tanya mak.


" Ala..mak byrla cotton yg mak amik ni.."

"Tak yah la bayar. Mak amik je bape byk tak yah byr..modal n untung dah dapat pun". Balas aku.


"Amiklah..buat beli bb baru...."

Aduh! Ayat last tu buat aku sebak. Bergenang dah air mata masa tu. Sepatutnya aku yg bagi duit kat mak. Ni mak plak tak abis2 bagi duit kat aku. Huhu..I told mak bb tu hadiah dari hubby. Hukhukhuk.. Hp Nseries aku dah bagi mak. Aku tanak amik balik hp tu. Sbb nak belikan mak hp cecanggih blum ada duit lg so bagila mak pakai hp lama aku yg still baru lagi tu. redha jela bb dah hilang kan..

The next day aku ikut hubby balik perlis. Dah dua hari kat sini..entah camana bila hubby selongkar balik beg aisy tu leh jumpa plak bb. lega! Nasib baik tak beli lg hp baru. Sim card baru pun sampai hari yang sama gak. Haha.. Sengal kan? Drama btol...nasib baik aku tak beria-ia nangis. Kalau tak jenuh jadi bahan dengan laki aku tuh kang.. Hahaha.. Apapun alhamdulillah..masih rezeki aku lagi sebenarnya.. :) syukur...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 20, 2012

Lagi bayi mati tersedak susu

Assalamualaikum,

Kebelakangan ni banyak betul kejadian seperti ni kan? Innalillah..siannya baby malang tu. Sian kat ibubapanya.. tak sanggup aku nak baca cerita macam ni. Sedih..

Apa pilihan yang ibubapa ada?hantar anak ke nursery atau pusat asuhan dengan harapan anak kita dijaga sebaiknya.. Tapi ini pula yg terjadi. Bukan sikit tau kejadian macam ni berlaku. Dah terlalu banyak! di nursery pulak,kanak-kanak dan bayi yang perlu dijaga dan diberi perhatian ramai..tetapi pengasuh yang ada hanya beberapa orang saja. Sebab tu ada kes mereka bagi susu pada baby dengan sendalkan pada bantal. Dah jadi kes macamni ape pun dah tak guna.

Aku rasa mungkin bg pada orang yg kita kenal untuk jd pengasuh anak-anak. Tapi tu lah..nak cari pengasuh tu satu hal lg.kalau di kampung mungkin ramai je yg kita boleh harapkan jd pengasuh tapi dibandar?nak cari yg kita boleh percaya tu yg payah. Nak harapkan ibubapa tu bergantung pd keadaan mereka. Bg aku macam kesian kat parents sbb tanggungjawab menjaga n membesarkan anak utk mereka da tak perlu. Dah tua-tua mereka patut berehat dan tumpukan buat amal ibadat. Tapi dah jd isu macamni,pilihan apa yg kita ada kan? Aku pun terpaksa harapkan ibubapa aku juga tuk jaga aisy. Insyaallah kalau aku dah kerja nanti mungkin aku nak hire sorang nanny tuk tolong uruskan hal-hal anak-anak aku dibawah pengawasan ibubapa aku. Aku ni agak cerewet nak bagi orang jaga anak aku. Kalau pegang kasar-kasar,dok goncang-goncang anak aku memang tak suka betul. Kalau nak anta ke nursery pun at least bg dia dah boleh jalan sendiri.


Sebut pasal bibik ni lagi satu hal kan? Siapa yg ada bibik@org gaji ni lagi haru biru. Family aku pun pakai org gaji masa aku kekecik dulu. Till now hanya pakai kejap smpai noon tuk buat kerja-kerja rumah. Susah la nak percaya kt dorang ni. Kalau dah percaya, habis macam-macam hal jd. Dengan anak kita didera atau buat teruk..barang harta benda kita dikebas. Maid lari lah. Macam-macam kan.. So ape pilihan ibubapa ada? Berhenti kerja dan duduk rumah? Kalau gaji pasangan kita sorang cukup nak tampung semua perbelanjaan,mungkin bolehlah pakai option ni. Kadang-kadang fikir aku macam nak kerja sendiri je sebab senang nak uruskan hal anak dan keluarga. Entahlah.

Moga-moga Allah lindungi anak-anak aku dan kalian semua dari perkara buruk sebegini..

Thursday, January 19, 2012

Aduh seksanyaaa

Assalamualaikum,

Hari selasa aku bawak aisy berjalan ke jaybee with my bro n parents of course. Saja berjalan jumpa my family kat sana.. Dari utara sampai ke selatan si kecik ni dah berjalan.. Senang je bawak dia ni. Masuk kereta terus lena tidur. :)


Masa otw ke jb tu berhenti makan di kluang. Makan asam pedas ikan ape tah. Beberapa minit sebelum makan terus aku rasa mual yang teramat. Masa tu dalam kepala... "Aik,aku pregnant lagik ke nih?" Lepas makan, perut terus sakit dan bertambah-tambah rasa mual. Sampai ke rumah makcik kat jb tu,bermula lah episode horror aku. Muntah-muntah dan cirit birit (cb). Setiap setengah jam. Sampai tak daya dah aku nak dukung dan nyusukan sikecik ni. Terpaksa mintak adik aku jagakan. Huhu..azabnya rasa. Teringat masa aku sakit macam ni waktu pregnantkan aisy sampai masuk spital. Hati aku dah berdetik ni mesti aku keracunan makanan sampai macam ni. My mom n adik pon sama sakit. Hari ni dah masuk hari ketiga. Perut masih fragile lagi. Dok cb lagi. Makan pun sikit-sikit je. Berat aku dah makin turun. Hehe..part ni aku suka lah. Tapi tak sanggup plak nak kurus cara macamni. Seksa woo!!


So lepas ni kalau makan kat luar,kena lah berhati-hati. Makin serik aku nak makan asam pedas kat luar. Huhuuu.. Aku rasa salah satu sebab, tempat tu mungkin dah tercemar (tp my dad xsakit langsung tu yg hairan btul!) Dan aku tak sesuai makan asam pedas ikan sungai. Org tua ada kata yg ikan sungai (ikan rohu ke ape tah namanya tp spesis ikan besar2) tak sesuai buat asam pedas sbb ada org mungkin xsesuai makan. Dan aku lah salah sorangnya! Huhu..tatau dah nak buat camne bagi baik ni. Pegi klinik sampai abis dah ubat aku makan tak juga rasa baik. Maybe esok lusa okayla kot.. Insyaallah
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers