Wednesday, November 2, 2011

'Batuk' di pagi hari

Assalamualaikum,


It's almost 4 in the morning and I'm still not sleeping. Melayan si kecik td buat mata jadi segar pulak. Well, biasalah ada baby ni. Dua tiga jam sekali sure 'berbunyi' kelaparan.. :)


Too many things in my mind rite now. Lately ni banyak benda yang jadi buat emosi dan fikiran aku kacau bilau. Plus, takde ape yang aku boleh buat melainkan kena terima aje. Cuma aku ralat..bila aku dipandang rendah hanya kerana aku tiada pekerjaan hebat dan bagus..banyak perkara aku disisihkan hanya sebab isu itu. Kadang-kadang aku tertanya juga, how do they describe me?apa kelebihan aku dimata mereka?sebab all this while,hanya yang buruk @ kelemahan dihighlightkan..


Entahlah. Sekadar lepaskan perasaan ni. Macam batuk-batuk sikit buang kahak. Lagipun takde ape yg aku boleh buat pun. Dah memang aku tak kerja,so kenalah sedar diri dan ukur baju di badan sendiri.. Insyaallah,adalah rezeki untuk aku satu hari nanti. Ameen.. Sabarlah duhai hati...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, November 1, 2011

day 57

Assalamualaikum,


beberapa hari tak berupdate entry kat blogku ini. Takde la sibuk mana, cuma melayan si kecik aisy ni la yang buat masa tak menentu sekarang. weekend lepas dah keluar berjalan bawak dia. Ke wang kelian dan padang besar. dah masuk siam dah anak aku ni. hehe.. masa tu boleh tahan lah panasnya..tapi rileks je dia tidur dalam baby carrier tu.


sekarang aku dah faham dah perangai dia..suka sangat naik kereta berjalan. No wonder la masa dalam 7 jam perjalanan dari tanjong karang ke kangar tu dia dok asyik tidur jek. sekali dua bangun menyusu. tiapkali bawak naik kereta sure lentok lena habis..melalak bila lapar jek. sumbat susu tidur balik. kalau kat rumah..adoi..........................payah dia nak lena lelama. paling lama pun 3 jam. pastu dah jaga ekk ekkkkk bunyi. tatau la kenapa. kalau bawak berjalan memang diam aje. sonok agaknya.. :)



aisy sekarang dah pandai golek mengiring. masa dalam pantang tu ari pun ada la sekali dua dia mengiring sendiri. sekarang pun dah boleh mengiring. kalau tak ditahan badannya dia boleh dah meniarap tergolek sendiri. huhuhu.. pastu dah pandai senyum gelak time jaga. sebelum ni dok senyum gelak time tidur jek. dan makin laahhh manja. tidur nak dipeluk dengan aku aje..kadang-kadang pelik jugak, dah bagi susu kenyang-kenyang tapi masih nangis lagi. rupanya nak didukung dan dipeluk. aku peluk je terus pejam mata... manja alahaiii.....


seronok spend masa dengan dia 24jam. memang berat je nak lepaskan dia. hehe..dok mengadaapp aje la si kecik ni..

Thursday, October 27, 2011

rindu cucu

Assalamualaikum,




sejak aku balik ke perlis ni, hari-hari abah call. Sebelum ni punya lah jarang abah nak call aku. Kalau call mesti hanya ada urusan @ hal yang penting nak tanya dan bincang.




Hari pertama aku di perlis, dua kali abah call. tanya apa aisy buat, aisy tdo ke, aisy nangis ke, aisy jaga kul bape..suma lah pasal aisy. hehe..




yang kelakarnya call tu tak sempat bagi salam, tak sempat aku cakap hello, terus dia tanya..."cucu abah dok buat ape tuuu.." . hari kedua call, siap lupa nama aisy."ape nama cucu abah tu??dok tengah buat ape dia?. hehehehe..




kalau ikutkan masa aku berpantang, abah tak pernah lagi dukung aisy ke ape. just pegang-pegang sikit je. Lepas aku abis pantang baru dia rajin nak main dengan aisy. tu pun still tak berani nak dukung..Aku ingatkan mak la yang dok akan asyik call tanya aisy..rupanya abah plak. Masa dalam tepon, mak siap gegelak kan abah lagi..kelakar tengok abah rindu kat cucu dia..




aku rasa kalau perlis ni sebelah mata je sure dah hari-hari abah datang jenguk. hehe




sejak accident ni abah banyak berubah. hmm..banyak perkara berubah..suasana dalam rumah pun sedikit sebanyak jadi lain. Abah dulu rajin bergurau gelak ketawa..since accident ni tak pernah lagi aku tengok abah ketawa or senyum walaupun kami duk sakan bergurau ngusik.. huhu..bab ingatan dia pun tak berapa. ada banyak perkara dia tak boleh nak ingat.. yelah, accident yang melibatkan kepala ni bukan bleh recover sekejap. Walaupun luka-luka dah sembuh tapi tang ingatan tu tak berapa lagi lah..fizikal pun dah tak berapa kuat. abah dah tua..so kena banyak berehat..




so bila abah dok rindu kat aisy ni aku jadi kesian pulak. tapi nak buat camne.. dah duduk jauh. aku rasa kalau tak sebab weekend ni ada kenduri, sure dah drive ke kangar ni dah abah tu. hehe..





Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday (v.11)



si budak botak ni tengah selsema lagi. orang sekeliling pun ramai yang selesema..menjangkit-jangkit lagi. huhuhu..sian my baby.


Monday, October 24, 2011

Berdikari

Assalamualaikum,

semalam selamat sampai di kangar around 6petang. Alhamdulillah,aisy xbanyak ragam.sesekali bangun lapar susu. Selebihnya lena tdo dalam kereta. Seronok agaknya. Lagipun aku dah mula biasakan dia duduk dalam car seat sejak dari beli. Memang dia selesa dan suka sangat. Alhamdulillah..

Tapi aisy agak susah nak tdo bila sampai sini. Kejap-kejap aje lena. Pastu mula laa eekkk..ekkk..merengek. Mungkin berubah tempat..baru nak sesuaikan diri.

Tapi sekarang dah ok dah. Based apa yang orang cakap,baby aisy tak banyak ragam sangat..tak banyak nangis..aku tak tau nak bandingkan dengan sape so bagi aku biasa jelah. Mana ada baby tak nangis kan..selagi tak teruk takpelah..

Selama duduk dengan family sebelum ni tak banyak kerja rumah yang aku buat selain dari jaga aisy. Memasak,basuh baju,kemas bilik,dan lain2 suma dah tak buat. Yelah, dalam pantang mana leh buat keja berat kan. Bila dah abis ni suma kena buat sendiri. Agak meletihkan lah..sakit pinggang aku ni. Tak sempat langsung nak tdo rehat macam sebelum ni. Asyik buat kerja. Tu pun kejap-kejap aisy merengek. Lama-lama nanti aku biasa lah.. Baru lagi nak adjust balik.. Ni nasib baik belum kerja lagi. Kalau kerja,sure double letihnya kan.. Huhu.. Takpelah,insyaallah semua akan ok. :)


Frasa hidup sudah berubah ;)

Hari ni je ntah berapa kali abahku call. Tanyakan cucunya ni. Ape aisy buat, aisy nangis tak, aisy ok tak. Hehehe..baru sehari dah rindu. My mom duk gelakkan abah je. Sian abah. Sejak aku dlm pantang dia tak berani nak jenguk aku n aisy sangat. Dah abis pantang baru dia dok main dengan aisy. Tu yang rindu kot. Hehe..


Nanti raya haji insyaallah aku balik. Kalau husband cuti lah. Plus my brother n sil kt canada pun nak balik. So bleh la jumpa aisy sekali nanti. Duk usha gambar aisy time lahir memang dah lain dah muka dia. Aku tengok ari-ari nampak sama je.. Hehe.. Betul la orang kata baby cepat membesar..semoga aisy membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh.. :) ameenn..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, October 23, 2011

First long journey

Assalamualaikum,

Rite now we are in the car, on the way back to kangar. Huhuhu.. Aisy first long journey.


After more than 4months duduk kat kg aku since dari 8bulan till da abis pantang..now it's the time to go back to husband's place. So far aisy sleep soundly cuma macam tak biasa lg tdo dlm keadaan gegerak camni. Berkerut muka dia. But still tdo. Anak aku ni mmg kuat tdo. Takpelah dari kuat nangis kan.. Hehe..


Yeahh..leh la jenjalan pas ni. Sonok-sonok..bosan dah 4 bulan terbatas pergerakan.


But one thing for sure, my mom and family suma akan merindui aisy. Hehe..esp my mom lah. Dia yg duk jaga aisy. First cucu lah kata kan.. Takpelah, mak leh rehat dah.


Ape pun aku bersyukur sbb my family byk membantu aku sepanjang ada aisy ni..alhamdulillah..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, October 20, 2011

Dunia oh dunia

Assalamualaikum,


hmm..apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni? dimana keadilan, dimana rasa kemanusiaan? manusia yang bertopengkan syaitan berada dimana-mana. Binatang juga ada rasa belas kasihan..


1-isu budak yang dilanggar dan dilenyek dengan van. Orang yang melanggar tu satu hal, yang lalu lalang tak menolong pun satu hal. Katanya kalau di China, kalau tolong orang yang ditimpa kemalangan macamtu, segala belanja perubatan akan ditanggung. peraturan yang merepek. entahlah, aku tak sanggup nak tengok video tu. cuma nampak kat berita.


kalau tengok kucing mati pun aku dah down sedih. kadang-kadang terlanggar bangkai kucing yang dah lama mati pun aku rasa seriau. apa lagi tengok orang langgar budak kecik macamni.. ;(



2- isu bayi yang dikelar? ya rabbi. yang ni memang meleleh air mata bila tengok. sedih. itu pun aku tak click. cuma nampak kat news feed yang dishare oleh kawan-kawan facebook. itu lagi satu hal. kenapa benda macamtu nak dishare? kan mengaibkan. Ya Allah..


isu-isu macam ni sebenarnya banyak dah berlaku disekeliling kita. kalau tengok berita tu, ada saja berita bunuh membunuh, bayi dibuang sana sini. Malaysia pun dah tak aman damai dah. hmm...


apa pun aku sentiasa berdoa dan berharap agar kita semua dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.




dunia dah akhir zaman..



................................


notakaki: apesal blogger aku ni mengong. dah buat entry dan publish tapi tak kua-kua..huhuhu


Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday (v.10)



" what's up bro.."

Tuesday, October 18, 2011

EBM

Assalamualaikum,


Emm, 'berjalan-jalan' di facebook menemukan aku dengan seseorang yang agak familiar. Bila tengok mutual friends, oh kawan seuniversiti rupanya. Yang menarik perhatian aku untuk lihat profil beliau adalah sebab gambar profile EBM (expressed breastmilk) yang sangat banyak dalam freezer dia. Seriously jeles yang teramat!




Memang nak sangat bf baby aisy sepenuhnya. Tapi semangat aku tak kuat agaknya. EBM aku tak pernah dapat banyak. Paling banyak dapat simpan dalam 4 botol. Pastu dah tak gigih dah nak pam. huhuhu..Mungkin faktor takde pengalaman kot. entahlah. Baby aisy pulak sangat kuat menyusu. Kalau tengok dia menyusu, memang rakus habis anak aku nih. Selagi tak kenyang, dia tak akan diam. Mesti merengek aje. Satu hari dia boleh abiskan around 15oz susu. Ni nak pam 4oz pun terkial-kial.



Aku rasa mungkin usaha aku tak bersungguh agaknya. Nampaknya kena lah berusaha lebih lepas nih. Usaha tangga kejayaan. Sebenarnya nak bf sepenuhnya ni pun makan kos yang agak tinggi juga. Kena beli breastpump, milk storage lagi, cooler bag bagai suma. Aku cuma pakai breastpump pureen saja. Beli yang bateri punya tapi sebab makan bateri kuat so aku suruh adik cari multipurpose punya adapter so jimat tak yah pakai bateri lagik. cuma masalah bunyi nya la cam enjin bot pulak. hehe..



Bila google gambar, aku save la beberapa EBM orang untuk jadi pembakar semangat. Orang yang fulltime bekerja pun boleh bf baby sepenuhnya. Inikan aku yang tak bekerja kan? Insyaallah, harap-harap boleh la bf aisy sepenuhnya till dia 2 tahun.



chayookkkk!!!


.....................................................................



notakaki: tetiba rasa bersemangat pulak! :D

Monday, October 17, 2011

quote of the day





"No matter what people say, you just got to reach higher and higher to your full potential " - #LargerThanWords

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers