Saturday, November 26, 2011

Salam Maal hijrah

Assalamualaikum,

Salam maal hijrah. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Ilahi dan dilindungkan dari segala musibah. Semoga tahun baru ni membawa banyak perubahan yang lebih baik buat kita semua..


Nak cerita my pumpkin yang makinlaaa comel geraaam nak geget je dia.hehe..lagi 8hari aisy nak masuk 3bulan. Kejap je kan..aisy skrg dah pandai isap jari. Tapi masih xtau nak isap macamana abis semua jari tangan dimasukkan. Aisy aktif kaki kiri dan tangan kiri. Kidal kot?entah.. Kaki kanan n tangan kanan aktif juga tp bila menendang atau menggapai2 more agresif yang part kiri lah..


Sikecik ni mmg suka sangat menendang,menumbuk.hehe..aku da byk kali kena 'tumbuk' straight kat mata.husband pon kena juga.haha.. Tataula mmg baby suka menendang macam aisy or aisy ni terikut-ikut papanya yg suka main bola dan futsal. Hehe..

Da pandai gelak dengan orang..cakap bahasa dia yg sangatla comel dan klaka tu. Pastu kalau nangis mmg pandai dah jerit kuat-kuat. Tadi bwk pg wedding kwn pon dok nangis bukan main. So terpaksa laaa mamanya ni 'selak baju'. Huhuhu..


But apa pun mmg sonok. Letih mmg sangat letih tapi letih yang menyeronokkan.. ;)



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, November 24, 2011

ribut dihati

Assalamualaikum,


tajuk entry bukan main lagik ye.



hmm..sejak akhir-akhir ni banyak perkara bermain-main didalam fikiran. Bila terjadi sesuatu di luar pengetahuan aku, sedikit sebanyak mengoyah perasaan tenang di hati. Tapi aku memilih untuk memendam. Kalau luah sekadar berkias. Tak tahu lah sejauh mana aku mampu menyimpan gelora ini. Aku berharap, kesabaranku ini memberi manfaat yang baik tuk aku. Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya yang bersabar...





banyak perkara yang terjadi diluar kawalan kita. kadang-kadang tertanya apakah takdir yang telah Allah tentukan untuk kita? bila mana semuanya serba tak kena, serba tak menjadi. Tapi hanya Allah yang maha mengetahui..



semoga aku diberi kelapangan dalam segala urusan. semoga Allah memakbulkan segala doaku. semoga apa yang aku lakukan diberkatiNya..ameennn ya rabb!

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday (v.12)


saya budak bam bam suke tidooooo!!

Tuesday, November 22, 2011

27 officially ;)

Assalamualaikum,

Today is my 'tua' day. Alhamdulillah..masih dipanjangkan usia tuk menikmati kehidupan bersama insan-insan tersayang..


Thank u so much to my family n all my friends yang wish kat fb, sms suma..semoga doa kalian dimakbulkan..


At first ingatkan husband lupa besday. Aku saja senyap tak sebut pape pun pasal besday aku. Hehe..mmg dia lupa n lambat wish sejam. Tu pun sebab dok usha fb pasal malaysia menang bola tu..takpelah..aku pun dah boleh jangka. Bila ditanya apa hadiah yang aku mahu.. Diam dan tersenyum. Apa yang aku nak sekarang bukanlah handbag mahal or benda2 lain tapi ada sesuatu yang aku berharap Allah akan makbulkan impianku itu..ameenn..

tapi kalau nak bg handbeg coach ka gucci ka pon orait juge.. ;)


Apapun..thanks to hubby yg belikan sebijik kek yg sedap. Tahun lepas sepotong kek pon dia xbelikan..haha..oklah tu,hadiah besday husband kan aku dah beranak kan si aisy comel tu..hehe..hebat ape hadiah tu..xde plan ke ape..cuma dengan izin Allah aisy lahir on the same birthday dengan papanya.. Hihi..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, November 21, 2011

Cerita pendek II

Assalamualaikum,

Mudah juga buat entry cenggini..hihi

1- yay!! Malaysia menang baham garuda. Agak tensi menonton game ni sebab banyak peluang disia-siakan..


2- aku rasa kadang-kadang macam nak jadi tiger bila dok cakap dengan orang jadi serupa cakap dengan dinding.


3- aku ngidam nak makan yong taufu. Huhu


4- teringin nak bercuti ke obersi lagik..canada buleh?


5- mengharapkan sesuatu yang 'sweet' esok.. ;)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, November 20, 2011

Cerita pendek?

Assalamualaikum,

Meh nak citer pependek je ari ni..

1- sejak kahwin ni,antara benda yang aku tak suka dan juga tak pernah suka sebelum ni tetiba boleh jadi suka ialah, BOLA SEPAK!


2- bahu aku terkehel masa nak dukung aisy. How sad!


3- after almost 6days aisy tak poo, aku cakap nak bawak dia ke klinik petang ni, terus dia poo lepas dengar aku cakap. Hihihi


4- I guess to fake a smile is not an easy job for me. But others,may be good to do that.


5- laughter is not really a good medicine,tapi salah satu cara to hide the pain inside. So tengok la maharaja lawak mega ye! (Yg tak kelakar rasa nak hempuk2 jek!)


Oklah. Tu jek nk citer. Tatau nak citer kat sapa so kat blog la aku taip ye. Have a nice sunday!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, November 19, 2011

Struggling

Assalamualaikum,

Jarang dah nak dapat update hari-hari sekarang ni. I'm so not in the mood plus exhausted dengan rutin harian. Maybe sebab asyik berfikir juga turut bagi effect kat badan. Memang rasa dah tak cergas sangat..


Dah separuh bulan aisy fully bf. At first,nampak aisy macam okay. Lelama aisy nampak tak kenyang. Sebab ape? Aisy xleh tido lena lama. Paling lama dalam sejam,pastu dah jaga kekejap. Bagi direct feed berejam mcm tak kekenyang lagi. Last-last aku bagi la ebm tu dalam 4-5oz leh abis terus. Huuu..sian anak aku..tatau la bape lama aku bleh bertahan. Sian kt aisy tp nak bg yg terbaik kat dia. Kalau boleh tanak dah bg formula milk tu.huhu..

Tatau dah apa cara lagi boleh buat. Macam-macam petua aku dah cuba. Tapi aisy memang sangat kuat menyusu. Huhu.. Moga-moga dapatla terus fully bf aisy smpai 6bulan nanti..ameeenn!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, November 16, 2011

Check up

Assalamualaikum,


Alhamdulillah..aisy dah lepas check up untuk dua bulan. Berat naik up to 4.9kg. Dan panjang@tinggi 57cm. Dari dalam kereta aisy dah mula menangis..meragam sampai ke klinik. Nak tido xleh. Bila kena bogel lagi la melalak sebab sejuk air cond. Hehe.. Pas bagi susu terus lentok lena tidur..kena inject ape lagi..melalak laa kena kacau tidur kan.. Tapi dia nangis tak teruk macam masa sebulan punya inject. Nurse dulu kurang ajar rentap kaki dia. Mau ku lempang laju-laju.. Nurse disini baik-baik belaka..


Hopefully aisy tak demam lah. Nurse kata kalau demam baru bagi ubat. So aku ikut jelah arahan kan.. Aisy skrg da pandai marah..pandai merajuk.. Comel jek. Haha..kadang-kadang macam nak ilang sabar jugak tapi sian dia la kan..tak pandai cakap ape dia rasa..hanya nangis je..hihi.. So kenalah faham style nangis dia tu.. :)


Hmm...cerita anak jela buat masa skrg ni. Nak cite hal aku sangat tak seronok. So baik tak yah cite. Huhu..


Notakaki: lama dah tak buat entry wordless wednesday. ;)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, November 13, 2011

tired!

Assalamualaikum,


malas pulak nak update hari-hari. eh, bukan malas..tapi kekangan masa. huhu..dah beberapa hari ni aisy macam meragam lebih pulak. bila dah open laptop nak taip entry tetiba sikecik merengek pulak. nak update tru bb cam tak syok pulak sbb nak blogwalking skalik. hee..

ni pun baru lepas memasak. nasib baik my husband ni tengah mood rajin. abis semua bahan basah yang dibeli disiang abis. aku cuma dapat tolong cket jek. tetengah malam ni plak nak buat cili blend tuk disimpan dalam peti ais. senang kalau nak masak sambal or asam pedas kang..


fuhh!! nak patah pinggang dibuatnya..memang letih betul. Nasib baik tak kerja lagi. kalau kerja tatau la camne nak handle..huhu..malam tidur dah tak pernah lena. biasalah ada baby kecik ni kan..kesabaran itu amat diperlukan..hehe..mood baby pulak berubah-ubah. kena lah layankan...


Aku rasa as a full time mother ni memang kena pandai curi masa nak buat kerja-kerja lain selain dari melayan sikecik. ni pun aisy masih lagi dalam mode suka tidur. kalau mode dah switch ke suka berjaga...lagiklah payah kan..


oklah! need to rest.. selamat bekerja tuk yang bekerja esok! ;)

Friday, November 11, 2011

sebelas sebelas sebelas

Assalamualaikum,


wah, cantik tarikh hari ni. sure ramai yang nikah hari ni kan?kebetulan jatuh hari jumaat pulak tu. Dengar cerita juga ramai yang dok sibuk 'paksa' baby keluar hari ni..even due belum sampai lagi. sanggup tu operate semata-mata nak tarikh cantik hari ni. ish ish ish..tatau la kalau sampai macamtu aku rasa melebih-lebih pulak.. sebenarnya, kalau tarikh tu cantik ke tak, tapi something special terjadi pada tarikh tu, sure kita boleh ingat punya kan...


hari ni juga anniversary my parents yang ke 33 kalau tak silap. semoga mereka semakin bahagia dan kekal bersama hingga ke akhir hayat..ameen..rite now they still in vietnam. huhuhu..


aisy tengah tidur-tidur ayam tu..sementara dia belum melalak panggil aku so cecepat la update entry. hehe.. sekarang dah dua minggu aku fully bf dia. alhamdulillah...memang struggle abis la..ebm pun dah nak abis stok. aritu cuma sempat kumpul 6 botol dalam lebih kurang 30oz lebih. huhu..aku bagi ebm bila direct feed dia masih tak kenyang. huhu..



aisy sekarang dah pandai jelir lidah..as a sign dia lapar..oklah kan dari asyik menangis je..dia pandai bagi signal lain kat mama dia..hehehe..actually baby ni pandai juga bagi signal lain selain menangis..cuma kita as a mother kena kenal dan faham setiap perbuatan dia lah..kalau nangis pun ada banyak beza..nangis lapar lain bunyi dengan nangis ngigau..nangis ngengada...hehehe...kalau dia nangis sampai hilang suara tu yang paling bahaya sekali..masa kenalah bagi dia senyap tak kira camane..huhu..


next week aisy kena check up. hope semuanya okay lah..



that's all. have a great weekend all


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers